19.9.12

Garispanduan Mengenalpasti Anak LGBT - Siapa yang buat panduan ni? Sila minum racun.

Hello u olls,

Minggu lepas heboh bahawa apabila sebuah seminar bertajuk "Parenting in addressing the issue of LGBTs (lesbians, gays, bisexuals and transgenders)” yang dianjurkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd telah melancarkan satu garis panduan untuk mengenalpasti anak-anak yang mempunyai simptom LGBT. Garis panduan ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi.

Di kala akak sibuk,  akak terbaca tentang perkara ini di twitter. Okay,  u olls boleh baca juga kat sini.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengesahkan “garis panduan” untuk membantu ibu bapa mengenal pasti gejala gay dan lesbian yang terdapat pada anak-anak merek.
Ianya supaya mereka boleh dan dapat mengambil tindakan bagi melakukan pembetulan pada peringkat awal pembesaran anak mereka. 
Garis panduan telah menyenaraikan empat gejala bagi setiap gay dan lesbian:
Gejala gay :-

  • Mempunyai badan yang berotot dan suka  menunjukkan otot badan mereka dengan memakai t-shirt leher berbentuk V dan pakaian tanpa lengan.
  • Suka pakaian ketat dan berwarna.
  • Tertarik kepada lelaki.
  • Suka membawa beg tangan yang besar, sama seperti yang digunakan oleh wanita, apabila melepak.
Gejala Lesbian :-
  • Tertarik kepada wanita;
  • Selain sahabat perempuan mereka, mereka akan menjauhkan diri dari wanita lain.
  • Suka bergaul, berkongsi makanan dan tidur bersama wanita.
  • Tidak mempunyai perasaan kasih sayang pada lelaki.
  • Apabila kanak-kanak mempunyai gejala-gejala seperti yang dinyatakan, perhatian segera harus diberikan.
  • Read more: http://hangat.my/2012/09/14/panduan-mengenali-simptom-gay-dan-lesbian/#ixzz26ipzbqVZ

Menyirap darah akak apabila terbaca artikel ini.  Beberapa blogger jantan juga telah requote perkara ini dan letak di dalam blog masing-masing.  Lebih menyedihkan apabila mereka meletakkan logo-logo bodoh seperti "tanda palang NO ENTRY" di atas perkataan LGBT.

Persoalannya adalah :
  1. Siapa yang buat garispanduan ini?  Para guru yang merupakan ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad?  And who are those people?  Mereka adalah pakar psikologi?  Doktor?
  2. Pihak kementerian yang meng-endorse-kan perkara ini?  Depa semua baca tak betul-betul dan kaji tak perkara ini?  Penyelidik daripada Universiti mana yang keluarkan garispanduan ni?
  3. So apakah motif sebenar garispanduan ini dikeluarkan? Untuk " Ianya supaya mereka boleh dan dapat mengambil tindakan bagi melakukan pembetulan pada peringkat awal pembesaran anak mereka. "  Bukankah tindakan ini hanyalah diskriminasi semata-mata.  Hanya dengan melihat kecenderungan cara anak-anak berpakaian,  ibu bapa terus senang-senang memberikan label LGBT kepada anak-anak mereka sendiri tanpa berusaha untuk mengenal hati budi anak mereka itu sendiri.
  4. Adakah pihak Kementerian merasakan bahawa dengan adanya garis panduan ini,  maka golongan LGBT akan berkurangan?
  5. Tidakkan pihak Kementerian merasakan bahawa dengan adanya garis panduan seperti ini,  maka dunia boleh melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang homophobic?  Pembenci LGBT?
  6. Adakah ini cara paling indah yang disampaikan oleh pihak Kementerian dalam membangunkan sahsiah rakyat Malaysia sedangkan mereka sendiri (Kementerian) menganjurkan ibu bapa untuk mendiskriminasikan anak sendiri?
  7. Bukankah cara ini bukan sahaja memberikan satu rasa diskrimanasi kepada golongan LGBT malah membuatkan ibu bapa/ rakyat amnya berasa takut dan meletakkan stigma dengan perkara ini.  Bukan depa lagi nak tau pasai benda ni,  tapi depa lebih rasa nak jauhi dan buang benda ni jauh-jauh.  So macam mana nak bagi eloknya pun?
Ada banyak lagi persoalan yang lalu di minda akak.  Akak sangat risau (sebab tak tau apakah kesannya kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang bodo piang dan akan pi ikut garispanduan ni betul-betul) dan sangat malu dengan tindakan orang-orang yang berada di belakang perkara ini.  Siriesly u olls.  Akak rasa malu.  Sebelum Kementerian nak sebarkan perkara ini kepada ibu bapa sekalian,  please buat satu penyelidikan (bagi dana besar-besar sikit kat para pensyarah / penyelidik kat Malaysia ni) untuk find out berapa ramai / peratus ibu bapa kat Malaysia ni yang faham apa itu LGBT?  Jangan terkejut kalau ada ibu bapa yang masih tak tau apa itu LGBT,  apatah lagi nak kenal simpton-simpton nak kenal anak LGBT.

