30.7.12

Ulasan Upacara Pembukaan Olympic London 2012

Helllo u olls semua,

Sapa yang feeling tengok majlis pembukaan Olympic Musim Panas London 201?  Akak dan EN.  Khafi feeling tengok show ini at 4am di ESPN.  Tapi siriesly u olls,  kalau u olls tengok live macam akak tak berapa syiok sebab dia banyak berhenti tiba tiba di tengah show.  Tapi bila tengok rakaman semula baru best.   Sebab suntingan dan paparan focus camera dia lebih jelas.

Secara kesimpulan,  persembahan yang menelan belanja USD 40 juta ini memang lain daripada yang lain.  Walaupun ramai yang bandingkan dengan Beijing 2008 yang katanya lebih best,  tapi for me,  Opening London 2012 ini jadi lain kerana ianya dilakukan dengan penuh "BRITISH".  Penuh dengan highlight,  kejutan dan ciri ciri yang membuatkan nama British 'tinggi' di mata dunia.

Kalau kita tengok Opening Beijing 2008,  rakyat China bangga dengan persembahan prisesi dalam jumlah yang masiv dan luar biasa besar serta latihan tubi yang sungguh dahsyat membuatkan persembahan prisesi mereka sangat lengkap merupakan kepakaran dan makanan ruji rakyat China.  Tengok sajalah athelic dan rakyat China yang kuat bekerja!!  Memang kekuatan negara China adalah daripada 'rakyat mereka yang ramai'.  Dan sebab itulah Opening Beijing 2008 sebegitu rupa.

Tapi,  London 2012 lain.  Kenapa lain?  Jom tengok ulasan yang akak berikan.  Salah silap mintak mahap na. Akak tak tulis secara details.  Sekadar perkongsian daripada jiwa dan mata pondan akak. 

Countdown dan Bunyi Loceng
Setiap pembukaan Olympic kena ada countdown dan bunyi loceng.  Countdown kali ini dilakukan dengan budak budak pegang belon ada nombor kat atasnya kemudian loceng di bunyikan oleh Bradley Wiggins,  bintang sukan British.


Kehidupan Kampung
Pastu di tengah-tengah stadium,  u olls boleh nampak perkampungan Inggeris dulu dulu.  Rumpung menghijau.  Ada pokok,  ada orang kampung,  lelaki dan perempuan.  Tua dan muda.  Dan paling meletops ada 40 kambing biri-biri, 3 lembu, 9 angsa, 2 kambing, 10 ayam, 10 itek and 12 kuda.

Depa buat macam-macam aktiviti.  Sampai tak tau nak tengok mana satu dah ni.  Depa memang berlakon betui betui u olls.  Bagaikan satu persembahan teater yang sangat besarrrrrr.  Akak dan En.  Khafi rasa confused dan tak tau apa yang cuba depa sampaikan. 







Revolusi Perindustrian
Tiba-tiba muncul satu laki di tengah kampung dan dia pun cakap la apa ka.  Macam bersyarah kat orang kampung.  Pastu pokok besar kat atas bukit pun terangkat.   Pastu akak kata kat En.  Khafi "Mesti lepaih ni nanti tempat ni semua membangunkan jadi kilang sebab Revolusi Perindustrian starts kat negara depa,"  En  Khafi diam tak mau komen apa apa.  Deni mesti tak paham apa akak cakap.  Akak kan suka sejarah masa sekolah menengah gitu. 

Tiba-tiba nenjiaaa memang betui,  dari bukit itu ada lubang,  pastu orang ramai keluar dari bukit itu dan tiba-tiba seluruh kawasan yang tadi menghijau kini dibangunkan dengan corong-corong kilang.  So,  memang betullah depa menggambarkan Revolusi Perindustrian.  Dalam pementasan bertemakan orang kilang buat kerja ni,  kita boleh lihat macam mana orang kilang tu semua membentuk logam besi bentuk bulat yang akhirnya di naikkan ke udara dan logam besi panas itu bergabung dengan 4 bulatan logam besi lagi dan akhirnya di atas stadium terbentuklah logo Olympic yang terus berapi gitu.

So why depa membawakan tema Revolusi Perindustrian?  Kerana kalau bukan Revolusi Perindustrian kat negara depa,  maka negara depa tak la merantau ke seluruh dunia untuk menjajah negara negara kecil macam Malaysia untuk mencari negara yang penuh dengan sumber asli seperti timah dan getah.  Haaaa!  Daripada Revolusi Perindustrian inilah negara mereka membangun dan negara-negara lain (yang kini jadi negara Commonwealth) menerima impaknya.

Lepas itu,  depa sorotkan penghijrahan dan juga revolusi kebangkitan wanita.  Gitu.







