2.8.12

Dear Kak Jumie : Suami yang Berubah Lepas Kawen

Hi Jumie,

I am your biggest fan,  I selalu baca blog you yang kadang-kadang memang menjadi hiburan kepada saya because blog u padat and ringkas plus funny.  About segmen,  kongsi rahsia ni.  I tertarik untuk ceritakan rahsia i nie.

Citer nye pasal hubby i nie.  I baru je berkahwin buat kali kedua,  dulu hubby i meninggal dunia since 2007.  So lepas 4 tahun keseorangan i jumpa jodoh la (so called) pada tahun 2011.

Okaylah saya terus terang,  masa tu saya and BF (my hubby now- DS) jumpa and suka sama suka.  Masa tu si DS ni tinggal dengan ex GF dia.  Tup tup dia dah syok dengan saya,  dia sudah tackle saya everyday syok la.  So i pun dah terpikat.

Then masa tu dia citer yang dia nak break off dengan gf dia.  So dia terus la jump to me.  Dia kata I'm the perfect ones and all that and yet dia terus move in to my house because dia kata senang nak gerak dari my house to his office (bla bla) .  So masa kami di rumah,  ada lah kami ni dah terlanjur.  So i dah pregnant masa tu.  (I lagi terkejut la sebab pada mulanya dia cakap dia nie ada penyakit leukimia bagai so takleh dpt anak) then i pun dah decide with him to get marry masa i pregnant 2 bulan.

Okay lepas tu,  saya ni terus la kehidupan sebagai seorang isteri balik.  Mula-mula memang sweet.  Masa pregnant dia memang penyayang.  Dia belikan saya macam-macam and all that.  Lepas je saya deliver,  saya tengok dia dah buat perangai.  Dia dah mula banyak karenah,  alasan nak kuar malam,  (dia ni memang kaki clubbing,  pastu dok cakap kat semua orang dia ni player) Dah mula tak "bersama" dengan saya,  macam-macam alasan dia bagi kat saya and now memang saya dah bermasalah dengan dia ni sebab macam-macam hal.  Pasal duit,  pasal anak-anak, and pasal seks pun yer.

Untuk pengetahuan Jumie.  Saya boleh kira berapa kali "bersama" dengan dia.  Masa dulu ada jugak la, sebelum kawin,  tetapi lepas saya beranak,  langsung tak pegang.  Kalau pegang pun bagi dia puas.  Sekejap jer.  Saya tertekan gile babeng.  Sampai pernah saya tanya dia "Makan luar" ker?  Dia marah la and tak mengaku.  (Sambil tu jugak banyak saya jumpa SMS, inbox FB dia bercakap2 dengan pompuan2) 

And last-last saya dah nekad,  saya taknak bergaduh dengan dia lagi,  kerana saya fikir mungkin dia sakit.  Kadang memang saya terasa,  dia tidur letak bantal peluk celah kangkang,  pusing badan ke tepi.  Seolah-olah macam taknak tengok muka saya nie.  Then bila saya pegang-pegang,  dia tepis.  Dia pernah cakap saya gila seks! OMG tak bole terima...huhuhu.

Then,  saya nekad tak nak mintak apa2 dari dia.  Even his money,  his apa2 la.  Since April baru baru nie.  Saya dah semat dalam diri taknak cakap pasal nie lagi.  Tetapi memang this thing is misteri for me.  I pun pernah diskus dengan dia pasal ni,  tapi jawapan yang saya dapat dia tengking2 and cakap saya Gila seks.

So sekarang saya dah malas nk citer pasal seks or apa2 and tak tahu la sampai bila bertahan Jumie.

If any ideas and you can share with me or suggestion,  please do.

Thanks, babe.

Regards.

Tiara Mansor

Hello u olls,

Tarik nafas sebentar!!  Inilah yang akak cari-carik.  Pengalaman rahsia yang betui betui menyentuh jiwa punya.  Kes-kes yang rare yang tak boleh dibincangkan dalam TV3 apatah lagi TV1 dan TV2.  Kepada pembaca blog akak semua,  jangan duk buat terkejut over bila dengar kes live in before kahwin.  Sekarang ni,  tak kira hang pakai tudung ke tak pakai tudung ke,  kerja swasta ke,  kerja kerajaan ke.....kes live in ni memang sangat common ya.  So tak payah la ampa nak buat terkejut terkejut dengar kes ni.  Sangat fake.

