17.9.12

Ulasan Khas Kate Middleton and Putera William di Malaysia

Hello u olls,

Pada hujung minggu yang lalu, Duke and Duchess of Cambridge telah selamat mengadakan 4 hari lawatan di Malaysia. 2 hari di KL dan 2 hari di Sabah. Beruntunglah sapa-sapa yang dapat bertemu dengan wanita kesukaan saya ini. Akaka tak dapat pi jumpa beliau sebab Cakcing mengahwinkan diri. Namun, kalau akak ada masa pun untuk pergi jumpa beliau, akak tak sanggup nak bersesak sesak di taman KLCC semata-mata nak tengok beliau. Tulah, akak jealous kat Kak Sarimah Ibrahim yang dapat attend jamuan makan tengahari bersama beliau. Ohhh jealous.

So, jom tengok rentetan sepanjang Kate and William ada di Malaysia.

Setibanya di KL (from Singapore) Putera William dan Kate Middleton telah dibawa untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana untuk makan tengahari bersama.  

Gambar rasmi Kate,  William,  Abang Misai Putih dan Kak Mah.  

Kedua-dua pasangan diraja British ini ditunjukkan dengan pelbagai buahan-buahan di Malaysia.  Of coz,  buah durian paling menarik perhatian mereka.

Ramainya orang.  

Selepas itu Putera William dan Kate Middleton dijadual untuk melawat Hospis Malaysia yang menempatkan kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur dimana Kate akan menyampaikan ucapannya.

Tingginya depa dua orang ni.  Kate memakai dress pendek dari Jenny Packham dan kasut dari LK Bennett.

Kate beramah mesra dengan seorang pesakit yang mendapat rawatan di Hospis.  Bestnya jadi adik ni.  


Apalah abang takdak rambut ni duk kata.  
Depa ni sangat secocok.  I like it.

Kate Middleton memberikan ucapan rasmi di sini.  

Malamnya mereka akan dirai dengan jamuan makan malam Diraja bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara.

Mengesain buku tetamu.  

Awat makcik kat belakang Kate tu muka pucat.  Tak dak blusher langsung ka apa ka?

Kate mengenakan dress dari Alexander McQueen berwarna putih dengan motif-motif bunga raya yang merupakan lambang bunga kebangsaan Malaysia.

Tapi, siriesly, baju ni tak berapa canteklah. Maybe dia saja minta buat dress yang banyak manik-manik macam ni sebab depa ingat orang Malaysia memang kalau pi dinner suka pakai glitter glitter macam ni. KAN!!!!!!!!!!! Tas tangan daripada Wilbur and Gussie.

Bersama wanita-wanita regalia Malaysia.

Hadiah istimewa daripada Istana Negara untuk Putera William.

Manakala Kate Middleton menerima set kasut dan tas tangan dari Datuk Jimmy Choo.  Akak suka depa hias ni dalam bekas ala-ala hantaran.  Sangat Malaysia!!
Dan juga kain batik untuk Kate.  I wonder dia buat baju apa dengan kain ni.

Juga hadiah istimewa iaitu kolaj gambar nenda William dan Kate bersama Sultan Kedah masa Queen Elizabeth first time mai Malaysia lepas merdeka dahulu.  Masa tu Sultan Kedah jadi Agung Malaysia.

Pagi Jumaat, Putera William dan Kate Middleton melawat Masjid Assyakirin, KLCC, menghadiri Majlis Kebudayaan di Taman KLCC dan menghadiri Majlis Perniagaan UK dan santapan tengahari di Pusat Persidangan Kuala Lumpur.

Hari seterusnya,  they olls berjalan-jalan di taman KLCC dan bertemu dengan rakyat Malaysia dan juga rakyat UK yang berada di KL.  Kerlas.  Meriah sangat.

Cerianya Kate.  

Siapakah wanita-wanita kekwat di belakang Kate.  

Pandai dia buat sanggul masa ni.  Dia tau sangat panas.

