11.9.12

Persediaan Asas Perkahwinan khas untuk Pengantin Lelaki Part III

Part III - Bernikah,  Bersanding dan Bertandang

Hello u olls,

Sekarang masuklah bab ketiga iaitu bab yang last sekali.  Dalam artikel ini,  akak tak mau terlalu details tentang benda-benda yang rasanya u olls pasti tahu sendiri.  Akak nak banyak bercakap pasai benda yang u olls tak terpikir pun pentingnya.  Harap dapat membantu u olls semua.

Persiapan Menjelang Hari Bahagia

Ambil tahu tentang persiapan.  Jangan letak semua tanggungjawab kepada orang lain.  

ORANG LELAKI memang selalu tak peka tentang benda ni.  Bila kita tanya,  depa akan simply kata "Alaa...biarlah....mak kan ada,"  Malah ada kes yang lebih celaka di mana,  adik kandung dia berhempas pulas nak rancang perkahwinan dah almost 1 tahun lebih.  Tiba-tiba di abang nak menikah,  lagi 3 bulan dia announce nak tumpang kenduri kawen si adik.  CELAKA KAN?

Akak cakap ni sebab benda ni berlaku.  Bukan akak saja-saja nak mengadu domba.  Apa?  U ingat jatuhkah kejantanan u olls kalau u sibuk-sibuk urus pasai kawen?  Pleaselah pi lojik about this.  Kalau pun u nak serahkan all the tugas mengurus kepada kakak / ibu kandung / pasangan,  tapi at least u bagi lah kerjasama yang baik agar memudahkan tugas orang yang nak mengurus.  Jangan ingat nak sedap batang je sebab nak dapat lubang halal ya.

Semua gambar dalam artikel ini adalah gambar perkahwinan akak dan En.  Khafi.  Feeling :)

Dan ingin akak ingatkan di sini,  u olls bukan sahaja kena amik tau pasai kenduri di pihak u olls.  U olls juga kena amik tau pasai kenduri kendara di belah perempuan.  Depa buat berapa majlis,  kenduri kat mana,  aturcara pukul berapa.  Kalau pengantin perempuan buat family meeting apa-apa pasai kenduri,  tanya-tanyalah khabar,  call pak mentua u olls dan tanya "Pakcik,  kalau saya mai ke meeting keluarga pakcik bolehkah?  At least,  saya pun nak amik tau juga apa-apa informasi yang saya boleh bagitau kat keluarga saya,"  Haaaa!  Gitu.  Sejuk hati orang tua tu dapat anak menantu baik hati dan bertimbang rasa walaupun muka tak berapa nak kendu.  Jangan duk rasa segan silu dan kata "Aku dah bagi hantaran tinggi-tinggi kat depa sudah lah,"  Sungguh celaka perasaan itu.  


Catat benda-benda penting dalam buku khas.  Buat failing.  Especially kewangan.
Dalam proses persediaan menjelang hari bahagia,  ada banyak benda yang u olls kena lalui.  Urusan tempahan,  pembayaran deposit dan lain-lain keputusan.  Make sure u ada satu buku nota kecil untuk catit semua kerja kawen yang u dah buat.  Also nota-nota dan pesanan penting daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.  Ini bukan sahaja menunjukkan u olls ni seorang yang bijak,  malah orang akan respek dengan u olls sebab depa boleh nampak u ni very 'manageable' person.

Lantik seorang assistant dan kalau boleh pasangan sendiri.
Kalau u olls membuat majlis kecik,  i think having u olls each other dah mencukupi.  Tapi kalau u olls membuat majlis besar,  u kena lantik seorang kawan sebagai assistant.  Ala-ala PA gitu.  So,  apa-apa nanti u ada teman untuk buat apa benda pun.  Dan jangan lupa,  nanti belanja la kawan u olls itu hadiah apa-apa.  Bagi dia rasa dihargai.