Takpayah teruk teruk tanya LGBT.  Akak nak tanya ampa,  tau tak bendera ni bendera apa?  Haaaa!!  Kalau taktau pi amik tau.  

Akak rasa malu dan nak tergelak juga apabila membaca artikel tersebut.  Kononnya,  anak lelaki yang suka berpakaian ketat dan pakai baju colar bentuk V adalah seorang yang gay.  HAHAHAH nohorommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.  Oiii butuh pak ang sapa lah yang ajak benda ni. (haaa...pencarutan bermula).  V neck adalah satu fesyen yang sangat mesra alam untuk mereka yang berbadan gempal dan nak nampak kurus sikit.  Malah jantan yang feeling nak tayang bulu dada sikit pun suka nak pakai baju V neck.  APAKAH??? (Tapi betul lah,  ramai adik-adik yang suka pakai V neck).  

Sebenarnya,  rakyat negara kita betul - betul tak paham lagi dengan LGBT.  Kita tak tau apa itu gender dan apa itu seksual orientasi.  So adakah pondan adalah lelaki yang pakai perempuan dan suka kat lelaki sahaja?  So depa-depa jantan yang pakai macam laki tapi malam-malam duk cari pondan isap kote tu apa pula?  Perempuan yang dah bertunang,  pakai baju kurung semua elok,  tapi duk ada hati dengan wanita lain macam mana pula? Macam mana pula lelaki yang dah kawen ,  ada bini ada anak,  tapi malam-malam duk pakai perempuan bila nak tidur dengan bini dia?  And bini dia pun suka!!  Haaaaaaaaaaaaaaa...........satgi aku cerita lagi mendalam ampa lagi pening kepala.

Tapi itulah pentingnya ilmu,  ilmu ni tak semestinya kena ada Ph.D. sahaja baru boleh tau benda ni.  Dari pembacaan (mostly),  tontonan video-video rencana ilmu,  percakapan, menghadiri majlis-majlis ilmu dan macam-macam lagi.  Dan yang paling penting,  apa sahaja yang kita baca,  jangan terus percara 100%.  Kita ada akal,  so kajilah dahulu sebelum kita betul betul nak amik pusing apa yang dipercakapkan.  Dan inilah pentingnya pendidikan seks formal dalam sistem pendidikan negara.  Bukan nak galakkan lagi anak-anak muda untuk 'explore' tak tentu pasal,  tapi biar depa tau dan lebih bertanggungjawab dengan diri sendiri.

Dalam dunia global tanpa sempadan ni,  adalah sangat mustahil untuk kita menutup dan menghentikan internet. (untuk bendung LGBT katanya) Kita tidak boleh terus menolak kerana takut.  Kita kena terus mengamalkan keterbukaan tetapi at the same time kita kena jadi seorang yang bijak.  Kalau kita terus berlari,  sejauh mana yang kita mampu lari?

Kesimpulan akak tentang perkara ini senang sahaja.  Janganlah kita menjadi orang yang bodo piang seperti mereka yang membuat garis panduan ini.  Kerana sesungguhnya memang tidak ada garispanduan yang jelas tentang perkara ini.  Cara pakaian dan cara sosial tidak dapat menentukan gender dan orientasi seksual sesorang individu.  Sebagai bakal-bakal ibu dan bapa yang suka membaca blog akak ini,  janganlah u olls bulat-bulat terima garispanduan tidak masuk akal ini.  Jangan diskrimaniasi anak-anak anda sendiri.  Kenali mereka dan sayangi mereka.  Kalau u olls betul-betul ingin membantu,  dekati mereka dan tunjukkan pada mereka yang u olls 'sedia membantu' anak itu walau apa pun masalah mereka.  Banyakkan membaca dan buka hati untuk terima dan nilai ilmu-ilmu yang ada.  Jangan banyak tengok Astro Ria dan Astro Mustika.

Dan kepada mereka yang membuat garispanduan ini,  sila minum racun.  Kerana u olls amatlah memalukan rakyat Malaysia.

Selamat hari Malaysia.

Love,
Jumie Samsudin

13 comments:

  1. Tp yg peliknya disokong oleh org2 yg bleh dikatakan bijak pandai..

    ReplyDelete
  2. lorhhhh.. yg v-neck ja ka gay? yang pakai serban pun duk mintak hisap peliaq..

