31.8.12

Semangat Kemerdekaan Malaysia ke 55 Tahun




Hello u olls,

Di pagi yang hening ini,  Boss baru akak (akak dapat Boss baru.  Boss ke 4 sejak kerja di Soc Sc USM selama 7 tahun) datang ajak sembang pagi dengan akak.  Boss akak ini adalah pensyarah dalam bidang Sains Politik.

Tiba-tiba dia tanya "Jumie...saja nak sembang-sembang kosong.  Apa pendapat Jumie tentang Kemerdekaan kita tahun ini?"

Wowww....topik yang meletops.  "Saya boring tengok computer kat dalam tu,"  terang boss akak lagi.

So akak pun melepas segala pen dan keyboard akak dan terus tumpukan perhatian dengan apa yang kami baru nak bincangkan.

"Siriesly doktorrr!!! Saya tak rasa semangat sangat pun dengan sambutan Merdeka ni semua.  In fact dah beberapa tahun kebelakangan ni memang tak berapa semangat,"

"Apa maksud Jumie semangat tu kurang?"

"Yelah doktor dengan politik kita yang macam budak-budak bergaduh.  Banyak sangat pembangkang.  Saya ni tak tau nak sokong mana.  Ada yang betul.  Ada yang tak tau betul ke tak.  Even logo merdeka tahun ni pun,  kerajaan boleh buat sambil lewa sampai rakyat semua tak happy.  Ini menunjukkan kerajaan kita tak prihatin dengan rakyat.  Depa buat ikut suka depa sahaja,'  kata akak berseloroh sebab akak tau kredibiliti boss akak dalam bidang ini macam mana.  Tapi akak cakap dari hati akak.  Apa yang akak rasa.

"Betul...saya pun tengok juga kecelaruan yang berlaku tu.  Pada pendapat Jumie...kenapa jadi macam ni?"

AIIIYOOOOO boss akak ni...........................

So,  akak pun bercakaplah menggunakan bahasa non-akademik akak ini.

"Saya rasa banyak yang tak kena dengan kerajaan kita sekarang ni doktor.  First of all,  gap umur antara pemimpim dan rakyat.  Sorry to say ya doktor...pemimpin kita ramai yang seniorrr sangat!  Bukan sahaja senior fizikal tapi senior di hati.  Pastu feeling nak buat macam depa muda-muda.  Duk buat aktiviti yang feeling untuk menarik jiwa masyarakat muda macam kami.  Saya tak nampak ketelusan di situ,"  sambil dalam hati akak terbayang PM Najib duk feeling buat aerobik dengan Kak Mah Rambut Kepok-Kepok.

"Umur tua atau muda tak semestinya terletak pada angka.  Tapi pada cara pemikiran mereka juga.  Tak semestinya orang itu usianya tua,  dia tua.  Kalau jiwa dan mentalitinya muda,  pasti dia akan 'muda," kata boss akak sebagai penambahan.  Dia tak setuju atau menolak hujah akak.  Cuma menambah kepada point yang akak cuba berikan.

"Siapa pemimpin muda yang Jumie rasa macam okay untuk pimpin kita nanti?"  tanya Boss akak.

Akak tak jawab "Entahlah doktor....saya baca tentang perkembangan politik kat Malaysia ni.  Tapi saya tak tau nak menilai sapa yang mempunyai kepimpinan yang se-BEST Dr.  Mahathir.  Malaysian jadi semakin racist.  Rakyat pula berpecah belah.  Kita ni melaung-laung sahaja "Malaysia Multi Racial Nation" tapi hakikat,  tanya kat orang Melayu apa itu Thaipusam pun depa tak tau?  After 55 years Merdeka pun ada lagi budak Cina yang tak fasih berbahasa Malaysia?  Banyak yang tak kena doktor.  Pembangkang kata Barisan Nasional salah.  Pastu BN pun kutuk depa tu balik.  Kita kat bawah pun sama telagah,  tapi esok lusa......depa lompat party....cium tangan apa semua balik"



"Bila kita tengok dalam aspek itu,  kita boleh nampak parti-parti kat Malaysia ni masih tidak matang.  Mereka berpolitik macam budak-budak.  Pembangkang pun asyik bangkang sahaja.  Yang betul pun dia bangkang,"

"Kawan saya pernah luahkan perasaan dia kat saya doktor.  Dia kahwin orang Kelantan.  For the first time dalam hidup dia,  dia drive dari KL ke Kelantan.  Dan dia amat terkejut dengan jalan raya yang mereka kena lalui.  Tiada highway yang elok.  Tiada lampu jalan.  So bila waktu malam tu,  kawan saya duk ekspek terlanggar hantu JU ON sepanjang perjalanan mereka.  Nasib baik takdak la. 

"And she was wondering.  Bila hari raya bayangkan berapa ribu rakyat Kelantan akan balik kampung dan lalui jalan tu.  Kenapa dah bertahun-tahun kerajaan Pusat tak buat apa-apa?  Dia kata dia rasa macam tak mau pangkah BN dah tahun depan sebab dia rasa kerajaan Pusat anak tirikan kerajaan negeri Kelantan sebab depa PAS,"


"Dalam hal tu,  susah untuk kita nak finger pointing kat mana-mana pihak.  Pas ambil tompok kepimpinan Kelantan baru 22 tahun.  Tapi dalam soal membuat keputusan macam ni,  ia melibatkan banyak pihak.  So dalam setiap pihak pun ada macam-macam puak.  Sebab tula susah nak buat apa-apa keputusan besar dan susah untuk kita nak salahkan mana-mana pihak dalam hal ni,"

Ataupun dua-dua pihak pun salah,  kata hati akak.



"So in the end Jumie.....sapa yang paling untung kat Malaysia ni?"  tanya boss akak.