Banyak membaca dan bertanya dengan rakan-rakan dan saudara yang dah kawen.
U olls kena banyak membaca.  Bukan semata-mata baca buku majalah Pesona Pengantin yang tunang u olls duk rajin beli tu,  tapi baca juga buku-buku agama,  buku-buku persediaan alam berumahtangga dan sebagainya.  Yelah u olls,  kalau bab-bab idea dan persiapan kawen ni,  u olls boleh sandarkan pada tunang u olls (orang pompuan pandai bab-bab ni),  tapi bab-bab agama,   solat,  sembahyang,  dan lain-lain u kena perkuatkan.  Dan satu lagi yang amat penting,  iaitu tentang hal-hal berjimak.  Haaa!!!  Jangan ingat hang tengok porno kira hang dah cukup hebat.  Itu dah salah u olls.  Dalam Islam pun ada diajar benda-benda macam ni.  Pi belajar dulu.  Ilmu batin apa semua bagi elok.  Gituuu....

Ambil bahagian dalam proses pemilihan tema,  warna dan juga jenis fesyen yang nak dikenakan.
Kerapkali akak tengok dalam majlis-majlis persandingan dan pernikahan,  si lelaki akan jadi mangsa fesyen.  Yelah,  semua fesyen apa bagai ditentukan oleh si perempuan.  Yang si lelaki ikut sahaja.  Tula sapa suruh hang tak mau belajar dan ambil tahu tentang benda-benda macam ni.  Contohnya  :  kulit hitam,  tiba-tiba kena paksa pakai baju warna hijau pucuk pisang.  Kalau u pakai untuk pertandingan ratu takpa,  ini untuk majlis pernikahan.  Lelaki pun nampak macam ular senduk di celah perdu pokok.  Sangat mangsa fesyen u olls.

Masa kami pi fitting.  Very important untuk dua dua suka baju pasangan masing-masing.  Contohnya,  dress akak nampak klivej sikit.  En.  Khafi kata "TAKPA"  Sooo...why not!  Jangan kita perempuan duk feeling buat baju seksi,  sekali laki kita tak suka.  Time buat baju dia tak mau amik tau,  hari kenduri duk buat muka.  Pengantin lelaki cam tu ,  mau kena baling kasut.

Tak salah untuk u olls memberikan pendapat dan bagitau apa yang u olls nak.  Sebagai contoh,  En.  Khafi...dia ikut je apa yang akak nak buat untuk dia tetapi dengan syarat baju dia kena selesa dan tidak nampak berpeluh (sebab dia Raja Perpeluhan).  Yang penting,  masa u olls suarakan pendapatkan,  bagitau apa yang u olls rasa dan apa yang u olls nak cadangkan.  Insya Allah,  wedding planner sangat suka kalau u memberikan respons agar dia tau apakah yang u nak.

Persiapkan diri - Urutan,  rawatan wajah,  rambut dan jambang
Haaaa!! Ini pun penting juga.  Selalunya si perempuan yang over-over nak persiapkan diri dari atas sampai bawah.  Tetapi lelaki............................................duk serupa tulah.  Muka berminyak,  kulit tak bermaya (tak cukup rehat),  badan tak segak (eksesais la sikit),  rambut panjang tak berkemas,  kulit kepala berkelumumur,  muka berjambang.  Akak cakap ni sebab akak sendiri duk jumpa pengantin pengantin ni.............................haaaaaa!!! Lagi teruk.................KETIAK PUN BUSUK DAN BERBAU.

Ini ada beberapa nota penting untuk u olls.

  • Kesihatan tubuh badan
    Kalau u olls susah nak diet,  u olls bersenamlah.  At least 20 minit 3 kali seminggu.  Tak payah teruk-teruk nak pi buat muscle semua.  Kalau u olls nak tau dengan lebih lanjut,  u olls boleh call my husband Mr.  Kamarulhafiz,  Fitness Consultant,  Absolute Fitness Queensbay Mall Penang.  (kamarulhafiz00@gmail.com / +6017-2129312).  Dia juga boleh rekemen u olls untuk ambil apa-apa extra supplement yang bagus untuk u olls.  Call dia untuk buat appointment.  *lebih suitable untuk orang Penang la.

