4.8.12

Resepi Maggi mee ayam "Buang Angin"

Helllo u olls,  

Resepi ringkas bertajuk Maggi mee ayam "Buang Angin" mustajab untuk orang yang banyak angin macam I olls. Berempah halia dan lada hitam. Resepi simple sangat. Sesuai untuk berbuka di bulan puasa :)  So lepas makan maggi ni,  insya allah u olls akan berlahak (sendawa) dan kentut seperti naga.  Please jangan berlahak atau kentut dekat dengan sumber api kerana khuatir angin yang dikeluarkan itu mengandungi metana.

Bahan-bahan :
2 bungkus maggi mee ayam
1 bungkus perencah mee maggi ayam (kita guna satu cukup)
3 cawan air kosong
1 labu bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dicincang
2 camca makan Stok Ayam Pekat Maggi
1 camca makan tepung jagung (dilarutkan dalam air)
2 camca lada hitam ditumbuk (kalau nak lebih pun boleh)
1 biji telur ayam  (kalau nak lebih pun boleh)
3 inci halia dihiris halus (kalau nak lebih pun boleh)
minyak untuk menumis
Garam dan gula untuk merasakan

Cara-caranya  :
  1. Mula-mula sekali,  make sure ampa dah potong semua bahan-bahan semua buh tepi.  Jangan duk feeling Jamie Oliver bila kuali dah panas baru hegeh nak potong semua.  Depa duk berapa kali cut kita tak tau.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang dan bawang putih.
  3. Selepas bawang kita mewangi,  masukkan air.  Masukkan perencah ayam maggi dan juga stok ayam maggi.  Kalau u olls takdak stok ayam maggi,  gunalah cube stok ayam ataupun isi ayam.  Kalau takdak pun takpalah,  bubuh perencah maggi tu.
  4. Biarkan air rebusan mendidih.  Kemudian,  masukkan lada hitam.   Biarkan mendidih lagi.
  5. Apabila rebusan kita dah mendidih dengan segera,  kita masukkan maggi mee kita.  Pastu masukkan telur dan juga air tepung jagung kita.  Kacau sampai kuah menjadi pekat.
  6. Masukkan garam dan gula untuk menstabilkan rasa.  Hidangkan dalam mangkuk yang bersesuaian.
  7. Dalam kuali yang telah dibersihkan,  panaskan minyak.  Lepas tu tumiskan halia sampai halia itu menguning dan garing.  Pastu kita senduk halia goreng itu dan sedikit minyaknya,  dan letak dalam maggi mee kita.  Ala-ala tumis darat gitu.
Sekian,  selamat mencuba u olls!

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...