Besar sungguh skop persoalan Dr.  Zaini ini. 

"Besar sungguh persoalan doktor ni.   Pada saya,  kalau nak ikut sapa yang akan untung,  kena tengok pula atas dasar apa?  Kaum? Jantina?  Tua? Muda?  Agama?  Tapi pada saya,  kat Malaysia ni sapa yang ada duit dialah untung.  Sapa yang kaya dia untung.  Sapa yang pandai dia untung.  Sapa yang berilmu dia untung. 


"Betul tu Jumie.  Sapa yang kaya dia lah untung sebab dia boleh pergi hospital swasta.  Kalau tak mampu pergilah hospital kerajaan sahaja.  Sapa yang berilmu,  dia tau lah jalan nak mencari kekayaan dia sendiri.  Apa pun,  jangan menilai dengan emosi Jumie.  Kita kena sentiasa berilmu,"


Kata boss akak menutup bicara sebelum ada tetamu yang masuk ke pejabat kami.


Salam kemerdekaan ke 55 tahun kepada semua rakyat Malaysia.  Jadilah rakyat yang berilmu dan tidak membuat perbandingan melalui emosi.


Jumie Samsudin

30.8.12

Pengalaman Beraya Buat Pertama Kali di Tangkak Johor dan Sebagai Isteri

Artikel ini saya tujukan untuk En.  Yusof Bakar dari PP Seni,  USM.  (kih kih kih)

Jumaat,  17 Ogos

Mood Raya Datang,  Mood Kerja Menghilang
Aihhh malaihnyaaa nak pi kerja.  Tapi kena lah pi jugak.  Hari ni dah last day kerja u olls.  Ramai jugak orang yang dah cuti kat office.  We olls yang mai office ni,  jasad sahaja di office.  Otak dan jiwa dah merewang-rewang ke tempat lain.  Duk pikiak raya sahaja.  At 11am,  Kak Zie meletops mai kat akak "Adik,  Dr.  Siva maybe akan bagi kita half day.  Kami semua duk tunggu keputusan dia.  Tapi kalau kata dia tak setuju pun,  adik balik la dulu.  Kak Zie cover adik,"  meletops Kak Zie.  Thanks Kak Zie.  Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.  GITUUU.  Tepat 12.30pm,  akak pun terus balik rumah dengan pantasnya.  So,  bolehlah akak berehat sebentar dan mengemas beg untuk balik kampung.  Yelah,  sibuk membuat kueh kacang bagai.  Tak sempat nak mengemas u olls.  Katanya malam ni dah nak gerak balik Tangkak.

Buah tangan jeruk dari Penang adalah kemestian.

Berbuka Puasa Bersama Keluarga Penang - buat Kali Terakhir Tahun Ini

Lepas berbuka bersama keluarga di Penang,  Kak Edeh masak special iaitu mee goreng mamak,  we olls pun beraya siap siap with all the family.  Depa semua memang saja mai bukak posa kat rumah akak sebab senang nak jumpa semua.


At 12.30 am,  kami bergerak perlahan-lahan dari Penang ke Tangkak menaiki Dorrie meletops.

Inilah satu-satunya benda yang raya yang akak beli.  Subang raya. 
Sabtu,  18 Ogos

Ketibaan Si Anak dan Menantu Yang Berbadan Agam

We olls sampai di depan rumah Kak Juma di Jalan Mesra Rakyat,  Off Lorong Wak Musa,  Serom 5,  Tangkak tepat jam 5.50am.  Sungguh dahsyat En.  Khafi mendrive,  relaks dan very tertib sampai akak boleh jadi tidur kecantikan kat sebelah.

Ketibaan kami disambut dengan penuh rasa syukur oleh Kak Juma dan Abang Omar.  Lepas sembang ringan dan angkat beg,  kami semua sambung tidur sebentar.  Penat u olls.

Pegedil spesyel resepi Kak Juma.  Nanti i akan blogkan resepi ini.

Selepas tidur beberapa jam,  we olls pun bangun dan maka itu bermulalah aktiviti masak memasak.  I olls dan Kak Juma buat kuah kacang,  ketupat,  kuah lodeh,  ayam masak usik dan pegedil.  Kak Juma tak masak banyak-banyak macam Kak Edeh.  Dia masak sikit-sikit jer.  I olls sempat belajar beberapa tips dan rahsia dapur dari Kak Juma.  Memang best kali ni we olls dapat sembang panjang-panjang sambil masak.  Tidak lupa bergosip. 

Petang itu,  Ina dan Aji serta anak-anak (keluarga adik En.  Khafi) tiba dari Port Dickson.  En.  Khafi ada adik yang dah kawen dan ada dua anak ya.  Meletops. 

Aktiviti Membalas Kampung Ala Serom 5

Menjelang petang,  Kak Juma membungkus all the lauk pauk yang we olls masak tadi dan disiapkan 5 enam set bungkusan.  Kak Juma kata "Tengok la nanti petang,  satu kampung akan datang hantar lauk.  Penuh nanti satu meja.  Kamu makanlah puas-puas," 

Kisahnya,  setelah Asar,  maka orang kampung sorang demi sorang datang ke rumah dan bagi lauk yang depa masak.  Semua lauk yang lebih kurang sama iaitu lauk raya!! Pastu Kak Juma pun balas lah balik dengan lauk pauk yang dia bungkus tu.  Tapi tak tau la macam mana punya mejik,  in the end...........nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaa penuh satu tikar kat dapur ni dengan lauk pauk.  MAKAN JUMIE............MAKANNNNNNNNNN!!

Ahad,  19 Ogos

HARI RAYA U OLLLS!


Tereeenggggg tenee nee....tereng tereng...ten neee neee...terengg nee nee neee...Indahnya sungguh di hari raya...ramainya orang bersuka riaa (suara Hail Amir)

Fajar syawal dari bilik kami di rumah Kak Juma. 

Gituuuu!! Hari raya pun tiba.  Ohhh...akak bangun pagi itu dan akak bukak tingkap.  Cahaya fajar yang sangat cantek.  Cabaran pada pagi itu?  MENANGIH ATAU TIDAK MENANGEH. 

Selepas mentengok video iklan raya Bernas,  akak sangat sebak bila memikirkan hari raya.  Yelah berjauhan dengan keluarga.  FEEELNG!  Akak duk bayangkan macam mana kalau akak dengar takbir raya pagi tu.  Entah macam manalah perasaan akak.

En.  Khafi banyak kali duk bagi akak takut dan lemah semangat "Nanti pagi raya hang nanti menangih la kat Tangkak.  Hang nanti telefon Kak Edeh pastu masuk bilik dan nangeh,'  kata En.  Khafi sambil gelak kuat macam jin aprit.

Disebabkan rumah Kak Juma terletak jauh di hujung kampung dan dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan juga pokok getah,  so akak tak dapat dengar sangat bunyi takbir raya.  ALHAMDULILLAHHHHHHHHHHHHHHHHHh............hahaha boleh?  Bayangkan kalau akak dengar.  Mesti akak terus menangih pukul-pukul bagi pecah gelang tangan kat dinding.  Gitu.

Beraya dengan Suami Terpaling Love


Lepas mandi dan bersiap simple,  we olls semua bersarapan ringkas di dapur.  Tapi before kami keluar ke dapur,  akak dan En.  Khafi mengambil kesempatan untuk beraya berdua.  Akak yang mintak maaf dulu dengan En.  Khafi semua.  Aiiiiyoooooo.....masa tu ayak mata akak dah penuh dengan ayak mata.  Tunggu nak menitik ja.  Lubang idung akak pun macam sat sat nak kembang,  sat sat nak kuncup.  Atas bibir akak,  tiba tiba rasa macam panjang like kuda.  Tahan nangis sambil menyusun ayat memohon maaf kat suami ku.  Akak banyak durhaka dengan suami akak u olls.  Banyak sangat onar yang akak buat untuk dia.  Dia ni sabar sahaja.  Dah la baju kerja dia gosok sendiri.  So,  kami pun bermaaf maafan semua.  Habis tu,  kami pun keluar dari bilik.  Ada la babak cium sikit sikit,  MANA BOLEH CERITAAAAAAA!! NUSYUZZZ U OLLLSS!  Tapi yang penting,  walaupun akak almost nak nanges,  tapi akak tak nanges. 

And then,  they olls semua lapik perut untuk they olls nak pergi sembahyang raya.  We olls yang perempuan semua tak pergi.  Yang lelaki je yang pergi.  So kami yang perempuan,  siaplah apa-apa yang patut.  Makan dan isi kueh raya.

Kueh raya.

Sesi salam bersalam dan bermaaf-maafan dimulakan selepas solat sunnat Aidilfitri dan juga makan pagi.  Start dengan Kak Juma salam Abang Omar dulu.  Pastu kami semua follow kat belakang.  Salam....salamm......dan....ALHAMDULILLAHHHHHHHHHHH.....akak tak nangih pun.  In fact akak sangat happy dan gelak-gelak lagi.

Sessi Beraya Keliling Kampung Serom 5 dan Gersik,  Bukit Gambir 

Destinasi pertama,  of coz rumah Tok Jali dan Tok Neng iaitu bapa dan ibu kepada Kak Juma,  ibu mertua I olls.  Setibanya di sana,  sanak saudara dan sepupu lain pun sudah mulai ramai.  Akak sorang jer feeling berjubah dan berselendang.  Nasib baik tak pakai belt.  HAHAHAHA feeling Regina la kau ni Jumie Samsudin.  We olls bersembang dan bersalam salaman.  Amik-amik gambar sikit.

Dari situ,  kami pun mula berarak dari satu rumah ke rumah yang lain,  semua rumah mak mak menakan,  tok menakan En  Khafi side Kak Juma kami ziarahi.  (tak semualah u olls...sebab keluarga Kak Juma ramai ya.  Lebih kurang 13 beradik.  Tak termampu nak pergi semua). 

Masa nilah nak berkenal-kenalan dengan sanak saudara yang akak tak pernah jumpa sebelum.  Kalau kenal pun dalam Facebook ja u ollls.  Depa semua pun,  tengok akak depa tau "Oo....orang Penang ni...." Nasib baik!!  Kalau depa kata "Oooo...anak mami ni,'  Haaaaa.....haruslah secara otomatik akak bukak aipek dan suruh akak baca artikel blog akak kan!!

Kami dan Tok Jali.  Tok Jali bagi pose meletops kat ampa semua.  Siap bye bye lagi.

Bersama Tok Neng.

Depa ni love kuat.  Kak Juma dan Abang Omar.

Bersama biras akak dan juga hembek meletops hasil jualan Kueh Kacang Mazola.  

Straik a pose!


Ada satu time tu,  we olls tengah beraya kat rumah Tok Sayuti,  ada aunty En.  Khafi duduk sebelah akak.  Dia duk tunjukkan sorang-sorang sedara dari jauh.  Dia ni sapa...dia ni sapa......Ramai u ollls!!! So ada satu family ni masuk,  "Haaa.....dua ni sepupu belah.....diorang dua ni doktor tau,"

GETUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!  Aunty...........i kerja USM aunty.  Hidup i bergelumang dengan doktor dan professor aunty.  (POKER FACE DISITU)

By Zuhur kami semua balik ke rumah,  mandi rehat dan solat.  At 230pm,  kami gerak ke rumah Tok Gayah iaitu mak Abang Omar (pak mertua I olls).  Dari Serom nak ke Gersik amik masa lebih kurang 20 ke 30 minit.  Lainnya suasana beraya di rumah Tok Gayah ialah,  we olls duduk dan melepak dan beraya di situ sampai malam tak pergi mana-mana rumah sedara lain.  Bak kata Kak Juma kepada akak "Sebab tu mak tak suka beraya datang sini,  abah kamu bukan nak berjalan.  Duduk je kat sini sampai malam,"  gituuuuuuuuu Kak Juma onarkan suami.

