31.10.12

Bintang Porno Malaysia - Singapura - Alvin Tan dan Vivian Lee

*terima kasih kepada Lenny kerana sudi tunggu aku balik lambat sebab stay back di pejabat untuk tulis artikel ni.  Rumah takdak internet u olls!!

Hello u olls,

Beberapa minggu yang lalu (pertengahan bulan Oktober) seluruh dunia dikejutkan dengan dua pelajar dari Malaysia yang sedang belajar UNDANG-UNDANG di National University of Singapore   (NUS) di mana mereka berdua ini bertindak sungguh berani dan membuat blog yang bertajuk 'Sumptuous Erotica' di mana mereka memaparkan adegan-adegan seksualiti mereka.


Depa dua orang kapel.  So oneday,  Alvin tanya GF dia Vivian,  "apa kata kalau kita berdua buat blog porno?"  And Vivian kata YES!!!  (woww meletopsnya Vivian ini...very the).  So depa dua pun memulakan mengambil gambar pose-pose khalwat,  gambar 'jenitel',  and even buat video aksi seks.  Depa edit dan post dalam blog depa.  And di bawah video tu depa siap ceritakan perincian tentang video mereka ini.  Selepas itu,  mereka kongsikan laman blog mereka ini melalui account Twitter dan Facebook.  And DEPA JADI HIT SATU DUNIA!!

Blog depa jadi popular gila dan mendapat kunjungan hebat dari US especially.  

Tapi of coz!!!!!  Ampa ingat orang suka ka tengok dua pasangan muda beromen-romen dan dengan bangganya tunjuk kepada tontonan umum.  Of cozlah mereka mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak.  Ramai blogger,  Yahoo News,  DailyMail UK dan pelbagai pihak media lagi yang mengutuk dan menghentam tindakan dua pasangan muda dan liar ini. 

Dan of course,  pihak NUS telah membawa kes ini untuk perhatian pihak Universiti dan akhirnya mereka telah dibuang (Kalau belum dibuang lagi...please correct me).

Okay,  lani apa yang Alvin dan Vivian kata?  Actually depa sangat marah dengan press dan semua pihak yang terlibat kerana membesar-besarkan isu ini.  Depa salahkan NUS sebab depa kata,  NUS tak adil.  Seperti mana Alvin tulis dalam FB Profile dia ""I love these NUS Board of Discipline hearings, where the judge and the prosecutor are the same people" ".  Nenjiaaa.........bila pelajar undang-udang bercakap.

Vivian pula marah dengan suratkhabar (mana I tak tau) yang memaparkan laporan bahawa mak dia marah dengan apa yang berlaku dan mak dia suruh dia BREAK dengan Alvin.  Dia kata laporan tu salah kerana mak dia tak pernah suruh dia buat macam tu.  Akak tak tau betul ke tak.  TAPI TIPUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA KALAU MAK DIA TAK MARAH LANGSUNG DENGAN BENDA NI WEHS.  KITA ORANG MALAYSIA KOT.  TAK KIRA LA HANG CINA KA,  MELAYU KA,  INDIA KA,  KADAZAN KA.........................MASYARAKAT KITA MANA ADA GUNA GAMBAR-GAMBAR SEKS INI UNTUK KEBANGGAAN!!  Yang akak tau,  dalam masyarakat kita,  paparan gambar dan video seks ni orang guna untuk jatuhkan seseorang.  Contohnya,  kes Anwar Ibrahim dan Dr.  Chua Soi Lek.  

Depa berdua juga,  pernah menyatakan bahawa depa sangat marah apabila ibu bapa menyalahkan tindakan mereka berdua sebagai satu influence yang tidak baik untuk anak-anak muda.  Depa dua kata,  tanggungjawab untuk menjaga anak-anak adalah tanggungjawab IBU BAPA itu sendiri.  Depa berdua tidak 'berhutang' dengan mana-mana pihak dan mereka pasti mereka tidak langsung memberikan effect yang tidak baik kepada golongan muda yang ada. 

