7.9.12

Jom Undi Kumpulan Mamu untuk Maharaja Lawak Mega 2012

Hello u olls semua!

Akak nak mintak tolong semua kawan-kawan akak semua pembaca blog yang akak amat sayangi.  Ampa kena support kawan akak dua orang ni yang akan masuk Maharaja Lawak Mega 2012.  So untuk menunjukkan support dari ampa semua,  akak mintak tolong ampa masuk website rasmi Maharaja Lawak Mega 2012 dan log in Facebook ampa,  and then ampa undi sekali kat bawak video depa.



Ini video lawak mereka yang dipertandingkan untuk pusingan awal ini.  Jom tengok!


Ajo and Abu adalah pelawak muda yang pada pendapat akak sangat berbakat.  Dua mereka ini adalah produk Pusat Pengajian Seni USM.  Bukan saja boleh berlakon,  mengarah malah membuat persembahan lawak yang sangat 'berisi' bagi akak.  Sapa yang tengok show depa "Kelab Kelahi" pasti akan tau cara kerja depa macam mana.  Depa ni bukan jenis yang amik watak pondan,  pastu buat lawak-lawak pondan bagi orang gelak.  Depa punya watak selalunya very serious tapi lawak yang kena seketoi kat muka kita.

So,  tak mau sembang deraih lagi.  Kalau ampa sokong akak,  ampa sokong USM,  ampa sokong orang Penang,  AMPA KENA SOKONG MAMU.

Jom undi depa untuk Maharaja Lawak Mega 2012.

Cara-cara undi  :
  1. Masuk website Maharajalawak Mega 2012
  2. Log in Facebook.


  3. Pi kat video Mamu (Page no 3)
  4. Click UNDI SEKARANG di bawah video itu.


  5. Kalau petak UNDI SEKARANG tu tukar warna dari kuning kepada hitam,  maknanya undian anda dah masuk.
  6. Setiap orang yang dah log in boleh undi sekali sahaja.  So kalau ampa nak tolong vote untuk orang lain,  lof out Facebook dan log in guna ID lain.  
  7. Ulang langkah yang sama.
Sekian sahaja.  Akak bagi pihak kumpulan Mamu dan gang-gang Kelab Kelahi yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua!

Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...