Isnin,  20 Ogos

Soto Special Kak Merr di Raya Kedua

Hari raya kedua.  We olls takdak planning nak keluar beraya.  So,  akak mengambil iktibar untuk menjadi menantu yang bukan sahaja penuh dengan kecantikan malah baik hati dan rajin di dapur.  Hari itu,  akak masak soto ayam dan juga rendang.  Katanya kakak ipar i olls iaitu Norfariza akan balik hari ini.  So,  haruslah masak meletops u olls.

Soto.  Yeee...nanti akak akan buh dalam blog resepi dia.

Kak Juma adalah seorang yang sangat menghormati akak didapur.  Akak masak betul ke salah ke,  tak ikut cara dia ke,  dia relaks dan tak complaint langsung.  Bila anak-anak lain mula memberi komen,  Kak Juma akan mengomen "Biarlah....mak nak rasa macam mana kamu masak.  Tak maulah ikut cara mak,"  Gituuuuuuuuuuu!

Actually akak nervous jugak u olls!  Kau gila masak sebelah otai.  Rasanya macam nak jahit baju sebelah Rizalman.  Silap haribulan terjahit kuku dengan kain.  Haaa!! Dah jadi selendang ulik mayang.

Akak feeling profesyenel dan dengan niat tidak mahu malukan Kak Edeh yang dikenali sebagai makcik kantin tersohor di Sekolah Menengah St Xavier Pulau Pinang,  akak kena berikan prestasi yang terbaik.  Nanti apa masyarakat kata kepada akak?  MAK DIA MAKCIK KENTIN,  ANAK MASAK MACAM AHLI GUSTI.  Haaaaaaaa...Tapi alhamdulillah,  akak berjaya menyiapkan sup soto,  celur bihun,  mee,  taugeh,  nasi impit dan tidak dilupakan sambal kicap.  Selain itu,  akak juga telah memasak rendang daging (yang ni akak siapkan rempah dan bahan-bahan jer.  Kak Juma yang masakkan).

Katanya...............................tetamu pertama yang datang.  Almost semua buat penambahan!!  Gituuuu!!  Depa puji kata sedap dan boleh buat meniaga.  OHHH KAK EDEH!! I MADE U PROUD!!  Terima kasih Kak Ita dan Kak Iken yang bagi akak tolong meniaga dengan depa kat Kedai Lontong dua tahun lepas sebelum kami gaduh dan kedai pun tutup.  Katanya,  by the end of the day...............................sambal kicap kena buat second round. Dua tupperware lincin!!!  Sambal kicap Johor dibuat oleh menantu Penang rasanya sangat meletops???? KERLASSS!!!! 

Selasa,  21 Ogos

Gugurnya Hati Ayam

Hari yang sungguh malang bermula hari ini.  Untuk pengetahuan u olls,  sejak sehari nak raya,  akak dah mulai period u olls.  Tapi hari ini lain macam rasanya.  Pagi itu,  bila akak bangun tidur.  Darah keluar lain macam u olls.  Bila akak pergi checkkkkkkkkkkkk...................OH NO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  Memang banyak.  Dah berketul ketul macam hati ayam.  Ini dah boleh buat masak goreng kunyit.   (HAHAHAH LAWAK BODOH DI SINI.  SILA TENDANG AKAK)

So akak pun terus rasa lembik satu hari.  Kan akak pi jumpa doktor pakar haritu.  Dan dia bagi akak ubat hormon apa bagai.  I think,  inilah hasilnya.  Dia mencuci rahim akak dan membuang segala anasir jahat yang tak keluar dengan elok selama ini.  Kira macam overhaul enjin la gitu.  Dan seharian akak tidur sahaja dan tidak larat membuat apa-apa kerana siriesly akak bukan sahaja cramp di perut malah badan akak pun rasa macam sangat lunyai. 

Kesian Kak Juma hilang sorang assistant.

Ini bukan punca akak keluar hati ayam banyak ya.  Ini anak ular sawa sesat yang mati bawah kereta adik ipar akak.

Rabu,  22 Ogos

Nasi Tomato,  Ayam Masak Merah,  Acar Jelata dan Sayur Buncis Goreng bersama Santan


Hari ini hari terakhir akak di rumah Kak Juma bagai.  Memandangkan semalam Kak Juma dah penat melayan tetamu apa semua.  Hari ni,  akak cakap kat Kak Juma,  biarlah akak masak sepenuhnya.  Dia tak payah tolong langsung.  Hari ni akak nak masak nasi tomato sebab dah lama sangat tak makan nasik rasanya. 

Pagi itu,  akak,  adik Akmal dan En.  Khafi pergi ke pasar.  Kami beli barang dapur.  Akak beli beras Basmati.  Susah nak cari beras Basmati yang 5kg kat sini.  Semuanya size besar.  Maybe because orang sini jarang makan beras Basmati.  Sebab tu pekedai pun stenbai stok paket besar jer banyak.  Tapi carik punya carik,  terjumpa jugak satu paket beras Basmati 5kg.  YES!!!!

Actually ini first time akak buat nasi tomato.  Boleh laaa.........nak makan-makan :)


Lepas bershopping di market,  destinasi wajib akak bila balik kampung adalah KEDAI 2 RINGGIT!  Tak lengkaplah diri akak kalau tak mau kedai ni at least sekali bila balik kampung.  Kat Penang takdak kedai macam ni.  Kalaulah ada..............habihlaaaa Tesco semua nanti tak laku.  Kedai 2 Ringgit ni ada dua tiga buah.  Tapi yang paling we olls suka pergi adalah yang kat simpang depan dengan CIMB. 

