7.9.12

Persediaan Asas Perkahwinan khas untuk Pengantin Lelaki Part I

Part I - Niat dan Pengenalan

Hello u olls semua,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan u olls semua pendapat dan idea mengenai persediaan asas perkahwinan untuk bakal pengantin lelaki.  Yelah u olls,  asyik duk cerita untuk si perempuan sahaja.  I olls pun ramai pembaca lelaki sekarang ni.  So why not kan?

Berikut adalah nota-nota ringkas seperti pengalaman akak dan En.  Khafi.  Kalau ada apa-apa nak komen atau tambah,  sila komen kat bawah atau emel kat saya.

Niat dan Pengenalan

  1. Niat yang baik.
    Apa pun,  mulakan dengan niat yang baik.  Jangan menikah kerana terpaksa kerana kalau tak ikhlas,  maka segala pekerjaan kamu selepas itu akan menjadi pincang.   Kalau u olls rasa,  keluarga pihak perempuan terlalu mendesak sedangkan kamu langsung tidak bersedia dari segi mental dan fizikal,  maka....................JANGANLAH DUK USUNG ANAK DARA ORANG TAK TENTU FASAL.  Itu sahaja nota ringkas dari akak.  Dah kalau sendiri duk buat pandai,  bawak anak dara orang jalan merata (regardless anak dara itu sendiri yang offer nak ikut u atau tidak) itu u kena pikiak sendirilah!

    Gambar hiasan.
  2. Mental (hati dan akal)
    Kesediaan mental ini adalah sangat penting.  Selalunya u olls nak kawen,  duk pikiak nak carik duit sahaja.  Tapi mental u olls tak bagi ready betui betui.  Sebab siriesly i nak cakap kat u,  bila u dah pasang niat baik nak bernikah dengan seseorang wanita itu, u olls berdua akan menghadapi macam-macam cabaran.  Time nilah tiba-tiba marka lama akan mai menusuk hati u olls kembali,  dan time nilah kawan-kawan jantan hat mana tak kawen lagi akan membuatkan u rasa down sambil berkata "Ni Mat! Hang nak kawen apa...enjoiss la muda lagi,"  Haaaa sambil tiba-tiba duk offer u pi clubbing sebab dia open table siap bawak achi belen dua tiga orang untuk u olls.

    Bila kata dah pasang niat baik nak kawen ni,  buanglah tabiat-tabiat lama yang tak berapa sedap untuk disimpan.  Contohnya,  tabiat boros,  tabiat suka keluar dan melepak (membazir duit),  tabiat mesra alam dengan semua perempuan,  tabiat suka merokok (kalau boleh setoplah).  Pendek kata,  benda yang negative tu kita buanglah jauh-jauh.

    Orang kata,  kalau nak kawen ni,  kena persiapkan diri dengan ilmu-ilmu agama.  So,  tak semestinya hanya sebab u olls nak kawen terus rasa macam feeling nak pi hafal Al Quran apa semua.  Amboiii!  Tak lojik u olls.  Bab-bab ni,  haruslah u olls tau sendiri.  Akak tak payah membebel panjang.

    Dan kepada 'adik-adik' PLU yang ingin menukar arah dan tiba-tiba niat nak mendirikan rumah tangga.   Akak harap u olls lebih jelas tentang perkara ini.  Walaupun ramai yang mencerca u olls,  tapi Allah tahu niat u olls dan u olls semestinya tidak boleh menipu diri sendiri.  Janganlah menikah dengan seseorang perempuan semata-mata untuk 'MENJANTANKAN' diri kamu,  kalau kamu rasa kamu tak mampu nak berubah.  Takpayah menikah.  Jangan jadi hipokrit dan membinasakan hidup orang lain.  Kalau kamu nak teruskan juga dengan alasan desakan ibu bapa (ibu bapa sangat indenial ya...mereka boleh 'tahu' anak mereka PLU tapi mereka masih ingin teruskan perkara ini),  so ambillah risiko ini dengan penuh rasa tanggungjawab.  *akak akan kupas perkara ini dengan lebih terperinci dalam artikel lain.



  3. Peruntukan Kewangan (Mas kawen,  Hantaran,  Belanja kawen)
    Kewangan adalah paling penting sekali di sini.  Dalam perkahwinan,  tiga benda yang boleh membuatkan kita bergaduh besar.  1.  Duit.  2.  Hormat.  3.  Seks.  So i tell,  duit comes in first place.  And even before u kawen,  hal-hal duit ni dah mai dah!

