10.9.12

Persediaan Asas Perkahwinan khas untuk Pengantin Lelaki Part II

Part II - Merisik dan Bertunang

Hello u olls,

Bersama-sama kita sekali lagi dalam artikel Persediaan Asas Perkahwinan khas untuk Pengantin Lelaki Part II.  Akak harap u olls telah membaca artikel akak semalam dan mendapat manafaat daripadanya.  So hari ini akak akan membuat perincian tentang bahagian kedua yang juga amat penting dalam persiapan perkahwinan u olls dan yang tersayang.

Dalam artikel pertama akak banyak menyentuh bab-bab persediaan awal seperti adab pengenalan dan tips yang berkaitan,  dalam artikel ini akak akan menerangkan tentang adat-adat perkahwinan Melayu dan juga objektifnya.  Akak juga akan mengupas tentang bajet tersembunyi yang harus u olls ambil perhatian.

Merisik

Apa tujuan merisik?
Merisik adalah lebih kurang sama dengan meminang.  Tapi orang zaman sekarang takpayah panjang-panjang cerita.  Sebab dua dua pengantin pun dah sama saling mengenali.  So,  macam yang akak dah sebut dalam artikel terdahulu,  kalau u olls dah ikut langkah-langkah yang seperti akak cadangkan,  so takpayahlah nak merisik apa bagai.

Sebab zaman sekarang kalau boleh orang nak buat sesimpel yang mungkin agar tidak membebankan kedua-dua pihak.  Cumanya,  kalau ada rezeki,  masa bertunang nanti u bawaklah dua bentuk cincin.  Satu for tanda merisik dan satu lagi untuk bertunang.  Tapi kalau tak mau pun takpa.

Gambar sesi sembang-sembang before akak dan En.  Khafi bertunang.

Bertunang

Apa tujuan bertunang?
Pertunangan adalah satu tali perjanjian.  Kalau kata lelaki tu bertunang dengan seseorang wanita itu,  maknanya dia berjanji dalam tempoh-tempoh tertentu yang telah dipersetujui,  dia harus bernikah dengan wanita yang menjadi tunangnya.


Nak kena sediakan untuk majlis masa bertunang?
Pihak lelaki kenalah bawa sebentuk cincin.  Kalau boleh,  masa nak pi beli cincin tu bawaklah ibu u olls sekali.  Sebab pada zaman dahulu kala,  si ibu lelaki yang membeli cincin untuk bakal menantunya.  Tapi zaman sekarang,  si ibu pun feeling busy ala-ala Datin Rosmah,  so at least u olls tanyalah ibu u olls "Ibu nak ikut tak Mat beli cincin untuk Rina?"  Haaaaa...untung nasib bajet u RM2 ribu untuk cincin,  sekali mak u olls tambah lagi RM4k untuk cincin anak menantu dia.  Haaaa!! Kan?

Cincin tunang akak.  Feeling Kate Middleton.  :)

Selain itu,  u olls haruslah bawak hantaran.  Apakah barang hantaran yang perlu dibawak?  Haaa....perkara inilah yang harus dibincangkan bersama wakil/ibu bapa seperti mana yang akak nyatakan dalam emel terdahulu.

Kalau u olls kawen orang utara macam Kedah atau Penang,  u olls hanya bawa hantaran yang berupa manis manisan.

Kalau u olls kawen orang selatan,  masa bertunang u olls kena bagi sepersalinan (baju,  kasut etc)

Hantaran akak dan En.  Khafi.  


So,  bila dah tau pasai hantaran apa nak kena bawak,  so u olls bincanglah dengan ibu u olls.  Siapa yang nak sediakan dan hias hantaran-hantaran tu nanti.  Sesetengah ibu,  dia sangat eksaited nak buat hantaran sendiri untuk anak menantu.  Sesetengah ibu,  dia akan feeling nak pi upah orang.  Sesetengah ibu,  yang dah uzur,  dia suruh u olls uruskan sendiri,  so mintaklah tolong bakal tunang u olls untuk uruskannya. Kalau dia tak keberakatan,  dia boleh carikan orang untuk gubahkan.

Perkara ketiga yang harus u olls sediakan ialah 'jurucakap' yang mewakili  keluarga pihak lelaki.  Selalunya,  dalam majlis pertunangan,  ayah pengantin tak bercakap,  depa guna wakil gitu.  Ala-ala gangster guna orang tengah.  Haaa!  Adalah amat penting untuk mencari jurucakap yang betul betul berpengalaman dan pandai berdiplomasi. 

Dari kiri En.  Khafi,  Ammar (besfren En.  Khafi yang kendu) dan Pak Itam (jurucakap).


Sebagai contoh  :  Kalau jurucakap tu pandai,  silap haribulan,  kalau pihak perempuan letak hantaran tinggi,  so dia boleh kautim agar dapat diskaun kat hantaran tu.  HAAA!!  Gitu.