Thank you kepada Ms.  Tiara (* nama rekaan akak.  Haruslah akak memberikan nama yang meletops) yang sudi  berkongsi kisah hidup dengan we olls semua.  Macam macam benda yang bergolak dalam hati akak apabila membaca kisah hang.  Takut,  kesian,  geram,  musykil dan macam-macam lagi.

Tapi nok,  sebagai permulaan omelan akak,   i just want to say...............FORGET YOUR PAST.  LET'S TALK ABOUT TODAY.  Kita semua pun pernah buat dosa.  Kita tukar lane tak bagi signal light pun kira dosa la sebab bagi driver belakang marah.  Alhamdulilllah u olls dan suami pun dah kawen dan selamat menikah semua.  Cumanya sekarang u olls berdua menghadapi pelbagai krisis tapi krisis yang paling utama bagi i adalah kurangnya komunikasi,  komunikasi baik suami isteri,  komunikasi dari segi keperluan seksual (WAHHHH ITU PENTING YA).

Akak sangat geram apabila suami u olls menuduh u olls GILA SEKS semata-mata kerana u olls meminta dari dia dan dia tak mau memberikan.  Akak berharap sangat agar u olls kuatkan iman.  Dalam kes-kes macam nilah,  apabila perempuan tak cukup iman,  silap haribulan dia akan ada hubungan dengan orang lain.  Paling sedih apabila dia pi ada hubungan dengan Pakistan Karpet.  Aiiiyoooo...walaupun sesetengah abang Pakistan yang duk mai bagi hutang TV dan sebagainya kat rumah kita itu adalah kendu.  Tapi KITA ADA HARGA DIRI YA.  Jangan biarkan nafsu menjadi raja dalam hidup kita.  

Selain itu,  akak juga agak sedih kerana u olls seolah-olah tidak di-endahkan oleh suami sejak u olls melahirkan anak dia.  Tapi takpa................my advice to you.  Dengar lagu Beyonce WHO RUN THE WORLD KUAT KUAT dan amik semangat dari situ.  U olls kena bangun dan kuatkan semangat u olls.  

Bukan salah u olls kalau suami u olls tak lalu kat u olls lagi.  Bukan salah u olls kalau suami u olls tak boleh nak luahkan perasaan / masalah dia pada u olls lagi.  Bukan salah u olls kalau suami u olls 'makan luar'.  Bukan salah u olls kalau dia tak berani nak berhadapan dengan masalah!

U olls kena kuatkan diri.  Hidup ini,  walaupun kita sudah bersuami,  beranak dan berumah tangga,  kita masih ada ALLAH.  Kita masih ada Tuhan.  

Banyakkan solat.  Banyakkan doa.  Penuhi hari hari mu dengan majlis-majlis ilmu.  Sibukkan jadual harian u olls dengan benda benda ilmiah yang membuatkan u olls lupa pada masalah ini dan pada masa yang sama u olls teruslah berbuat baik dan memberikan layanan yang meletops pada suami u olls.  Mana tau,  berkat doa dan usaha u olls,  satu hari dia akan kembali dan luahkan apa masalah dia pada u olls.  

Akak bukan nak feeling Ustazah Fatimah Azhara kat sini,  tapi seseorang pernah pesan kat akak,  kalau masalah itu terlalu kuat dan kita tak tau nak settle kanmacam mana.  Serahkannya kepada Allah.  Itu sahaja.  

My doa agar u olls terus kuat.  Jangan ikut nafsu.  Kalau tak tahan sangat,  sekali sekala tengok la porno sat.  HAHAHHA.  Why nottt! HAHAHAHAH

Love,
Jumie Samsudin

3 comments:

  1. Agree wit Jumie!
    Cerita suami berubah after wife deliver anak dah biasa sgt dah!! Memula sume ok, sume mantop, sume sedap. Bila dah longgar sana sini dok kata kat wife mcm2!!
    Mcm kata jumie, Banyakkan solat. Banyakkan doa. Penuhi hari hari mu dengan majlis-majlis ilmu. YES AGREE WIT THAT! Dan dlm masa yg sama, si isteri perlulah bagi perelok kan diri. Berhias elok2 depan suami. Jgn biar suami balik tgk u ols dgn baju kelawar yg dah supa roti kirai. Bersiap bagi molek mata si suami tu tgk. Lagi bagus kalo mcm mana ols bersiap cantik sblm kawen, mcm tu jugak lah selepas kawen n even dah beranak pinak.
    And the last thing, HAT BAWAH tu kena bagi KETAT sentiasa. Yang tu mmg penting nak kena jaga. Nampak mcm cliche, tp percayalah kebanyakan kes penceraian skang sume bersabitkan yang SITU saja. Sbb mcm kita tau, nafsu lelaki ada 1. Apa yg 1 tu?? Tak reti2 lagi!!!
    Bukan nak iklan.. Demi Allah.. niat saya cuma nak membantu kaum wanita yg bermasalah spt ini.. kalo nak tahu, boleh sms/whatsapp saya @0174358501 atau add fb saya https://www.facebook.com/ceklala

    ReplyDelete
  2. SENT Anonymously to my email, so i post it here :

    Assalamualaikum,

    saya sgt prihatin terhadap permasalahan Tiara.
    Saya tak akan pernah salahkan Tiara atas apa yg dilakukan pada masa silamnya. Kita semua hamba Allah yg pernah melakukan dosa, apa yang penting adalah taubat dan hati kita sekarang.

    Saya pasti ramai yg akan mencemuh, dan ada juga yg akan berkata "padan muka", dan menganggap ini sebagai balasan kepada Tiara. Saya tak menganggap sebegitu, sebab bagi saya- semua wanita adalah istimewa, semua wanita ada hak untuk bahagia.

    Ini point pertama saya, Tiara ada hak untuk bahagia. Kesalahan yg dilakukan pada masa lampau bukanlah satu alasan mengapa Tiara tidak boleh bahagia. Tiara perlu nilai semula perkahwinan Tiara, adakah suami Tiara menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami?

    Jangan salahkan diri Tiara, dan jangan putus asa. Islam itu cukup indah utk seorang wanita, tiada di dalam agama kita yg dikatakan seorang wanita perlu atau wajib sengsarakan diri demi suami. Di dalam Islam, isteri ada hak yg tersendiri. Sila rujuk link di bawah ini mengenai hak seorang isteri. dan fahami situasi rumahtangga Tiara.

    http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/737/HAK-HAK%20ISTERI%20DALAM%20PERKAHWINAN%20MENURUT%20AL-QURAN%20DAN%20AL-SUNNAH.pdf?sequence=1

    Persoalan sekarang, adakah suami Tiara menunaikan tanggungjawabnya? Jikalau tidak, Tiara tidak harus atau tidak wajib menjadi isteri yg taat. Dan Tiara juga ada hak untuk membubarkan perkahwinan.

    http://mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2011/5/9/mstar_mingguan/20110509123229&

    Maafkan saya sekiranya saya memberikan solusi yg drastik, saya bukan cuba memberi hasutan negatif. Saya cuma ingin Tiara mendalami dahulu dan menilai situasi permasalahan Tiara. Saya akui, saya hanya org luar dan saya tidak tahu menahu apa yg sebenarnya berlaku melainkan apa yg diceritakan sahaja.

    Apa yg saya harapkan, adalah agar Tiara dapat nilai semula perkahwinan Tiara dan sama ada suami Tiara layak menjadi suami. Kita semua perlu ada suami yg membimbing kita dan memberi kebahagiaan.

    Kebanyakan org berfikir, "takpa, sabar byk2. sembahyang banyak2.". Tidak. itu bukan penyelesaian. Islam tidak akan huraikan satu persatu hak isteri secara terperinci sekiranya 'isteri hanya perlu bersabar dan sembahyang sebanyak mungkin'. Sebab Islam huraikan hak hak isteri, adalah kerana agungnya tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, dan setiap suami wajib tunaikan tanggungjawab mereka. Sekiranya tanggungjawab tidak ditunaikan, kezaliman berlaku- dan Islam tidak akan pernah halalkan segala bentuk kezaliman ke atas seorang isteri.

    menurut cerita Tiara, Tiara sudah mempunyai cahaya mata. jadilah ibu yg mithali, berikan dia kebahagiaan. Sekiranya suami Tiara tidak menunaikan tanggungjawab seorang ayah, maka - you have nothing to lose. Besarkan anak dalam ketenangan. I hope you got my point.

    ReplyDelete
  3. You have some really good ideas in this article. I am glad I read this. I agree with much of what you state in this article. Your information is thought-provoking, interesting and well-written. Thank you.

    MBA Dissertation to Buy

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...