    Mas kawen,  hantaran dan belanja kawen adalah tiga aspek paling penting.  Tidak termasuk segala belanja mak nenek yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.  Selain itu,  u olls juga harus tahu,  bahawa dalam adab perkahwinan kita ni ada banyak step,  merisik,  bertunang,  bernikah,  bersanding dan bertandang.  Itu semua pakai duit u olls.  Tambahan kalau u olls dan pasangan duduk jauh-jauh.
    Benda ini akak akan kupas dalam artikel yang seterusnya.

    Tapi mujurlah,  zaman sekarang,  pihak perempuan pun mengambil 'part' dalam proses menyimpan duit untuk berkahwin.  Tak macam dulu,  semua lelaki yang tanggung.  Tapi apa pun,  the basic point is,  sentiasa tahu kemampuan diri.  Jangan kerana nyamuk,  kelambu dibakar.  Haaa.....tiba-tiba akak memasukkan bidalan yang tah apa-apa.  Bidalan yang betul adalah "ukurlah baju di badan sendiri".

    U olls juga boleh berbincang dengan pasangan u olls tentang benda ni,  berapa bajet dan target yang u olls kena kumpulkan.  Biar dua dua sama setuju sebab kadang-kadang orang perempuan ni suka over over feeling nak buat itu ini,  sedangkan kita tak berapa nak mampu.

    Selain itu,  dalam aspek kewangan ni,  make sure diri sendiri dah cukup stabil untuk bela anak dara orang.  Kalau makan dan pakai pun masih tak terjaga,  macam mana kita nak bertanggungjawab atas anak orang lain.  Tapi tidak semestinya perkahwinan itu relevan untuk orang kaya dan bekerja profesional sahaja?  Habis tu orang yang kerja buruh kasar RM700 sebulan tu tak layak nak kawen?  Bukan macam tu u olls.  Terpulang kepada diri u olls untuk mengaturkannya.  Belajar berjimat dan mengukur baju ikut size badan sendiri.  Orang kata,  rezeki kawen ni lain u olls.  :)


  4. Memilih Pengantin perempuan (JANGAN PANDANG KECANTIKAN LUARAN SAHAJA).
    Selepas berkenalan dengan seseorang perempuan itu,  bila tengok dah lawa dan cantek.  Hati dah berkenan.  Maka u olls pun try la dia.  Tiba-tiba tengok dia pun bagi respons elok punya.  Tak sampai berapa bulan kawan,  dia pun terus eksaited nak ajak kawen.  Haaa....u olls pun apa lagi,  cepat-cepat nak suruh mak bapak u olls masuk meminang.

    Tak boleh gitu u olls!  Kalau boleh,  selidik dulu latar belakang perempuan tu macam mana.  Jangan main hantam sahaja.

    Ramai anak muda zaman sekarang, (lelaki atau perempuan) asal kata orang itu lawa/handsome,  terus u olls rasa best dah!!  Tapi keturunan dia,  perangai dia,  keluarga dia,  agama dia,  keserasian dia...u olls tak amik pusing langsung.

    Bab-bab keturunan keluarga,  orang dulu-dulu cukup particular bab-bab ni.  Sebab orang zaman dulu-dulu nak jaga kelestarian harta keluarga.  Tapi zaman sekarang kita dah tak berapa kisah dah tentang ni.  Keturunan tu bukan penentu baik atau buruk seseorang tu.  Kalau dia betul baik,  maka baiklah orangnya.  Kalau dia tu tak baik,  maka....tak baiklah kemudiannya.

    Memandangkan zaman sekarang kita semua bebas untuk membuat pilihan sendiri dalam menentukan pasangan hidup kita,  so kita kena jadi lebih peka tentang banyak perkara.

    Lelaki Melayu sangat suka si kulit putih,  kurus dan chinese look.  If u got these three main kriteria,  so jantan Melayu semua akan berebut nak kat ampa.  WALAUPUN HAKIKAT...........

    Agama  :  Make sure dia tu orang yang ada ilmu agama.  Kalau dia tak cukup pandai pun,  janji dia ada keinginan untuk belajar dan memperbaiki dirinya.

    Perangai :  Haa...bab-bab ni ampa kena tengok betul betul.  Jangan tengok muka dah cantek macam Jumie Samsudin,  tapi nenjia pengotor,  pemalas,  mulut jahat,  suka mengadu domba dan macam-macam lagi yang akan menyusahkan hidup u olls selepas berkahwin.  Kalau u olls sudi terima dia baik dan buruk tak apa,  tapi jangan nanti lepas kawen,  tengok dia macam tak bagus sikit,  u olls terus nak ceraikan dia.  AMBOIIII!  Awat u perfect sangatkah?  So,  selidik elok elok benda ni.  As long as dia ada keinginan untuk berubah.

    Keserasian antara keluarga :  Ini adalah yang teramat penting sekali.  Perkahwinan u olls itu nanti bukan antara u olls berdua sahaja.  Tetapi untuk dua-dua pihak.  Sekali-sekala,  (selepas mendapat kebenaran keluarga pihak perempuan) u olls bawaklah kawan u olls ni balik ke rumah.  Tengok macam mana respons mak bapak u olls tentang kawan u olls itu.  Tapi bukan nak katalah,  first impression mak bapak ni memang sangat tepat.  Kalau mak bapak u kata "OKAY!  BUDAK NI KAMI SUKA" makaaa....insya allah memang senang jalan cerita u olls nanti.  Tapi kalau disebaliknya,  maka u olls kenalah pikiak macam mana.  Depa lebih lama makan garam dari kita.


  5. Berkenalan dengan keluarga perempuan.
    Selepas u olls berkenalan dengan si perempuan,  u olls kena amik inisiatif untuk berkenalan dengan keluarga pihak perempuan.  Kat sinilah bermulanya u olls mai mintak kebenaran dengan mak bapak dia untuk berkawan dengan anak depa dengan lebih dekat.  Suruhlah si perempuan arrange macam dinner / lunch untuk u olls mai datang rumah dan berkenalan dengan mak bapak u olls.

    So u olls,  masa ni u olls berlakon la sikit.  Kalau selama ni u olls dah selalu keluar dengan anak depa,  cakap lah ayat ni "Pakcik,  saya mintak maaflah....kalau selama ni saya duk keluar dengan anak pakcik,  tapi tak minta kebenaran dengan pakcik elok-elok.  Harap pakcik dan makcik maafkan saya,"  haaa sejukkkkkkkkkkk pakcik dan makcik mendengarnya.  Kalau pun muka u olls tak sehemsem mana,  terus tiba-tiba muka u olls akan kelihatan seperti Aaron Aziz time tu.  Kira gentleman lah u olls.

    Time ni jugalah,  keluarga pengantin perempuan nak berkenalan dengan u olls.  Depa nak taulah u kerja apa.  Asal mana.  Berapa beradik dan sebagainya.

    Jangan lupa bawa buah tangan.  Paling best kalau boleh bawak makanan dari keluarga u olls kepada keluarga ini.....haaa.....depa nanti nampak rasa besar hati dari keluarga u olls!

    Janganlah jadi terlalu malu ataupun terlalu over eksaited.  Kalau u olls tak cukup confident,  boleh bawa teman.  TAPI KALAU BOLEH SENDIRI,  KIRA U OLLS BETUL BETUL GENTLEMAN LAH!

    Dan masa nilah,  u olls kena amik peranan untuk tengok siapa dalam kalangan adik beradik pihak perempuan yang u olls boleh 'SATU KEPALA".  Sama ada abang,  abang ipar,  kakak,  kakak ipar atau mak dan bapak si perempuan itu sendiri.  Haaaaa....sebab si polan itulah yang akan menjadi 'jambatan' penghubung yang utama kepada u olls nanti.


  6. Perbincangan (dengan pengantin perempuan).
    Lepas dah beberapa lama u olls berkenalan dengan si perempuan dan u olls memang dah confirm-confirm DIA NILAH yang duk keluar dalam mimpi u olls setelah banyak kali buat solat sunnat istiqarah.  Maka,  sekarang ini haruslah u olls membuat langkah besar iaitu berbincang dengan pengantin perempuan tentang niat u olls nak menikahi dia.

    Kita bukan mat saleh u olls!  Kalau mat saleh,  mula mula dia ajak dating.  Pastu lepas dating,  dia dating kali kedua ketiga dan seterusnya.  Lepas tu,  depa akan LIVE IN...(duduk sekali) dan bila dah serasi duduk bersama sekian lama,  pastu depa nanti "WILL U MARRY ME?" gituu!

    Kita takdak maknanya macam tu.  Perbincangan dengan si perempuan ni adalah paling penting sekali.  Mana nak pi tau,  si perempuan ni memang love kuat semua dengan u.  Tapi dia tak ready nak kawen sekarang.  Haaa....so masa ni lah u olls kena bincang dengan dia.

    Mana nak pi tau,  dia pi letak syarat apa apa ka semua.  So masa ni lah u olls nak kena berbincang dengan dia.  Dari segi kewangan,  cadangan tarikh,  tempoh bertunang,  live selepas kawen dan sebagainya.  Masa ni kena clear cut everything.  Kalau ada benda benda yang tak clear,  kena bagi clear!!

    So lepas dah setuju apa semua benda-benda ni,  u olls suruh dia arrange satu tarikh untuk u datang berjumpa dengan wakil keluarga u olls.


  7. Perbincangan (dengan wakil pengantin perempuan like adik lelaki/ abang/ pakcik / sepupu)   
    Kalau zaman dahulu kala,  benda ni kita panggil merisik.  Wakil keluarga u olls pergi bertanya dengan wakil keluarga pihak perempuan.  Kot kot la,  si perempuan tu dah ada orang meminang ka apa semua.  Tapi zaman sekarang,  dah modern u olls.  Semua benda pun kita boleh settle sendiri.

    Macam contoh dulu,  En.  Khafi masa mula-mula nak kawen dengan saya,  dia telah pergi berjumpa dengan abang saya.  Dia bagitau niat dia nak kawen dengan akak,  dia terus terang keluarga dia jauh,  kerja pun kat Penang ni tak tetap lagi,  tapi dia memang ikhlas betul nak kawen dengan akak (ayat sahdu) so dengan secara rasminya,  dia mintak tolong abang akak untuk tolong dia dan uruskan hal-hal yang berikutnya terutama sekali dalam hal-hal melibatkan keluarga pihak perempuan.

    Kalau kata si perempuan takdak abang atau kakak yang lebih tua untuk u olls rujuk,  maknanya,  u olls kena straight to the point dengan mak dan bapak beliau.

    Tujuan perjumpaan ini adalah untuk merasmikan langkah pertama u olls,  dan sekali gus,  dari sini segala perancangan tarikh-tarikh penting akan bermula.  Pada waktu ini pun,  amat sesuai untuk u olls bertanya,  'apakah persediaan yang u olls harus persiapkan untuk menghantar rombongan meminang?'  "apakah adat-adat yang diamalkan oleh keluarga pihak perempuan yang harus kita hormati?"  "Berapa hantaran/cincin dan sebagainya yang perlu u  olls sediakan?"   Maka dengan ini nanti,  mudahlah u olls nak membuat perancangan.

    Kiranya kalau seketoi-ketoi u olls dan family datang ke rumah pihak perempuan,  kan boleh terkejut beruk u olls.  Takut nanti ada salah faham dan sebagainya,  kan tak seronok u olls.
  8. FINAL baru jumpa dengan family perempuan (SECARA RASMI)
    Haa.......kat sini barulah akak akan buat artikel lain untuk tatapan u olls semua.  
Inilah sahaja yang akak boleh share setakat ini.  Kalau ada apa-apa nak tambah,  silakan.  Akak pun rasa macam ada banyak lagi benda nak diceritakan,  tapi as you are going through this pasti ada banyak lagi benda yang u akan belajar sendiri.  Apa pun,  tunggu artikel akak yang lagi satu dan selamat maju jaya untuk u olls semua.

Love,
Jumie Samsudin

5 comments:

  1. thanx sis jumie share tentang ni..sy baru nk melangkah ;)

    ReplyDelete
  2. makyam!!! nice info..iols shared kt fb ya :)

    ReplyDelete
  3. kak kalau kita dah pernah bawak gf kita balik umah mak pak kita tapi diorg mcm tak nak camner? sy bukan apa kawan dah lama die pun dah serasi dn paham dgn saya takkan nak tinggal dia camtu ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni hang kena emel lain kat akak dalam segmen "kongsi rahsia u olls" gitu

      Delete
  4. Uhuk2... Terbatuk2 plak aku bace artikel ni pasaipa ntah...

    Well, semua nampak mcm okey, cuma sekarang jarak memisahkan... Bab duit... Hurmmmmm.. Aku je kot masih terkial2 kumpul... Dier 100% takde masalah. Pastu plan setel semua bende2 hal aku dlm negara, baru leh p sana....

    Ntah. Aku ikut flow je... Jumpa kuarge, 2-2 belah da jumpe pon... Ehehe... P/s: tq for the idea aritu. Ehe..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...