    Selalunya juga ingat untuk dapatkan rehat yang secukupnya dan jauhi dari makan benda-benda yang boleh mendatangkan penyakit.  U dont want to be sick on your big day right?
  • Kulit wajah
    Kalau u olls tak reti nak pi facial-facial ni semua,  belajarlah untuk beli pencuci muka dan scrub wajah.    Mintak tolong tunang u olls untuk beli apa-apa yang patut dan belajarlah pakai.  Lepas tu teruskan sampai lepas kawen.  Siriesly,  memang muka u olls akan jadi lebih jambu,  tapi u olls akan rasa lebih yakin dengan penampilan u olls.
  • Rambut / jambang
    2 atau 3 hari sebelum majlis besar pergilah ke kedai rambut untuk memotong rambut u olls yang serabut itu.  Kalau boleh buat dengan shaving apa semua.  Bab jambang ni pulak,  tak semua orang cantek berjambang (ala-ala Tunku Ismail Johor).  So,  yang paling penting u kena nampak kemas dan lapang.  Kalau mampu pergi salon,  lagi bagus.

    Sapa yang berambut panjang,  takpa.  Boleh.  Tapi make sure pada hari perkahwinan u olls itu,  basuhlah rambut dengan shampoo dan conditioner yang sesuai.  Anginkan ia agar kering dan elok.  Jangan bagi berminyak dan melekit.  Pastu berkelumumur pulak.  Make up artist nak pegang rambut u olls untuk bubuhkan tengkolok pun rasa macam geli u olls.
  • Bau badan
    Sila belajar pakai deoderent.  Sama ada yang spray,  bedak,  atau apa-apa pun.  Dulu zaman bujang bolehlah nak feeling bulu ketiak panjang 7 kaki.  Lani tak boleh dah.  Kalau tak mau trim bulu ketiak,  ampa shave terus.  Dan kena pakai wangi-wangi selalu.  Barulah si isteri ada mood nak mai berjimak dengan anda.  Ni harap perempuan sahaja bersiap sakan.  Tapi...........si lelaki.............ASTAGHFIRULLAH.
  • Kebersihan badan
    Lani dah nak kawen.  Kenalah bersihkan diri.  Kalau tadi akak dah sebut pasai kulit wajah,  rambut,  bau badan dan sebagainya,  kebersihan badan ni lebih menyuluruh.  Kuku,  bulu hidung,  bulu telinga,  bulu kaki,  bulu bahagian sulit u olls,  haaaaa tu semua kalau boleh buang,  u kena buang!! Maklumlah,  lepas kawen,  u olls akan membuat banyak projek pembiakan.  Oleh itu,  u olls kena pastikan keadaan diri betul-betul bersih agar diri berdua menjadi damai.  Pastu kalau boleh maintain lah sampai bila-bila.  Jangan duk feeling time nak kawen sahaja.

    Muka En.  Khafi sangat bersih time ni.  Kalau buat iklan minyak angin mesti laku.


Belajar posing / bergambar / senyum
Haaaa!! Bab ini adalah kesukaran untuk En.  Khafi dulu.  Tetapi alhamdulillah,  lepas mendapat latihan daripada bekas ratu macam akak.  Dia nampak okay dan santai di hadapan camera.  Tips En.  Khafi ialah "Senyum ikhlas dan bagi kerjasama kepada pasangan dan jurukamera".

Pengantin perempuan yang pandai posing,  harus menjadi panduan kepada  si lelaki.  Ajar dia satu satu,  nak pusing badan macam mana,  bubuh tangan kat mana,  mata tengok mana,  Insya Allah dia boleh buat :)

Rajin-rajinlah tengok magazine kawen dan tengok macam mana model-model duk pose.  Jangan duk jadi keras macam batu.  Apa pun u olls kena enjoi.


Bernikah
Kursus kawen dan hal hal prosedur
Proses pernikahan kat Malaysia ni memang ada banyak prosedur dan peraturannya.  Silap haribulan,   tok kadi bangun dan belah tak nikahkan u olls.  So u olls kena make sure semua dibuat mengikut cara yang betul.  Akak takmau cakap panjang tentang perkara itu di sini sebab masa ampa pi kursus kawen,  semua benda ni dah diperjelaskan.



