25.9.12

Lelaki Bodo, Perempuan Lemah dan Karma

U olls,

Apa habar hari ini?  Akak baru sahaja baik daripada sakit yang tah apa apa.  Duk seram sejuk dan rasa macam lemah sendi sendi.  Cek doktor depa kata maybe simpton nak kena demam denggi.  Dia sarankan akak minum 100plus banyak banyak.  Tak bagi akak MC pun.  Akak sungguh kecewa.  Terpaksalah akak cuti rehat sendiri.  Noks.....bukan akak tak mau pi kerja,  tapi kalau duduk dalam bilik duk rasa ada jarum cucuk cucuk kat tapak kaki macam mana?  Air cond dah tutup.  Tapi still rasa sejuk.  Tapi alhamdulillah,  lepas lebih kurang 5 hari akak berkubang di bawah selimut,  hari ni dah beransur pulih.

So hari ini akak bukan nak bercakap pasai lemah sendi otot dan tapak kaki dicucuk jarum.  No....akak ingin bercakap tentang satu topik tentang wanita wanita.  U olls semua pernah tak bertembung dengan situasi ini,  kawan baik u berkawan dengan seorang lelaki yang u kenal latar belakangnya.  And it happens that lelaki itu mempunyai latar belakang yang tak berapa nak elok.  So atas sebab u nak tolong kawan perempuan u,  sebab u rapat dengan dia,  apa u akan buat???  YESS!!  U akan pi bagitau kat kawan perempuan u itu untuk berjaga jaga.

Itu cara akak.  Kalau perempuan tu tak rapat dengan i,  i tak akan amik tau okay.  Itu life u olls.  Kalau perempuan itu musuh akak,  hah....lagilah akak buat tak tau kan.  Lantak hang la.  Kalau hang merana esok hari,  itu namanya karma.  Kan?? Tapi kalau kawan perempuan itu adalah kawan u,  atau family friend,  ataupun adik perempuan kepada best friend u....so apa i kena buat??? Haruslah i kena selamatkan nyawa mereka secepat mungkin.

Siriesly,  tahun ini sahaja akak dengan niat baik HANYA ALLAH YANG TAHU,  telah 'selamat'kan dua budak perempuan ni.  Dua dua mereka hampir hampir berkenalan dengan dua orang lelaki yang akak tau kisah mereka.  Bukan akak nak menyampaikan benda buruk,  bukan akak nak sekat jodoh orang ka apa,  tapi lojik la u olls,  AKU SAYANG DAN AKU TAK MAU KAWAN KAWAN PEREMPUAN AKU TERTIPU OKAY.

So bila akak cakap dengan budak budak ni,  depa okay.  Depa ucap thanks kat akak bagai.  Suci u olls.  Akak pun rasa sangat happy sebab pada akak,  akak dah tolong depa.  Tapi in the end.  Akak yang kena tahi.

Cerita satu
Akak ada kawan ni nama dia Zaini.  Dia ni dah kawen.  Ada nak dan isteri.  Kisahnya,  dia duk masuk Facebook akak dan gunakan nama akak untuk pi add budak budak perempuan dalam FB akak.  "I abang angkat Jumie......"  gitu!!  So all the girls pun layan jer beliau.

Akak pun tak kisahlah.  Jangan sampai kacau rumah tangga aku.  Tapi one day,  i happened to know that adik perempuan kepada bestfren i duk bermesej mesej dengan Zaini.  Adik perempuan kawan baik i tu nama dia Rabiah.  Rabiah kata,  Zaini selalu mesej dia.  I okay lagi.  Tiba tiba Rabiah tanya satu soalan "Kak Jumie,  betul ke Abang Zaini tu duda?"

Akak terus menyirap dah darah semua.  Akak terus cakap kat Rabiah "Kenapa dia cakap kat hang dia duda?  Dia nak mengurat hang?  Hang pun duk melayan?  Sudah...jangan over over.  Jangan duk layan dia semua.  Dia tu ada anak isteri.  Tak bercerai apa pun lagi.  Setakat kawan kawan dalam Facebook sudah.  Jangan hang duk over over.  Awat garik nak kawen dah?"  Akak terus maki secara zasss kat Rabiah.

Sejak itu Rabiah pun tak berkontek kontek dengan si Zaini itu lagi.  Dan akak pun ingat benda ni dah setel.  Kalau Rabiah nak berkawan juga dengan Zaini,  itu hak mereka.  Takkan akak nak jadi mami jarum,  pi cek kat Rabiah,  pi bagitau mak Rabiah semua?  Betul tak?  Rabiah pun bukan budak kecik u olls.

