17.7.12

Rapuhnya Satu Persahabatan

Hello u olls,

Setiap hari,  bila kita jumpa kawan baru,  its like kita berjumpa dunia baru.  Kita belajar banyak benda baru tentang dia,  benda yang dia suka,  apa dia suka buat,  apa dia suka makan dan sedikit demi sedikit kita akan masuk ke dalam dunia dia.  Dan tanpa kita sedari,  dia juga akan masuk dalam dunia kita.

I am so happy sebab dalam hidup ni,  akak dah jumpa ramai kenalan baru.  Melalui penulisan blog,  dari Facebook,  Twitter,  dari aktitivi yang akak join,  dari tempat-tempat yang akak lawati,  dari kawan-kawan yang sedia ada.  Dan macam-macam cara lagi.  Dan macam-macam oranglah yang akak kenal.  Ada mangkak,  ada serr,  ada baik gila,  ada cantek,  ada yang sangat berbakat dan macam-macam lagi.

Dan setiap hari,  bila kita sering luangkan masa dan aktiviti bersama kawan baru itu.  Umpama kita duk plaster satu layer of kasih sayang kepada beliau.  Semakin lama plaster itu semakin tebal.  Tapi tanpa kita sedari,  plaster itu walaupun tebal ianya tetap rapuh macam kacang tumbuk.  Sekali kita bubuh dalam mulut,  nenjiaaa nanti cayer terus.

Dalam beberapa tahun yang lampau,  ramai kawan yang datang dan pergi dalam hidup akak.  Seperti yang akak tulis dalam artikel blog akak sebelum ini bertajuk Audit Kawan Kawan yang mana akak memperingatkan kepada u olls tentang betapa pentingnya kita membuat audit dalam senarai kawan-kawan kita agar kita terus hidup sejahtera aman dan damai.

Dalam point ke 7 dalam artikel akak itu akak ada tulis tentang kawan yang menyusahkan.  Di mana akak kata,  kawan yang menyusahkan itu,  kalau boleh jangan duk 'letak tengkuk agar dia sembelih kita'.


Baru-baru ini,  seorang 'kawan lama' menghubungi akak melalui watapps.  Dia perkenalkan diri dia dan dia tanya "Kenapa hang terus delete dan blocked aku semua dalam Facebook?"


Akak teringat tentang beliau.  Lantas akak pun explain secara ringkas kepada beliau. 


"Wasalam,  aku minta maaf sebab tak explain apa-apa kat hang masa aku block hang apa semua.  Tapi there is something that you said that really hurts me.  It was on our last message between us both. Masa tu aku dan Khafi was strungling duk kumpul duit macam mana nak bawak family dia from Johor and KL untuk datang ke Penang to meet my family.  And u suggested...suruhlah mereka naik bas.  Its was really hurt,"  kata akak ringkas.  Ringkas kerana sebenarnya malas dah nak layan benda ni.  Benda ni dah berlalu bertahun yang lalu.

Masa itu,  akak sangat down sebab ada banyak masalah dan rintangan masa akak dan En.  Khafi nak kawen.  One of the masalah mula yang kami hadapi adalah macam mana nak bawa kedua family bertemu.  Masa tu,  duit was one of the biggest thing untuk kami pikiak.  Selain perkara seperti  tetapan tarikh,  sapa yang nak turun ke Penang,  berapa orang,  nak buat merisik,  bertunang atau macam mana?

And as i was meluahkan rasa hati to my 'kawan lama' suddenly she came to the conclusion "Suruhlah depa naik bas.  Atau naik teksi,"

YES!!  Penyataan beliau sangat ringkas.  Tapi macam mana akak boleh tersentap sampai akak sanggup melupakan segala jasa baik beliau kepada akak seperti menelefon akak jauh di Malaysia semata-mata untuk memberikan moral support ketika akak down ditinggal kekasih dahulu?  Macam mana akak boleh tersentap sampai akak sanggup delete dan blocked Facebook dia semua tanpa meng-explain apa-apa langsung kat dia.