Pengapit yang bagus
Pengapit yang bagus adalah amat penting pada hari pernikahan u olls.  Masa hari bersanding tak palah lagi,  tapi masa bernikah tu lebih penting.  Akak berpendapat sedemikian kerana,  bayangkan u olls adalah lelaki.  U olls yang akan berakad dan berqabul nanti.  Semua mata saudara mara,  family,  ibu,  ayah,  pak mentua,  tok kadi,  camera man,  video man,  akan tertumpu kepada u olls.  So,  orang-orang yang jarang berhadapan dengan orang ramai.....saat ini adalah paling crucial sekali.  NERBESSSSSSSSSSSSSSSS U OLLS!

En.  Khafi dan pengapit nikahnya :)

So,  mempunyai pengapit yang bagus adalah amat penting.  Si pengapit yang akan bertugas untuk pegang / bawa baju u olls,  tolong pakaikan sampin dan kemaskan diri,  tolong pegang dokumen penting,  tolong u olls untuk ajak-ajak sembang dan sebagainya.  Akak akan buat artikel asing tentang perkara ini.  Tapi siriesly,  peranan pengapit amat penting kepada seseorang pengantin lelaki time ni.  Pemberi semangat!!


Baju yang selesa membuatkan u olls nampak segak dan yakin di hari nikah.
Seperti yang akak cakapkan dalam artikel terdahulu,  adalah amat penting untuk u olls turut serta dalam proses penyediaan busana dan pakaian di hari pernikahan dan persandingan u olls nanti.  Point yang akak nak cakapkan ini boleh dihubungkait untuk semua acara penting yang lain.  Baju yang selesa bukan sahaja membuatkan u olls rasa yakin malah tidak terasa terganggu dengan benda-benda yang tak sepatutnya seperti baju panas,  longgar ataupun gatai.

Walaupun nerbes gila babi,  senyumlah dan anggap semua berjalan lancar
Yes,  ini adalah paling penting sekali.  Nervous jangan katalah.  Kami yang pempuan yang kena duduk bertimpuh feeling-feeling ayu pun dah rasa neves,  inikan pula u olls.  Jangan lupa bernafas dan berlakonlah.  Walaupun di hati ada rasa tak puas hati,  marah ataupun sebagainya,  berlakonlah buat seketika.  Biasalah,  dalam majlis apa pun,  pasti akan ada benda yang tak sempurna.

En.  Khafi muka putih!!!!!!!!!! Nebess la tu.



Bersanding
Pastikan kamu dah brief ahli keluarga / rombongan tentang aturcara majlis pihak perempuan.
Majlis bersanding yang berlangsung di rumah pengantin perempuan selalunya diadakan sebaik sahaja selesai upacara pernikahan (mungkin sehari selepas nikah atau sebagainya).  So,  adalah amat penting untuk u olls tahu tentang aturcara majlis dan memberikan briefing kepada seluruh ahli keluarga u olls.

Saja bubuh gambar ni.  Bapak En.  Khafi dan bapak I olls.

Akak tak tau lah cara family u olls bagaimana,  tapi kalau family akak,  walaupun kita pihak lelaki,  kami akan buat family meeting dan jemput ketua-ketua keluarga untuk brief pasai kenduri pihak perempuan macam mana nanti.  Antara perkara yang kami akan bincangkan adalah seperti berikut  :

  • Berapa orang nak ikut.  
  • Berapa kereta.  
  • Sapa nak jadi marshall.
  • Nak pakai baju kaler apa (kalau boleh pakat pakai baju nak dekat sama).    
  • Sapa ketua rombongan
  • Kalau majlis pihak perempuan berbentuk rasmi/formal (wakil pengantin lelaki kena berucap tak?)
So benda-benda macam ni u kena amik tau.  Jangan tak mau amik tau,  lepas tu bila orang suruh buat apa-apa buat muka.  Kalau macam tu baik jangan duk bersanding apa bagai.  Aku cukup tak boleh pandang pengantin lelaki macam ni.