Macam-maca adaaaaaa daripada periuk dan kuali,  bekas pelastik,  alat tulis,  bunga hiasan,  bek,  dandanan rambut,  keropok jajjan,  alat menoreh,  pinggan mangkuk,  alatan mencuci rumah,  alatan dan perkakas dapur,  bedak,  sabun,  bulu mata palsu,  beteri,  reket bekminton,  ayak kotak,  alat untuk repair paip air,  ubat nyamuk,  baja pokok dan racun serangga...............dan macammmmmmmmmm macam lagi.  Semua ada!!  Tapi bukan semua RM2.  Kalau ada tanda harga dia tulis RM3 ka RM10 ka...maknanya itulah harga benda tu.  Kalau takdak tanda harga makanya benda tu RM2 la.

Akak beli macam-macam.  Bestnyaa shopping kat kedai dua ringgi!!!

Ronda Petang di Bandar Muar

Lepas makan tengahari!!!  Kaum lelaki pun mulai tidur macam naga.  Akak dan kakak ipar akak niat nak ke Gersik dan juga Muar.  Niat di hati nak pi cari apa-apa buat buah tangan balik Penang.  So,  dari Serom ke Gersik,  Along yang drive.  Dan dari Gersik ke Muar.  AKAK YANG DRIVE.  Along sangat impress dengan akak sebab walaupun tidak menggunakan GPS akak masih ingat jalan-jalan ke bandar Muar dan pusing balik ke Serom melalui Bukit Kangkar dan Tangkak.  Nampaknya IQ akak lebih tinggi dari Along di situ.

Kuala Sungai Muar
Gambar ini diambil oleh Along.  Tapi dia malu nak amik gambar dengan I.

We olls tak pusing jauh-jauh sangat.  Sebabnya takdak apa sangat pun nak buat di bandar Muar yang busy itu.  Kami end up beli buah duku,  kerepek,  madu lebah,  dodol dan beberapa kueh tradisi along the way. 

Masih,  Along terpana sebab akak lebih arif dengan jalan-jalan di Muar dari beliau.  OH ya,  En.  Khafi tak ikut sebab suruh dia tidur dan rehat.  Malam tu dia nak drive balik Penang.

Good bye Tangkak

At 1130pm,  kami meninggalkan Serom 5.  Hati rasa sayu.  Tapi kenalah balik sebab En.  Khafi dah nak kerja esok.  Maka berakhirlah cuti cuti raya akak di Johor.  Satu pengalaman yang mendamaikan dan bermakna.  Simple tapi belajar banyak benda baru.  Harap tahun depan dapat balik beraya di Tangkak lagi tapi En  Khafi kata "Nanti Abang Manap baling botol todi kat aku!"

Sekian,  laporan dari akak khas untuk diri akak sendiri.  Esok lusa,  anak cucu akak baca artikel ini,  semoga u olls semua menjadi menantu yang terbaik apabila balik ke rumah mentua.  Well,  kita maybe bukan yang paling perfect,  but at least kita try la.  Jangan jadi kera sumbang memalukan kaum keluarga Kak Juma dan Kak Edeh.  Biarlah orang tahu,  keturunan kita ni,  bukan sahaja penuh dengan kecantikan malah baik hati dan rajin di dapur.

Love,

Jumie Samsudin
Anak Kak Edeh,  Menantu Kak Juma

29.8.12

Penyataan Rasmi : Bukan Semua Orang Penang adalah Anak Mami. Sekian terima kasih noktah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perkara ini ditimbulkan dalam satu sembang-sembang ringan bersama rakan kecantikan i olls tidak lama dahulu.  Mereka meluahkan kepada akak.

"Aku sangat tensyen bila pi balik rumah mentua aku,  depa bila tau aku orang Penang,  depa akan exclaimed kuat-kuat - NI MESTI ANAK MAMI?"  kata kawan akak yang sesungguhnya tidak ada rupa langsung anak mami kerana beliau adalah keturunan Acheh campur dengan Arab dari Yemen.

"Haa....aku pun bara orang yang suka tanya benda macam tu.  Masa time study dulu lagi laa ser.....Bila depa tau saja aku ni dari Penang.  Nenjia mesti akan depa kata - KO NI MESTI ANAK MAMI?  Awat pasaipa kat Penang ni semua hanya ada bangsa Mami dan Mamu sahaja ka?  Habis tu Melayu - Burma tak wujud?  Melayu Cina tak wujud?  Melayu Siam tak wujud?  Boyan Venezuela macam Jumie tak wujud?"   KANNNNNNNNNNNNNNNNN---- tiba tiba akak dicarut oleh wanita Melayu Banjar ini.


Kesalahan Prof.  Madya Abdul Razak Mohaideen
Akak setuju dengan penyataan rakan-rakan akak.  Akak ingin meletakkan kesalahan ini kepada Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen iaitu pengarah filem-filem genre komedi yang banyak mengarah dan menerbitkan komedi orang Penang seperti Anak Mami,  Mami Jarum dan segala-galanya.

Kesalahan Prof.  Madya Abdul Razak Mohaideen adalah kerana dia menjemput semua pelakon-pelakon yang tidak MAMI langsung dan disuruh berlakon menjadi mami.

Contohnya orang yang bukan mami ialah seperti : Rita Rudaini!  Kartina Aziz!  Rosnah Mat Aris!  Waheeda Wasini! 

Depa-depa yang akak sebut kat atas mungkin boleh bercakap Penang dengan meletops (tapi agak over sikit) tapi sebenarnya depa tidak mewakili keunikan dan keaslian anak mami Penang yang sebenar.  Depa bukan anak mami.  Kalau pun depa hanya pelakon,  tapi depa bukan anak mami.  Perumpamaannya adalah seperti hang amik orang Afrika yang hitam macam Alek Wek dan suruh dia berlakon jadi watak "
Rose DeWitt Bukater" dalam filem Titanic iaitu seorang wanita bangsawan Inggeris.  Walaupun wanita Afrika berkulit Alek Wek itu fasih berbahasa Inggeris dengan sland British Toktok,  tapi.............................DIA BUKAN WANITA INGGERIS U OLLS! 

Mungkin ampa semua orang Pahang orang Terengganu tak akan faham apa yang kami maksudkan,  tapi wahai Prof.  Madya
Abdul Razak Mohaideen...U SHOULD KNOW BETTER!  At least pelakon macam Fasha Sandha,  Vanida Imran,  Faezah Elai dan Zahida Rafik......haaaa!  Depa ada iras-iras anak mami sikit.


Kalau ampa ingat cerita drama Anak Mami yang pertama lakonan
Prof.  Madya  Abdul Razak Mohaideen,  Farouk Hussein,  Shazlin Shahbi dan beberapa mami real punya dari Penang.............ITULAH BETUL BETUL CERITA ANAK MAMI YANG PALING AKAK SUKA SEBAB SEMUA KARAKTER MEMANG REAL MAMI!

Impak Buruk dari Filem Anak Mami dan Mami Jarum Series?
U olls!  Sebenarnya filem-filem Anak Mami dan Mami Jarum Series banyak memberikan impak buruk kepada imej orang Penang.  Salah satunya,  semua orang Melesia anggap "SEMUA ORANG PENANG ADALAH ANAK MAMI!"

Seterusnya,  semua orang Melesia mempunyai tanggapan bahawa "SEMUA ORANG PENANG GILA BARANG EMAS!"
 

Dalam satu insiden,  kawan I olls dah kawen,  dia ada anak kecik umur 3 tahun.  Anak dia girl.  Satu hari anak dia main dengan satu anak lelaki kawan depa,  orang KL.  So,  depa pun duk gurau gurau la.  "Nanti dah besar kita bagi kawen la dua orang ni,"  Pastu si mak bapak KL tu menyahur "SUSAHLAH KAWEN ORANG PENANG...KENA BELI GELANG EMAS BESAK BESAK,"

Ammmmmmmmmmmmmmmboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....awat??? Sampai macam tu sekali ka.


Dalam satu insiden lain,  yang diluahkan oleh rakan sepejabat dengan I olls.  Dia pernah mewakili USM untuk pi sukan antara jabatan kerajaan kat KL.  So masa they olls semua berarak di tengah-tengah stadium,  bila kontijen USM PULAU PINANG yang berjalan...Nenjiaaaaaaaaaaaaaa....satu stadium keriau "MAMI JARUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!! MAMI JARUMMM!!!!!!!!!!"

Kawan I olls kata dia sangat malu dan sangat marah.  Tapi tak boleh nak buat apa.  Satu Melesia ingat Mami Jarum adalah satu simbol wanita komedi yang menggelikan hati.  Hakikat dalam masyarakat orang Penang,  mami jarum adalah satu simbol yang amat negatif .




Mami jarum adalah seorang yang bukan sahaja suka mengambil tahu hal orang,  dia juga seorang yang suka melaga-lagakan orang untuk bergaduh,  pembawa cerita dan paling ngeri penfitnah.  So...........do you think u suka kalau orang panggil u PENFITNAH?  U suka orang panggil u kepoci?  U suka orang tuduh u memporak perandakan hubungan silaturahim?  Mungkin
Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen telah berjaya meng-komedikan watak mami jarum,  namun hakikat dalam masyarakat anak jati Penang......MAMI JARUM adalah satu satu jolokan gurauan paling rendah dalam kasta komuniti masyarakat orang Penang.

So next time u nak panggil kawan Penangite u mami jarum,  u pikiak 7 kali.

Apa itu anak mami dan mamu?

Kalau kat Penang,  anak mami dan anak mamu ni ialah mereka yang mempunyai darah keturunan India atau Pakistan.  Dulu India dan Pakistan kan satu Negara.  Depa panggil diri depa Hindustani.  So kita boleh tengok kulit depa sama ada gelap,  mocha,  ataupun putih terus ala-ala Hindustan.  Mata mesti bulat.  Bulu mata melentik.  Bulu roma mesti banyak.  (Adik-adik yang banyak bulu roma kaki dan tangan tapi malas nak pi wax...kalau jantan tanya depa...awat banyak bulu?  Depa akan kata... I anak mami.  BUREDYU.COM) 

Paling ketara.........TANG HIDUNG!!  Hidung depa mesti tinggi.  Kalau nak disimpulkan,  anak mami ni muka depa mesti ala-ala Hindustan sikit.  Berikut adalah contoh gambar kawan-kawan akak dan para selebriti Melesia yang seriesly memang anak mami.  Tapi kecantikan dan keunikan mereka tidak stereotype kerana sekarang ni dah tahun 2012.  Anak mami dah campur macam-macam DNA dah.  Muka pun dah macam-macam.


Haleesa Mustapha.  Kawan baik i olls.  Bapak dia memang mamu Penang meletops.  Campur dengan Mak Yam Melayu Boyan.  Anak jadi - Anak Mami Latin.

Dia Fid.  Anak mami.

Faezah Elai,  akak pasti dia anak mami.  Tapi sangat meletops.
Mama Zarina Abdul Rahman.  HARUS!  Contoh anak mami yang berjaya.

Faridah Merican.  Bapak mamak,  mak keturunan Melayu Taiping.  Hasil....Faridah Merican.