Yes,  penyataan beliau amat ringkas.  Tapi,  luka di tangan kita nampak,  luka di hati siapa tahu.  Walaupun cadangan beliau itu sungguh ringkas dan simple tapi akak sangat terasa kerana akak dapat lihat bagaimana kita yang sedang berhempas pulas untuk memberikan yang terbaik dalam permulaan hidup baru kita,  kita nak satukan dua keluarga dalam suasana yang sempurna dan bermakna tiba-tiba seseorang yang kita sangat hormati boleh memberikan pandangan yang sungguh simplistik.  Sangat ringkas sehingga kita boleh rasa macam dia anggap hidup kita ini sungguh ringkas dan hanya boleh diaturkan dengan begitu mudah sekali.

Keluarga En.  Khafi di Johor,  family akak di Penang.  Kira pi mai pi mai,  kami perlukan dalam RM2000 untuk bagi kat family kat Penang dan Johor untuk set satu pertemuan yang sempurna.  Bagi kat family Johor untuk minyak apa bagai.  Dan untuk family Penang,  buat makan-makan apa sikit.  Ampa faham kan?  Nak buat majlis merisik kawen-kawen ni,  ada adab dan tertibnya.

Takkan nak suruh mak bapak En.  Khafi mai dua orang naik bas?  Lepas tu turun kat bus stop Sungai Nibong.  And kami pi amik depa.  Then sapa nak teman depa dua orang masa nak berbincang dengan family akak?  Takkan nak panggil ja sapa-sapa kita terjumpa di Bus Stop Sungai Nibong dan suruh jadi wakil family pihak lelaki?  Pastu takkanlah bila family En.  Khafi dah mai Penang tak mau bawak depa jalan-jalan sikit ka tengok Penang yang meletops ini.  Bukan nak pi belanja depa clubbing kat Hard Rock pun,  sekadar bawak depa makan ROJAK TECHNO di Gurney Drive...why not.  Walaupun sepinggan RM12 sahaja tapi duit jugak tu u olls.



And she replied  :

"Wow....aku tak sangka.  Benda simple macam ni hang boleh tersentap.  After all the time aku spend untuk hang dan contact hang selalu.  Bukan aku nak mengungkit. Untuk pengetahuan hang,  aku dah beli dompet Coach untuk hang sebagai hari perkahwinan hang.  Tapi hang dah delete aku.  Anyway,  thank you so much.  Lega sebab aku dengar dari hang sendiri,"

Dan dia pun senyap macam tu saja.  Walaupun akak dah mintak maaf,  dia pun terus senyap.  Tak tau la apa motif dia nak hubungi akak balik?  Semata-mata untuk mengetahui mengapa akak block dia dari Fb dan terus menyusul pergi.  WOW.  Sungguh akak tak sangka.  Tapi takpalah,  nak buat macam mana.  Begitulah rapuhnya satu persahabatan. 

U olls di luar sana,  u can call me bitch sebab i treat beliau sebegitu.  U can say im sellfish whore yang tak pikiak jasa baik orang dah buat kat I olls.  Tapi at the end of the day,  hati akakkkkkkkkkkkk jugak yang sakit.  Hati akak jugak yang sentap ya u olls.  Akak tak mau tersentap lagi di masa hadapan kerana beliau memberi konklusi dengan mudahnya di depan akak,  bagaimana pula di belakang akak. 

Kerana terkadang itu,  daripada kita buang masa dan tenaga untuk explain kepada seseorang itu yang entah mungkin faham atau tidak,  baik kita belah sahaja.  Sembang panjang pun,  belum tentu dia dapat rasa apa yang kita rasakan.  Yalah,  kita ni orang susah.  Duit bukan keluar dari celah clivej.  So that's why,  i just walked away and closed all the doors.  Its so worth it.



Love,
Jumie Samsudi

11 comments:

  1. hye...cik jumie..x tau ang igt lg dak kat km..kwn lama ang zaman kat POLISAS dulu..heheheh..actlly km slalu duk stalke blog ang..bkn apew suke ngan cr ang menulis...jgn mare naa...n km dah pun jd one of follower ang..pd km la kan jumie...kwn ang tu x la ikhlas mn pun nk berbaik ngan ang...sbb tu dia trus sengap selepas ang crita yg btol2 benar..klu btol la dia tu ikhlas dia akan amik pepatah buang yg keruh amik yg jernih..ang pun mintak maaf kat dia kan..yg dia p duk buat lawak bodo x kena tempat tu apasai..lau km kat tempat ang pun km hangin...sungguh la..kiter tgh duk kalut pkiaq mcm2 utk event kita..big event kan..dia boley plk p duk buat lawak..ha lpaih tu bertaun br nk come back tya perkara yg btooi benar..x ke nmpk cm PLASTIC kan???pd km ang x slh..coz ang dh mintak maaf kat dia..dun worry..km pun slalu jugak kena dgn org mcm nie...ckp x gn tembak x kena..buat x tau sudah...kita dah nk jernih kan keadaan dia plk duk buat kepala..igt kepala dia jew la ada..kepala kita letak bwh meja????errrmmm...x pew..mgkin dia tgh amik ms pkiq blik apew yg dia buat kat ang tu..doa2 mudah2an diberi petunjuk...AMIN..

    ReplyDelete
  2. They say time will make all this go away, And it's so hard to do and so easy to say. But sometimes, you just have to walk away, and head for the door.. close it.. be strong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang saya cuba katakan. Glad u understand.

      Delete
  3. For me personally, frenship has no boundries.... kawan mcmmanapun sure ada kesilapan dan eventually ada yg akan terasa hati.... in normal sbb kita human yg selalu buat kesilapan. kalau dah kawan yg baik, sure akan reconcile balik sbb time will make ppl wiser and think diffrently. biasa la, kadang2 kita pown ada bagi orang terasa jugak, tapi kalau kawan yg kenal isi hati kawan ni, surely akan paham. kalau dah laki bini pun boleh cerai berai, apatahlagi kengkawan... cuma kalau kita rasa worth it untuk sambung frenship tu why not....tapi kalau kita dah try taoi takdak respon....move on jer....takpa Jumie, u dah try kan... la ni kan u ada kawan hot dan cantik yg diberi nama Manyara Serafina Danie Harmizi kan?????? walaupun dia selalu kena carut... dia buat tak tau ja....... kannn..... sbb dia sangat LOVEEEE kat u.... N tak dilupakan kat Khafi...

    ReplyDelete
  4. kalau akak masi bole terasa hati dgn apa yg dia cakap, dia sbnrnya blm layak dianggap kawan sbb macam aku, celupar mcmna pun klu aku dah kata dia kwn aku dan kami mmg bkawan, aku takkan terasa dgn apapun yg dia cakap. sungguh!

    ReplyDelete
  5. Setuju sgt dgn artikel ni....same thing happen to me tapi dlm situasi yg berbeza.Padahal sblum ni baik gila sampai org bleh kata kami kakak dan adik.Tapi disebabkan 1 insiden yg kononnya dirasakan salah tp salah dia , dia tak nampak.Putuslah 1 hubungan persahabatan.Anyway,tak pernah rasa rugi pun sbb hilang kawan mcm tu...if betul2 sahabat dia akan tetap beri semangat dan sokong kawan dia melalui nasihat atau apa saja even kawan dia buat salah.Hilang kawan yg 1 ni digantikan dgn yg lebih baik....

    ReplyDelete
  6. i have worst than this. aku rasa la kan. susah baru cari. ada masalah baru cari. rahsia2 apa raah semua aku yg pegang, tapi tiba2 dia sembunyi sesuatu. tapi pi bgtaw org yg dia tak perlu bagitaw.

    suddenly dia mai bagitaw cheq. bara la. apa guna kawan seperti aku? bila susah baru nak mencari.

    alih2, bila kita pelepaih sedas, nak terasa. x pikiaq ka hg buat cmtu, aku terasa dak. hmm. orang, bukan teddy bear kan.

    bila nak baik balik, kita tanya kabaq, hg buat mangkaq! seraun. tak yah la ada kawan cmtu.

    aku taw dia slalu baca. i hope dia baca comment ni. terima kasih jumi sbb bagi cheq lepaih rasa hati.

    ReplyDelete
  7. wey, kalo terasa ngan kami pasai kami lama tak komen ke apa ke, bleh ja marah kat kami... kami tak kisah... haha... sebab ntah... bz sangat pasaipa ntah la ni... pastu dah jarang contact ngan ampa...

    kami nak ampa hepi2 slalu tauuu :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...