Tahukah u olls wanita di belakang kiri Kate itu ialah Puteri Sultan Kedah iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz.  Sibuk u olls tau Kate Middleton,  puteri Kedah yang sebenar u olls tak kenal.

I like this picture.  Sebab ada KLCC kat belakang.

Siap bertudung semasa melawat Masjid As-Syakirin.

Dress beliau adalah dari Beulah London and kasut LK Bennett.

Gentlemannya Putera William,  tolong amik kasut bini. 

Bagus depa susun kasut letak bawah kerusi.



Kate dan Putera William sedang melihat cara-cara Muslimin mengambil wuduk.

Apalah yang depa duk sembang.  

Tengahari, Menghadiri ‘Tea Party’ Jubli Intan di kediaman Pesuruhjaya Tinggi British di Langgak Golf, Kuala Lumpur.  

Kate memang sangat sesuai pakai warna biru macam ni.

Walaupun pada hari ketibaan mereka di KL,  heboh kat UK pasai gambar Kate 'topless' masa mereka bercuti di France.  Dengar kata,  Istana British nak saman paper tu.  Haa...baru ada akai.

Dress dari Alice Temperley.  Kasut masih kasut yang sama dari LK Bennett.  Deni memang baguih la.  
Kalau akak,  mesti dah tukar kasut lain.  Kannn!!

Pakcik ni demonstret buat teh tarik.  Sapa yang pakai dress merah kat belakang tu.  Meletops.

Simple sanggul dengan pin buah mutiara.

Gambar dari Instagram Dato' Siti.  Dato CT!! Hey awat u olls pakai dress macam nak pi dinner.  Nama pun hi tea kan???? Why la u olls.

Tiba di Sabah untuk melawati Hutan Negara Kinabalu,  Sabah.  Pasangan regalia ini sangat cool masuk hutan dan panjat pokok semua.  Salute!!!!  Lepas ni,  akak pun nak pi Sabahlah.  Panjat pokok cam ni.  OOOH!




Kuruihnya Kate

Akak pernah naik titi gantung cam ni,  masa kat Sabah.  Aiiyooo gayat okay.  Depa ni siap boleh tengok tengok bawah lagi.  Hareeem.

Hotnyaaa Kak Kate!!

Walaupun dah masuk hutan panjat bukit bagai.  Tapi rambut depa tetap letops.  Mak sentap.  

Picture sebelum mereka naik flight dan berangkat ke Solomon.  

Sekian sahaja dari akak.  Gambar ini semuanya dicilok dari Daily Mail Uk.  Hope u olls semua happy.  Overall akak sangat happy depa dapat mai Malaysia.  Hopefully,  dunia lebih kenal apa itu Malaysia.  Dan semoga wanita-wanita regalia Malaysia lebih mengutamakan fesyen-fesyen meletops daripada fashion designer tanah air dalam upacara besar macam ni agar dunia tahu,  Malaysian pun ada ramai fashion designer yang hebat-hebat.  

And semoga,  tak lama lagi depa dua ditabalkan jadi King and Queen of British.  Rasanya Charles dan Camellia tak sesuai u olls.

For more info tentang baju yang Kate pakai,  sila bukak website ini  :  http://whatkatewore.com/

Love,

Jumie Samsudin

3 comments:

  1. kate sederhana sangat...
    love all the dresses..

    ReplyDelete
  2. all the dresses yang dia pakai suma humble.sesuai la kan dengan cuaca kat sini.aku tengok dress masa kat istana rasa geram,dok pikir,'dem,sumthing is wrong in this picture..' tapi lain orang lain citarasa.jumie,hang tak payah la nak pi panjat-panjat sampai sabah nun.tak sesuai~!! huhuhuhu~!!buat flying fox sudah laaa...chaow~!!

    ReplyDelete
  3. I olls santa nak tgk baju dato siti yg aisah cerita tu.... rtakdak ka yg detail sikit

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...