UK Clark Sales

S e q y B e a u t y

Haizi Khalid

Tunetalk

BB Cream by Seqy Beauty



Hello and Assalamualaikum to all,

Hari ini I olls nak memperkenalkan satu produk kosmetik yang direka, dicipta dan diedarkan oleh anak Bumiputera, seorang blogger yang meleps juga iaitu Sepet a.k.a Zuhana.

Thank you kepada beliau and team kerana sudi memperkenalkan produk ini kepada I olls. Bukan sebab I olls dapat PERCUMA and I olls feeling nak buat review ini, I olls buat review ni sebab I olls sendiri amat suka dengan produk ni and I olls sangat-sangat suka nak share dengan orang ramai.
Kalau ampa nak tau, I olls memang dapat banyak produk untuk di-review, tapi I olls bagitau dah siap-siap kepada pengsponsor barang, I olls akan bagi review seikhlasnya.



BB Cream by Seqy Beauty

Ampa semua mesti tau apa benda BB Cream kan? Dulu I olls memang suka pakai BB Cream, dulu-dulu aku promote kat dalam blog aku Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +), pastu memang berlambak orang duk tanya pasai produk tu kat aku. Mesti ramai orang suka nak pi beli jugak kan? Tapi lepas tu, aku rasakan Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +) makin lama makin tak best. So aku stop pakai BB Cream and aku cuba beberapa jenis BB Cream lain seperti yang dipromote oleh kawan-kawan tapi takdak pun yang berkenan di hati. Tapi nenjia, bila dapat this produk I olls falls in love!

Ini gambar i olls masa first time pakai BB Cream by Seqy Beauty. Gambar amik gambar handphone I olls Lenovo S860. NO EDITING. Natural light. Meletops kan?


Why I Olls Suka BB Cream by Seqy Beauty?

(ini bukan copy paste, mak tulis sendiri berdasarkan pengalaman)



Ampa tengok sendiri perbezaan I olls pakai. Yes, warna ini nampak sedikit kelabu sebab muka I olls yang colour tanned. Tapi lama-lama dia akan blend in and cantek. And lepas pakai full make up, warna BB Cream ini akan nampak cantek lagi. Tak sabak nak pakai BB Cream by Seqy Beauty yang lebih sesuai untuk warna kulit tanned macam I olls.


Senang nak pakai!

Untuk orang yang always busy and mengejar masa, BB Cream by Seqy Beauty adalah jawapannya. Selepas basuh muka, pakai toner and bubuh ubat jerawat sikit. I olls teruih sapu BB Cream by Seqy Beauty kat muka. Pastu make up macam biasa. And of course, lepas make up muka I olls terus berubah jadi Selena Gomez gitu. Produk meletops ini bertindak sebagai pelindung (sebab ada SPF), melembab (takpakai pakai moisturiser) and bedak asas (because of the colour yang ada dalam produk ni).

Ringan, nipis and NOT CAKEY

Tak payah pakai banyak-banyak. Semprot sekali ja kat tangan, and that is the only ammount that u need to cover your whole face. Sapukan BB Cream by Seqy Beauty

Ke seluruh wajah dengan menggunakan jari. Pastu picit lagi satu, untuk bubuh kat tengkuk. Kalau pakai tudung pun, bubuh ja kat tengkok, sebab i believe BB Cream by Seqy Beauty merawat wajah and ia merawat dan melindungi semua bahagian kulit yang menggunakan produk ni. So ampa nanti kalau bukak tudung depan suami, takdak la nampak ketara, muka putih lehaq hitam.

And ampa akan rasa sangat best sebab produk ini cover cela-cela di wajah (dark spots, warna tak sama, merah2 akibat jerawat, parut) and at same time ampa rasa sangat ringan tak macam effect pakai bedak.

Ini pun gambar I olls amik pagi-pagi buta masa duk bersiap kat bilik. Lepas dah make up semua. No editing pada gambar ya. I olls just crop sahaja.



Melindungi dengan SPF 30

Sebagai wanita outdoor macam I olls, I olls sangat suka sebab BB Cream by Seqy Beauty mempunyai pelindungai UV SPF 30. Pelindungai UV ke wajah bukan sahaja bagus untuk halang kita jadi lebih tanned, malah pelindungan SPF ini dari kesan UV juga boleh menghalang kepada effek lain seperti jeragat dan juga penuaan. Yes, ampa tak tau ka? Lagi banyak UV light kita kena, kulit lagi cepat tua.

Tidak Berminyak

Kulit I olls adalah berminyak. And yes, I olls pakai ni tapi muka I olls tak berminyak. Cuma there was one time, masa experimentasi, before apply BB Cream by Seqy Beauty I olls pi pakai sejenis pelembab, nenjia lepas tu jadi berminyak. So lepaih tu tak pakai dah apa-apa before pakai BB Cream by Seqy Beauty.

