5.7.12

Resepi Dalca Meletops by Jumie Samsudin

Hello u olls,

Hari itu I olls telah lepak di rumah kakak I.  Depa laki bini suruh i buat nasik arab untuk depa and depa demand nak makan dengan dalca.  Baru meletops.  Over depa dua tu.  And i pun tak pernah buat dalca,  so why not!!  I pun google around and baca resepi-resepi dalca yang duk ada. 

Selepas sekali percubaan,  dalca i olls itu sangat meletops.  Menggunakan ayam dan juga sayur sayuran.  Today i nak share dengan u olls semua. 

Dalca Meletops Jumie Samsudin

Bahan-bahan :
500 g ayam (Kalau boleh tengkok ayam,  and bahagian ayam yang tulang banyak.  U dont need isi pun for making dalca. Kalau ampa nak guna daging lembu,  so beli tulang lembu yang ada isi sikit sikit tu.  Dengan kadar yang sama)
300g kacang dhal
3 camca makan serbuk kari daging
3 biji kentang buang kulit dan potong wedges
3 biji carrot potong kulit and potong panjang-panjang tebal
3 biji terung potong dua atau tiga
3 biji tomato potong 4 atau 2 
5 camca makan air asam jawa  (Kalau guna Asam Jawa Adabi bubuh 1 sudu makan cukup)
1 cawan kecil santan pekat (Kalau guna Santan Harmuni bubuh setengah kotak kecil)
Garam secukup rasa

Bahan tumis darat :
Minyak untuk menumis
Bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga etc (pandai-pandai la agak nak bubuh berapa banyak)
3 labu bawang besar dikisar
4 biji bawang putih dikisar
2 inchi halia dikisar


Cara-caranya  :
  1. Rebus ayam bersama kacang dhal sampai kacang dhal sedikit lembut.  Masukkan serbuk kari ke dalam rebusan itu.  Biarkan mendidih lagi.
  2. Masukkan sayur yang keras iaitu carrot dan kentang.  Biarkan seketika.
  3. Masukkan sayur-sayur lain seperti terung.  TOMATO JANGAN MASUK LAGI.  Kalau nak masukkan sayur-sayuran lain seperti kacang panjang,  kacang munggai,  pisang muda dan lain-lain pun boleh.  Ikut selera kalian.
  4. And then,  bila sayur semua dah sedikit masak,  masukkan santan.  Kecilkan api.  Biar kuah kita mendidih dan memekat. 
  5. Masukkan air asam jawa dan juga garam dan sikit gula untuk merasa.  Kalau ampa suka bubuh ajinomoto,  so tak payah letak gula untuk balancekan rasa.
  6. Dalam kuali yang berasingan,  panaskan minyak and then tumis bahan-bahan yang kita kisar tadi. Jangan lupa masuk bunga lawang tu semua.  Tumis sampai wangi dan kisaran kita tu bertukar warna and then masukkan ke dalam kuah dalca kita tadi.
  7. Kacau kuah dalca kita sampai okay,  And then tutup api.
  8. Hidangkan di depan mak mentua untuk mengambil hati mereka.
 Sekian,  i love u olls!

 

1 comment:

  1. Jumiee...kami posa hari nie! Dan-dan lapaq tengok dalca ampa niee..adoiiii

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...