7.8.12

Ulasan File : Taare Zameen Par

PERINGAT SPOILER  :  Penulisan artikel ini mengandungi informasi dan maklumat penting dalam plot filem ini.  Anda mungkin tidak mahu membaca dan mengetahuinya sekiranya anda masih belum menonton filem ini. 

Hello u olls semua,

Beberapa bulan yang lalu,  akak telah menerima satu DVD daripada En.  Sunmelon,  seorang rakan staf yang kerja di Jabatan Bendahari USM.  Dia suruh akak tengok DVD tu dan suruh akak buat review pasai cerita ni.  Sebuah cerita Hindustan,  lakonan dan arahan Aamir Khan yang kendu.

Akak cakap kat En.  Sunmelon,  i olls tak janji untuk tengok DVD ni cepat cepat tau.  Sebab i olls kan busy melebihi artist.  GIIICHUUU.  So En.  Sunmelon pun tak kisah.  Nenjia hampir 4 bulan akak memerapkan DVD ini barulah akak dapat membuat review cerita ini.  Sebuah cerita yang worth untuk dikongsikan bersama.



Taare Zameen Par bermaksud "bintang di bumi".  Jom baca sinopsis dan ulasan selanjutnya mengenai cerita ini.  

Sinopsis
  1. Cerita ini mengisahkan Ishan yang mempunyai masalah kat sekolah.  Dia tak paham apa benda semua cikgu dia ajar.  Sebab tu hari hari dia kena marah sebab dia tak siapkan kerja sekolah dia ataupun dia tak tau nak jawapan soalan-soalan yan cikgu tanya.  Sama ada bahasa ataupun matematik.  Dia tak boleh nak membaca,  dia nampak semua huruf dan number tu berlari-lari dan terbang. 


  2. Disebabkan itu,  hari hari dia kena marah dengan cikgu dan cikgi disekolah. Depa ingat Ishan ni pemalas.  Sebab tengok dia style aktif dan suka bermain.  Cikgu cikgi semua ingat Ishan ni macam budak budak nakal la yang menggangu kawan-kawan lain semua.
  3. Sampailah satu hari ibu bapa Ishan dipanggil ke sekolah dan semua cikgu dan cikgi mengadu perihal Ishan kat mak bapak dia.  Haruslah mak bapak dia sedih dan malu.  Tapi paling pereng lebih ialah bapak dia.  Bapak dia rasa macam anak dia ni terlalu dimanjakan oleh ibu dia.  Maklumlah anak yang bongsu.


  4. Akhirnya,  bapak Ishan membuat keputusan untuk menghantar Ishan ke sekolah asrama.  Yang jauh dari rumah depa.  Kira kalau orang Melayu,  anak-anak kalau nakal tak tentu hala  mak bapak suka hantar kat sekolah agama/sekolah pondok gitu.......sebab tu sekarang budak sekolah pondok ni semua pun boleh tahan punya anak-anak antu semua.  Sebab depa semua masuk sekolah tu bukan sebab depa cintakan ilmu Islam tapi sebab mak bapak depa tak tahan nak jaga depa.  Tapi tak semualah....


  5. Apabila sampai di sekolah asrama,  Ishan ditinggalkan oleh mak dan bapak dia.  Mak dia la paling touching sekali sebab mak dia memang sayang sangat kat si kecik ni.  Mak mana tak sayang anak u olls.

  6. So bila masuk sekolah asrama ni,  Ishan rapat dengan seorang kawan baru yang OKU.  Walaupun OKU,  kawan dia yang bernama Rajan ni adalah top student dalam kelas.  Dan walaupun dia kawan dengan top student dalam kelas,  Ishan masih tidak dapat menyelesaikan masalah dia yang nampak huruf dan number berlari-lari.
  7. Sampailah satu hari,  mereka menerima cikgu pendidikan seni baru bernama Cikgu Ram Shankar.  Cikgu tula Aamir Khan.  Aiyoooo kendunya cikgu depa.  Ampa tau tak Aamir Khan umur dia tahun ni adalah 47 tahun!!!! NAHOOOROOOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM dia lahir tahun 1967.  Deni pakai susuk jarum emas mana ni style tak nampak tua lagi!!!


