31.8.12

Semangat Kemerdekaan Malaysia ke 55 Tahun




Hello u olls,

Di pagi yang hening ini,  Boss baru akak (akak dapat Boss baru.  Boss ke 4 sejak kerja di Soc Sc USM selama 7 tahun) datang ajak sembang pagi dengan akak.  Boss akak ini adalah pensyarah dalam bidang Sains Politik.

Tiba-tiba dia tanya "Jumie...saja nak sembang-sembang kosong.  Apa pendapat Jumie tentang Kemerdekaan kita tahun ini?"

Wowww....topik yang meletops.  "Saya boring tengok computer kat dalam tu,"  terang boss akak lagi.

So akak pun melepas segala pen dan keyboard akak dan terus tumpukan perhatian dengan apa yang kami baru nak bincangkan.

"Siriesly doktorrr!!! Saya tak rasa semangat sangat pun dengan sambutan Merdeka ni semua.  In fact dah beberapa tahun kebelakangan ni memang tak berapa semangat,"

"Apa maksud Jumie semangat tu kurang?"

"Yelah doktor dengan politik kita yang macam budak-budak bergaduh.  Banyak sangat pembangkang.  Saya ni tak tau nak sokong mana.  Ada yang betul.  Ada yang tak tau betul ke tak.  Even logo merdeka tahun ni pun,  kerajaan boleh buat sambil lewa sampai rakyat semua tak happy.  Ini menunjukkan kerajaan kita tak prihatin dengan rakyat.  Depa buat ikut suka depa sahaja,'  kata akak berseloroh sebab akak tau kredibiliti boss akak dalam bidang ini macam mana.  Tapi akak cakap dari hati akak.  Apa yang akak rasa.

"Betul...saya pun tengok juga kecelaruan yang berlaku tu.  Pada pendapat Jumie...kenapa jadi macam ni?"

AIIIYOOOOO boss akak ni...........................

So,  akak pun bercakaplah menggunakan bahasa non-akademik akak ini.

"Saya rasa banyak yang tak kena dengan kerajaan kita sekarang ni doktor.  First of all,  gap umur antara pemimpim dan rakyat.  Sorry to say ya doktor...pemimpin kita ramai yang seniorrr sangat!  Bukan sahaja senior fizikal tapi senior di hati.  Pastu feeling nak buat macam depa muda-muda.  Duk buat aktiviti yang feeling untuk menarik jiwa masyarakat muda macam kami.  Saya tak nampak ketelusan di situ,"  sambil dalam hati akak terbayang PM Najib duk feeling buat aerobik dengan Kak Mah Rambut Kepok-Kepok.

"Umur tua atau muda tak semestinya terletak pada angka.  Tapi pada cara pemikiran mereka juga.  Tak semestinya orang itu usianya tua,  dia tua.  Kalau jiwa dan mentalitinya muda,  pasti dia akan 'muda," kata boss akak sebagai penambahan.  Dia tak setuju atau menolak hujah akak.  Cuma menambah kepada point yang akak cuba berikan.

"Siapa pemimpin muda yang Jumie rasa macam okay untuk pimpin kita nanti?"  tanya Boss akak.

Akak tak jawab "Entahlah doktor....saya baca tentang perkembangan politik kat Malaysia ni.  Tapi saya tak tau nak menilai sapa yang mempunyai kepimpinan yang se-BEST Dr.  Mahathir.  Malaysian jadi semakin racist.  Rakyat pula berpecah belah.  Kita ni melaung-laung sahaja "Malaysia Multi Racial Nation" tapi hakikat,  tanya kat orang Melayu apa itu Thaipusam pun depa tak tau?  After 55 years Merdeka pun ada lagi budak Cina yang tak fasih berbahasa Malaysia?  Banyak yang tak kena doktor.  Pembangkang kata Barisan Nasional salah.  Pastu BN pun kutuk depa tu balik.  Kita kat bawah pun sama telagah,  tapi esok lusa......depa lompat party....cium tangan apa semua balik"



"Bila kita tengok dalam aspek itu,  kita boleh nampak parti-parti kat Malaysia ni masih tidak matang.  Mereka berpolitik macam budak-budak.  Pembangkang pun asyik bangkang sahaja.  Yang betul pun dia bangkang,"

"Kawan saya pernah luahkan perasaan dia kat saya doktor.  Dia kahwin orang Kelantan.  For the first time dalam hidup dia,  dia drive dari KL ke Kelantan.  Dan dia amat terkejut dengan jalan raya yang mereka kena lalui.  Tiada highway yang elok.  Tiada lampu jalan.  So bila waktu malam tu,  kawan saya duk ekspek terlanggar hantu JU ON sepanjang perjalanan mereka.  Nasib baik takdak la. 

"And she was wondering.  Bila hari raya bayangkan berapa ribu rakyat Kelantan akan balik kampung dan lalui jalan tu.  Kenapa dah bertahun-tahun kerajaan Pusat tak buat apa-apa?  Dia kata dia rasa macam tak mau pangkah BN dah tahun depan sebab dia rasa kerajaan Pusat anak tirikan kerajaan negeri Kelantan sebab depa PAS,"


"Dalam hal tu,  susah untuk kita nak finger pointing kat mana-mana pihak.  Pas ambil tompok kepimpinan Kelantan baru 22 tahun.  Tapi dalam soal membuat keputusan macam ni,  ia melibatkan banyak pihak.  So dalam setiap pihak pun ada macam-macam puak.  Sebab tula susah nak buat apa-apa keputusan besar dan susah untuk kita nak salahkan mana-mana pihak dalam hal ni,"

Ataupun dua-dua pihak pun salah,  kata hati akak.



"So in the end Jumie.....sapa yang paling untung kat Malaysia ni?"  tanya boss akak.


Besar sungguh skop persoalan Dr.  Zaini ini. 

"Besar sungguh persoalan doktor ni.   Pada saya,  kalau nak ikut sapa yang akan untung,  kena tengok pula atas dasar apa?  Kaum? Jantina?  Tua? Muda?  Agama?  Tapi pada saya,  kat Malaysia ni sapa yang ada duit dialah untung.  Sapa yang kaya dia untung.  Sapa yang pandai dia untung.  Sapa yang berilmu dia untung. 


"Betul tu Jumie.  Sapa yang kaya dia lah untung sebab dia boleh pergi hospital swasta.  Kalau tak mampu pergilah hospital kerajaan sahaja.  Sapa yang berilmu,  dia tau lah jalan nak mencari kekayaan dia sendiri.  Apa pun,  jangan menilai dengan emosi Jumie.  Kita kena sentiasa berilmu,"


Kata boss akak menutup bicara sebelum ada tetamu yang masuk ke pejabat kami.


Salam kemerdekaan ke 55 tahun kepada semua rakyat Malaysia.  Jadilah rakyat yang berilmu dan tidak membuat perbandingan melalui emosi.


Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...