Tiba-tiba satu hari,  si Zaini tu telah mesej kat suami akak yang kendu iaitu En.  Khafi,  dia kata "Assalamualaikum,  ko suruh bini ko jaga sikit mulut dia.  Aku tak pernah kacau hidup orang.  Ko jangan nak kacau hidup aku.  Aku tak nak cakap kat dia sebab dia tu bini ko.  So ko jaga mulut dia baik-baik"

Nasib baik laki akak adalah seorang lelaki yang mempunyai akal manusia (bukan akal kaldai) dan suami akak mempunyai IQ tahap Stephen Hawking.  Dia tak mengamuk secara tiba tiba kat akak,  dia tunjuk mesej tu kat akak dan ajak berbincang.  Kenapa Zaini mesej macam tu?

So kami pun duduk berbincang.  Masa tu.............akak langsung tak ingat kes Rabiah.  Sebab rasanya dah hampir 6 bulan lebih since the last time akak jumpa Rabiah.  Tapi,  sebab IQ akak pun tahap Nicole Kidman,  so akak pun teringat apa yang akak cakap kat Rabiah.

So kami buat conclusion bahawa Zaini marah dengan akak sebab tindakan akak menasihati Rabiah seolah-olah telah 'potong line' la gitu.  So akak dan En.  Khafi pun tak balas apa-apa mesej kat Zaini.

For us,  akak tak salah.  BUKANNYA AKAK COPY PASTE MESEJ DIA DAN RABIAH DAN PERGI TUNJUK KAT BINI DIA?  BUKANNYA AKAK CALL BINI DIA DAN BAGITAU APA YANG ZAINI DUK MENGAKU DIA DUDA KAT SEMUA ORANG?  Betul tak?  So akak dan En.  Khafi buat tak tau je.  Kami tak balas apa-apa mesej.

Tapi esok-esoknya,  Zaini tak puas hati dengan akak.  Bila dia bukak Facebook akak,  dia duk attack peribadi akak seperti komen kat gambar akak dan berkata "Tutuplah aurat tu sikit....."

OOooohhhhh??? Perlukah?  Hang sendiri duk add Facebook perempuan pakai baju nampak klivej tiba tiba hang nak nasihatkan aku suruh tutup aurat?  Akak tau Zaini ni boleh jadi racun dalam hidup akak dan En.  Khafi,  so in the end,  akak blocked account dia kat FB akak dan FB En.  Khafi.  The end.  Bukannya nak memutuskan silaturahim.  Kalau ada jodoh,  jumpa,  tegurlah macam biasa.  Itu sahaja.

Cerita Dua
Pada suatu ketika dahulu  i think like 6 to 7 years ago.  Akak ada kenal sorang lelaki.  Orangnya hemsem. Dengan perwatakan dia semua,  sapa-sapa pun rasa macam beruntung kalau dapat kenal dengan dia.  Satu hari,  akak dapat kenal dengan dia.  Tapi lepas jumpa beberapa kali,  akak rasa macam tak syioklah dengan dia.  Tak perlulah akak nak cerita kat sini.  Akak terus simpan semua kenangan buruk bersama dia dan akak simpan dalam hati.

Selepas beberapa tahun,  akak dengar kisah tentang dia.  Apa yang dia buat kat akak,  rupanya dia ada buat kat perempuan-perempuan lain juga.  Entahlah,  mungkin lelaki ini pernah kecewa dengan seorang perempuan yang dia betul betul sayang.  So,  dia nak balas dendam dengan perempuan perempuan lain.  Tapi apa pun,  dia tak layak dan tak boleh hancurkan hati hati perempuan lain macam tu.  Tapi akak terus diam.

Tiba-tiba tahun ni,  akak dapat tahu dia sedang rapat dengan seorang kenalan Facebook akak yang akak sangat rapat.  Budak perempuan.  Dia baik dan innocent.  Bila akak tau yang dia sekarang rapat dengan si lelaki durjana itu,  akak pun cepat cepat pi cerita semua yang akak tau kat budak perempuan itu.  Walaupun semua benda tu sangat pedih untuk akak ceritakan.  Tapi akak cerita juga.  Dengan niat,  untuk selamatkan budak perempuan itu sebab akak anggap dia macam adik sendiri.

Budak perempuan itu pun ucapkan terima kasih dan akak pun rasa lega sebab at least,  akak dapat tolong dia dengan cara ini. Perempuan-perempuan lain di luar sana,  akak tak taulah.  Takpa...Allah ada.

Tiba-tiba lepas beberapa bulan (Akak tak tau pasaipa lepas beberapa bulan baru ada reaksi...lembab sungguh laki laki ni),  akak dapat call yang bertubi tubi dari satu number yang tak dikenali.  Bila akak tak jawab,  dia kata "Jumie,  kalau u tak jawab fon ni,  i akan jumpa suami u.  Allah SW tu maha adil Jumie.  Now is my turn.  U choose wether correct back damages done by u or u want Allah SWT to punish ur wrongdoing in the worst condition.  Be happy."  NI PADIA PAGI PAGI DAPAT MESEJ INDUSTAN NI SEMUA!!!