Seperti kata mereka "If your children get their hands on this so-called obscene material that we published, you only have yourselves to blame for not knowing how to control your kids. It's not our duty to make parenting and education easy for you, so go and learn how to be good parents instead of blaming others when it is you who failed.""  WOW!!! Akak tak berani nak cakap banyak tentang benda ini kerana setelah membaca banyak laporan dan artikel tentang penyataan-penyataan mereka berdua,  akak rasa Alvin bukan orang sembarangan (dia seorang yang bijak).

Dan akhir sekali,  mereka membuat kenyataan di laman sosial mereka bahawa mereka lebih suka kalau mereka ditemuramah di radio ataupun TV kerana dua saluran media massa adalah lebih mudah untuk menyampaikan secara terus kepada awam tentang apakah tujuan dan sebab mereka berbuat demikian,  dalam erti kata lain depa tak sukala all those wartawan yang telah twisted apa benda yang depa cakap dalam interview dan telah tulis benda yang salah.

Enough about what happened to those two.  So,  ampa tau tak pasaipa depa sungguh berani dan macam mana depa boleh terfikir nak buat macam tu?  Akak try google sana sini dan cari artikel yang menyatakan laporan yang sesuai.  Tapi takdak pun (and akak pun malas nak pi carik banyak-banyak sebab akak ada banyak benda nak cakap pasai isu ni nanti terlupa pula).  Tapi apa yang kawan akak sorang cakap,  dia kata "I heard they two wanted to be a porn star in the future!"

APAKAH??????  I dont think so.  Alvin sendiri bagitau,  dia dah mulakan firma guaman dia sendiri dan dia tak tau haluan kerjaya dia.  Adakah dia boleh dilantik menjadi peguam profesional yang sah?  Dia boleh ka dapat lesen peguam lepas apa yang dia buat ni?  Mohon pencerahan sapa-sapa yang tau.

Adik-adik semua,  Tahukah u olls,  bukan senang-senang nak jadi pelakon porno apatah lagi menjadi bintang porno.  (Kalau dia tak boleh jadi peguam la)  So akak Google pasai pornography.  Masa akak buat research pasai benda ni,  akak sangat terkejut dan mulut akak macam ternganga lama. One of the fact yang membuatkan akak ternganga adalah bagaimana besarnya industri porno di US!  Depa siap ada anugerah-anugerah semua macam Academy Awards!! Pelakon terbaik,  pelakon wanita terbaik,  filem terbaik,  filem terbaik untuk kategori sekian-sekian.  Gilaaaa!!  

Ada banyak facts yang ampa kena tau and ampa boleh Google sendiri.  Tapi ada beberapa benda yang akak nak share dengan ampa sebab point ni penting.

1.  Lelaki sangat susah nak jadi bintang porno.  Selalunya perempuan yang cepat naik.  Kalau hang lelaki dan hang nak jadi bintang porno,  of coz hang kena jadi seorang yang flexible.  Maknanya,  hang kena jadi seorang yang boleh buat seks dengan lelaki ataupun dengan perempuan.  And disebabkan industri porno lebih tertumpu kepada wanita,  so bintang porno lelaki sangat susah nak maintain depa punya rating (popularity dan bayaran).  Hang kena always ready untuk buat seks kat mana pun (selalunya kat tempat yang susah dan dalam kedudukan yang sukar kerana untuk dapatkan angle yang baik untuk penonton) dan seorang pelakon porno lelaki kena always "KERAS" sepanjang masa kerana penggambaran video porno selalunya mengambil masa yang lama dan ada banyak cut-cut.  WOWWWW!!!  Haaaaa.......TONGKAT ALI!!!!

2.  Tahukah anda,  salah satu garispanduan pornography kat US adalah depa tak boleh aksi-aksi kena rogol teruk macam kena paksa.  Kalau nak buat aksi teruk-teruk yang sampai ikat-ikat tu semua,  depa ada kategori lain (ampa pi carik la sendiri).  So bila masa Alvin dan Vivian kata depa ada buat aksi ala-ala kena rogol untuk membuatkan depa nampak berbeza daripada video porno yang lain,  akak duk terpikiak.........erm.....................takpayah pikiaklah.  

