5.9.12

Hati Ku Terubat : Iklan Raya Bernas 2012

Hello u olls semua,

Masih mood raya.  Ampa semua mesti dah tertengok satu iklan raya yang sungguh menusuk hati iaitu iklan raya Bernas.  Mengisahkan dua budak ni,  anak yatim,  pastu OKU,  yang berusaha untuk balik kampung semata-mata untuk bersama orang yang tersayang walaupun insan itu sudah tiada di dunia ini lagi.  Betapa besar cabaran mereka.  Membuatkan kita ni orang -   orang 'normal' rasa macam HAMPEH AWAT AKU TAK PERNAH RASA BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA KAT AKU NI?

Itulah yang akak rasa.  Pada suatu hari yang hening,  di bulan puasa,  En.  Khafi takdak rumah (kerja) akak feeling tengok video itu kat Youtube.  Maka bercucuranlah air mata dan air hidung akak,  teresak-esak.  Bukan hanya sebab lakonan mereka tapi jalan cerita iklan itu memang 100% nak buat kita menangis dan sedih sahaja.

Ini video itu.  Sapa boleh bukak Youtube boleh tengok ni  :


Haaaa!  Sedihkan.  So akak pun share kat FB akak pada hari itu.  Tapi ramai yang cuba compare iklan ini dengan hasil karya Allahyarham Yasmin Ahmad.  Well....janganlah buat macam tu u olls.  Akak akui,  karya Yasmin Ahmad memang one of a kind.  Dia bukan saja buat kita macam sedih sikit,  tapi sentap dan happy at the same time.  Ada juga yang tidak suka dengan iklan ini kerana dikatanya TERLALU CLICHE SEDIHNYA.  Tapi takpa,  semua orang mempunyai hak untuk memberi komen kepada sesuatu karya seni. Yelah,  macam contoh u olls suka Cikgu Shida.  U rasa Cikgu Shida creative,  bagi akak .....dia membuang masa dan akak tak rasa dia cukup berbakat.  Haaa gitu!

So,  akak terbukak satu blog bertajuk "Blog Carca Marba" dan dia pun share pasai Fizi dan Ahmad,  dua pelakon utama dalam cerita ini.

Ni akak nak share dengan u olls  :


Pagi ini dua orang pelakon utama iklan raya tersebut Fizi dan Ahmad dijemput datang ke konti Hot FM.  Kini mereka sedang ke udara dalam segmen Hot Fm Krew.
Berikut sedikit info yang aku dapat dari temubual DJ Hot FM dengan Ahmad dan Fizi.
Nama tersebut memang nama betul mereka.  Nama penuh aku lupalah pulak.  Fizi memang buta,  Ahmad pula memang bisu (cara bercakap macam dalam iklan raya tu la).
Ahmad dan Fizi masih ada ibu bapa dan ibu bapa Ahmad datang sekali ke konti Hot FM.  Ibu dan bapa Ahmad hantar Ahmad ke sekolah Khas Pusat Pertuturan KIU yang mengajar Ahmad bercakap.
Ahmad dan Fizi berkenalan ketika di set penggambaran iklan tersebut.
Laman Facebook Ahmad  :  Muhammad Matin

Okay,  dia jugak share gambar gambar masa Ahmad dan Fizi kat dalam konti Hot FM.  Rasa macam best pulak tengok depa dua ni duk gelak gelak semua.  So sebab tu la nama artikel ni HATI KU TERUBAT,  sebab barulah akak dapat hakis semua memori sedih bila teringat muka depa dalam otak akak yang duk bayang depa anak yatim naik teksi dekat ja pun kena pau RM10 dengan pakcik teksi!!  (CELAKA SUNGGUH PAKCIK TEKSI TU...AKU SUMPAH LANGSUIR TUMPANG TEKSI HANG SETAHUN.  EMOSI).



Ahmad dan ibunya.
So sweet senyuman Fizi :)






Hargailah orang yang kita sayang selagi depa ada di dunia ini dan hari raya ini bukanlah tentang baju baru dan seluar dalam baru serta kueh mueh dan kueh kacang Mazola Jumie Samsudin semata-mata.  Tapi hari raya ini adalah lebih indah bila dapat bersama orang yang kita sayang.

Love,
Jumie Samsudin.

3 comments:

  1. ayat last akak membuatkan saya touchinggggg.....huhuhuhuhu.....

    ReplyDelete
  2. Ayat sapa yang bukak Youtube, jugak buat saya bercucuran air mata.

    ReplyDelete
  3. memang touching video tu hingga membuatkan mataku masuk habuk.. dengar kata banyak juga diorang berdua dpt duit raya masa kat hotfm ri tu..

    p/s : thanks for backlink..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...