Akak pun called number tu balik.  Nak jadi cerita orang tu ialah lelaki durjana dalam cerita ini.  WOW!!!  Akak tanya "Yes,  i know u.  So u nak apa ni?"

"Jumie i nak bagitau u yang i dah berubah.  Apa benda yang dah jadi dalam hidup i.  Itu semua kesalahan i dulu.  I dah bertaubat sebanyak dua kali.  ....blaa.bblaa...blaaa"

"So u called i ni u nak apa?  Duk cerita ni semua."

"I nak u betulkan kesalahan yang u dah buat?"

"Apa dia kesalahan i dah buat kat u?"

"U sendiri tau apa yang u dah buat?"

"Ooooo...ni mesti sebab i dah mesej tu semua kat Nurul. Awat Nurul bagitau kata i bagitau ka?  I tak salah. I cakap benda betul,"

"Bukan.....Nurul tu tak penting (soooooo dia kata kawan i tu tak penting.  Celaka).  Ini ada satu perempuan lagi nama dia Illya.  U pernah mesej dia dulu.  U tau tak i dah nak kawen dengan Illya tu.  And u buat macam ni?"

"Niiiiiiiiiiiiiii padiaaaaaaaaaa semua niiiiii!!! Illya mana aku tak kenal.  Lepas apa semua hang buat kat aku. Aku simpan semua benda buruk tu sebab sakit hati nak ingat.  Aku tau,  the only person yang aku cakap ialah Nurul.  Takdak sapa-sapa lain,"

"Ada Jumie......u tak ingat.  Tapi u kena tau.  I dah berubah Jumie.  I tak macam dulu.  Tapi apa yang u buat ni.....bla...bla blla....I boleh pi cari u anytime,  i tau u kerja mana dan u duduk mana.  And i boleh buat macam-macam benda beyond apa yang u boleh pikiak...."

"Ni sudah sudah jangan duk buang masa aku.  Kalau hang betul dah berubah,  and hang nak mulakan hidup baru.  Hang pi buktikan kat semua orang hang dah berubah.  Hang called aku buat apa?  Hang nak suruh aku buat apa?  Hang nak takutkan aku untuk bagitau laki aku. Niiii laki aku tau semua cerita ni.  Dia pun malas nak amik tau.  Lani aku nak letak fon,  and kalau hang call aku lagi,  aku akan report polis.  Hang dengar tak?  Kalau hang call aku lagi sekali,  aku akan report polis,"

TIT!!  Akak terus tekan butang letak fon.  And sampai lani lelaki itu tak berani called akak balik.  Walaupun dia tak called akak balik,  tapi akak telah merujuk perkara ini dengan kawan baik akak (bekas pelajar Soc Sc USM) yang merupakan seorang pegawai polis berpangkat inspektor di Bukit Aman.  Akak emel dia dan tanya pendapat dia tentang situasi akak ini.

He replied this :


Assalamualaikum Puan Jumizah, 
Repot polis boleh dibuat sebagai 'covering report' bagi mengesahkan kejadian ugutan berlaku di sini. Kerana dengan jelas bahawa berlakunya ugutan lisan dalam perbualan telefon tersebut. 
Repot polis di buat kerana sekiranya terdapat apa-apa kejadian tidak di ingin berlaku, repot yang telah dibuat akan dapat dijadikan rujukan 'reference' pada masa akan datang.  Investigation Officer (IO) kes akan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya kes ini mempunyai 'lead case' yang baik.  Namun, bagi fasa sebegini, kes ini akan kekal sebagai 'first report' sebelum apa-apa kes lain yang bersangkut muncul.  
Jadi nasihat saya, kalau ugutan ini menimbulkan ketakutan dan keresahan. Boleh dibuat repot polis berdasarkan no telefon dan identiti si pemanggil serta maklumat ugutan yang dibuat (akan dibantu oleh anggota balai yang akan ambil report nanti).  
" Komuniti Sejahtera, Komitmen kami"
Insp/P Mohd Fadzli b. Zainol AbidinInspektor NaziranUrus Setia KPN (Tatatertib)Bukit Aman 


So to speak,  rakan akak ini juga menyatakan bahawa inilah pendapat paling ringkas yang dia boleh berikan.  Kalau nak lebih details,  dia kena refer dengan pegawai yang ada pengalaman dalam bahagian investigasi.  Sebab Inspektor Mohd Fadzli aialah pegawai bahagian tatatertib ya.  Dia yang cek-cek polis mana buat kerja dengan elok dan sebagainya.

Tapi akak ada teori sendiri.