3.  Semua pelakon porno menggunakan nama samaran seperti Aurora,  Pinky,  Amber,  Sexy dan nama-nama lain yang lebih erotik dan eksotik.  Bukan sahaja untuk membuatkan penampilan mereka lebih menggiurkan malah salah satu sebabnya ialah supaya,  kalau satu hari dia tak mau jadi pelakon porno pun,  dia boleh mulakan hidup dia macam biasa macam orang lain.  So,  kalau dia pi mana-mana negeri atau negara lain,  kalau dia apply kerja,  dia bagi nama betul,  and bakal majikan tu kalau Google nama betul dia.  Mesti tak akan jumpa apa-apa.  Kalau nak terjumpa pun,  bakal majikan dia memang tahi porno sebab dia rasa macam pernah tengok muka dia ni kat manaa....erm.....  So,  i wonder...........................beraninya Alvin dan Vivian guna nama betul mereka.  

Itulah sahaja yang akak nak ceritakan dan kongsi.  Yang lain,  terpulang kepada ampa.  Yes,  akak pun setuju dengan pendapat orang ramai bahawa apa yang mereka buat ini tidak memberi sebarang kebaikan langsung dan tidak memberikan impak yang baik kepada masyarakat.  Walaupun,  Alvin membuat penyataan bahawa wanita Malaysia tertindas secara seksual (read here),  tapi akak tak rasa membuat blog picisan dan menunjukkan jenitel kecil anda kepada orang ramai akan membangkitkan rasa semangat seluruh wanita Malaysia untuk berekspresi dengan lebih bebas secara seksual.  

Masa saya sembang dengan Dr.  Sundramoorthy (criminologist,  USM - dia yang share cerita ni dengan saya),  dia kata "I don't know la why these two sungguh berani macam ni.  Tapi come on la,  kita tinggal di mana?  Kita orang Malaysia.  Masyarakat kita tak boleh terima ini semua.  This is not America or apa-apa negara orang putih sana.  Kita kena sama-sama hormatilah persekitaran kita,"

Dr.  Moorthy,  I LOVE U!

Next time,  kita discuss pasai Aliaa Magda Elmahdy pulak. U guys go Google about her. Akak dah tau lama pasai dia. Tapi tak pernah ada kesempatan nak kupas pasai dia. Tak tau nak tulis apa. Maybe ampa boleh share idea.

Love,
Jumie Samsudin

Bacaan tambahan  :  


30.10.12

Mohon Maaf

Assalamualaikum semua,

Mohon maaf kerana kelewatan ini saya tidak sihat untuk berkarya untuk kalian semua yang amat dicintai.  Takdak apa,  cuma sakit demam selsema dan batuk.  Banyak benda yang nak digarapkan dan dibincangkan.

Insya allah,  ada kesempatan bila sihat wal afiat,  saya akan berkarya sesedap-sedapnya.

ps/  Tak guna cantek kalau badan tak sihat.

Love u olls,
Jumie Samsudin.

27.10.12

Dari Lensa Kak Berry dan Wall Photo Facebook Jumie Samsudin Edisi September 2012

Hello u olls,

Ini pulak,  gambar-gambar sepanjang bulan September.  

1 Sep
Bersama Razzi Musa. :)

2Sep
Akak pose di atas motor Hurricane milik Abang Manap sebelum keluar dinner. Meleetops!

2Sep
Menseri tak muka saya :) errrmmmm.......:)


3 September
Terima kasih adik beradik I yang bergotong royong bersama mengemas rumah kita hari ini. Siap buat gym dan studio latihan aerobick gangnam style untuk akak. Esok pagi kena naik basikal ni 20 minit sebelum pi kerja. Gituu! 



3sep
Program Siswa Lestari - Hari Bersama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ambilan Sidang Akademik 2012/2013.

7 September
Apa yang jadi kat kucing akak bila makan ayam goreng kunyit. Hahahahah kesian kat dia.

13Sep
Para penyayang kucing semua, we found this anak kucing sesat into our office today (Male cat, I think he is maybe 4-5 months old). Very active and playful. Anyone would like to adopt her, please come to Soc Sc Office (C06) or call my number +0124160060.

13Sep
Me and Katy Fazura from Beyond Fringe Hair Salon. Best buat rambut kat depa. I willl review on my blog. (Sorry kecantikan i tenggelam di sebelah wanita cantek ini).

13 Sep
Mini kulca easy and express. Nanti I bubuh kat blog.

22 September
Latest update di Penang : Depa nak extend Gama jadi 12 tingkat. Kot ataih sekali ada amusement park siap ada roller coster yang akan naik sampai atas Komtar pastu pusing turun. Huuuhh!! Tak sabak nak naik. Hahahah


Wanita kekwat sedang membeli charger telefon dan camera. Dua dua putuih sebab digigit kucing-kucingnya yang bijaksana. Sama ada kucingnya kena shok karen atau tak, tidak dapat dikenalpasti.

25 Sep
Rambut saya dah boleh disanggulkan menggunakan pensel. :)

25sep
Kucing makcik saya. Nama dia Awan. Dia spesyel sebab dia ada 'shading' di hidung.


27sep
Dalam kita duk sebut-sebut. Nenjia dah sampai hari ini. Terima kasih Ms. Noreena dari Bake With Love yang menghadiahkan ice cream machine ini kepada saya. Ps / lani takleh buat ice cream lagi sebab musim ujan. Sejuk!!! 

22.10.12

Siapa Diri Kamu Sebagai Seorang Perempuan?

Hari ini,  saya nak tanya semua perempuan di luar sana.

Semua perempuan yang duk feeling dengan imej kehidupan sempurna di paparan FACEBOOK dan INSTAGRAM.  Semuanya nampak macam indah belaka.  Ada suami,  honeymoon sana sini,  suami belikan hadiah,  mengandung bunting pelamin (atau apa apa jenis bunting lagi,  dan macam-macam lagi yang memaparkan imej kehidupan sempurna sebagai seorang perempuan.

Di kala u olls sedang berbahagia dan bergembira,  I olls nak u fikir sejenak.

Buang suami,  buang anak-anak,  buang keluarga,  buang harta benda pusaka keluarga,  buang harta benda kurnia keluarga suami,  SIAPA DIRI KAMU DAN APA YANG KAMU BETUL BETUL MILIKI? Fikirkan kaum wanita.

Lepas buang segala-galanya,  apa yang ada/tinggal pada diri kita untuk terus hidup?  Bakat? Kebolehan? Degree?  Master?  Ph.D.? Kerjaya? Duit sendiri? Harta sendiri? 

Yes....semua itu yang kita kena persiapkan. So kalau pun, suami kita nak tinggal kita....(pilihan atau maut) kita sentiasa ready. Itu maksud saya.

Kita tak boleh caught up dalam ideology 'perfect wife'. Kena perfect serba serbi, buat semua pengorbanan.   Isteri kena always cantek macam Beyonce (semua perempuan beli Premium Beautiful),  lubang FUUH kena sentiasa ketat (semua perempuan beli Jamu Susuk Dara),  hari-hari kena kemas rumah dan masak untuk suami,  makan pakai suami adalah tanggungjawab 24 jam si isteri (semua perempuan jadi full time housewife),  kena MENGANDUNG!!!!  Yes.....kalau tak mengandung nanti mak mentua suruh pi berubat (mak mentua i tak macam ni ya...mak mentua i sangat wanita moden).  Semuanya wanita-wanita-wanita.  

Dan kalau kita tak capai semua ni,  kita malu dan hilang kepercayaan kepada diri sendiri.  Sebab kita terperangkap dalam ideologi ini yang berpaksi kepada "APA NANTI ORANG KATA KAT AKU!"  Maka kita hidup dalam ekspektasi orang ramai,  bukan pada apa yang kita nak dalam hidup kita.  

In the end, kita dah tak ada apa-apa.

Niat tak menghalalkan cara. Ada setengah wanita, yang selalu salah guna diri sendiri just sebab nak make sure imej PERFECT WIFE tu terlekat di dahi mereka.

Saya kenal ramai kenalan perempuan saya, dah kawen. Hidup dia 100% ditanggung oleh suami. Makan, minum and pakai. Duit bulan-bulan semuanya dia pakai untuk bershopping dan bersuka ria bersama anak-anak. Dia tak ingat hari esok. Kalau suami dia meninggal dunia macam mana? Ataupun suami dia tiba tiba fall out of love dan cari isteri lain? 

Apa dia ada? I dont think dia tau macam mana nak survive kat dunia ini sebab EMEL PUN DIA TAK TAU MACAM MANA NAK PAKAI.  Macam mana nak pi cari kerja semua!!

Saya pun mula-mula kawen sangat stress, nak kena kemas rumah (feeling Bree Van De Camp), nak kena pakai cantek-cantek, nak kena masak, nak kena jaga hati suami.....KENA MENGANDUNG. Oh my god....tapi bila pikiak balik.  Semua tu ekspektasi orang di luar sana. Kenapa burden tu aku kena tanggung hanya sebab aku dah kawen?  Adakah aku dah hilang 'diri sendiri' hanya sebab aku dah kawen?

Hari ini saya called kakak saya dan saya tanya dia "Apa pendapat hang? Lani kat Penang, suami tak payah mintak permission isteri pertama untuk kawen lain?" 

Kakak I jawab "Kahwin pila......rimaih aku...." YESSS!! Ini menunjukkan, kakak i sangat yakin dan dia tau "Tanpa suami, dia boleh hidup sendiri". Anda bagaimana?

Kita juga kena bijak. Kena tau selok belok kehidupan. Kena tau macam mana nak simpan duit sendiri. Tau macam mana nak cari harta sendiri. Baru ada keyakinan dan ada personaliti.  Barulah orang akan respek kita dan paling penting,  suami kita nak tinggal kita pun dia akan pikiak 516549872 kali.  

Bukan jadi isteri yang hanya tau duduk rumah,  mengangkang dan cari gaduh dengan perempuan lain dalam Facebook (ada banyak kegunaan baik lain dari FB).

Akhir kata,  pesanan dari seorang kakak bernama Hasrat Murni  :

Buang suami,  buang anak-anak,  buang keluarga,  buang harta benda pusaka keluarga,  buang harta benda kurnia keluarga suami,  SIAPA DIRI KAMU DAN APA YANG KAMU BETUL BETUL MILIKI?" 
Hanya miliki sekeping paukirettes yang merdu dan lunak huhuhu.

Kan??????????????????

Terimalah gambar sepupu I naik kuda.



Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan.

20.10.12

Dari Lensa Kak Berry dan Wall Photo Facebook Jumie Samsudin Edisi August 2012

U olls,

Ini gambar bulan Ogos pulak.  

1Aug

Somebody post me this. HHHHhaaaaahhahahah. Sangat lawak apakah.

9August
Sapa nak beli kueh kacang akak jenama "smokey". Kerlasssss! 

17aug
Gambar semalam. 27 tahun dan 5 bulan.

17Aug
Nenjiaaaa :)

17Aug
Subang Raya :). Payless 1st Avenue RM19.90

18Aug
My begedil for hari raya. Rasanya malam ni bukak posa dah lincin. Laporan dari dapur Kak Juma.

19Aug
Fajar Syawal

20ogos
Selamat ari raya semuaaaaaaaa. From kami di Serom 5, Tangkak, Johor. 


20Aug
I cooked soto ayam today at in law's house. Tetamu kata sedap. Boleh buat meniaga. Steadyyyrahhhh!!!

22Aug
Anak ular sawa mati di depan rumah. Satgi mesti mak dia akan mai carik. Haaaa!!!

22Aug
Nasik tomato, ayam masak merah, sayur buncis goreng santan dan acar jelatah. Laporan dari Dapur Kak Juma (ibu mertuaku). Masakan oleh Kak Jumie meletops. Selamat makan semua.

22Aug
Laki akak dan T Shirt 'adik-adik'. Meleeeppsss!