Jangan make up over
Kalau akak make upkan pengantin perempuan,  akak selalu usik pengantin lelaki "Okay,  abang mai sini.  I nak bubuh bulu mata,"  Haaaa gitu! terbeliak pengantin lelaki sebab kena pakai bulu mata.  Sebenarnya,  sebagai pengantin lelaki,  apabila datangnya hari persandingan,  at least u olls kenalah berbedak agar muka u olls nampak segak dan tak berminyak di hari persandingan.

Seorang make up artist yang pandai,  dia akan mengenakan bedak two way cake (NON OILY) kepada pengantin lelaki dengan warna yang sesuai agar pengantin lelaki tidak nampak bertepung.

Kemas.

Namun,  ada juga amalan dan juga kegemaran sesetengah make up artist yang suka memake up si pengantin lelaki seperti menyuruh pengantin lelaki pakai contact lense warna warni,  spray dye warna kat rambut (ikut tema wedding) dan juga menabur serbuk glitter (Tamil kata jigna) kat atas rambut dan muka pengantin lelaki.  Banyak kali akak tengok benda ini ya.  Siriesly,  pengantin lelaki yang segak terus nampak seperti persembahan akhir tiru gaya M Daud Kilau.  So,  kepada pengantin lelaki,  jangan duk jadi macam bodo piang sangat ikut sahaja apa make up artist nak buat.

Tapi kalau ampa suka juga,  akak tak tau nak kata apa.


Be supporting dan hormati majlis
Bila kita masuk majlis orang,   hormatilah mereka mereka yang dah berusaha keras untuk menjayakan majlis kita ini.  Kalau orang tu suruh kita berposing,  posinglah.  Kalau orang suruh kita bersalam,  pi la salam semua adik beradik.  Kalau depa suruh kita menari,  menarilah sungguh-sungguh walaupun hang menari macam pakcik-pakcik duk berdengung kat dangdut (itulah gaya menari En.  Khafi...dia tak reti menari.  Akak selalu kata  "Hang ni menari macam orang tua).  Kalau depa suruh nyanyi karaoke,  menyanyilah..................kalau suara tak sedap pun,  nyanyilah.  Biar depa dengar sendiri suara hang tak sedap,  pastu depa sendiri menyesai.  HAHAHAHA

Pastu kalau u olls berkahwin dengan orang kampung yang majlis perkahwinannya diadakan secara gotong royong,  kalau kata nak kena cuci pinggan dan periuk,  haa...rajin-rajinkanlah diri ya.


Jangan gelojoh
Haaaaaaaaaaaaaaaaa!! Yang ni penting.  Walaupun hampa dua dah bernikah dan dah sah sah halal untuk bersetubuh,  tapi janganlah jadi seorang yang gelojoh dan tak reti nak sabak. Lepas menikah dan bersanding,  terus nak amik bini ampa ajak check in.  HAHAHAHAHHA Memanglah takdak salahnya u olls.  Tapi.................................agak-agaklah.  Kalau mak and pak mentua u olls yang sponsor bilik hotel suruh u olls pi check in lajiu lajiua.......apa lagi!!!! SARIAP lahhhhh!

Pastu,  kalau kata lepas menikah ampa ada time nak curi curi untuk bersetubuh sebelum majlis bersanding,  bersetubuhlah mengikut apa yang dianjurkan dalam Islam.  Takpayahlah feeling nak buat gigitan cinta kat seluruh badan bini ampa.  Kira nak tunjuk la mulut ampa power gila boleh buat love bite satu badan dan macam-macam bentuk.  Buat love bite bentuk nama la apa la.  Serrrr!  Kalau nak buat pun,  buatlah kat area yang orang tak nampak.  Janganlah pi buat kat leher,  pipi atau dahi.  AKAK CAKAP NI SEBAB PERNAH JADI YA!!  Bukan akak merapu.

Gambar hiasan.


Bertandang
Make sure majlis berjalan lancar
Majlis bertandang di adalah majlis terakhir sekali.  Selalunya pihak lelaki akan buat majlis yang ringkas sahaja.  Tapi apa pun,  ulang step -step yang akak cakap kat atas.  Kalau u olls amik tau tentang majlis u olls ini,  bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga.  Malah u olls pun boleh tau apa yang sedang berlaku.