Ketibaan Queen Elizabeth bersama James Bond
Yang ni la yang palingggg akak respek sekali.  Tidak pernah dalam sejarah Monarki Diraja Inggeris dimana ketua monarki meraka dipersembahkan dalam gaya yang begitu kasual,  santai dan terlalu komidik.  Gilaa babis u olls!

Tiba-tiba keluar video Daniel Craig kendu sebagai James Bond masuk Buckingham Palace dan terus berjumpa Queen Elizabeth.  Mula-mula akak duk ingat,  depa akan amik sapa-sapa ja untuk berlakon bagi nampak sipi - sipi macam Queen,  sekali nenjiaaa.............QUEEN ELIZABETH betui betui.  Dia duk tulis surat apa ka. 

Pastu bila dia nampak James Bond dah sampai so depa pun nak bergerak la kunonnya untuk menuju ke majlis pembukaan London 2012.  Gilarahhhhhhhhhhhhhh James Bond iringi Queen Elizabeth.  Depa naik helikopter dan video dihentikan pastu kita boleh nampak ada helikopter sampai di tengah tengah atas stadium.  Pastu sambung balik video,  they olls boleh nampak.........James Bond bagi green light kat Queen untuk terjun!! 

HAHAHAH lawakkkkkkk okay.  Pastu di atas langit kita boleh nampak ada dua orang terjun guna parasyut  dari helikopter.  Dan moments later.....depa announce Queen Elizabeth dan anak dan cucu dia semua tiba di kotak diraja.  Meletopssssssssssssssssss!  Sapa yang sangka yang terjun tu Queen betui betui memang IQ style 7 sahaja.  

Sapa yang boleh tangkap ini adalah satu gimik yang dilakonkan semula,  ampa IQ tinggi macam akak iaitu 300 dan ke atas.  Apa pun,  idea ini sangat meletops.  Akak dengan ini secara rasminya ingin menyembah ratu 6807 steps zapin Angan Tak Sudah kepada Bonda Ratu Elizabeth yang sangat meletops kerana membenarkan dirinya dipersembahkan dengan sebegini rupa.








Meletops Kate Middleton berabut kepok-kepok dengan dress coat dari Christopher Kane



Semarak Kemeriahan Sastera Cerita Kanak-Kanak Inggeris
Bila tengok ada James Bond,  akak pun tertanya "Harry Potter takdak ka?"  Nenjiaaa segmen seterusnya bukan Harry Potter yang kelua tapi Lord Voldermort.  HAHAHAHA Kau ada?  Segmen yang menunjulkan cepisan-cepisan sastera kanak-kanak Inggeris ini seperti Peter Pan,  Marry Poppins dan juga Harry Potter ini tidak kurang meletopsnya.  Mereka ingin sampaikan bahawa DUNIA membesar dengan kisah kisah kanak-kanak daripada mereka.  Walaupun serabut,  tapi u olls kena IQ tinggi iaitu 300 ke atas macam akak untuk memahaminya.


Akak sangat respek kerana adik-adik OKU tidak ketinggalan!




Akak mula mula ingat tu Profesor Snape.  Sekali tengok hidung dia masuk dalam baru akak pasan ini adalah Voldermort.



Brit Pop Culture~WWW
Dah habis semua benda benda cerita kanak-kanak,  so now meraka bawakan sesuatu yang lebih 'dewasa'.  U olls.  Sesungguhnya budaya pop dari British memang meletopskan seluruh dunia dan tidak dapat disangkal lagi.  Walaupun kita semua duk pikiak,  kalau pop culture....AMERIKA YANG LEBIH BEST.  Tapi hakikat,  British Pop Culture pun sangat signifikan dalam perkembangan dunia.  So dalam segmen ini,  depa tunjuk kisah percintaan dua remaja dalam era Facebook dan Twitter yang disorot dengan lagu-lagu pop sepanjang zaman dari British.  Dan tiba-tiba di tengah-tengah persembahan tarian yang penuh warna warni itu,  muncul Sir Tim Berners-Lee,  pencipta WWW (world wide webs).  Bayangkan dunia hari ini tanpa penciptaan beliau?








Mr Bean Main Okestra
Pastu ada satu segmen di mana London Symphony Orchestra, directed by Sir Simon Rattle mempersembahkan lagu "Chariots of Fire".  Pastu dalam ramai ramai pemain muzik dia,  sekali kat belakang sekali ada satu mamat ni muka selenga duk main key board.  Akak teruja di situ kerana mamat itu ialah Mr.  Rowan Atkinson and dia pun duk buk keluar telefon dia amik gambar dengan muka kekwat Mr.  Bean.  Meletopss!!!






Tarian India sambil Nyanyian Pompuan meletops
Segmen ini adalah segmen tarian yang dibelakangkan dengan bentuk matahari merah yang sangat besar bagi memperingati mangsa-mangsa serangan pengganas yang menyerang London pada 7 Julai 2005.  Penyanyi Emeli Sandé muncul dengan dress biru dan rambut beremos elok sambil menyanyikan lagu Abide With Me yang ditulis oleh Henry Fancis Lyte in 1847.





