29.8.12

Penyataan Rasmi : Bukan Semua Orang Penang adalah Anak Mami. Sekian terima kasih noktah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perkara ini ditimbulkan dalam satu sembang-sembang ringan bersama rakan kecantikan i olls tidak lama dahulu.  Mereka meluahkan kepada akak.

"Aku sangat tensyen bila pi balik rumah mentua aku,  depa bila tau aku orang Penang,  depa akan exclaimed kuat-kuat - NI MESTI ANAK MAMI?"  kata kawan akak yang sesungguhnya tidak ada rupa langsung anak mami kerana beliau adalah keturunan Acheh campur dengan Arab dari Yemen.

"Haa....aku pun bara orang yang suka tanya benda macam tu.  Masa time study dulu lagi laa ser.....Bila depa tau saja aku ni dari Penang.  Nenjia mesti akan depa kata - KO NI MESTI ANAK MAMI?  Awat pasaipa kat Penang ni semua hanya ada bangsa Mami dan Mamu sahaja ka?  Habis tu Melayu - Burma tak wujud?  Melayu Cina tak wujud?  Melayu Siam tak wujud?  Boyan Venezuela macam Jumie tak wujud?"   KANNNNNNNNNNNNNNNNN---- tiba tiba akak dicarut oleh wanita Melayu Banjar ini.


Kesalahan Prof.  Madya Abdul Razak Mohaideen
Akak setuju dengan penyataan rakan-rakan akak.  Akak ingin meletakkan kesalahan ini kepada Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen iaitu pengarah filem-filem genre komedi yang banyak mengarah dan menerbitkan komedi orang Penang seperti Anak Mami,  Mami Jarum dan segala-galanya.

Kesalahan Prof.  Madya Abdul Razak Mohaideen adalah kerana dia menjemput semua pelakon-pelakon yang tidak MAMI langsung dan disuruh berlakon menjadi mami.

Contohnya orang yang bukan mami ialah seperti : Rita Rudaini!  Kartina Aziz!  Rosnah Mat Aris!  Waheeda Wasini! 

Depa-depa yang akak sebut kat atas mungkin boleh bercakap Penang dengan meletops (tapi agak over sikit) tapi sebenarnya depa tidak mewakili keunikan dan keaslian anak mami Penang yang sebenar.  Depa bukan anak mami.  Kalau pun depa hanya pelakon,  tapi depa bukan anak mami.  Perumpamaannya adalah seperti hang amik orang Afrika yang hitam macam Alek Wek dan suruh dia berlakon jadi watak "
Rose DeWitt Bukater" dalam filem Titanic iaitu seorang wanita bangsawan Inggeris.  Walaupun wanita Afrika berkulit Alek Wek itu fasih berbahasa Inggeris dengan sland British Toktok,  tapi.............................DIA BUKAN WANITA INGGERIS U OLLS! 

Mungkin ampa semua orang Pahang orang Terengganu tak akan faham apa yang kami maksudkan,  tapi wahai Prof.  Madya
Abdul Razak Mohaideen...U SHOULD KNOW BETTER!  At least pelakon macam Fasha Sandha,  Vanida Imran,  Faezah Elai dan Zahida Rafik......haaaa!  Depa ada iras-iras anak mami sikit.


Kalau ampa ingat cerita drama Anak Mami yang pertama lakonan
Prof.  Madya  Abdul Razak Mohaideen,  Farouk Hussein,  Shazlin Shahbi dan beberapa mami real punya dari Penang.............ITULAH BETUL BETUL CERITA ANAK MAMI YANG PALING AKAK SUKA SEBAB SEMUA KARAKTER MEMANG REAL MAMI!

Impak Buruk dari Filem Anak Mami dan Mami Jarum Series?
U olls!  Sebenarnya filem-filem Anak Mami dan Mami Jarum Series banyak memberikan impak buruk kepada imej orang Penang.  Salah satunya,  semua orang Melesia anggap "SEMUA ORANG PENANG ADALAH ANAK MAMI!"

Seterusnya,  semua orang Melesia mempunyai tanggapan bahawa "SEMUA ORANG PENANG GILA BARANG EMAS!"
 

Dalam satu insiden,  kawan I olls dah kawen,  dia ada anak kecik umur 3 tahun.  Anak dia girl.  Satu hari anak dia main dengan satu anak lelaki kawan depa,  orang KL.  So,  depa pun duk gurau gurau la.  "Nanti dah besar kita bagi kawen la dua orang ni,"  Pastu si mak bapak KL tu menyahur "SUSAHLAH KAWEN ORANG PENANG...KENA BELI GELANG EMAS BESAK BESAK,"

Ammmmmmmmmmmmmmmboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....awat??? Sampai macam tu sekali ka.


Dalam satu insiden lain,  yang diluahkan oleh rakan sepejabat dengan I olls.  Dia pernah mewakili USM untuk pi sukan antara jabatan kerajaan kat KL.  So masa they olls semua berarak di tengah-tengah stadium,  bila kontijen USM PULAU PINANG yang berjalan...Nenjiaaaaaaaaaaaaaa....satu stadium keriau "MAMI JARUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!! MAMI JARUMMM!!!!!!!!!!"

Kawan I olls kata dia sangat malu dan sangat marah.  Tapi tak boleh nak buat apa.  Satu Melesia ingat Mami Jarum adalah satu simbol wanita komedi yang menggelikan hati.  Hakikat dalam masyarakat orang Penang,  mami jarum adalah satu simbol yang amat negatif .




Mami jarum adalah seorang yang bukan sahaja suka mengambil tahu hal orang,  dia juga seorang yang suka melaga-lagakan orang untuk bergaduh,  pembawa cerita dan paling ngeri penfitnah.  So...........do you think u suka kalau orang panggil u PENFITNAH?  U suka orang panggil u kepoci?  U suka orang tuduh u memporak perandakan hubungan silaturahim?  Mungkin
Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen telah berjaya meng-komedikan watak mami jarum,  namun hakikat dalam masyarakat anak jati Penang......MAMI JARUM adalah satu satu jolokan gurauan paling rendah dalam kasta komuniti masyarakat orang Penang.

So next time u nak panggil kawan Penangite u mami jarum,  u pikiak 7 kali.

Apa itu anak mami dan mamu?

Kalau kat Penang,  anak mami dan anak mamu ni ialah mereka yang mempunyai darah keturunan India atau Pakistan.  Dulu India dan Pakistan kan satu Negara.  Depa panggil diri depa Hindustani.  So kita boleh tengok kulit depa sama ada gelap,  mocha,  ataupun putih terus ala-ala Hindustan.  Mata mesti bulat.  Bulu mata melentik.  Bulu roma mesti banyak.  (Adik-adik yang banyak bulu roma kaki dan tangan tapi malas nak pi wax...kalau jantan tanya depa...awat banyak bulu?  Depa akan kata... I anak mami.  BUREDYU.COM) 

Paling ketara.........TANG HIDUNG!!  Hidung depa mesti tinggi.  Kalau nak disimpulkan,  anak mami ni muka depa mesti ala-ala Hindustan sikit.  Berikut adalah contoh gambar kawan-kawan akak dan para selebriti Melesia yang seriesly memang anak mami.  Tapi kecantikan dan keunikan mereka tidak stereotype kerana sekarang ni dah tahun 2012.  Anak mami dah campur macam-macam DNA dah.  Muka pun dah macam-macam.


Haleesa Mustapha.  Kawan baik i olls.  Bapak dia memang mamu Penang meletops.  Campur dengan Mak Yam Melayu Boyan.  Anak jadi - Anak Mami Latin.

Dia Fid.  Anak mami.

Faezah Elai,  akak pasti dia anak mami.  Tapi sangat meletops.
Mama Zarina Abdul Rahman.  HARUS!  Contoh anak mami yang berjaya.

Faridah Merican.  Bapak mamak,  mak keturunan Melayu Taiping.  Hasil....Faridah Merican.


Keluarga Datuk Sharizat berasal dari Penang.  She is anak mami u olls.
Pulau Pinang adalah melting pot of many cultures yang mai berdagang kat negeri ni sejak zaman Francis Light lagi.  Kalau nak ikut Melayu asal yang duduk kat Penang pada zaman dahulu adalah orang Kubang Semang,  lepas Francis Light mai,  depa semua lari pi duduk kat area Kubang Semang Bukit Mertajam.  So kat Georgetown Penang ni penuh dengan pelbagai bangsa dan budaya daripada seluruh dunia.  Ada dari India,  China,  Armenia,  Inggeris,  Israel,  Burma,  Siam,  Indonesia dan macam-macam lagi.  

Anak mami adalah mereka yang sekarang ini merupakan leluhur tok nenek moyang yang berdarah Hindustani / India u olls! Dan mereka juga adalah adalah keturunan yang paling ramai kat Penang ini especially kat area Georgetown,  Tanjung Tokong dan Teluk Bahang.  

Kalau akak nak cerita lebih terperinci tentang keturunan anak mami ni boleh buat satu thesis.  Tapi takpayahlah akak nak cerita dengan lebih terperinci kerana keturunan anak mami sekarang ni pun dah makin pupus kerana sekarang ni dah banyak sangat perkahwinan antara budaya dan kaum.  So,  anak-anak mami pure ni semua bukan sahaja makin berkurangan,  malah yang ada sikit celonet ni pun bukan semua pun nak mengaku depa anak mami.

Bila kata saja "Hang ni anak mami ka?"  Nenjiaaa dan dan muka naik merah padam dan kata "Tak lah!!  Bapak aku keturunan Arab............"  Tiba---------tibaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!  Wallah hu alam u olls.  Ada juga Arab yang kulit gelap. 

I understand why sesetengah anak mamak dan anak mami tak mau ngaku keturunan depa.  Sebabnya kat Penang ni,  selalu anak mami dan anak mamak mempunyai imej yang tak berapa nak best untuk dibanggakan.  Tapi biasalah,  kita ni orang Melesia,  kalau tak kutuk bangsa lain,  memang tak sah la kan.  Macamlah keturunan kita ni perfect sangat.  Melayu pun kita kutuk,  Cina pun kita kutuk,  India pun kita kutuk,  Boyan pun kena kutuk.....semua pun kena kutuk laa!!

Samalah macam I olls orang Bawean,  tak semua anak Boyan yang mengaku dia Boyan.  Kadang-kadang bapak dia Boyan,  mak dia Pakistan.  So dia tak akan mengaku dia Boyan.  Dia akan kata dia keturunan Pakistan.  Itu personal choice dia.  

Yang penting sekali,  siapa pun diri kita.  Kalau kita betul-betul bangga dengan jati diri kita tanpa berusaha untuk menjadi orang lain,  sesungguhnya rasa bangga dan keyakinan itu akan lahir secara necerel dan sekaligus membantu kita untuk berjaya dalam hidup kita.  

Sekian,  janganlah mengatakan bahawa semua anak Penang adalah anak mami.  Kerana hakikatnya,  bukan SEMUA anak Penang adalah Anak Mami.

Untunglah orang Kelantan,  orang Pahang,  orang Johor...takdak sapa pun buat filem pasai orang negeri ampa.  Kami orang Penang dan orang KL la duk kena.  Orang Penang = Anak Mami / Mami Jarum.  Orang KL  =  Gangster / Bohsia / Mat Rempit.

Love,

Jumie Samsudin
Wanita Berdarah Boyan dan Latin (Venezuela)


Haaaaaa...dua kat bawah ni.........memang pure mamak la u olls!  Tak dapat disangkal.  Kalau duk buat tak ngaku aku tak tau nak kata apa. 




18 comments:

  1. hahaahahahaha..kami suka entry nih!! sebab kami pun penah kena masa study kt kl dlu.tau ja kami mai dr penang dok kata tudiaa..anak mami mai dah..siyesly mmg kami tak suka!!
    sebab nya kami mmg bkan anak mami..kami malay+chinese+siam...tgk muka pun da mmg xdak gaya mami langsung..
    tp betoi la..depa ni smua tepengaruh dgn drama dan wayang..sedey betoi!!!