Keluarga Datuk Sharizat berasal dari Penang.  She is anak mami u olls.
Pulau Pinang adalah melting pot of many cultures yang mai berdagang kat negeri ni sejak zaman Francis Light lagi.  Kalau nak ikut Melayu asal yang duduk kat Penang pada zaman dahulu adalah orang Kubang Semang,  lepas Francis Light mai,  depa semua lari pi duduk kat area Kubang Semang Bukit Mertajam.  So kat Georgetown Penang ni penuh dengan pelbagai bangsa dan budaya daripada seluruh dunia.  Ada dari India,  China,  Armenia,  Inggeris,  Israel,  Burma,  Siam,  Indonesia dan macam-macam lagi.  

Anak mami adalah mereka yang sekarang ini merupakan leluhur tok nenek moyang yang berdarah Hindustani / India u olls! Dan mereka juga adalah adalah keturunan yang paling ramai kat Penang ini especially kat area Georgetown,  Tanjung Tokong dan Teluk Bahang.  

Kalau akak nak cerita lebih terperinci tentang keturunan anak mami ni boleh buat satu thesis.  Tapi takpayahlah akak nak cerita dengan lebih terperinci kerana keturunan anak mami sekarang ni pun dah makin pupus kerana sekarang ni dah banyak sangat perkahwinan antara budaya dan kaum.  So,  anak-anak mami pure ni semua bukan sahaja makin berkurangan,  malah yang ada sikit celonet ni pun bukan semua pun nak mengaku depa anak mami.

Bila kata saja "Hang ni anak mami ka?"  Nenjiaaa dan dan muka naik merah padam dan kata "Tak lah!!  Bapak aku keturunan Arab............"  Tiba---------tibaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!  Wallah hu alam u olls.  Ada juga Arab yang kulit gelap. 

I understand why sesetengah anak mamak dan anak mami tak mau ngaku keturunan depa.  Sebabnya kat Penang ni,  selalu anak mami dan anak mamak mempunyai imej yang tak berapa nak best untuk dibanggakan.  Tapi biasalah,  kita ni orang Melesia,  kalau tak kutuk bangsa lain,  memang tak sah la kan.  Macamlah keturunan kita ni perfect sangat.  Melayu pun kita kutuk,  Cina pun kita kutuk,  India pun kita kutuk,  Boyan pun kena kutuk.....semua pun kena kutuk laa!!

Samalah macam I olls orang Bawean,  tak semua anak Boyan yang mengaku dia Boyan.  Kadang-kadang bapak dia Boyan,  mak dia Pakistan.  So dia tak akan mengaku dia Boyan.  Dia akan kata dia keturunan Pakistan.  Itu personal choice dia.  

Yang penting sekali,  siapa pun diri kita.  Kalau kita betul-betul bangga dengan jati diri kita tanpa berusaha untuk menjadi orang lain,  sesungguhnya rasa bangga dan keyakinan itu akan lahir secara necerel dan sekaligus membantu kita untuk berjaya dalam hidup kita.  

Sekian,  janganlah mengatakan bahawa semua anak Penang adalah anak mami.  Kerana hakikatnya,  bukan SEMUA anak Penang adalah Anak Mami.

Untunglah orang Kelantan,  orang Pahang,  orang Johor...takdak sapa pun buat filem pasai orang negeri ampa.  Kami orang Penang dan orang KL la duk kena.  Orang Penang = Anak Mami / Mami Jarum.  Orang KL  =  Gangster / Bohsia / Mat Rempit.

Love,

Jumie Samsudin
Wanita Berdarah Boyan dan Latin (Venezuela)


Haaaaaa...dua kat bawah ni.........memang pure mamak la u olls!  Tak dapat disangkal.  Kalau duk buat tak ngaku aku tak tau nak kata apa. 




28.8.12

Pelamin untuk Majlis Perkahwinan Ustaz Don dan Husna by The House of Red Gincu

Hello u olls semua,

Sapa kat sini kenal Ustaz Don?  Ustaz Don adalah seorang ustaz selebriti yang sangatlah kendu ya di Malaysia ini.  Berlainan dengan Ustaz Idrus yang dah kawen,  Ustaz Don ni dia muda sikit dan berasal daripada Penang (Bukit Mertajam).  Tambahan lagi,  kepada u olls semua warga USM,  kalau u olls nak tau,  Ustaz Don adalah anak menakan kepada Dr.  Hamima Dona Mustafa from KANITA USM.  Meletopsss yaaa!

So u olls.  Alhamdulillah,  rezeki adik I olls iaitu Cakcing a.k.a Surianie Samsudin,  butik pengantin milik beliau iaitu The House of Red Gincu telah diberi peluang untuk menjadi penghias utama untuk majlis perkahwinan Ustaz Don dan pasangannya iaitu Dr.  Husna di Kuala Sungai Pinang,  Balik Pulau.Pulau Pinang yang berlangsung pada 23 & 25 Ogos 2012 yang lalu.

Gambar Dekorasi Perkahwinan Ustaz Don & Dr.  Husna by The House of Red Gincu
Nota penting kat sini  :  Mesti ramai yang tanya - APAKAH USTAZ DON BERSANDING?  Hey u olls.  Janganlah over membuat pertanyaan dengki seumpama itu.  Pelamin tak semestinya tempat bersanding baling-baling beras kunyit macam orang Hindu.  Pelamin asas ringkasnya adalah tempat untuk bergambar bersama keluarga dan sahabat handai yang disayangi.  Takpayahlah u olls over-over nak pertikaikan benda-benda macam ni tentang seseorang yang ilmu agamanya sudah tentu lebih meletops dari kita.  Sekian. 

Ada kepala Araput yang over sikit kat dalam ni.

Pose rasmi Surianie Samsudin a.k.a Cakcing di depan pelamin ilham dari beliau.