Natural oil pada wajah adalah bagus untuk melembabkan wajah and muka kita tak kering. Kulit wajah yang terlalu kering nanti cepat dapat rinkles. I olls suka BB Cream by Seqy Beauty sebab ia masih mengekalkan kelembapan kulit wajah sambil mengawal minyak.

Colour Blend In

I olls mempunyai warna kulit wanita Africa + Latin, so its not easy to find bedak asas yang sesuai dengan keunikan warna kulit I olls. So, masa Ms. Syeka bok mai BB Cream by Seqy Beauty kat I olls, the first thing I olls tanya adalah “Warna dia macam mana?”

Syeka kata, depa ada dua colour buat masa ni, nombor 1 is for cerah, and 2 is more natural. So depa bagi yang natural untuk I olls. After aplikasi, alhamdulillah, kulit I olls memang mula-mula nampak macam putih sikit, tapi lama-lama, dia macam makin cantek and blend with my natural skin colour. I olls suka.

BB Cream by Seqy Beauty dalam proses nak buat colour yang sesuai untuk wanita berkulit tanned. CAYALAH!! Cepat-cepat i mau.

Specially Designed by Seqy Beauty

Produk ni bukan dibuat di Korea / China / Bangkok pastu buat packaging lain ja. Produk ni memang di-design khas oleh Ms. Sepeti a.k.a Zuhana because beliau sendiri seorang pencinta kecantikan dan beliau sendiri seorang ahli farmasi. So dia tau la apa yang baguih and apa yang tak baguih. Produk ini insya Allah halal. Tapi yang penting, produk ini adalah buatan MALAYSIA.

Beg make up I olls memang kecik. Tapi botol BB Cream by Seqy Beauty boleh masuk dengan mejiknya.



Botol Praktikal dan Cantek

Sangat impressed dengan rekaan botol yang minimalist. Kuruih and panjang macam tubuh badan I olls. So senang nak selit kat mana-mana :)

Merawat kulit

Kulit I olls adalah sangat sensitip. Tak boleh pakai apa benda semarang. Orang tua-tua kata, kulit orang kaya. Gicu. Lepas pakai produk ni for almost 2 weeks already, I olls rasa sangat puas hati and boleh nampak perbezaan pada permukaan kulit I olls. Bukanlah nak kata lepas pakai produk ni kulit aku terus lembut lincin macam kulit teloq, tapi bila aku pakai ni, memang dah takdak masalah, takdak bintik-bintik, takdak jerewat over-over...so baguih la kan! Sapa yang kulit sensitip macam saya haruslah cuba.


Fungsi dan Kelebihan BB Cream


  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Menutupi cela di muka.
  • Sebagai bedak asas.
  • Lebih ringan dari foundation.
  • Sebagai essential cream, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit.
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
  • Berfungsi melawan sinar violet dan pencemaran udara sehingga endikan kulit sihat.
  • Melambatkan penuaan.
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia.

Bahan-bahan dalam BB Cream by Seqy Beauty

Aqua Cream
Beeswax
Cetyl Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Cyclopentasiloxane
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol


Cepat-cepat dapatkan BB Cream by Seqy Beauty dengan segera.

Hubungi pengedar yang sah,

Ms. Atikah Syeka Rohaini (Permatang Pauh)
di talian 013-435 1899.

Sila layari laman web Seqy Beauty untuk semak senarai PENGEDAR SAH dari seluruh Malaysia.

Gambar i olls bersama Ms. Atikah Syeka Rohaini ketika pertemuan nak pass barang. Memang lepas ni kena selalu jumpa la, I olls memang akan beli produk ni selalu.


Harga :

RM55 (Semenanjung Malaysia)
RM60 (Sabah/Sarawak)


Follow :



Untuk maklumat lanjut sila layari

10.8.12

Perasaan Berpuasa di Bulan Ramadhan buat Pertama Kali Sebagai Isteri

Hello u olls,

Gituuu tajukkkk!!  Nak cerita apa pun tak tau actually.  Akak pun tak tau.  Tapi memang ada banyak perbezaan antara berbuka solo dan berbuka bersama suami.  Perbezaannya ialah : - AKAK BEBAS NAK MASAK APA PUN. Sebab akak jadi ketua di dapur.

Tarawikh dan Kueh Kacang
Seperti u olls tahu,  tahun ini akak dan Danny telah menggedikan diri untuk berniaga kueh kacang dan tidak disangka-sangka sambutan kepada kueh kacang kami sungguh menggalakkan.  Kami telah menerima hampir 200 balang tempahan.  So far,  lebih kurang 130 balang dah settle.  Kami ada lebih kurang 70 balang lagi to go.

Sejak membuat kueh kacang ini,  siriesly akak cakap kat u olls,  akak tidak dapat membuat ibadah sunat yang dikejar-kejarkan di bulan Ramadhan ini iaitu sunnat Tarawikh.  Yelah u olls,  habis berbuka ja dah sibuk menggelintir adunan kueh kacang.  Abih tu acaner nak pergi sembahyang Tarawikh u olls.  Yes,  terdetik sedikit rasa kesal di dalam hati akak,  tapi janji pada orang yang menempah harus ditepati.  Dont suggest me to do the Tarawikh on my own before i go to sleep,  tak semestinya jemaah,  tapi u olls............................................memang tak mampu u olls.  Penat sangat.

Period Tidak Teratur
For the first almost 10 days of puasa,  akak tak boleh puasa.  Kerana akak memang mengalami period yang tak teratur sejak awal Julai 2012. Sebab itu akak telah pergi berjumpa dengan pakar sakit puan di Hospital Bersalin Pulau Pinang.  Yelah,  duk turun darah je.  Ketul-ketul pulak tu.  What is happening u olls?  Dalam rahim akak ada ikan ke apa ke?  Akak harus mendapatkan rawatan pakar ya.

Alhamdulillah,  lepas scan apa bagai.  Takdak apa serius,  cuma period yang tidak teratur.  Dan doktor telah pun memberikan beberapa cadangan dan ubat-ubatan tambahan yang akak perlu ambil untuk menstabilkan diri akak.

Bila doktor tanya "Do you want to get pregnant now?"

Akak jawab firmly "Not necessarily now.  I have no problem waiting,"

So,  dia terus cadangkn akak makan ubat perancang serta hormon untuk menstabilkan diri akak dulu.  Dia juga mencadangkan agar akak menguruskan berat badan at least 20 percent.  HAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHIIIGHHSHAKLSALKJKLJSKLJALKSJAKLJSALKJSKLAJSLAKSJALKSJALKSJAKLSJAKL.


Thanks untuk semua yang concern tentang condition akak ya,  ramai yang PM and even called my extension semata-mata untuk mengeshare tips-tips dan ubat-ubatan yang sesuai untuk menstabilkan hormon dan juga period akak.  Akak bukan nak berlagak sombong,  tapi kalau akak tak mintak u olls janganla nak memberi.  Bila akak reject,  rasa macam tak sedap pulak kan?

Akak bersama Ahmad Shamser,  anak Puan Mujadillah :)


Bila masuk period tak teratur ni,  terus u olls akan bercakap "SO KAK JUMIE TAK MENGANDUNG KAH?"  Erm...yes.  Akak tak mengandung lagi.  Hanya mengandungi lemak. 

Bila akak tulis status

"Akak tak cukup woman untuk mengandung dan doktor cadangkan akak makan pil hormon untuk mengwomankan akak," 

NENJIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA wall akak dihujani dengan komen komen kata semangat daripada u olls semua.

AIIIYOOOO!  Why ? Oh why?  Akak bukannya tulis "U olls,  akak tak boleh mengandung.  Please doakan akak,"  Takkan?  Akak siap tulis dalam nature yang melawak-lawak lagi u olls.

Siriesly akak sangat sedih apabila membaca komen daripada u olls semua yang seolah-olah kesian dengan nasib akak yang tak mengandung-ngandung sampai sekarang.  Daripada akak seorang yang style tak kisah sangat pasai akak tak mengandung lagi,  terus akak menjadi terganggu emosi dengan mesej-mesej daripada u olls.

Contoh komen :
Jumie....takpaaa....teruskan usaha.  Insya Allah hang akan mengandung satu hari nanti.

Jangan stress ya bila nak mengandung.  Lagi stress lagi susah la nak mengandung.

PEOPLE!  Do you think its appropriate?   Daripada akak tak stresss....terus akak stress membaca komen u olls semua.  Tapi,  at the end of it,  i manage to settle semua anasir yang tak diperlukan and its going to be the last time akak akan post anything related to mengandung and what not on my Facebook or Twitter.  Terlalu ramai antara kalian semua yang suka meng-general-kan semua masalah orang lain.  Tak semua orang yang dah kawen lagi tapi tak mengandung lagi akan rasa stress dan sedih?  Please jangan jadi orang yang suka meng-general-kan masalah orang lain. 

Akak cool tapi kenapa u olls yang gelabah?  Akak baru 1 tahun kawen............bukan seribu tahun u ollls!  Kalau seribu tahun akak tak dapat anak pun nak buat macam mana.  Rezeki Allah mai dalam banyak saluran.  Dan untuk pengetahuan u olls,  setiap kali kami solat doa kami macam ni "Ya Allah,  u know when is the best for us to have a baby......"  SO THIS IS NOT THE BEST TIME FOR ME,  yet.

