20.9.12

Buang Anak, Kes HIV Meningkat : Semua Sebab Anak Malaysia Cetek Pendidikan Seks

U ols,

Akak pereng.  Di kala hari yang hening ini,  tiba tiba kita dikejutkan dengan kes buang anak dari tingkat 3 di rumah pangsa di KL.  Menurut seorang kenalan Facebook (NurYaya Othman) yang duduk dekat-dekat dengan tempat kejadian,  dia kata sampai lani dia pun dengar macam-macam versi pasai cerita ni.  Dia kata ada yang kata budak perempuan tu terdesak dan mental,  ada yang kata family perempuan tu (makcik dia) yang buang baby tu.  Ada yang kata baby tu dah mati masa depa baling,  ada yang kata baby tu mati bila dah jatuh ke bumi.  Ohhhhhhhhhhhh!!!  Akak tensyen u ollls. Akak feeling nak usaha dapat baby dengan En.  Khafi,  depa pulak senang-senang nak buang anak dari tingkat 3 rumah sendiri.



Kes HIV Meningkat

Baru-baru ini akak telah bersembang light-light dengan seorang rakan akak yang kini merupakan seorang aktivis dalam kerja-kerja sosial di Malaysia ini.  She is now working with one of our local university kat Malaysia.  Having said she is in social work area,  dia spesifik dalam bidang MSM iaitu men who have sex with men.  Kannnnnnnnnn!!!  Akak bukan reka-reka term itu,  tetapi term ini memang term yang digunakan dalam penulisan bahan-bahan akademik dalam tujuan perubatan dan sebagainya.

So dalam sembang sembang ringan kami,  dia ada bagitau kat akak tentang satu perkara yang amat membimbangkan dan membuatkan mulut akak ternganga untuk lebih kurang 3 minit.

Kata beliau dalam laporan kesihatan yang dikeluarkan oleh negara kita baru baru ini,  jumlah penghidap HIV dari golongan MSM bertambah secara mendadak berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.  Kalau diikutkan corak kes-kes baru HIV di Malaysia pada tahun-tahun terdahulu adalah dari kes-kes pengguna IDU dan sex worker,  tapi sejak tahun 2011 jumlah golongan MSM yang menghidap HIV telah bertambah.  Dia pun emel kat akak kat akak PDF untuk laporan tu kat akak.  Akak pun baca.  Akak bukanlah pandai sangat bahasa-bahasa academic ni.  Tapi sapa-sapa nak dua laporan tu,  ampa boleh emel akak kat jumiess@gmail.com dan akak akan share dengan u olls.

Why is this happening?
Semua ini berlaku kerana anak-anak Malaysia tak tau tentang seks dan hal-hal pembiakan manusia.  Cuba kita selak-selak website dan surat khabar Malaysia tentang pendidikan seks rasmi kat Malaysia.   Dah sepuluh tahun benda ni tak setel-setel.

Ada golongan yang sokong pendidikan seks sebab kepentingan kurikulum ini disampaikan dalam satu mata pelajaran khas di mana para pelajar sekolah didedahkan tentang kepentingan pembiakan manusia,  bagaimana anatomi badan manusia lelaki dan perempuan,  macam mana persenyewaan berlaku,  macam mana baby terbentuk,  macam mana STD boleh merebak,  macam mana untuk menjaga kesihatan tubuh dan macam-macam lagi.  Di samping mendedahkan anak-anak tentang apa yang mereka patut tahu,  bagaimana menjaga kehormatan diri malah kurikulum ni juga harus dibentuk untuk membuatkan anak-anak rasa bertanggungjawab pada diri mereka sendiri.

Tetapi ada juga golongan serbanista yang berfikiran cetek dan berkata pendidikan seks sebegini hanyalah mendorong anak-anak untuk mencuba untuk melakukan seks.  Dengan adanya pendidikan seks sebegini juga yang mengajar tentang cara-cara merancang keluarga maka anak-anak muda akan lebih bijak untuk membuat 'seks selamat' yang sebenarnya agenda illuminati (carut) yang ingin menganjurkan 'seks bebas'.

Bagi akak,  golongan serbanista yang menyangkal idea ini adalah golongan mereka yang takut dan menggunakan dalil agama untuk membiarkan anak bangsa kita jatuh dan terus hanyut begitu sahaja.

Kalaulah pendidikan seks diberikan dengan lebih baik di Malaysia ini,  akak yakin bahawa anak-anak muda (zaman sekarang yang memang hidup dengan internet tiada sekatan) akan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan tau APA YANG DIA BUAT.  Ibu bapa pun malu dan tidak berbincang dengan seks secara terbuka,  di sekolah tiada bimbingan dan pelajaran khas yang membincangkan perkara ini secara akademik,  so anak-anak muda terima seks ini sebagai satu permainan yang amat menterujakan.  So bagi mereka,  let's try!!!

Yang heteroseksual (lelaki - perempuan) eksaited nak try bersenggama di celah batu air terjun "Takpa....kita lepas luar...tak kan mengandung"  Padahal,  dalam air mazi pun boleh ada trace pun sperm.  Pastu yang homoseksual pulak "Jom isap kote.......hang jantan...tak boleh mengandung,"  bodo piang apa!!  Hang isap kote memang tak boleh mengandung,  tapi kalau kote BF hang pernah diisap oleh 10 orang gay lain,  hang terdedah kepada pelbagai risiko STD dan juga HIV.

So that is what im talking about.  Yang depa duk sibuk...............................buat garispanduan kenalpasti LGBT.  I dont know what u guys wanted to say about this.  Kalau kerajaan masih nak berdolak-dalik pasai benda ni,  insya allah akak ada anak nanti,  akak sendiri yang akan ajar akak untuk hargai diri sendiri melalui pendidikan seks.

Love,
Jumie Samsudin


4 comments:

  1. woah nama kami naik lah..heheh act kat PJ kak jumie. kami pon tgh feeling nak usehe dapat baby after 9mths of marriage :)

    ReplyDelete
  2. Buat garispanduan kenalpasti LGBT itu aku paling takleh blah Jumie..
    Aku tapaham apa motif diorang.. I don't care diorang homophobic or what, but kalau dah dapat kenalpasti kenapa? Nak dibasmi besar2an?

    Kenapa taknak buat garis panduang mengenal pasti penyamun, pemakan rasuah, penipu, perogol bersiri.. Pendidikan sex perlu dilihat dari segi positif, kalau semua dok pk negatif, sampai kiamatlah setiap mende kat muka bumi nih jadi negatif..

    ReplyDelete
  3. Good Entry... all point kena seketoi2 kepada yga terlibat...pasaipa dalam zama la ni still ada yg kata pendidikan seks tu hanya menggalakkan hubungan seks bebas... kalau depa approve sex education ni pun .. bukan nak ajak depa buat style macammana dalam sex.. depa nak ajaq camna anatomi badan.. system pembiakan.. pasai all the penyakit dan bagaimana ianya berjangkit....

    wake up la malaysia.. takpa la la ni goverment dok supply lagi ubat ni suma.. maybe sbb tu org tak heren.. esok2 kalau all medicatin kena tanggung sendir bru nak sokong agaknya benda ni kowt.....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...