Jangan lupa isteri dan keluarga mentua.
Bila kata kenduri pihak lelaki,  of coz adik beradik kita dan kawan-kawan kita akan penuh.  So,  jangan lupa kat bini kita.  Bila nak pi berjalan dan pusing dewan/rumah kenduri,  pegang tangan isteri u  olls dan perkenalkan kat semua orang.  Selalunya pengantin lelaki celaka,  depa jalan style lajiu kat depan,  pengantin perempuan terhegeh-hegeh ikut kat belakang,  dahlah kasut tinggi,  baju pulak renda labuh-labuh.

Kalau pengantin perempuan dah hyper active macam ni,  takpayah tolong pegang pun takpa.


Jangan lupa juga untuk sentiasa check up on your keluarga mentua.  Tanya depa makan cukup ka tak,  dapat buah tangan ka tak dan sebagainya.  Make sure depa pun enjoy mai kenduri u olls.  Kalau keluarga pengantin perempuan sendiri yang senduk nasik untuk makan kenduri,  mesti ada something wrong ni.


Akhir majlis,  ucap terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa.
Dalam budaya kami,  orang Boyan dan juga orang Jawa,  di akhir kenduri pihak lelaki,  kita akan buat majlis menyerah.  Time ni,  mak bapak pengantin perempuan akan cakap dengan mak bapak pengantin lelaki,  kira kata depa mai antak anak dara depa elok-elok,  kalau anak dara depa ni tak bagus atau tak disukai,  mai lah hantar balik elok-elok kat keluarga kami.  Simbolik ni u ollls.  Masa ni pun,  pihak pengantin lelaki pun akan bersuara agar minta keluarga si perempuan sama-sama menegur anak lelaki depa yang dah jadi suami orang sekarang ni.  Sebab depa pun akui,  depa tak didik anak depa sesempurna mana.  Haaa....ini contoh-contoh ayat shahdu.  So time nilah,  kedua-dua mempelai pun berpeluang untuk bersalaman dengan seluruh ahli keluarga dan ucap terima kasih segala.  Sangat sahdu ya!!  Kalau family ampa takdak macam ni,  i think u should u do it.

Akak cium dan peluk Abang Manap buat pertama kali sejak dah dewasa.  Halaa....masa kecik kecik tak kira la.  Sahduuu ooo perasaan ini.


HONEYMOON
Okay,  ini adalah pesanan peribadi daripada akak dan En.  Khafi kepada u olls semua bakal-bakal pengantin di luar sana.  Kalau masa ampa duk berjimat dan menyimpan duit,  amik lah sedikit duit untuk rancang honeymoon anda.  Pi bayar deposit untuk pakej-pakej apa yang patut,  ataupun beli flight tiket siap-siap.  So u akan rasa rugi untuk cancel.  Sebab macam we olls berdua,  masa time nak kawen,  kami duk takut tak cukup duit dan kata "Takpalah...lepas kawen kita pi honeymoon,"  tapi haram sampai lani kami tak honeymoon mana-mana.   So harap ampa rancang betul betul benda ni.

Sekian sahaja apa yang akak nak share dengan u olls semua.  Yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Esa,  yang tak elok itu datangnya dari En.  Khafi.  AHAHAHAHA.

Sekian,  i love u olls.

Selamat maju jaya.

Love,
Jumie Samsudin
dan
Kamarulhafiz Omar
(co writer)

3 comments:

  1. hahah lawak la gaya hang menulis ni jumie. tapi enjoy baca blajaq2 tak tersinggung pun.

    p/s: kendu nyaaaa jari laki hang weeehhh! runcing cantik bersih cagu pun takdak haha.

    ReplyDelete
  2. sedih la part yg last tu..menitik ayaq mata sbb jumie shahdu...

    ReplyDelete
  3. kak kalau kluarga belah laki bwk rombongang tapi warna baju laen2 leh x

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...