13.8.12

Dear Kak Jumie : Politik di Tempat Kerja

Salam Jumie,

Problem aku adalah kenapa sesetengah office,  yang majoriti Melayu, suka pandang serong orang yang suka berseorangan? Adakah kalo dia berseorangan tu akan mengundang penyakit kronik kat satu opis?

Pastu dah dia sorang2,  tak la kacau orang sangat, tapi kalo marah,  slambe jugak sembur takde tapis-tapis dalam meeting tapi still maintain professional tak sebut nama sapa yang berkenaan,  dan selalu buat kerja sorang2 dia, asal kerja siap, pastu selalu rujuk superior kalo ada tak paham, dalam erti kata lain memang selalu la nampak dia jumpa supervisor semua.  Tapi manusia-manusia lain suka anggap dia membodek dan mengampu bila kerap sangat jumpa supervisor.  Supervisor tu plak pon banyak orang tak suka jugak.  Well, aku memang ada penyakit suka pada benda yang orang tak berkenan.  Dia yg aku mention adalah diri aku sendiri.

Aku pelik, apa aku dapat kalo aku bodek atau mengampu? Kalo dapat naik gaji takpa la jugak.  Aku cuma nak jadi terbaik dan sentiasa cuba nak memperbaiki diri dan amik tahu semua pasal kerja.  Bukan pasal gosip hiburan a.k.a mengumpat orang bila duduk berlonggok reramai, pastu kerja tak siap, pastu bising kerja banyak, pastu kualiti sampah.

Ramai cakap aku sombong, yeah aku memang sombong sebab orang tak mula tegur aku.  Aku rasa kekok nak tegur orang yang aku tak rapat,  kalo saja2 lagi lah.  Ingat aku banyak sangat masa lapang ke kat opis tu nak beramah mesra bagai?  Pastu kalo tanya aku pasal kerja,  aku jawap ala kadar.  Memang la aku jawap ala kadar kalo bila aku jawap elok2 tetiba dia pun sama naik tunjuk pandai sekali.  Siap pelekeh aku segala.  Wallawehhh.  Aku bukan Nabi kot dok kira nak sabar sampai orang bleh pijak kepala.  Pastu plak yang komen aku jawap ala kadar tu sebenarnya tak pernah langsung tanya aku pasal kerja, boleh?  Mana dia dapat ala kadar tu aku pon tak tahu.

Pastu ade plak kan cakap nak sebarkan aib aku.  Entah apa aib aku dalam ofis tu aku pon tak sure.  Aku tak la menggedik ngan mana2 laki dalam ofis sebab satu pun bukan taste aku.  Aku cuma takut, dia nak buka aib aku, tapi terbuka aib dia sendiri je.  Takkan la sebab aku tak join presentation group apa benda tu pun dah nak hentam aku teruk2 la sangat.  Abes selama ni sampah2 dia tinggal kalo dia bercuti sampai buddy sendiri tak sanggup nak amik tau last2 aku kene setel tu bukan salah dia la? Aku nak list down perkara2 yg memalukan diri sendiri yang dia pernah buat, erm tatau la sedar ke tak tu banyak sangat.  Untuk setahun punya stok, fuh, boleh tahan.

Dan last sekali (takkan ni kot aib aku?)... kenapa nak judge orang yang tak solat kat opis (mana tau dia tak selesa tengok surau, tak suka bazir masa nak tunggu turn solat sebab masa dia kemain berharga even 2 saat pun, sebab surau tak best, bilik air jauh, kot ada masalah angin2 so, dah amik air sembahyang sementara nak tunggu turn solat tu asik rasa nak terkentut2 sampai batal air sembahyang sebab aku bukan mazhab hanafiah, faham2 je lah zohor lepas lunch, etc) mana tau kawan tu qada solat kat rumah... atau, perlu ke nak tunjuk kita ni alim ulamak kat opis, tapi bab bising, gelak, ketawa mengilai sampai orang confuse nak beza antara dia dengan pontianak. kenapa perlu nak bersangka buruk dengan orang???

