24.9.12

Kenduri Kahwin : Keberkatan atau Kemegahan. Mana Lebih Penting?

Hello u olls,

Ramai antara u olls semua suka membaca blog akak sebab akak banyak memberikan point-point penting dalam merancang majlis perkahwinan. Dari tips berjumpa wedding planner, cara memilih warna tema, baju yang sesuai untuk pakaian agam, jenis make up yang sesuai,  cara mengatur majlis,  siapa nak jadi MC,  cara jadi pengapit dan macam-macam lagi. Semuanya adalah antara benda-benda penting bagi memastikan majlis bukan sahaja berjalan lancar malah orang yang mai akan rasa WOW bila mai tengok kita di singgahsana.

Akak happy sebab sedikit sebanyak,  ilmu yang akak ada ini dapat dimanfaatkan oleh u olls semua.

Tapi siriesly u olls,  akak ingin bertanya kepada u olls semua,  dalam kita berkontang-kanting mengejar kemegahan kenduri kahwin kita,  tanya pada diri kita sendiri,  mana yang lebih penting?  Kemegahan ataupun keberkatan?

Masa akak dan En.  Khafi kawen dulu,  alhamdulillah takdak benda pelik atau benda bodoh yang berlaku.  Cuma masalah kecil-kecil sahaja seperti rombongan pihak lelaki datang awal ke banglo kami dan nak solat jemaah bersama,  akak mengamuk macam angry bird dan En.  Khafi berpeluh banyak.  

Akak dan En.  Khafi sangat happy dan bersyukur sebab semua adik beradik kami sangat happy dan gembira sepanjang semua majlis kami.  I can see that in their face.  Eventhough kami tak ada banyak duit untuk belanja they olls semua kari kepala ikan seminggu lepas kami kawen,  atau belanja depa makan kat Padang Brom,  tapi yang penting,  kami sempat jumpa seorang demi seorang dan ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada setiap mereka yang telah korbankan masa dan cuti hari raya mereka dan juga tenaga dalam menjayakan majlis perkahwinan kami ini.

Kerana tanpa kehadiran sanak saudara dan juga best friends kami semua,  MAJLIS KAMI KOSONG DAN TIADA ERTI.  Tak kisahlah walaupun kenduri kami tu buat kat banglo sewa ataupun hotel,  pelamin kami setinggi flet tujuh tingkat dengan bunga bunga segar dari Shah Alam,  baju dan kasut kami dari Rizman Ruzaimi,  semua tu tiada erti kalau tiada orang-orang yang kami sayang untuk meraikannya.  

Akak yakin,  lepas kenduri kami tiada rungutan,  tiada komplen dan tiada cakap-cakap belakang.  It seems that semua benda yang kami rancangkan berjalan dengan lancar kerana tidak membebankan ahli keluarga kami.  Untuk setiap majlis yang berlangsung,  semuanya well informed dengan apa yang berlaku dan kalau ada apa-apa benda nak terjadi,  somebody dah boleh take over dan memberikan bantuan sebaik mungkin.  

Hari kedua lepas kenduri,  bukak jer Facebook akak,  nenjiaaaaaaaaaaaa penuh orang duk tagged gambar akak dan En.  Khafi.  Wehssss siriessss!!!  Akak sangat happy sebab semua orang macam nak share their happy moments in Facebook dan bagi dunia tahu.  Selain akak terus feeling macam artist,  tapi at the same time akak tahu yang kawan-kawan akak turut rasa happy!!  Siap ada orang komen dan tulis kat wall akak "Kenapa home aku penuh dengan gambar kawen Jumie ni?  Aku nak remove lah...."  Kannnnnnnnnnnnnnnnnn.....sentap la tu.  Mak pun tak kenal sapa pompuan tu.  Its okay.

So,  apa yang akak nak tekankan di sini,  ketika u olls ghairah merancang majlis perkahwinan u olls ini,  please please please ,  akak merayu,  utamakanlah keluarga dan orang-orang yang tersayang.  Jangan rancang sesuatu yang membuatkan keluarga u olls terbeban.  Cuba sedaya upaya untuk libatkan semua ahli keluarga dalam perancangan majlis u olls itu.  Biarlah mereka pun rasa 'penting' dan 'apart' of this big event.  Kalau u ollls adik yang bongsu,  bukan tugas si kakak atau abang untuk datang bertanya,  u olls yang adik yang kena mulakan dulu untuk meminta.  Tapi kalau family u olls memang jenis tak mau amik tau,  u olls kena amik peluang ini untuk satukan dan eratkan kembali tali silaturahhim yang ada.

At the end of the day,  lepas penat bersanding dan berposing di hadapan camera,  u are not a pengantin anymore.  Tak payah feeling diva dan mengada-ngada lagi.  U olls balik kepada kehidupan sebenar dan jauh dari fantasi u olls itu.  And esok lusa,  orang lain pulak yang akan naik pelamin.  Kalau u olls rasa pelamin u olls paling hebat sebab pakai bunga tujuh tingkat,  nenjia esok lusa ada orang buat pelamin pakai pokok sena 14 tingkat.  

And u are just the same person.  Pelamin dan kenduri yang megah tidak menyumbangkan apa apa dalam kebahagiaan rumah tangga u olls.  Tapi,  kenduri yang npenuh dengan perkongsian kebahagiaan bersama family dan kawan-kawan akan membawa keberkatan yang berpanjangan hingga ke akhir hayat insya allah.

ps/  mulakan perancangan perkahwinan u olls dengan niat yang baik - Diyana Tajul

Love,
Jumie Samsudin
*thank you semua yang membuatkan kenduri kawen saya antara hari yang paling epic dalam hidup saya :)

Akak dan En.  Khafi dikelilingi kawan-kawan Senjojes.  Diyana Tajul berdiri paling kiri baju kurung putih dan tudung biru.

3 comments:

  1. kelasss kak jumie!!! setuju sangat. at the end of the day family juga yang akan stay smpi habis majlis :P

    ReplyDelete
  2. Adik aku rupanya kat sebelah kiri tu.
    Congrats.
    :-)

    ReplyDelete
  3. Sentap ah tengok gamba... Aku xdpt p masa tu... Huuu :(

    Hurm... Baca part ni membuatkan aku rase kne plan btol2 utk family2... Utk hepi2 ngan org2 yg terdekat, terapat semua...

    Isk... Gerun kot nk buat planning nih...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...