14.8.12

Jom Buat Ramai di Mania Fiesta USM 2012/2013

Hello u olls semua,

Hari ini akak nak share dengan u olls peluang perniagaan yang meletops.  Ini bukan jual saham emas Geneva ataupun korset berinfra-red.  Kami bukan nak suruh u olls join kami punya business.  Tapi sebenarnya we olls nak tawarkan satu platform kepada u olls untuk kembangkan dan memperkenalkan perniagaan u olls dalam Mania Fiesta USM 2012/2013.


Bercerita pasai Mania Fiesta USM 2012/2013 ni,  lebih kurang cam nilah.  Mania Fiesta merupakan acara mingguan yang dijalankan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis di Laluan Permatang Pelajar, Dataran Bintang dan Foyer Auditorium Dewan Budaya,  Universiti Sains Malaysia.  Program ini mendapat sokongan daripada Dewan Budaya,  Universiti Sains Malaysia. 

 Laluan Permatang Pelajar di hadapan Dewan Budaya yang sangat busy dan merupakan antara laluan utama pelajar untuk pergi ke kuliah. 
Foyer Dewan Budaya.
Dataran Bintang adalah ruang besar yang terletak di sebelah Dewan Budaya.  Bertentangan dengan Dataran Bintang adalah Dewan Tunku Syed Putra,  iaitu dewan besar USM di mana KONVO akan diadakan.  Dekat ja u olls.


So,  Mania Fiesta USM 2012/2013 ni kita akan starts dari students masuk kampus iaitu September sampai Disember 2012. 

Bagi memeriahkan Mania Fiesta USM 2013 ini,  kami dengan segala hormatnya menjemput para usahawan,  peniaga,  orang persendirian,  WARGA USM,  orang Penang,  orang Geneva atau sapa-sapa sahaja untuk menyewa tapak perniagaan dalam Mania Fiesta USM 2013 ini. Objektif utama kami menganjurkan aktiviti ini adalah untuk memantapkan ekonomi komuniti malah dapat mempertemukan masyarakat luar dengan warga kampus. Antara jenis perniagaan ialah penjualan makanan, minuman, barangan,  perkhidmatan dan macam-macam lagi.

Sewa untuk setiap gerai untuk 3 hari itu hanya RM250 setiap minggu.  Walau bagaimanapun,  jika berminat untuk menyewa lebih dari satu minggu,  KAMI KAN BAGI DISKAUN MELETOPS!!  Size tapak adalah standard 10 kaki x 10 kaki.  Tapi kalau nak sewa dua tapak teruih pun boleh.

Bukan sahaja sewa tapak perniagaan,  kami juga ingin menjemput badan-badan NGO,  persatuan,  kelab atau sapa-sapa sahaja untuk menggunakan Mania Fiesta kami ini untuk membuat road show u olls seperti basking,  persembahan,  pertandingan,  pameran,  pertunjukan dan sebagainya............................KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN SOKONGAN DAN KERJASAMA ANDA dan siriesly u olls...KAMI TIDAK AKAN KENAKAN APA-APA BAYARAN SEWA UNTUK U OLLS.  


Berikut adalah tarikh-tarikh untuk Mania Fiesta USM 2012/2013 peringkat pertama :

Mania Fiesta Semester 1 (Selasa, Rabu & Khamis)

Minggu 1    : 11 – 13 September 2012
Minggu 2    : 19 – 23 September 2012 (Minggu Konvokesyen USM)
Minggu 3    : 2 – 4 Oktober 2012
Minggu 4    : 9 – 11 Oktober 2012
Minggu 5    : 16 – 18 Oktober 2012
Minggu 6    : 23 – 25 Oktober 2012
Minggu 7    : 30 Oktober – 1 November 2012
Minggu 8    : 6 – 8 November 2012
Minggu 9    : 20 – 22 November 2012
Minggu 10    : 27 – 29 November 2012
Minggu 11    : 4 – 6 Disember 2012
Minggu 12    : 11 – 13 Disember 2012

Berikut adalah tarikh-tarikh untuk Mania Fiesta USM 2012/2013 peringkat kedua :

Mania Fiesta Semester 2 (Selasa, Rabu & Khamis)

Minggu 1    : 19 – 21 Februari 2013
Minggu 2    : 26 – 28 Februari 2013
Minggu 3    : 5 – 7 Mac 2013
Minggu 4    : 12 – 14 Mac 2013
Minggu 5    : 19 – 21 Mac 2013
Minggu 6    : 26 – 28 Mac 2013
Minggu 7    : 2 – 4 April 2013
Minggu 8    : 16 – 18 April 2013
Minggu 9    : 23 – 25 April 2013
Minggu 10    : 30 April – 2 Mei 2013
Minggu 11    : 7 – 9 Mei 2013
Minggu 12    : 14 – 16 Mei 2013
Minggu 13    : 21 – 23 Mei 2013

SO!! Jangan lepaskan peluang ini.  JOM BUAT RAMAI di MANIA FIESTA USM 2012/2013.

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Pengah Urusan Mania Fiesta USM 2012/2013 :

Ms.  Aimy Azmi
Call / SMS / Watsapp :  017-2089756
Emel  :   aimi.norazmi@gmail.com

Kerjasama dan perhatian daripada u olls semua,  akak dahului dengan sembah ratu 48 step tarian Portugis.  Sekian,  wasalam.

LOve,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...