Pada aku aib ni sesuatu yang teramatlah buruk pernah aku buat (contoh mcm skandal ngan sape2 sampai luar batasan dalam opis, or apape yang tahap buruk2 super duper buruk la... mcm menipu ke, pecah amanah etc... so far sepanjang aku kerja situ, tak pernah aku buat benda2 yang menyebabkan superior aku semua hilang kepercayaan kat aku, misalnye pecah amanah la kan paling obvious)

harap hang boleh la huraikan panjang lebar permasalahan aku sebab seriously aku first time (walau dah setahun lebih) kerja dalam environment majoriti melayu jenis busybody... aku pernah je keje ngan bangsa lain... elok je aku dapat top performer, orang appreciate aku, respect aku... tapi tang situ, aku buat terbaik, aku usaha nak jadi terbaik terus orang pandang serong cakap aku bodek. sumpah aku tatau computer system boleh menipu bab2 performance orang kan...canggih sangat kot zaman sekarang sampai semua benda boleh manipulate camtu...

last but not least, aku tak kisah pun orang benci aku, nak mengata aku belakang2... tapi tolong la kalo nak mengumpat aku pon, jangan sampai aku terdengar ke apa boleh tak? aku cam rimas... terus jadi kesian sebab lepas depa buat sesi luahan tak puas hati dengan mengumpat beramai2 tu, depa tetap kena jugak tengok muka aku hari2 sampai tatau sapa resign dulu baru tak nampak muka aku dah... dah la nak cakap depan2 aku kot tak sampai hati kot takut aku nangis beriya2 depan depa... walhal, aku time marah yang teramat sangat je aku nangis... kalo rileks2, lantak kau la nak cakap ape pon... habis kuat pon dah penat dia cakap aku tanye balik, dah ke belum... kalo sudah, aku nak sambung keje...


Yang benar,
Di Ambang Wati



Hello DIW,

Aiiiyooo.  Meletops sangat pengkisahan u olls ini.  Okay,  tak mau cakap banyak.  Actually cerita u olls ini sangat simple dan boleh ditangani sekiranya semua pihak meletakkan ego di tepi dan be profesional.  Inilah yang kita panggil sebagai politik di tempat kerja. 

Politik di tempat kerja adalah satu seni yang tidak boleh diuraikan dengan mudah.  Takdak ijazah atau diploma yang diberikan untuk bidang ini.  Semuanya kita kena belajar daripada pengalaman sendiri. 

Tak kisahlah kita kerja pangkat tinggi,  atau rendah.  Kerja di syarikat korporat besar,  syarikat kecik,  gomen malahan walau kita kerja di warung sekalipun,  pasti ada politik kerja dalam kalangan kita semua. 

Politik kerja itu yang akan menentukan kuasa,  pengaruh dan juga menentukan sama ada aliran kerja kita berjalan dengan lancar.  Dalam politik kerja ni pun ada banyak faktor lain,  seperti purata umur rakan sekerja,  bangsa,  kaum,  latar belakang ekonomi dan macam-macam lagi.

So,  sambil mengupas kisah u olls ini,  i olls cuba untuk berkongsi pengalaman i olls bekerja di USM.  I olls bukanlah pakar yang boleh dijadikan rujukan tetapi sepanjang I olls kerja di sini,  memang I olls telah pelajari banyak perkara yang boleh u olls ambil iktibar.


Secara kesimpulannya,  apa yang I olls lihat di sini adalah masalah komunikasi antara u olls dan rakan sekerja yang lain.  Depa menganggap u olls sebagai sombong dan sukar untuk bekerjasama.  I olls tidak pergi membaca komen-komen di Facebook u olls seperti yang disarankan,  kerana terlalu banyak sangat.  Dan apabila mereka membuat anggap sedemikian,  u olls memang tak mau amik port dan tak kisah langsung,  oleh itu mereka jadi amarah dan rasa nak PROVOK u olls lagi dan buat u olls merana kerana depa simply 'cant stand you'. 

Itu kesimpulan i olls.  So dalam penceritaan u olls.  Ada beberapa sub topik yang i olls boleh hurai di sini.
 