    ReplyDelete
  2. mmg sangat WIN entri ini sehingga saya sanggup komen. hahahaha

    ReplyDelete
  3. hehe..i like n nk share di blog picisan i....

    Aku kena panggil 'nasik kandaq' masa kt itm sebab xreti ubah slang ckp mcm depa...member org penang lain abih semua pakat tukaq slang...hehe

    http://bloganakliar.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat blog hang...banyak artikel yang seks seks dan luzah. Hang ni laaaa......

      Delete
  4. Yes! Good one kak jumie! Slalu sangat org mistaken Org kulit tan skit anak mami. Hellooo sni pun majority jawi peranakan okk. And one more thing, kalau nak recognize golongan mamak/mami nih depa fluent cakap tamil sbb ada darah keturunan india. Indiaaa mariiii

    ReplyDelete
  5. i lep lep lep this entry. wlaupun wajahku ke mamian sket kan..but to tell u frankly im not anak mami n nk ckp bajet2 anak mami pn failed lg. cek melayu bugis giiitooo. tp mmg tradisi la asek dok kena ayat dgn org luaq "anak mami la niii", padahal muka pn depa tak tgk lg..cuma habaq dok png ja. patutkah? patutkah?

    ReplyDelete
  6. haha...memang punca prof madya razak tue...dulu sy igt org penang camtu...hahah...cuzin sy lepas kawin dok penang dia cakap org penang x mcm dlm filem...hahaha...

    ReplyDelete
  7. haha....suka sangat entri nih! ohsome! memang statement yg sangat common....mentang2 idung mancung sikit, kulit gelap depa dok tibai kata kita ni anak mami sajiaaa..huhu. we ols ada darah mami sikit..tapi like u said...semuanya dah 'rojak'..pakistan + melayu bugis...tuh nak kira lagu mana tu..habaq mai sat.

    ReplyDelete
  8. anak mami ni, kalau bapaknya mamak, dia anak mami la kan? betul ke idok? huhu

    ReplyDelete
  9. Kalo tengok telemovie Darah Daging, itu agak realistik sikit dari segi budayanya walau plotnya mungkin fiksyen.

    ReplyDelete
  10. kami ska entry nih...pestime tau melayu penang suma dok kubang semang

    ReplyDelete
  11. Aku setuju 100% dengan penulisan ni.. Tepat sekali. Aku stadi dengan Prof Razak sendiri.. Kadang2 aku rasa dia sendiri tak paham Anak Mami tu apa.. Dia sendiri cakap tak pure pekat Penang, pelakon2 dia lagilah bersepah2..

    ReplyDelete
  12. saya yg melayujawabugisitalian ni pun di sangka anak mami sbb kulit sawo dan hidung tinggi masa study kat penang dulu..walhalnya org johor nox..cakap penang pun tak reti..

    ReplyDelete
  13. I very the LOVE this entry, Jumie :) not fair to judge Penangites as Anak Mami kannnnn!!! Main pukul rata ja...mana buleh. Macam u olls kata la keturunan Melayu kat Penang dah berkembang...mcm2 campuran. I olls nak share kat FB page :)

    ReplyDelete
  14. Hahaha, jangan kata orang Penang, saya selaku orang luar pun pernah kena cop sebagai anak mami/mamu sebab bercakap menggunakan slang Penang (walaupun agak over dan keras bunyiknya).. hehehe..

    ReplyDelete
  15. entri sempoi baq hang!!! cer tgk dalca mami georgetown n anak mamak menantu mami,best jgk cita bole gelak mampuihh!!! Cek mmg ada keturunan mamak blah tok laki india mari+tok pompuan melayu.mak penang gelap skit la+bapak putih negeri 9 so kami ni da la ckit mami.Tapi dah bila org duk nk panggey sangat ANAK MAMI LA NI???!!! Terima p la haiihhh.. Comey pa... Hahahaha!!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...