Akak rasa mamat ni siriesly takdak lifeeeeeeeeeeee.  Mungkin,  si Nurul tu tak cakap apa apa pun.  Si Nurul tu dah reject dia and si nurul tu bagitau kat dia kata U KENAL TAK JUMIE?   Haaa.....tiba tiba kenapa perempuan ni mention nama wanita puaka Pulau Pinang ni kan?  Apa yang JUMIE dah bagitau kat Nurul?  So dia paranoid sendiri and he can alwaysGoogle me and my handphone number are everywhere.  Takdak rahsia rahsia noks sebab mak orang perniagaan.  And tiba tiba dia macam menyesal dengan hidup dia ka macam mana.  Sebab dia banyak buat silap.  And tak tau pasai pa ILLYA YANG DIA NAK KAWEN PUN TAK JADI KAWEN DENGAN DIA and tiba tiba dia tuduh makk?? celaka kan??? 

Meletopskan teori paitogoras yang akak berikan?  

Kesimpulan
Kesimpulannya kat sini,  akak bukan nak marah kat Zaini ataupun kat lelaki tak guna dalam cerita kedua.  NO!!!  Kalau dah bodoh,  cakap apa pun akan jadi bodoh.  Akak malas nak layan.  Duk guna nama agama dan Allah untuk lindungkan kebodohan diri sendiri.  Ohhh...sangat lame.

Apa yang akak marah sangat sangat ialah perempuan-perempuan yang akak dah tolong ni semua sekalian.  Siriesly,  kalau ampa mau jantan jantan ni walaupun ampa dah tau semua benda tak elok dari aku,  GO AHEAD!!!!  Sapa aku nak halang ampa.  Aku bagitau ja pun.  Pilihan kat tangan ampa. Amik risiko tu sendiri.  Jangan duk jadi cengeng.  Setiap hubungan kat dunia ini ada risiko.

Tapi kalau ampa tak mau jantan tu,  just go and leave.  JANGAN GUNA NAMA AKU.  "Ohhh...i takmau kawan dengan u sebab Kak Jumie kata u suami orang."  "Ohh..i tak mau kawan dengan u sebab Kak Jumie kata u kaki perempuan,"

Kepada Rabiah,  dia dah minta maaf dengan akak.  Bila akak called dia,  dia pun terangkan situasi dia dan dia dengan yakin kata dia tak mention apa-apa yang akak cakap kat Zaini.  Cuma Zaini sendiri jadi paranoid sebab Rabiah banyak kali duk tanya kat Zaini,  u betul ke dah duda?  So Zaini sendiri jadi paranoid dan terus tembak kat akak.

Kepada Nurul dalam cerita kedua,  dua kali akak called dia tak jawab.  Maybe dia takut kut.  Ataupun dia tak tau apa nak cakap kalau akak tanya dia.  Akak bukan nak marah pun,  tapi teringin la jugak nak carut sebaris dua.

And sebab tu akak tulis artikel ini,  sebab jantan bodoh kat dunia ni banyak sangat,  dan kita perempuan perempuan,  jangan la jadi bodoh macam depa yang bodo bodo tu.  Be wise and be strong.  Jangan buang masa hidup kita dengan drama-drama tak penting ni.

ps/ fuck this shit



Love,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. Keklin penah alami situasi nih. Niat kita baik mulus2, kita sayang depa, depa sniri kalo xmo syg diri sendiri biaqpi lah kalo xmo dengar ckp kita. Munken cinta pertama depa kot yg depa dok defend sgt laki2 tak guna tu suma. Lani Keklin jadi cemuih nak tolong org dah. Asyik kena taik saja. Kita pun jadi mcm xtau nak percaya kat sapa2 dah in the end. Meluat buat kerja jadi 'fairy god mother' nih.

    ReplyDelete
  2. Kepada yg tengah hangat bercinta (i olss terkecuali) pls la be rasional sikit... jgn dok kalut nak love kuat sampai habis suma akai letak kat lutut.. ada cara nak handle this kind of thing.. hargailah apabila ada yg memberitahu sesuatu mengenai kekasih kita..sumanya maybe untuk kebaikan...walaupun tak kurang jugak yg dok cerita ceriti sebab dengki. guna la akal sikit nak find out the truth pown......pastu toksah dok bodohtoreng p tanya macammanka sampai jadik masaalh... love tu love la jugak....

    ReplyDelete
  3. Mujur aku pesen buat tatau je ngan hal org hahahahahahh... Dan org2 yg rapat ngan aku semua pesen pandai jaga diri dan praktikkan ape yg aku penah ajar...

    Slalunye laki2 pesen ni boleh predict sejak awal lagi... Semua benda pon leh google je kan skang ni... Hehehehe...

    ReplyDelete
  4. tapi... kalau kawan kita duk makan sebalang abis biskut kacang mazola tuh harus lah JUAL NAMA JUMIE SAMSUSDIINNNNN!!!!!!!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...