Masalah Bekerja di Tempat Melayu
Siriesly u olls,  dalam semua bangsa di Malaysia ini Melayulah bangsa yang paling racist di negara ini.  Kita (Melayu) selalu kata "Cina racist.  India racist..."  But the fact is,  kitalah bangsa yang paling racist kat negara kita ni.  Kalau nak kata kita bangsa paling racist kat dunia ni pun boleh,  sebab semua bangsa negara lain kita duk kutuk dan benci.  Duk buat macam bangsa kita gila maha dahsyat.  Even dengan kaum sendiri pun kita racist juga.  Oleh itu,  i olls tidak bersetuju apabila u olls kata "SUSAH BEKERJA DENGAN SEMUA GANG MELAYU NI!"  sebab pokok pangkalnya bermula dari niat di hati kita.


I olls pernah bekerja dengan tauke Cina (masa kat Kuantan) dan kini di USM,  sebuah organisasi yang multi-racial.  Tapi,  I olls ada pengalaman yang boleh dikongsikan di sini. 


Bila kita masuk organisasi yang ALL MALAY (tak semua.  ini hanya contoh),  semua staff dan kakitangan akan cuba bersikap SUPERIOR dengan kita.  Depa tak berapa mesra dengan kita sangat,  dan depa ekspek kita fresh grad dan orang muda macam kita untuk menyembah ratu kepada mereka semua.  Its not a good thing. 

Tapi berdasarkan pengalaman akak,  I olls lihat perkara ini dari perspektif yang berbeza.  Instead of mendiamkan diri,  i olls cuba untuk menegur semua orang dan cuba memberikan first impression yang baik kepada semua.

Dan kadang-kadang itu,  first impression kita di salah anggap oleh anasir-anasir jahat yang tidak diperlukan.

Cerita Botol  Air Mineral
Sebagai contoh,  masa akak mula-mula masuk office Soc Sc.  Kat sebelah office akak,  ada timbunan air mineral yang sangat banyak.  So satu hari,  i olls saja la buat gedik,  i olls tanya kat one of the kerani senior kat situ dan tanya kat dia "Okay tak kalau saya nak amik satu botol?"  Kakak itu pun kata "Ambilah dik....memang yang ni kita bagi for students pun.  Adik amik la satu,"  So akak pun amiklah dengan tampa rasa serba salah.  Ala......benda ni air kosong je pun.  Takkanlah akak hegeh nak pi mintak kat Dekan bagai. 

Tak sangka pulak,  lepas seminggu akak amik SEBOTOL AIR MINERAL YANG KECIK ITU telah menjadi issue besar.  Ada pihak yang membawa mulut dan berkata "Budak baru masuk tu...belum apa apa dah memandai amik barang office buat macam dia punya"

NENJIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA........akak DEVASTATED jugak masa dengar benda tu.  Yelah umur baru 20 tahun.  Tiba-tiba kena tuduh sampai macam tu sekali.  Bukan akak curi bawak balik cabinet besi bawak balik rumah untuk letak baju dan seluar dalam.  Tapi akak amik sebotol air mineral je pun.  So akak mendiamkan diri.  Dan bagi akak,  benda ni bukan ada masalah besar,  kalau boss nak panggil i,  i mintak maaf dan sanggup bayar balik RM10 untuk satu botol air mineral itu.  Dan kalau boss tak bising apa,  staff lain yan duk buat bising lebih..................SOOOOO ADA AKU KESAH?

Tapi akak terus membuat baik dengan semua orang.  Tegur dan bercakap dengan semua orang.  Buat macam biasa.  Dan orang yang menyebarkan kisah akak itu,  katanya sejak 7 tahun akak di Soc Sc dia ditukarkan hampir ke 3 tempat yang berasingan dalam USM ni.  U olls fikirkanlah sendiri.  Kalau orang tu bagus,  mesti orang akan simpan dia lama :)


First impression yang baik itu tak melibatkan duit atau tenaga yang banyak,  cukuplah sekadar pi tegur dan pi salam dengan mereka perkenalkan diri dan sembang-sembang diri.  Aiih....takkan dulu masa sekolah ka universiti ka tak pernah pi kursus motivasi kan ada ice breaking session.  Haa...benda-benda macam nila kita kena apply.  Bayangkan setiap rakan baru yang kita kawan itu adalah DUNIA BARU untuk kita explore.  Bukan untuk kita jadi kepoci,  tapi janganlah sampai jadi kera sumbang tak tau nak bercampur dengan orang.  Senyum dan always greet salam is the most important thing.  Because kalau u jenis tak cakap banyak orang akan kata "Budak baru tu memang tak cakap banyak sikit...tapi dia bagus...always senyum and tegur tegur,"  HAAAAAAAAAAAAA!

