25.9.12

Perhiasan Kaca Wakil Pulau Pinang untuk Festival Teater Malaysia 2012

U olls!

Pembaca-pembaca blog Jumie Samsudin yang duduk KL,  akak merayu u olls semua pergi support Festival Teater Malaysia 2012 and please please go support team dari Penang iaitu team En.  Yusof (Bakawalee Penang) yang akan mementaskan teater Perhiasan Kaca.  Taken from Ms.  Lenny FB tagged on En.  Yusof Facebook.
Lenny ErwanFestival Teater Malaysia datang lagi, dan saya sungguh marah sebab saya tak ada di KL. Daripada enam kumpulan yang bertanding, lima daripadanya terdiri daripada kawan-kawan yang saya kenal Yusof Bakar Rusdi Abdullah Andika Aziz dan yang lain tak ada dalam friends list hehe...  

Daripada enam skrip, lima daripadanya adalah skrip baru dan satu yang bukan itu adalah Perhiasan Kaca yang saya terjemahkan daripada The Glass Menagerie karya Tennessee Williams arahan Yusof Bakar dari kumpulan Bakawalee Pulau Pinang (P.R.O.M.O.T.E) hahahaha... 

Sebagai anak teater yang lahir dan bertapak dari kegiatan Pekan Teater, sokongan dan kasih sayang saya kepada semua kumpulan yang bertanding. Saya sungguh-sungguh terkilan tak dapat menyaksikannya setelah 3 tahun acara ini dibekukan di peringkat kebangsaan. 
Good luck semua. Bertandinglah dengan penuh setiakawan. 
Menang memang manis, tapi kalah juga tak apa-apa, kerana anda semua sudah ada di sana.
Kepada para pelajar teater, ambillah kesempatan menyaksikan acara ini walaupun kamu fikir kamu sudah lebih bagus daripada yang di atas pentas sana. 
Ada sesuatu yang perlu kamu belajar, lebih daripada sekadar tahu dan lihat. Jangan termakan bidaah segolongan bijak pandai yang merendahkan imej Festival Teater. Mereka itu sombong dan ditakuti akan menjadi bodoh akhirnya.
Pada saya, inilah gelanggang yang menjadikan saya jatuh cinta kepada sebuah realiti yang kedua.

The official Facebook events for Perhiasan Kaca  :  http://www.facebook.com/events/407255519329522/



1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...