28.9.12

Blogging From My Blackberry

Testing Testing


Jumie Samsudin sent this message from BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

My First Honeymoon with En. Khafi

Hello u olls,

Selepas 1 tahun kawen,  baru feeling nak pi honeymoon.  Walaupun banyak benda nak kena buat and masalah (biasa la kehidupan) yang ada,  tapi kena letak semua ketepi dan 'recharge' balik diri ini.  Akak sangat terharu kerana suami akak sendiri yang kata "Kita cancel semua benda,  this weekend kita pi Cameron Highlands.  Sayang pun duk stress gila-gila sangat.  Kita pi relaks kat sana.  Satu malam pun jadilah,"

GITUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!  Memang sejak kawen,  akak duk sebut nak pi Cameron Highlands saja (Akak sebut juga tempat lain macam Estonia,  India,  Pulau Perhentian and New York) tapi paling banyak sebut ialah Cameron Highlands.  GEEETOOOo!

We will be staying here.  

Dulu masa duk sibuk-sibuk siap kerja kawen,  bila akak kata "Jom la kita bayar apa-apa deposit untuk honeymoon?"

En.  Khafi balaih "Takpayahlah....nanti kita takdak duit macam mana?  Banyak duit kita nak pakai untuk benda-benda lain ni,"  so akak pun simpanlah hasrat ini dalam hati akak yang lara.

Tiba-tiba,  nenjia..............Ahad lepais suami saya yang beruang polar pun berkata demikian.  Maka akak pantas membuat segala persiapan.  Kerana Kak Asmaa selalu pesan kat akak "Hang kena plan percutian hang elok-elok,  supaya next time bila hang mention tentang holiday,  laki hang akan automatic rasa teruja nak pi holiday,"  gitu!

Sekian,  doakan perjalanan kami semua berjalan lancar dan mana nak pi tau,  balik-balik Cameron menggandung terus.  HAHAHA.

ps/  tapi tak boleh lawan la ada sorang kawan mak nak pi Maldives hujung tahun ni.

Love,
Jumie Samsudin

Akak Pun Getis Nak Main Instagram Juga U olls

Geetooooooooooo!!

Orang dah beribu ribu gambar kat Instagram akak baru heges nak bermain Instagram.  Selama ni Ipad akak hanya digunakan untuk bermain Bakery Story dan apa benda game tok tok seperti memasak,  berkebun,  hias rumah dan juga membela naga.  Kan??

Tiba tiba masa berlepak dengan Aishah Ngengdeng and Sendros Wombose,  macam eksaited pulak tengok depa duk upload kat Instagram and orang duk komen semua.  Its like ekspresing your thought through pictures.

So akak kan gedik-gedik manja,  so akak pun download la Instagram kat Ipad akak itu.  Ini ada beberapa gambar dari Instagram akak.  Feeling kan!  Sapa-sapa ada Instagram,  sila follow akak ya.  Tapi akak tak banyak gambar.  Dont worry.  Akak tak reti sangat u olls.  Lagipun amik gambar dengan Ipad.  Bukannya cantek pun.  Tak clear.  Kalau ampa pakai Android apa meletops okaylah.

ID Instagram akak gatai gatai : jumiekhafi

Jumie and our pregnant cat, GwenStefani. She is very nervous. Rasanya lagi dua tiga hari beranaklah.


Kakak dia muka terung di belakang wanita cantek Bukit Bendera



The bride. Cakcing indah dimake up oleh Shanell Harun.

Cakcing feeling Rahimah Rahim. Gitu.


Jumie and Cakcing. Jumie sedang pose kekwat.


Hanna, Afiq, Annie and Sarra.


Shanell Harun, pereka fesyen tersohor masa kini. (Adik, i tak carut u)


Shah Reen from The House of Bridal with Cakcing the Bride.


And this is me basah kena hujan lepas Cakcing menikah. Had to rush home and mandi ayak panaih. Takut demam u olls.


Wanita Susuk tebu


Puteri Cakcing dan Ikon Wanita Kecantikan.

Restu regalia.

London and her favorite teddy bear.


27.9.12

Sorry Sebab Layout Blog Saya Tak Cantek

Hello semua,

Akak minta maaf sebab layout blog akak tak cantek sekarang.  Akak mintak maaf sebab akak takdak idea / kesempatan untuk revamp blog akak ini.  Akak dah usaha BANYAK kali untuk ubah (carik template sesuai) dan sebagainya,  tapi semua tak sedap di hati akak.  In the end akak guna layout classic saja.

Mintak maaf semua.  Please jangan setop baca blog wanita jiwa pondan ini.

Love,

Jumie Samsudin
Icon wanita agam yang penuh kecantikan (GEETOOO)


Saja bubuh gambar ni bagi nampak garang sikit.

Selepas Kena Slammed, Kementerian Pelajaran Malaysia Keluar Kenyataan Rasmi

U olls,

Ini video mat saleh duk perli kerajaan negara kita pasai issue ni.  Memalukan.  Walaupun KL penuh dengan hipsters yang suka amik gambar makanan dan bubuh dalam Instagram,  tapi still kita kena kutuk pasai benda ni.  HAHAHA.  Orang Amerika mesti ingat orang Malaysia ni kuno-kuno sikit sebab mengeluarkan pendapat yang sangat NON-ACADEMIC gitu.



Ini pula di copy paste dari Facebook Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ampa bacalah.


KENYATAAN AKHBAR
BERKAITAN GARIS PANDUAN LGBT


1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada beberapa laporan media semalam berkaitan pengesahan garis panduan menangani Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang dibincangkan di Seminar Keibubapaan berkaitan Isu LGBT di Pulau Pinang pada 13 September 2012.

2. Adalah dimaklumkan bahawa KPM tidak pernah mengesahkan kepada mana-mana pihak untuk menyediakan atau mengeluarkan garis panduan tersebut untuk diedarkan ke sekolah-sekolah. Dimaklumkan juga bahawa seminar ini adalah anjuran NGO yang prihatin terhadap isu tersebut.

3. Walau bagaimanapun, KPM juga memandang berat kes-kes gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat dan sentiasa memberi bimbingan secara langsung dan tidak langsung kepada semua murid untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat


Terima kasih.
Like ·  ·  · 15 September at 12:03 via Mobile · 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE