24.7.12

Set Makan Tengahari : Nasi Jagung, Kurma Telur dan Sayur Buncis Goreng

SPOILER ALERT  : SAPA POSA WAJIB ATAU SUNNAT TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMBACA ARTIKEL INI.  PERTIMBANGAN PEMBACA ADALAH DIPERLUKAN.  

Hello u olls semua,

Hari ini akak akan membawakan satu lagi resepi resepi yang bertemakan makan tengahari yang ala-ala regalia iaitu set makan tengahari iaitu nasik jagung,  kurma telur dan juga kacang buncis goreng.  Actually kalau u olls feeling nak buat ni sebagai makan malam pun boleh.  Why not?  Kalau u nak buat ni untuk hidangan berbuka puasa.....nenjiaa.....make sure u Maghrib siap siap.  HAHAHA




Nasi Jagung


Cerita sikit pasai nasik jagung ni.  Kak Edeh sangat suka buat nasik jagung untuk special occasion seperti hari raya dan lain-lain.  Kami pun anak-anak sangat sukakannya kerana nasik ini tidak memuakkan seperti nasik minyak yang lain.  Rasanya pun sangat simple dan sedap dimakan dengan pelbagai jenis kuah.

Selain itu,  nasik jagung resepi mak i ini juga lebih tahan lama berbanding nasik minyak yang lain walaupun setelah sehari kita simpan dalam periuk biasa tanpa diperhangat.


Bahan-bahannya :
2 batang jagung segar (diasingkan setiap bijinya) 
1 kg beras basmati / beras biasa
3 cawan air kosong
2 labu bawang merah dikisar
5 biji bawang putih dikisar
Garam dan gula secukup rasa
1 batang kulit kayu manis
5 camca minyak jagung Mazola

Caranya-caranya  :
  1. Pertama sekali,  persiapkan semua bahan-bahan untuk memasak nasik ni untuk memudahkan kita.  Buat yang paling susah dulu iaitu mengasingkan biji jagung dengan batangnya. 

  2. Lepas itu,  kisarkan bawang putih dan bawang besar.  Kalau nak kisar sekali pun boleh.  Kami tak gunakan halia dan lain lain kerana tak mau rasa dan bau halia itu 'membunuh' bau dan rasa jagung.



  3. Menggunakan periuk 'rice cooker',  tumiskan bawang putih dan bawang merah kita dengan minyak jagung.  I olls amat suka menggunakan periuk 'rice cooker' kerana amat senang sekali.  Tak payah pening kepala nak pi jenguk nasik apa semua,  bila dah siap tumis masuk air bagai,  angkat periuk masuk rice cooker.  NENJIA SIAP TERUIH.

     

  4. Bila tumisan kita dah wangi dan menguning,  masukkan kulit kayu manis.  Biarkan seketika,  and then beras.  Masukkan air.  
  5. Lepas itu,  barulah kita masukkkan jagung.  Jangan lupa masukkan garam dan sedikit gula untuk merasakan.   Kacau perlahan-lahan.
  6. Masukkan ke dalam rice cooker dan tekan COOK.



Kurma Telur





U olls mesti selalu dengar pasai kurma daging or kurma ayam,  ini adalah yang lebih praktikal iaitu kurma telur.  Rasa sama saja u olls.  Bau pun sama.  Cuma u kena buat lagi pekat-pekat bagi lagi meletops.  Jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan  :
2 camca minyak sapi
2 camca minyak masak
3 biji bawang merah besar dikisar (nak guna lebih pun boleh)
6 bii bawang putih dikisar
2 ichi halia dikisar
Sedikit bunga lawang / bunga cengkih / buah pelaga / kulit kayu manis

200 gram rempah kurma (ikutlah nak guna jenama apa.  Akak suka Allagapas)
3 camca jus asam jawa ( 1 camca pes Asam Jawa Adabi)
1 cawan air

2 bii kentang potong wedges
2 biji tomato dipotong empat


8 biji telur ayam direbus dan dikupas kulitnya


3 camca santan cap Harmoni ( satu cawan santan cair)
Daun pudina untuk mewangikan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya  :
  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi.  Tumiskan bahan-bahan kisaran kita.  Biarkan hingga wangi dan sedikit menguning.  Masukkan rempah ratus seperti kulit kayu manis etc.  Biarkan mewangi.
  2. Masukkan rempah kurma ke dalam tumisan tadi.  Kemudian,  masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak nanti cair.  Kecilkan api untuk membuatkan rempah kurma masak dengan sempurna.
  3. Setelah mendidih,  masukkan air asam jawa.  Pastikan kuah kita tidak begitu cair ataupun terlalu kering.  Takut hangus.
  4. Masukkan kentang dahulu.  Biarkan sedikit empuk.  Kemudian masukkan telur.  Biar seketika dan boleh masukkan tomato.



  5. Akhir sekali  barulah masukkan santan,  garam dan gula secukup rasa.  Biarkan buat seketika hingga kuah kurma kita mendidih dan pecah minyak. 
  6. Last sekali,  taburkan daun pudina di dalam kuah kurma kita untuk mewangikannya.



Sayur Buncis Goreng


This is a very simple sayur goreng yang amatlah sesuai dengan nasik yang style minyak-minyak ni.  Jom baca resepi ringkas daripada mak i olls ini.

Bahan-bahan  :
1 labu bawang merah dihiris
1 batang cabai hidup dihiris
400 gram kacang buncis dihirs
2 batang lobak merah (size sederhana) dihiris
2 camca santan Harmoni (setengah cawan santan pekat)
Garam dan gula untuk menstabilkan rasa
Sedikit serbuk untuk warna dan aroma

Cara-caranya  :
  1. Panaskan minyak masak.  Tumiskan hirisan bawang dan cabai hidup.
  2. Cepat-cepat masukkan sayur buncis and carrot.
  3. Masukkan sedikit santan.  Gaul laju-laju.  Bubuh garam dan gula lepas itu,  sebelum sayur itu layu tutup api.



  4. I olls memang tak mau masak lama-lama untuk memastikan sayur itu rasa KRUK KRUK CRUNCHY bila dimakan.
 So,  walaaa!! Selamat mencuba u olls.  Akak buat ni hari weekend yang lalu.  En.  Khafi bangun-bangun sahaja terus bau nasik jagung yang best ni semua.  Pastu lepas makan semua.  Dia cium i terus!!!

2 comments:

  1. resipi yang sesuai di coba oleh rang bujang.

    ReplyDelete
  2. tak pernah try lagi... nak try masak nasi jagung la... tq kak bg resepi

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...