Athelics Parade
So lepas segmen ni,  barulah para athelics yang mewakili 205 negara masuk berarak. So all this olahraga semua berarak masuk pakai macam-macam baju yang melambangkan negara masing-masing.  Ada yang pakai casual,  ada yang pakai baju sukan,  ada yang pakai baju kebangsaan.  Sebagai seorang pemerhati fesyen,  jom baca beberapa komen dari akak. 

Baju Paling Cantek
Akak paling suka 3 negara ni.  India sebab depa semua yang pompuan pakai sari meletops warna kuning.  Sari kot mana pun akan nampak elegan.  I like it.  And then i like Senegal yang pakai baju kebangsaan depa yang sangat kuning.  Warna kuning ini sangat cantek dan menyerlah sesuai dengan warna kulit mereka yang gelap.  Sangat naik warna itu.  Akak suka!  And pasukan Denmark,  depa pakai baju skirt simple warna merah dan biru gelap.  AKAK SUKA!!
 



 



Baju Tradisional
Paling dramatik bagi akak adalah Amerika Samoa.....meletopsss!  Sangat testeron!!! 
America Samoa

Baju Paling Tak Cantek
Negara paling tak cantek baju depa ada dua,  sebab pilihan colour depa merapu.  And reka bentuk baju yang bagi akak sangat akward!!  Meraka adalah Sepanyol and sorry to say our own coutry,  Malaysia.  Sapa yang design baju Malaysia team ni.  Sangat tak elok,  sesuai dengan logo hari Merdeka ke 55 Malaysia tahun ni.
 
Spain

Malaysia....OH MENGAPA?
 
David Beckham Datang Bawak Torch
Bila semua athelics dah ada dalam stadium,  maka api Olympic pun perlu dinyalakan.   Api Olympir paling hampir dengan stadium apabila di bawakan oleh David Beckham sambil naik boat.  Meletops.  Pastu depa pun pass the api tu lagenda sukan mereka yang kemudiannya pass it to ahli sukan muda untuk pi lari dan nyalakan api.  Meletops. Sangat simbolik.  Yes,  orang muda kena sambung untuk semarakkan  semangat sukan satu negara.  Bukan lepas Azmi Ibrahim dan Watson Nyambek dah tua dan sedikit gemok,  pastu takdak sapa pun nak lari laju untuk Malaysia.  (Semangat tengok Majalah Tiga)









Pembakaran Api Olympic
Pembakaran Api Olympic versi depa tak berapa meletops.  Tapi cantek la.  U olls boleh nampak bentuk macam bunga yang unik.  Pastuk dia kumcup jadi torch yang besar.
 
 
 
 


Pembawa Bendera
Pembawa bendera yang tak disangka,  Muhammad Ali. 

Muhammad Ali bersama isteri Lonnie Ali


HEY Jude  by Sir Paul McCartney
Dan sebagai penutup majlis ini,  Sir Paul McCartney menyanyikan lagu Hey Jude dengan penuh semangat sekali.  OHHHH I LOVE THIS SONG.  Siriesly rasa bangga sangat dengan beliau.  Kalau kat Malaysia,  mesti depa akan panggil Jefri Din untuk nyanyi pastu Jefri Din akan tertendang wire pastu rancangan TV akan tergendala sat. 





And of coz.....bunga apiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!
Ada banyak bunga api yang depa pakai.  Tapi ni antara gambar yang cantek untuk u olls.



Tahniah untuk Danny Boyle
Inilah pengarah persembahan besar upacara pembukaan Olympic London 2012 iaitu Danny Boyle.  Kalau ampa tak tau,  denilah pengarah filem Slumdog Millionaire,  127 Hours dan banyak lagi. Seperti yang beliau Tweet semalam "Proud to be British"  Of cozz la u olls.   Tahniah kerana membawa kelainan dalam persembahan sukan yang selalunya dibuat dalam prisesi persembahan tarian ala ala erobik yang serentak,  sama dan membuatkan bentuk bentuk yang mengWOWkan penonton.  U olls betui betui buat something yang lain dari yang lain kerana dari 15 000 sukarelawan yang terlibat daripada rakyat British yang pelbagai,  tua,  muda,  gemok,  kurus,  orang putih,  orang hitam dan juga orang OKU.  U olls memang meletops.  Teruskan berinspirasi. 
 
Danny Boyle

5 comments:

  1. alaaa... tak tengok... ada lagi ulangan?

    ReplyDelete
  2. meremang bulu roma baca ulasan.... sama remang ngan time tengok ceremony tu aritu....

    ni ada link video sapa nak tengok balik :

    http://www.youtube.com/watch?v=4As0e4de-rI

    ReplyDelete
  3. apa la Melesia pakai baju rimau bagai.. kalau pakai ja baju asli kan best..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...