8.8.12

Roti Telur Bawean

Hello u olls semua,

Hari ini akak akan menceritakan kepada u olls iaitu cara-cara untuk membuat roti telur Bawean.  Roti telur ini memang meletops dan sangat sedap.  Mak i olls memang suka membuatnya kepada kami sekeluarga.  Tapi paling best bila buat di bulan puasa la.  10 keping habis begitu sahaja.

Actually ada dua jenis inti yang digunakan untuk membuat roti telur ni.  Dalam resepi ni,  i olls ajar u macam mana nak buat menggunakan inti telur dan kentang.  Tapi kalau u olls tak mau kentang pun takpa,  just letak telur dan bahan-bahan lain.

Jom check it out.

Roti Telur Bawean


Bahan-bahannya  :
Adunan Tepung


600gram tepung gandum
1 cawan air panas (lebih jika perlu)
Secubit garam

Inti
3 biji kentang direbus
4 biji bawang besar (size sedang) dihiris halus
2 tangkai cili merah
Sedikit daun bawang /sup di hiris
5 biji telur ayam
Garam secukup rasa
Lada hitam (ditumbuk) secukup rasa

Cara cara :

Tepung
  1. Uli tepung dengan air panas dan secubit garam.  Uli hingga menjadi doh.  Pastikan air tak terlalu banyak nanti jadi lembik.  Pandai-pandaila u olls meng-ejaskan-nya.

Inti  
  1. Ubi kentang yang telah direbus tadi dilenyek sampai lumat.
  2. Masukkan bawang besar yang telah di mayang nipis. 


  3. Masukkan cili merah dihiris halus.  
  4. Masukan daun sup dan daun bawang.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Pecahkan 5 biji telur ayam ke dalam adunan tadi. 

  7. Kalau nak menambahkan aroma yang lebih meletops pada inti kita,  jangan lupa tambahkan sedikit lada hitam.

Cara menguli,  membuat dan memasak roti telur Bawean  :
  1. Uli doh dengan membulat rata. Untuk setiap roti telur ini,  kita perlukan dua keping tepung.  Keping pertama untuk base,  dan tepung kedua untuk lapisan atas (cover).


  2. So,  lepas kita uli adunan doh pertama.  Angkat adunan tepung ini perlahan-lahan dan letakkan di atas pinggan (pinggan yang sedikit melengkung ke dalam.  Ikut size kesukaan u olls.  Not too big).


  3. Jangan lupa untuk lencerkan minyak masak di atas pinggan itu sebelum membuatnya.  Cara ini dapat mengelakkan tepung dari melekat pada pinggan.


  4. Masukkan ini ke dalam pinggan kita.  Jangan terlalu banyak.  Ratakan di tengah-tengah kedudukan tepung.


  5. Ambil ulian tepung kedua,  dan telangkupkan ke atas tepung dan inti kita.


  6. Kemudian,  pintalkan tepian tepung macam buat pie/curry puff.  Kalau tak reti nak pintalkan macam ni,  prektis dengan pelastering. 


  7. Tadaaa!  Dah siap pintal dia jadi macam ni.


  8. Bila dah siap,  angkat perlahan-lahan dari pinggan dan di masukkan ke dalam kuali yang berisi sedikit minyak.  Pastikan suhu kuali tidak terlalu panas.


  9. Goreng dengan api yang perlahan dan masukkan minyak masak sedikit demi sedikit sambil menggoreng sampailah seluruh tepung menjadi kekuningan. Pastikan api tidak begitu panas kerana takut nanti tengah inti roti ini tidak masak.

So,  lebih kurang bila depa dah siap semua.  Roti telur tu akan lebih kurang jadi macam dalam gambar di bawah.  I hope u olls jangan terikut macam roti telur mak i ni sikit sebab terlebih GARING sampai nak terhangus kerana kuali i very nipis.  

Sekian,  selamat mencuba u olls.

Love,
Jumie Samsudin

7 comments:

  1. pergh...terliur tengok..mantop la jumie..nnt balik boleh terai..mekaseh share resipi ni :)

    ReplyDelete
  2. terliur tengok resipi ni..mcm ala2 pai telur..kalo roti tu kita bakar dlm oven boleh ka?

    ReplyDelete
  3. nak try lah! :) thanks jumie for sharing.
    oh, ari tu i bersahur ngn maggie halia yang u letak resipinya ari tu...
    marvellous lah! :) thanks again!

    ReplyDelete
  4. sekali tgk mcm murtabak dah. mesti try ni! :)

    ReplyDelete
  5. Yess... Nak try petang ni, buat berbuka.. ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguihhh...kami sendiri tak pernah teraaaiiiii!

      Delete
  6. jumiee i ingat lagi arwah aziz sattar pernah masak ni kat satu rancangan tv... masa tu dah terfikir ehh macam sedap je roti ni.. tapi lepas2 tu terus terlupa... hahaha
    now dah baca entry ni rasa cam tak sabar nak buat!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...