Kita kawen,  memanglah niat untuk mengramaikan umat Rasulullah.  Tapi kalau takdak rezeki nak buat macam mana.  Cariklah purpose lain dalam hidup ini agar menjadi lebih bermakna.  Dont put other people down dengan nasihat yang tidak diperlukan ini.  Ataupun memang lumrah manusia,  depa rasa HEBAT apabila mereka tengok kekurangan pada insan lain.

So to speak,  depa tengok akak tak mengandung lagi,  so one point : KEKURANGAN PADA JUMIE SAMSUDIN.  So let's  attack her! 

This is my point of view to all the people yang over excited about my condition.  Just be cool okay.  And please jangan jadi kesian kat akak.  I dont think its appropriate.  Takdak sapa mati dalam kehidupan akak lagi. 
 
Masak Untuk Suami Berbuka
Orang kata,  masak la sedap-sedap barulah suami u olls akan semangat untuk berbuka puasa.  HAHAHAHA.  Akak tak mampu nak masak sedap hari hari ya untuk En.  Khafi kerana bukan dia nanti semangat nak berpuasa,  nanti dia sibuk nak buka puasa awal.  HHHHHHHHHHHAAAAAAAAA! Kan?

Di bulan Ramadhan yang mulia ini,  En.  Khafi kerja shift.  Kadang-kadang dia kerja malam.  Kadang-kadang dia kerja pagi sampai malam.  Kadang-kadang baru dia tak kerja langsung.  So,  akak masak simple ja setiap hari.  Nasik dan satu lauk simple.  Sambal ikan bilis,  ikan masin goreng dengan air asam,  ayam goreng,  sardin,  roti telur.....yes....semua simple simple u olls.  Kalau tak larat nak masak,  baru pergi param dan beli satu atau dua lauk.   Untuk sahur,  kami ulang lauk yang sama.

Akak sangat bersyukur kerana En.  Khafi tak komplen banyak.  Janji masak.  Kalaulah ikut resmi Abang Manap dulu,  aiyoooooo kalau tak cukup penuh mejaaa....dia tak akan berbuka puasa ya.  Takpalah mak i olls full time housewife.

Kami pun tak feeling nak pi berbuka kat hotel dan sebagainya sebab semua itu hanya pembaziran mutlak uolls.  Tengok pakej berbuka puasa di seluruh Pulau Pinang semuanya RM40 dan keatas satu kepala.  Tau tak dengan RM40 akak boleh pi ayam dan sayur pastu buat nasik ayam sampai kami berak pun boleh bau wangi sup nasik ayam.  HAAA...........elakkan pembaziran u olls.  Kalau sekali tu takpala....janganla seminggu sekali.  Hari raya pakai baju dengan guni.


Sekian sahaja leteran akak di Ramadhan ke 17 ini.  Sorry takdak ada tips dan info meletops yang akak boleh share.  Just to let u know,  i am doing fine and alhamdulillah sihat.  And i am so very very happy even though i tak mengandung lagi.

Gambar bersama pengantin Anne Ruslan yang i mekapkan baru-baru ini before puasa.


Seperti kata Bapak Badrun dari Bandung.  (My dear friend who always reads my blog and my FB)

"Saya nampak Cik Jumie ini seperti seorang wanita yang lain cantiknya.  Kecantikan yang boleh dilihat pada seseorang yang sudah mendapat apa yang ingin dia kecapi dan dia sedang menikmati keindahan itu,"

Kerlas kau Pak Bandrun!~


Selamat beribadat kepada kalian semua,

Love,
Jumie Samsudin



5 comments:

  1. 20 percent? Hang la idola aku Jumie! Ha ha

    ReplyDelete
  2. Kak, x sangka kite ni kahwin dkt2 sma tarikh n also i pon blom ade baby lg.. N ofkossss la i nakkk sgt! Rezeki ku akn tiba jua=)

    ReplyDelete
  3. kalo belum kawen.. sibuk concern bile nak kawen..
    bile dah kawen.. sibuk concern bila nak dapat anak...
    bila dah dapat anak.. sibuk duk concern bila nak tambah anak..
    bila dah tambah anak.. duk pakat kata lak tak reti nak merancang bagai..
    serba tak kena..
    pendek crite.. tukang sibuk kepoh nih memang makan tak abis..
    layannnnnn je hehehe

    ReplyDelete
  4. Jumie, everytime orang tanya bila aku nak ada anak, aku cakap "nanti esok aku order", senyap depa!
    Hahaha, cool Jumie, we are still young, masa untuk berbulan madu masih panjang, dah ada anak kang tak dapat lagi nak berdua2an betul tak?
    Hehehe..

    Selamat hari raya Jumie!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com