    ReplyDelete
  3. Well article ni akan menyentapkan sesetengah pihak ya.. so be ready bor all the backlash...
    soory to say la... org yg buat garis panduan ni pun maybe tak cukup ilme agaknya... nama ja jadi menteri alabagai..rtakkanla pasai bajun suma nak jadik issue.. si kalau nak tau jantan tu stret kena pakai baju gelap n kale taik anjing ja ka... org yg tak belajak fesyen la nie piwn, tau dah nak pakai baju ikut trent.. so bgtau la kat menteri tu... nnty dlm goverment kalau kena pakai baju batik cuma boleh boh kale hitam nagn puthi ja.. . kalae lain tak boleh pakai sbb satg saspek gay.... apadia bodotakdakai pun org...
    iolls setuju sbb garis panduan yg dibuat tu based on emosi kot...very stupid

    ReplyDelete
  4. depa tu bukan bijak pandai tapi buta perut tak dak akai.....

    ReplyDelete
  5. Gejala gay :-

    Mempunyai badan yang berotot dan suka menunjukkan otot badan mereka dengan memakai t-shirt leher berbentuk V dan pakaian tanpa lengan.
    (ahli bina badan tu semua gay la eh???)
    Suka pakaian ketat dan berwarna.
    (kalo cmtu ramai la gay kt melesia nh....p mid valley or the curve..rasanya ramai yg pkai cmni....)
    Tertarik kepada lelaki.
    (cmne nk tau nh..letak jantan seko kt depan n tanya anak tu.."ang rasa nk beromen ngn dia x???"cmtu???)
    Suka membawa beg tangan yang besar, sama seperti yang digunakan oleh wanita, apabila melepak.
    (sila band majalah2 fesyen kt negara ini...sekian)

    Gejala Lesbian :-

    Tertarik kepada wanita;
    (sama mcm tadi..nk suh dia p test pompuan tu dulu ka???)
    Selain sahabat perempuan mereka, mereka akan menjauhkan diri dari wanita lain.
    (kalo lesbian,mst suka dok ngn pompuan kan???so pediaa nh???)
    Suka bergaul, berkongsi makanan dan tidur bersama wanita.
    (bukan ke wanita tu ada sifat kasih sayang n lembut hatinya..n diorang nh rapat2 sesama depa...)
    Tidak mempunyai perasaan kasih sayang pada lelaki.
    (letak seko jantan bogel depan dia..kalo dia tolak..sah lesbian..cmtu???)
    *******
    setuju ngn kak jumie...tp xpa la..sapa la kita nh..diorang tu TINGGI ILMUNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zasssssssssssssssssss....petir petir berirama zapin langkah delapan...

      Delete
  6. yesss sangat setuju... pls la kalau nak buat apa pun.. buat la reaseach apa ka dulu.. ni do hentam kromot ja... last sekali sendiri terbojeeeeee

    ReplyDelete
  7. educated fools, shallow geniuses..

    takkan laaa terus pasal style terus label SEMUA makhluk gay/lesbian segala bagai?laki aku pun pakai seluar jeans aku,so laki aku gay?laki aku pun ada v-neck,so laki aku gay?(hamaigawddd!!i married a gay!!).buat ghaplah.

    melainkan kalau nak kata penerimaan masyarakat pasal golongan-golongan ni,yes memang ada banyak cara penerimaan.tapi jangan la sampai diletakkan garis panduan ni.dengan garis panduan ni macam dah confirm sangat-sangat dah this statement are deemed as true,tapi sebenarnya tak sebab kelakuan and pemakaian tak menggambarkan orang sebenar di dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agree with you..my hub pun pakai V neck lengan ketat bagai... kawen dgn pompuan sejati jugak...takdak pun herot tang mana mana... yg buat garis panduan dgn yg dok luluskan tu such a morons!!

      Delete
  8. As Salam. Tak relevan sungguh. Patutu menda2 ni kena teliti betoi2.. mmg kita didik anak2 kita supaya yg pompuan jgn dok rapat gan laki, takut depa menarik antara satu sama lain,tp apakah dengan adanya semangat setiakawan boleh diklasifikasikan sebagai lesbian. mengong lah tuh.. cho p cek anak depa tgk.. ka depa suka anak2 depa campuq gaul ngan jantan betina???

    *jumie, deko ni cam semak lah.. bila nak baca cam gelap2 ja.. tak besh ar.. :)

    ReplyDelete
  9. mm. macam la yang jadi kat Malaysia sekarang. motep wartawan2 pastu di hentam Anwar balik. all politics. daaa. bosan betul kerajaan sekarang. its time to change

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...