U cannot expect to be "sombong and kekok untuk bertegur sapa".  Kerana dalam organisasi kerja,  u olls kena tau,  walaupun u punya skop kerja tak mengharap bantuan ataupun skop kerja orang lain,  and u can do your work alone,  tapi u olls hidup dah macam satu keluarga.  Satu bumbung.  Hari hari memang akan bertembung dan berjumpa.

So when u said  "Ramai cakap aku sombong, yeah aku memang sombong sebab orang tak mula tegur aku.  Aku rasa kekok nak tegur orang yang aku tak rapat,  kalo saja2 lagi lah".  It is something that u have to repair my dear friend.  Berbaik dan bersosial dengan rakan sekerja,  kalau kita amalkan dengan baik,  tak akan membawa sampai pembaziran waktu kerja u olls.  Itu softskill yang u olls kena pelajari. 

So now,  since I olls adalah antara orang lama kat office Soc Sc USM ni,  i olls akan mengambil inisiatif untuk pi tegur staff baru itu sendiri and membuatkan dia rasa 'welcome' di tempat baru ini.  U can go asked some of the staff yang masuk Soc Sc and tanya "JUMIE MACAM MANA?"  So kalau u olls masuk office yang ada ICE BREAKER macam I,  u olls untung.  Kalau u olls takdak....u olls kena usaha sendiri. 


Teknik Menyembur Rakan Sekerja
Lepas berleter panjang di atas,  so it comes to second part di mana u olls menyatakan bahawa u olls pernah menyembur secara 'SLAMBER" di dalam meeting.  Ini lebih memburukkan reputasi u olls.  Dah la depa semua anggap u olls anti sosial,  tiba-tiba masa meeting u olls berani pulak bersuara dan sound-sound orang lain.  Ini biadob u olls. 

Tuduhan Orang Kata Kita Membodek

Normal la tu u ollls!!  Mana mana tempat pun,  kalau sapa sapa yang suka pi jumpa boss,  tanya ni tanya tu,  buat baik dengan bosss terus akan dicop PEMBODEK.  Tapi sebenarnya pembodekan itu kalau dilihat dalam perspektif yang lain,  ianya adalah satu cara kerja yang sihat untuk semua orang.  Bodek boleh dilakukan dengan cara positif apabila kita always nak perform terbaik untuk buktikan kepada boss kita sebagai pekerja yang baik.  Kalau kita buat kerja halal balai dan sanggup menjatuhkan kredibiliti kerja rakan lain semata-mata untuk bagi kita UP,  itulah baru PEMBODEK CELAKA.  So for me,  teruskan berbuat baik dengan boss u olls.  Tidak ada masalah. 

Ada sebabnya mengapa depa tu semua duk bising tuduh u olls pembodek.............

Nak Sebarkan Aib U Olls

Kalau u olls yakin dan u olls tahu yang u olls have nothing to hide,  biar pila kat depa.  Depa nak sebarkan aib ka.  Nak sebarkan ghaib ka.  Nak sebarkan Najib ka...itu hak depa.  U olls diam sahaja.  Tak payah nak pi berdebat dan bising-bising dengan depa lagi. 

Ada sebabnya mengapa mereka kacau u olls hingga bab peribadi ni.  Actually mereka dah tak boleh tengok muka u olls lagi.  U olls bukan sahaja sombong malah tidak mahu campur gang mereka.  Itulah dua benda yang mereka tak puas hati dan u olls pulak berkeras hati untuk tidak mahu tunduk dengan mereka....soooooooooo....depa pun.......KOREK LAAAAAAAAAAA benda-benda lain sampai u olls mengalah. 

Sampai ke tahap mereka sanggup mengumpat dan mengata u olls secara terang-terangan,  walaupun u olls tak amik kisah pun,  tetapi kalau depa sengaja mengutuk u olls depan-depan....erm....ini bukan sahaja bahaya tapi sesuatu yang u olls kena pikirkannya.


Kesimpulannya
U olls baru 2 tahun di situ.  Tak tau berapa lama lagi u olls akan menimba rezeki dan ilmu pengetahuan di situ.  Cubalah baiki apa yang patut.  Jangan terlalu bongkak dan keras hati dengan berkata "AKU BOLEH HIDUP SENDIRI.  AKU TAK PERLUKAN MEREKA"  The more to tried so hard to be like that,  lagi la tak ke mana u olls.

Tak semestinya membalas kekerasan kepada orang yang menyakitkan hati kita akan mengubat segalanya.  Tak semestinya berdiam diri itu menunjukkan kita kalah.  Dan tak semestinya,  bila kita mengalah,  KITA ADALAH LOSER.


Love,
Jumie Samsudin

3 comments:

  1. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek. Kandang lembu, menguak. Kandang rimau, mengucaplah dikau.

    Pada aku, tak sepatutnya seorang yang berjaya top scorer tapi jahil bab bergaul dengan orang ni. Tak rugi sekupang lima duit pun kalau pi tegoq2 ka hapa.

    Pendek kata, bagi aku semua tu tentang adab dan budi bahasa. Dan sedikit skill berlakon.

    Sekiannnn.

    ReplyDelete
  2. Simple je sebenarnya.. Cuba letak diri kita pada tempat dorang tu.. Bayangkan you dah keje lama kat satu tempat, tetiba datang sorang staff baru duk buat serupa macam you buat.. Dah la tak bertegur sapa, tau-tau nak menyembur orang.. Apa you rasa???

    Yup, kita memang boleh dan patut tegur orang buat salah ke ape ke, tapi ada hemahnya.. You sendiri cakap you bukan nabi dan ada limit kesabaran.. Same goes with other people.. Kalo you tak boleh sabar dengan perangai dorang, maybe dorang pun tak boleh sabar dengan perangai you..

    For me, I will always be myself.. But kalo nampak ada yang orang tak berkenan, cuba la adjust here and there sket2.. Sedangkan nak makeup pun kita perlukan cermin sebab tak suma bende kita bole nampak.. Perangai kita pun sama.. Kita perlukan orang lain utk tegur salah silap kita.. Lepas dah adjust sket2, tapi dorang masih taleh nak terima, then only you should say "lantak ko la!"..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Waah first time komen kat blog jumie. Anyway, terpanggil utk komen sbb mcm pernah berada dalam situasi yg sama. Memang agak complicated kalau kerja di tempat yang ramai Melayu especially perempuan. Well, kita sendiri pun arif kut apa sifat2 wanita Melayu kan.. but kalau ditangani dgn bijak, kita boleh manfaatkan komuniti ni untuk kebaikan kita di tempat kerja.

    Bila saya mula masuk kerja, mmg kekoklah nak bertegur sapa dgn kakak2 opis yg senior2. First few weeks, saya duk diam aje tengok gelagat and cuba kenal personaliti mereka. Apa favourite topik masa derang borak2 sume. Then saya try cari siapa yg saya bleh masuk. Penting utk kenal2 dgn ice breaker mcm Jumie so that dialah yg boleh bantu kita utk ice break dgn yg len. So kakak yg saya mula2 kenal tu la yg slalu jenguk ajak pi bekfes and lunch sume dgn kwn2 opis yg len. Over the meal boleh sembang2 kenal basic background sume org, tak ganggu time kije kan?

    Utk mengelak terlibat dlm pengumpatan dan borak2 yg tak sepatutnya, biasanya saya yg start the topic. Huhu! Topic biasa yg menarik hati kakak2 opis yg mostly mak2 ialah ckp ttg anak2 mereka. Tanyalah anak berapa, belajar kat mana sume.. insyaAllah it could be an innocent conversation. Kalau kat surau pulak sambil tunggu solat, tanyalah khabar. Biasa saya akan share dgn depa apa yg saya baca kat internet ke apa. Sampai ada yang kata, budak ni kalau naik surau baguih.. aku boleh dgr tazkirah zuhur. Haha! Bunyi mcm kena perli je kan, tapi kita buat menda betul apa. Mengelakkan org mengumpat org laen kan.. hehe!

    Tu jelah nak share. Ok bye!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...