9.8.12

Dear Jumie : Sambungan Kisah antara Suami dan Bekas Kekasih

Salam Kak Jumie,

Masih ingatkah pada saya?  Saya telah menghantar pada kongsi rahsia yang lalu.  Pada mulanya selepas Kak Jumie memberi nasihat saya telah cuba melupakan dan tidak mahu memberitahu suami.  Tapi,  bekas kekasih telah megulangi perbuatan yang tidak sepatutnya dengan memeluk dan cuba mencium saya. 


Semua itu saya cuba tolak.  Apakan daya saya hanya wanita lemah.  Saya rasa amat tidak berguna dan malu hendak berdepan dengan suami walaupun apa yang terjadi bukanlah atas kerelaan saya.  Yang saya hairan saya tidaklah secantik mana.  Bahkan isteri bekas kekasih saya rasakan lebih cantik.


Hinggalah pada suatu hari saya dengan segala keberanian diri yang saya mampu terkumpul,  saya telah berterus terang dengan suami.  Pada mulanya suami tidak percaya dan menyangka saya hanya bergurau.  Apabila saya bertindak hendak melarikan diri dari rumah bersama anak saya barulah suami tersedar saya serius.  Suami telah berjumpa dengan bekas kekasih face to face.


Bekas kekasih mengaku perbuatannya.  Dan mengatakan bahawa dia masih amat mencintai saya.  Akibatnya sehingga ke hari ini suami dan bekas kekasih tidak pernah bercakap lagi dan putus persahabatan mereka.

Walaupun saya terasa sedikit bersalah,  tetapi saya merasa amat lega kerana beban saya telah berkurangan.  Terima kasih pada Kak Jumie atas perhatian.  Cumanya saya tidak pernah memberitahu suami bahawa bekas kekasih pernah memeluk dan mencium saya.  Saya takut dia tidak dapat menerimanya.  Yang paling saya lega ialah isteti bekas kekasih masih tidak mengetahui masalah yang telah terjadi.  Dan kami masih berkawan.  Thanks again Kak Jumie.

Yang benar,
Isteri Sedih


Hello u olls,

Thank sebab email kepada kami lagi di sini.  Akak di sini ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah di atas keberanian dan kecekalan hati hang dalam menghadapi rintangan yang sangat kuat ini.  Bukan senang ya untuk kita bercakap benda yang benar kerana kebenaran itu selalunya yang terpahit sekali.

Terima kasih juga kepada pembaca lain yang banyak memberikan komen meletops dan memberi semangat kepada Isteri Sedih. 

I olls harap u olls jangan tengok belakang lagi.  Jangan beratkan otak dengan rasa bersalah apabila tengok suami u olls dan bekas kekasih u olls sekarang sudah putus sahabat.  Kerana sahabat macam jantan keparat itu adalah tidak guna disimpan.

Tak payah bagitau benda yang details kat suami u olls.  Cukuplah bagitau setakat mana yang ada,  and as benda pun dah setlle.  U olls move on with your life.

Hidup ni memang penuh dengan pelbagai liku.  Apa pun,  u olls kena always pikirkan niat yang baik untuk diri sendiri dan apa yang terbaik untuk orang yang u olls sayangi.  Yang penting,  sekarang ini kalau apa pun masalah yang datang,  jangan terus bersembunyi dalam ketakutan.  Kuatkan semangat dan fight for your own rights.

Akak harap u olls tukar nama dari Isteri Sedih kepada Isteri Bahagia dan satu hari nanti Isteri Meletops macam akak.  GITUUUUU!

Take care of your self,


ps/  Kepada sesiapa yang tak paham pucuk pangkal cerita ini,  baca sini  :  Bekas Kekasih Mengganggu Emosi dan Peradaban Rumah Tangga

Love,

Jumie Samsudin


1 comment:

  1. Belajar maafkan dan lupakan kesalahan diri sendiri yang lalu.. cuba untuk bahagia dan membahagiakan suami dan anak2. .smile.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...