  8. Cikgu Seni depa ni,  cara pengajaran dia lain.  Dia suka buat aktiviti yang melibatkan semua pelajar dalam kelas dia.  So dia perasan la pasaipa Ishan ni macam tak berapa nak join sangat apa apa aktiviti dalam kelas.  Ishan nampak tak happy.  Sebagai seorang cikgu yang baik dan bertanggungjawab,  Ram Shankar nampak kelainan ini.  GOOD!
  9. Ram Shankar pun cuba tengok cara Ishan ni berinteraksi.  Apa minat dia.  Apa kelemahan dia.  Dan bila dia tengok hasil seni yang Ishan buat.................................Ram Shankar terpana.  Kerana Ishan mempunyai mata seni yang sangat meletops! 


  10. Esoknya dia try sembang dan siasat apa masalah Ishan dan dia membuat konklusi bahawa Ishan mengalami masalah untuk mempelajari sesuatu dipanggil disleksia. 
  11. Oleh itu,  Ram Shankar mengambil pendekatan untuk pergi berjumpa mak dan bapak Ishan dan menerangkan kepada bapak Ishan bahawa dia telah melakukan kesalahan kerana menghantar Ishan ke sekolah asrama penuh.  Sebaliknya dia mencadangkan agar Ishan dihantar ke sekolah khas yang boleh mengajar dan melatih kanak-kanak yang mengalami disleksia.


  12. Bapak Ishan menjadi PERENG.  Dia tak paham disleksia tu apa.  Dia duk ingat disleksia ni macam satu penyakit,  kecacatan dan kebodohan.  Dia tak sukalah anak dia dianggap sedemikian.  So Ram Shankar pun terangkan slow slow kat bapak dia tentang bagaiman seseorang yang mengalami disleksia ini berasa sukar untuk mempelajari sesuatu.  Dia convincekan bapak Ishan bahawa Ishan adalah seorang yang sakan bijak cuma dia perlu diberikan tumpuan khas yang lebih.  Bapak Ishan macam tak mau layan.  So,  Ram Shankar ambil keputusan untuk bertanggungjawab ke atas anak muridnya itu.
  13. Esoknya,  Ram Shankar memulakan sesuatu yang baru dalam kelas seni dia.  Dia memberikan lecture ringkas mengenai disleksia dan dia memperkenalkan orang orang hebat kat dunia ni yang mengalami disleksia.  Kata-kata Ram Shankar itu membuatkan Ishan jadi eksaited dan happy.  I think,  Ishan rasa "YESSS!! I STILL GOT HOPE!!"
  14. So starting dari situ,  Ram Shankar mengajar Ishan sedikit demi sedikit untuk belajar membaca dan mengira.  Teknik yang digunakan adalah berbeza daripada pelajar lain.  Cara yang digunakan oleh Ram Shankar melibatkan sentuhan,  pendengaran,  pergerakan dan teknik penghafalan.  Macam eksaited jugak akak tengok part ni,  sebab i never seen such techniques.


  15. Sejak dari itu,  Ishan menjadi lebih ceria dan lebih yakin dengan diri sendiri.  Dia juga sudah boleh membaca!! 
  16. Klimaks cerita ini,  Ram Shankar membuat satu pertandingan melukis di sekolah mereka yang disertai oleh pelajar,  ibu bapa dan guru.  Lebih mengkagumkan,  Ram Shankar melatih para pelajarnya semua untuk menjadi penganjur dan penyelaras program itu.  So cikgu-cikgu lain pun macam impress.
  17. Dipendekkan cerita  dalam pertandingan itu Ishan telah menang!!


  18. Selebihnya.................ampa tengok la sendiri!!!
Why cerita ni best?
  • Cerita ni best kerana buat pertama kali akak mengetahui dengan lebih jelas tentang cabaran seorang yang mengalami disleksia.  I remember masa i was in sekolah rendah.  I was one of the brightest students.  OF COZLAAAAA!!! IQ 300 lebih kot.  Tapi,  kat sekolah kami,  kami ada kelas yang paling last kat sekolah.  Kelas tu Teratai.  Sapa masuk kelas Teratai ni,  depa semua style tak boleh membaca dan mengira langsung.  So,  kalau depa masuk kelas kami (ANGGERIK) depa akan menyukarkan kami untuk belajar sebab cikgu akan pause lama kat depa.  Tapi depa semua kawan-kawan akak jugak.  Depa okay ja masa bermain time rehat.  CARGAS jugak lari sana sini. 

    So now i was thinking were they having the same problems like Ishan?  MEREKA BUKAN BODOH!  I wonder kalau cikgu-cikgu time tu have faith and believe in my friend in kelas Teratai.