 

Hiasan Bilik Tidur

Bunga Tangan

Sirih Junjung

Kek Kahwin
Kek Kahwin dari Melting Bites.
Berikut adalah gambar yang Cakcing ambik menggunakan camera akak.  Deni serrrrr.  Takdak pun gambar muka focus kat Ustaz Don yang elll itu.  Semua gambar dari belakang sahaja.

Ustaz Don Daniyal pebetui serban.....steadddyyyyyy!!

Sekian sahaja perkongsian dari akak untuk u olls semua.  Jangan lupa untuk bukak dan like page Facebook The House of Red Gincu sebab ada banyak lagi photo in the making untuk Majlis Perkahwinan Ustaz Don dan Dr.  Husna :



PS /  Cakcing BBM akak "Wehsss! Confirm Ustaz Don kawen dia panggil aku buat pelamin semua"
Pastu akak BBM Cakcing balik "Tanya Ustaz Don nak penyanyi tak untuk meramaikan majelis?" LARIKKKKKKK

Love,
Jumie Samsudin "Kecantikan"


17.8.12

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin




  • Jangan lupa bayar zakat fitrah
  • Jangan kedekut bagi duit raya
  • Jangan lupa visits orang tua,  mak-mak menakan dan tok menakan mana-mana.  Its time to eratkan silaturrahim
  • Jangan banyak makan sangat
  • Jangan lupa pi semayang Raya
  • Jangan lupa pi ziarah kubur
  • Jangan bawak kereta macam orang buta
  • Jangan lupa amik gambar banyak banyak with family and friends
Selamat hari raya Aidilfitri,  maaf zahir dan batin.

See u back,  27 Ogos 2012.

Love,
Jumie Samsudin

15.8.12

FF Fashion Week NY City

Hello u olls!  

Hari tu i olls terjumpa satu website ni,  dia duk cerita padai Full Figured Fashion Week in New York City.  Gituuuuuuuuuuuuuuuuu.  Terus akak membukak-bukak website itu dan inilah sedikit informasi yang i olls boleh share dengan u olls semua.

Kebelakangan ini,  akak duk feeling cerita pasai perkahwinan dan alam rumah tangga ja.  Akak dah kurang bercakap pasai fashion semua kan!  Tula ampa pun!  Tunggulah lepas raya akak nak buat project photoshoot dengan wanita-wanita agam.  Tungggu!

Apa itu FF Fashion Week NY City ?
Full Figured Fashion Week kat NY City ni adalah acara tahunan (sekarang dah nak masuk tahun ke 5) yang akan menampilan rekaan fesyen terkini oleh butik-butik persendirian,  retail shops dan juga independent fashion designer yang memang focus kepada fashion wanita agam. 

Indahnya activiti ini,  walaupun masih baru tetapi telah menarik minat ramai orang especially pemerhati seni fesyen kat negara depa.  Depa siap buat anugerah - anugerah khas untuk mereka yang meletops dalam industri ini daripada magazine yang best pasai Plus Size and of coz....fashion designer plus size yang terbaik.

Akak juga suka model model yang mereka gunakan.  Semuanya adalah plus size model yang tidak kurang meletopsnya. 

Bestnya kalau ada fashion week sebegini kat Malaysia.  Sebab kita dah ada Malaysian Fashion Week.  Kita dah ada Islamic Fashion Week.....so kita patut ada...............MALAYSIAN FULL FIGURED FASHION WEEK.  Katanya,  pelajar UiTM dalam bidang Rekaan Seni Fesyen ambilan Sidang Akademik 2010/2011 adalah batch pelajar pertama yang diminta untuk focus kepada fashion PLUS SIZE.  Yes,  kerana fashion Plus Size sangat IN kat negara kita sekarang.  Walaupun tak sepesat di Amerika,  tapi u olls sendiri boleh tegok banyak nya website/blog yang jual baju plus size kan!

 
Jill Alexander Designs
Fashion dia lebih santai dan elegen.  Banyak guna print. 
6/10





Chinoo Designs
Structure dia tak berapa cantek dan nampak keras.  Tapi okayla....
5/10




SK WiLBUR
Deni cam merapu rapu sikit.  Dia nak buat ala ala funky.  Bagi i,  wanita agam ni susah untuk di FUNKY kan.  Kalau silap haribulan,  bukan jadi funky tapi jadi munky.  Wanita agam lebih indah di-elegen-kan daripada di-funky-kan.
4/10








Savannah Red
 Ala-ala lembut gitu.  I like the first tonga short dress.
6/10

JIBRI
I like JIBRI.........memang meletops.  I suka baju dia semua.  I duk rasa macam i nak pakai semua baju ni!!  Sangat Jumie Samsudin. 
10/10




Sorella Swim
 I OLLS NAK BELI SEMUA BAJU NI SEMUA!  NAK PAKAI PI PERHENTIAN. 
10/10

Masaari
Baju deni semuanya style cam seksi seksi sikit.  Seksi tak semestinya kena dedah u olls.
7/10

Rachel Pally
One word to describe this collection : COMFORTABLE.
8/10


Queen Grace Collection
I LIKE HER DRESSES.  Pilihan colour block yang menarik. 
8/10






 17 Sundays
FUNKY YANG MENJADI!  I like to wear these.
8/10








Ashley Nell Tipton
Ada yang akak suka,  dan ada yang akak tak berapa suka.  U olls suka?
7/10








Lavender’s Jungle
Cam merepek sikit.
4/10






Youtheary Khmer
Penggunaan warna pastel bukan hanya untuk si SKINNY sahaja ya! Kalau kena gaya pasti meletops macam ni.
8/10







Sekian sahaja.  Salam inspirasi untuk u olls semua.  Hidup wanita agam!

Love,
Jumie Samsudin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE