6.9.12

Miss World 2012 : Yu Wenxia, Kemenangan Penuh Kontroversi Dan Kekecewaan

Hello u olls,

Pada hari raya yang lalu berlangsung satu event yang meletops di China iaitu penganjuran Miss World 2012. So,  akak nak cerita secara ringkas.  Apa itu Miss World apa itu Miss Universe?

Miss World established in UK sejak tahun 1951.  President dia sekarang ialah Ms.  Julia Morley (macam nama orang Boyan).  Miss Universe pulak starts in USA, tahun 1952 dan nama besar yang menjadi key person untuk acara Miss Universe ialah Donald Trump (pakcik kaya rambut palsu tu).

So,  acara tahun ini diadakan di Dongshen Stadium,  Mongolian city of Ordos,  China.  The top 7 contestant adalah seperti berikut  ;



Miss World China
Wenxia Yu

Dia menang Miss World 2012.  Tapi kemenangan beliau membawa kepada kontroversi.  Sebab dia adalah wakil China dan China adalah penganjur.  Selain itu,  dia juga menang Miss World Talent Champion 2012 dengan nyanyiannya.  Ramai yang tak puas hati u olls,  sebab ada wakil dari negara mana ka siap buat beatbox!  Gitu.



Dari rumors yang i baca dalam laman-laman forum online,  ramai yang duk kata,  Miss World nak bangkrap dah.  So Julia Morley dah cikai dan ketandusan idea macam mana nak teruskan acara tahunan yang gah ini.  

So,  China pun menawarkan diri untuk menjadi penganjur.  Pastu tup-tup Miss World menang kat China.  So orang pun duk kata la China duk bayar Julia Morley,  sponsor baju,  mekap dan segala expenses lain untuk Julia Morley.  Tak tau la betui ka tak.  

Tapi....................................akak tak puas hati Miss World China menang kerana masa time tanya soalan-soalan cepu emas tu.  Dia sorang cakap bahasa Cina dan satu stadium tepuk tangan kat dia (OF COZ LA) kita yang tengok semua haram tak paham la u olls.  U olls harus tengok video interview depa dalam Youtube.  


Miss World Australia
Jessica Kahawaty

Miss Australia yang berbangsa Lebonan.  Sangat cantek.  Menang tempat ke tiga.



Miss World India
Vanya Mishra

Wakil India ini haruslah memberikan saingan yang hebat kepada peserta lain.  Negara India pun selalu hantar wakil yang hebat-hebat.  Dia menang dua title khas dalam acara ini iatu Miss World Beauty with a Purpose and the Miss World Social.  Gitu.


Miss World Brazil 
Mariana Notarangelo

Beliau adalah student perubatan.  Bakal doktor.  Gitu.


Miss World Wales 
Sophie Moulds

Muka dia ni sikit sikit macam Kate Middleton.  Tapi dia muka lebih katun. Mata besak.  Menang tempat ke dua.  


Miss World Jamaica 
Deanna Robins

Sangat cantek.  Akak rasa dia pun memberikan interview yang meletops.  U olls check it out sendiri nanti k.



Miss World South Sudan
Atong Demach

She was my favorite.  Bukan sahaja cantek malah akak sangat suka cara dia jawab soalan.  Ampa kena tengok video dalam Youtube macam mana depa jawab interview tu.    Satgi akak akan bubuh kat bawah blog.  Sapa boleh tengok Youtube boleh layan.  And please bukak link ni dan bukak photoshoot pompuan ni,  sangat cantek  :  http://livewireworld.info/2012/05/atong-demach-world-south-sudan-2012/

Now u olls tengok video yang akak maksudkan itu  :

xoxox



Okay,  jom kita tengok gambar-gambar masa depa pakai evening dress dan crowning ceremony.







Kerlas Ivian Sarcos pakai baju cantek selepas dicarot oleh akak dalam pageant yang lalu kerana pakai dress ala-ala pelastik gitu.








For more pic  u olls click sini  : http://www.missworld.com/Gallery/

Anyway,  itu saja perkongsian dari akak.

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. suka Miss world Wales..santeks muka dia..(feeling sama2 bertanding lam Miss World nh bila baca artikel ini..hahahah)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...