  • Filem ni ada banyak lagu.  Macam cerita Hindustan yang lain.  Ada la nari nari sikit.  TAPI TAKDAK LANGSUNG CERITA CINTA YANG TAK DIPERLUKAN.  Yelah u olls,  kalau typical cerita Hindustan,  mesti tiba-tiba ada juga cerita sampingan cikgu Ram Shankar bercinta dengan cikgu perempuan lain.  Tiba-tiba duk menari kat Switzerland guling guling atas salji.  Pastu depa sama-sama tolong Ishan.  Cerita ni takdak ya. 
  • Filem ini best sebab menang banyak anugerah.  Filem ni actually dah lama keluar u olls.  Tahun 2007.  Menang banyak awards local dan antarabangsa sebab ianya membawa mesej yang sangat berharga dan diluar genre cinta Hindustan.  Ampa pi cekidaut sendiri dalam Wiki.  Maleh aku nak cerita kat sini. 


Kesimpulan  :

Akak sangat respek dan inspired dengan ketabahan Ram Shankar.  Dia sabar dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak muridnya.  Sebagai seorang pelajar yang bermasalah,  macam Ishan dan maybe macam akak dulu kat sekolah,  we dont need anything else except for attention and believe from our teachers.

Masa akak kat sekolah,  i started loosing my attention and interest to go to school when i was in form 4.  Seriesly,  akak dapat 6A ya untuk PMR.  Which is very very good.  Tapi sebab kurangnya penasihatan yang baik,  akak ikut pendapat majmuk untuk ikuti aliran sains.  And bila akak masuk aliran sains,  akak style BODOOO GILAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA pasai kimia,  biology,  fizik dan segala maknena matematik modern. 

Bila akak cuba bertanya dengan cikgu,  depa tak boleh nak ajar akak bagi akak faham.  Depa tumpukan perhatian yang lebih kepada BUDAK BUDAK PANDAI!

So starts dari situ,  minat akak untuk pergi sekolah makin berkurangan.  SIRIESLY.............akak suka belah sekolah dan sentiasa ponteng kelas bila ada kesempatan.  Lebih menyeronokkan,  akak bukan keseorangan u olls.  Ada ada gang yang mempunyai perasaan yang sama.  Dan setiap hari,  kami pergi sekolah bukan untuk challenge diri kami untuk menimba ilmu,  tapi mencabar diri kami tentang bagaimana untuk belah sekolah!  HAHAHAH.  Tapi kami bukan macam budak budak perempuan dalam video 3gp ya.  Pi bergaduh dengan budak sekolah lain  isap rokok atau isap kote dalam toilet.  NOOO!  Kami belah sekolah.....kami pi cari kedai makan dan makan.  Ataupun kami pi hiking Bukit Bendera.  GITUU!

And cikgu tidak mengambil pendekatan untuk memahami kami.  Depa bagi kami kaunseling dan cuba nasihatkan kami,  i remember Cikgu Sarimah.  Again and again,  bila dia panggil akak masuk pejabat dia. Dia akan ulang benda yang sama "Cikgu pun dulu macam kamu suka pi menyanyi sana sini...tapi cikgu datang sekolah.  Cikgu masuk kelas.  Belajar....,"  itu sahaja dia ulang.  Never as i remember she tries to understand and asked me....."Why u dont like school?  Why u like to runaway?  Apa pasai sekolah yang membuatkan kamu benci dengan sekolah?"

Tapi kalau dia tanya akak masa tu pun,  akak rasa akak tak tau macam mana nak jawab.  Sebab pada waktu itu,  saban hari akak hanya mengira dan menghitung hari untuk HABIS SEKOLAH.  HABIS SPM.  Dan meneruskan hidup macam seorang dewasa yang bebas,  bekerja dan pegang duit sendiri dan bebas nak buat apa sahaja pun.

Setiap hari adalah satu penyeksaan kepada akak untuk pergi ke sekolah.  Setiap hari,  walaupun hujan setitik,  akak gunakannya sebagai alasan untuk tidak mahu pergi ke sekolah.  ORANG LAIN BANJIR DAN RIBU PETIR PUN SANGGUP NAK PI SEKOLAH LAGI.  Akak tak rasa macam tu,  sebab akak rasa akak tidak dihargai bila akak di sekolah.

Did i tell u i have always been a very good students in kelas-kelas bahasa (Inggeris ataupun Bahasa Malaysia).  Akak suka English and BM sebab dua subject ni la yang akak boleh project my ideas and thought.  Akak boleh buat apa yang akak suka tak perlu berpandukan kepada teori.  TAPI STILL,  cikgu-cikgu akak tidak nampak benda itu. 

