27.9.12

Selepas Kena Slammed, Kementerian Pelajaran Malaysia Keluar Kenyataan Rasmi

U olls,

Ini video mat saleh duk perli kerajaan negara kita pasai issue ni.  Memalukan.  Walaupun KL penuh dengan hipsters yang suka amik gambar makanan dan bubuh dalam Instagram,  tapi still kita kena kutuk pasai benda ni.  HAHAHA.  Orang Amerika mesti ingat orang Malaysia ni kuno-kuno sikit sebab mengeluarkan pendapat yang sangat NON-ACADEMIC gitu.



Ini pula di copy paste dari Facebook Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ampa bacalah.


KENYATAAN AKHBAR
BERKAITAN GARIS PANDUAN LGBT


1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada beberapa laporan media semalam berkaitan pengesahan garis panduan menangani Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang dibincangkan di Seminar Keibubapaan berkaitan Isu LGBT di Pulau Pinang pada 13 September 2012.

2. Adalah dimaklumkan bahawa KPM tidak pernah mengesahkan kepada mana-mana pihak untuk menyediakan atau mengeluarkan garis panduan tersebut untuk diedarkan ke sekolah-sekolah. Dimaklumkan juga bahawa seminar ini adalah anjuran NGO yang prihatin terhadap isu tersebut.

3. Walau bagaimanapun, KPM juga memandang berat kes-kes gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat dan sentiasa memberi bimbingan secara langsung dan tidak langsung kepada semua murid untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat


Terima kasih.
Like ·  ·  · 15 September at 12:03 via Mobile · 

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...