Oleh itu,  adalah amat penting untuk u olls brief betul betul kat jurucakap u olls itu sebelum majlis bermula.  Kalau boleh amik masa dan pergi ke rumah jurucakap itu dan minta tolong dia secara rasmi.  So kalau kata jurucakap tu pakcik u olls,  so,  pi rumah dia dengan mak dan bapak u olls cerita semua hajat u olls kat dia.

Tulis dalam kertas siap details-details ni dan bagi kat bakal jurucakap tu  :
1.  Nama pengantin perempuan
2.  Nama ibu 
3.  Nama bapa
4.  Cadangan tarikh bernikah / sanding / bertandang
5.  Harga hantaran (bagitau limit maxima u olls boleh bagi)
6.  Harga mas kahwin (ikut rate negeri / adat keluarga)
7.  Jumlah hantaran (ikut berapa pihak perempuan nak sediakan)
8.  Hadiah-hadiah yang nak diberikan (gelang / rantai)
9. Tempoh bertunang  (janji kena ditepati)

Lelaki nak mai ke tak?
Yang ni u olls kena tanya dengan wakil pihak perempuan terlebih dahulu macam yang akak cerita dalam blog akak terdahulu.  Ada sesetengah keluarga sangat tradisional,  depa tak bagi lelaki mai masa tunang-tunang ni semua.  Ada pulak yang tak kisah,  so depa nanti suruh u olls pakai baju jubah ala-ala arab bagi sama dengan pentunang perempuan.  (CAROOOOTTTT....sapa bertunang ala-ala Arab? hehehe)

Nilah satu satunya gambar kami dorang.  Feeling.


Persediaan lain?
Kalau pihak perempuan kena pikirkan baju / pelamin (jika perlu),  bajet makan kenduri (for tetamu),  camera man dan sebagainya.  U olls jangan pula diam-diam buat tak amik tau.  At least tanya-tanyalah dengan pihak perempuan tentang benda ni.  I think for bajet kenduri,  secara automatik,  keluarga pihak perempuan yang kena tanggung.  Ikut kemampuan mereka,  majlis besar atau kecik.  Tapi bab-bab penting lain seperti pelamin,  baju tunang,  make up artist,  cameraman,  u olls kena sama-sama bincang dengan pihak perempuan / pasangan u olls.  Ini u olls kena tanggung sama-sama lah.

Untuk u olls yang tinggal berjauhan,  of coz u olls kena sediakan duit minyak / duit belanja / penginapan untuk keluarga u olls yang nak kena pergi jauh-jauh ke pergi meminang tu.  Janganlah jadi macam seorang kawan akak yang agak bingai ni,  tapi duk buat satu mana punya baguih pun tak tau,  bila akak kata En.  Khafi duk simpan duit nak bawak mak bapak dia mai Penang.  U know apa dia kata "Suruhlah depa naik bas?"  Sungguh beradab sopan rakan akak itu.  Tapi memang akak malas nak layan perangai bodoh sombong orang-orang seperti ini.

Kalau keluarga kedua-dua pihak lelaki dan perempuan dekat-dekat satu negeri sahaja tak mengapa u olls.  Tapi macam mana kalau u olls jauh sampai Penang - Johor?  Haaaa!!  Of coz kalau mak u olls dari Johor nak jugak datang Penang berjalan-jalan?  Haruslah u olls sediakan homestay,  duit minyak dan jugak sedikit duit belanja. Adalah amat penting untuk u olls kautimm betul betul berapa orang yang nak ikut rombongan u olls.  Kalau bajet u olls kecik,  takpayahlah sampai feeling nak sponsor 10 kereta.  Satu kereta dah cukup,  untuk bawak mak bapak u olls dan wakil jurucakap.

Berapa bajet kena standby?
Ini adalah contoh bajet asas paling ringkas yang akak boleh share dengan u olls  :
  1. Cincin - RM 1000
  2. Hantaran - 7 dulang (RM30 x 7) RM 210
  3. Penginapan untuk family - 3 hari dua malam (RM200x2) RM400
  4. Duit tol / minyak - 2 kereta (RM300 x 2) RM600
    Jumlah  :  RM2210
Ini adalah contoh bajet paling ringkas.  Yang lain-lain tu pandai-pandailah u olls tambah sendiri.

So,  inilah sahaja yang dapat akak garapkan dalam point merisik dan bertunang.  Nanti akak tulis lagi dalam artikel seterusnya yang lebih fokus kepada pernikahan,  persandingan dan juga bertandang.  

Selamat maju jaya dan tunggu artikel akak lagi satu.

Jemput baca artikel tentang pengalaman akak bertunang dahulu : Kami Selamat Mentunang

Love,

Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...