Kalau buat esei Bahasa Malaysia,  walau sebagus mana karangan akak,  idea pengkisahan akak,  tatabahasa akak,  tetap ....markah tertinggi yang akak akan dapat adalah 87 peratus.  Sedangkan pelajar-pelajar lain yang menggunakan ayat-ayat skema dan teknik menghafal contoh karangan SPM mendapat 97 markah u olls!!  Ohh i still remember that. 

Bukan akak dendam dan bukanlah akak nak menunjukkan kesalahan semuanya kepada cikgu-cikgu akak,  tetapi akak just nak terangkan kat sini betapa pentingnya KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SEORANG GURU KEPADA ANAK MURIDNYA.  Kerana kepercayaan dan keyakinan yang cikgu berikan kepada seseorang anak murid itu,  walaupun hanya dengan satu pujian kecil boleh membawa perubahan yang besar kepada pembangunan sahsiah seorang pelajar.   Untuk u olls,  cikgu cikgu yang membaca blog akak hari ini.  Please jangan sisihkan anak murid u olls yang nakal dan tidak menunjukkan minat di sekolah.  CUBA CARI APA MINAT DIA,  dan teruskan untuk bantu dia excel dalam apa juga bidang yang dia minat,  melukis,  menyanyi ataupun menulis macam akak.

Kalaulah masa kat sekolah dulu ada orang bimbing akak dan tunjuk akak jalan,  mesti now akak dah excel dalam proses buat PHD dalam bidang penulisan,  pengurusan atau apa apa sahaja cabang bidang sastera.  Sebab bukan semua orang boleh buat SAINS! Dan bukan semua oran boleh faham SASTERA.  Thank you to my tuition teacher,  Arwah UNCLE (cikgu Sekolah Haji Zainul Abidin,  Penang) yang mengajar akak matematik,  BM dan BI.  Akak dapat A1 untuk semua subject tu masa SPM dan akak dapatlah buat diploma.  Dan alhamdulillah............akak jadilah orang.  Dan masih terus menulis.

Sekali lagi kepada cikgu-cikgu yang membaca blog akak hari ini,  jangan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada anak murid u olls yang bermasalah.  Try fahami mereka,  spend time untuk cungkil masalah mereka.  Jangan duk push depa untuk buat benda yang mereka tak boleh buat.  Jangan duk SURUH DEPA SCORE A sahaja.  Dan yang paling penting cikgu-cikgu sekalian,  jangan sibuk buat video miming kat Youtube..........CARUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT.

Sekian,  my love to my two favorite teacher "Cikgu Siti Jwanis,  yang mengajar dan menanam rasa cinta pada bahasa masa di sekolah rendah.  Dan Arwah Uncle,  cikgu tuisyen saya yang sangat best dan betul-betul yakin dengan saya.  Semoga ALLAH meletakkan tempat u olls yang tinggi darjatnya di sana macam mana yang Dia janjikan.

Yang tiba-tiba touching masa menulis artikel ini,

Jumizah Samsudin
Bekas Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Dato Kramat (1997)
Bekas Murid Contoh Sekolah Kebangsaan Dato Kramat Pulau Pinang (1997)
Bekas Pemain Hoki Pulau Pinang under 12 years old (1996 - 1997)
Bekas Pendebat Bahasa Melayu Sekolah Menangah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Bekas Presiden Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan,  Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,  Kuantan Pahang

11 comments:

  1. saya sangat2 bersetuju dgn kak jumie tentang bukan semua org power sains dan bukan semua org power dalam sastera. masalah rakyat malaysia yg pasca merdeka nih depa tgk kalau budak pandai ja dia mesti pi sains. sastera budak bodoh piang ja boleh masuk. alangkah indah kalau bidang sastera juga dapat pengiktirafan yg tinggi mcm sains. saya ada jugak kawan time kat mrsm dulu yg tak perform dalam kelas2 sains tapi bila masuk sastera bahasa inggeris dan melayu die power gila habaq hang. bile time sekolah ada function2 yg best mesti pakai dia untuk buat persembahan, menyanyi la teater la dan dia mmg tak pernah kering idea seni die. kira dia mcam artis la kat sekolah. tapi ada jugak cikgu2 sains yg tak berkenan kat dia pasai dia x perform dalam kelas cikgu2 nih. so cikgu2 nih time tuh mcm band dia. cikgu2 nih kata die banyak main, banyak buang masa. padahal die mmg tak boleh nak perform sebab die budak yg memiliki otak seni yg sgt tinggi. so otak dia mmg style tak boleh pi la bila ngadap formula fizik ngan math. die pernah ckp die kecewa ngn mak pak dia pasal depa tak bagi dia masuk sastera. depa kata masuk sastera xdak masa depan yg cerah. hang budak pandai hang mesti belajaq pandai2 jadik eng/doktor baru hang buleh kaya. last2, end up kawan saya tuh dapat result yg kurang best time SPM. tapi sbb kan die x dapat result bagus dalam spm so die tak boleh sambung belajaq dalam bidang sains, so dia pi sambung dalam bidang satera. tiap2 sem dapat dekan kot. tapi still mak pak dia tak terima dia sbb adik beradik die semua style pi oversea blajaq jadik eng/doktor. tapi la nih bila dia dah habis master baru la mak pak dia paham yg bidang sastera juga bukan la mata pelajaran sampah sebb member saya tuh dah habis master dan tgh sambung phd. kira bangga la mak pak die sbb die yg first ada phd. kesimpulannya org kita suka sgt bangga2 kan sains dari bidang sastera, jadik tak heran la bila kita semakin kurang/hilang budaya dan adat kita yg bagi sgt indah kalau kita masih guna pakai hingga hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau dapat anak, anak kamu dapat 9A untuk SPM tapi dia nak sambung dalam bidang PERHOTELAN atau INTERIOR DESIGN please support niat dia. Jangan kata "BIDANG TU UNTUK ORANG YANG TAK BOLEH BUAT SAINS!"

      Delete
  2. Good review. then u should watch 3 idiots, that one also another best film by Aamir Khan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Watched and reviewed dear : http://www.jumiesamsudin.com/2011/02/3-idiots.html

      Delete
    2. hahaha..br baca, x psan review tu. btw waiting for aamir khan new movie - Talaash to be release in Msia..nnt jumie tgk n review ya.

      Delete
  3. erm ada jugak tgk filem ni kt tv aritu..menangis2 la jugak sb kesian kt ishan tu... nasib baik dia jumpa cikgu si amir khan tu.. kl x, ntah cmner la hidup dia...

    ReplyDelete
  4. Wah...latarbelakang u olls mcm dekat sama mcm i olls. I pun budak St Jojessssssss sama macam u olls, cuma bezanya bila i olls dpt result best masa SPM abah i olls suruh i olls masuk Sek. Teknik yg dekat Mesjid Negeri tempat i olls menikah untuk kali kedua haritu :) yg paling best i olls pun amik Sains Kesetiausahaan sbb result i olls melingkup kerana tak bijak sains dan metemetikkkkk!!!! I olls suka menulis, dan benda2 yg artistic tapi i olls ni anak sulung so of course la expectation abah i olls sangat tinggi melangut! Tapi moral of the story dalam entry ni i olls setuju bahawa kita kena sokong anak2 kita ikut apa yg dia mampu belajar, mcm kata u olls bukan semua orang pandai sains! Bernas sangat. Mungkin ada benda yg depa semua lagi pandai kita kena sokong 100% dan kalau buleh kena lebih! Syabas Jumie, entry2 u olls tak pernah menghampakan...

    ReplyDelete
  5. salam.. saya penah tgk cite ni kat tv3.. best sgt.. betul2 inspire kan sy sbg seorang ibu. lepas dari tu bila tgk anak saya belajar menulis..dia tulis huruf ada yg betul.. ada yg terbalik... tp sebabkan sy dah tonton cite ni.. sy ckp kat anak semua huruf yg dia tulis tu betul... takde yg salah pun.. serious sedih kan citer tu... sedih sbb kesian kat ishan.. sbb sy pikir ramai jugak sbnrnye ibu bapa yg tanpa sedar mereka juga mcm mak bapak ishan...

    ReplyDelete
  6. a'ahh... ade citer ni kat tv3 dulu... nak tengok... tapi tv kena jajah lak masa tu... kat youtube agak2 ade tak citer ni beserta sub-title?

    ReplyDelete
  7. Ya,lg satu citer yg terbaik from amir khaan selain 3 idiot. Both menyentuh soal pendidikan n sgt bermesej okay ceritenye! Smpi sebak2 tgk citer nye..

    ReplyDelete
  8. sy baru tgk cite nie hari tue...sbb baru siap download...hahaha...sgt lain dari yg lain...x mcm cerita hindustan...and cara amir khan ajar ishan tu sgt berkesan...nak nak yg math pakai tangga tue...sgt briliant...

    btw sy silence reader kak jumie...baru skang nak komen...selamat berpuasa...hehe...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com