23Aug
Kak Edeh kata, "Anak hang ni suka duduk dalam kotak, dalam bekas pelastik, dalam bekas ayak, dalam periuk. Aku rasa depa nak bilik sendiri..." Pungggaaaahhh!!!!

29Aug
Kawan-kawan USM ku sekalian, sapa pakai telefon jenis macam dalam gambar ni? Bolehkah anda mengajar saya bagaimana nak transfer call? Thank you in advance!

29Aug
Mak nyah yang telah membuat pembedahan sebanyak 3 kali dan berjaya, kini telah insaf. Doakan yang terbaik untuk beliau. Kepada warga zornen Pulau Pinang dan seluruh dunia, contohilah beliau. Salam sayang dari Nur Salimah. 

29aug
Nur Salimah sebelum pembedahan. Gitttu! 

18.10.12

"Apa Nak Jadi Kat U Jumizah?"

Hello u olls,

Hari ini akak nak buat luahan perasaan tentang satu tragedi yang berlaku tidak lama dulu di USM.  Walaupun tiada pertumpahan darah ataupun tanah runtuh,  tapi akak tetap nak panggil situasi ini sebagai tragedi.

Ianya tentang seorang Hamba Allah yang sama sama bekerja dengan I olls di USM ini.  I olls kenali dia sejak i olls mula-mula masuk kerja USM.  Dia pula ialah seorang staf yang agak senior dan amat disegani oleh sekelian alam.

The thing about this Hamba Allah ialah,  akak tak tau pasai pa,  dia amat kenallllllllll akak.  Kalau jumpa akak,  mesti dia nak tegur akak!!!  Kalau dengar suara dalam fon pun....dia dah boleh rekoknais akak "Ni Jumizah ka? Haaa....lani duk berisi lagi ka?  Bila nak join KELAB OBESITI?"

Haaaaaaa.....gituuu soalan dia.  Apatah lagi kalau jumpa di mana-mana majlis kenduri kendara dan lebih worse apabila jumpa dalam majlis-majlis formal di dalam USM.  Depan-depan khayalak ramai dia akan fire tentang ke-agam-an akak.

Pada awal kerjaya I olls di USM (masa kursus Induksi itu) akak tidak lah seberapa besar sizenya seperti mana i olls sekarang.  Dulu boleh feeling-feeling kebaya pendek lagi u olls.  Tapi takdaklah kuruih macam  Nora Danish apatah lagi Abu kumpulan Mamu Raja Lawak.  Kot mana pun,  akak memang agam.  Naturally volapsyes gitu.  Dan perlahan-perlahan,  badan pun makin lah agam sejak menjak duduk kat USM ni.  Apatah lagi selepas mengahwinkan diri.

Tapi nak bagitau teruih terang kat ampa,  walaupun akak ni kategori American Size.  Tapi akak bukanlah agam ala-ala Syani ataupun Enot pelakon drama TV tu.  Sapa pernah tengok akak live? Sila angkat tangan.  Bak kata Sha Fadil "Jumie hang taklah besak sangat......hang ni kategori agam yang kecik,"  GETOOOO! Sha mengaku sekarang.

Ermmmm!! Tak tau la macam mana nak cakap.  Akak tak tinggi sangat,  my height is only like 161.  And berat akak yes,  almost 90kg.  Tapi paling best badan akak ini ialah akak ada shape ya puan-puan semua.  Kalau pakai baju apa-apa ka,  tetap nampak meleps.  Cuma sekarang ni akak tak berapa feeling nak pakai baju-baju yang mencolok mata dan menunjukkan klivej ala-ala zaman muda remaja u olls.  Akak dah wanita sekarang.  Kenalah berpakaian mengikut usia dan status.

Okay,  berbalik kepada luahan perasaan tentang tragedi yang berlaku kepada akak dan juga staff USM yang akak maksudkan tadi.  Hamba Allah ini merupakan seorang yang blessed dengan bentuk badan yang kurus dan langsing sampai dia kertu.  Hasil daripada diet yang teratur,  rajin eksesais ataupun simply.........dia dinugerahkan oleh Allah dengan metabolisma yang super tinggi.  So macam mana dia makan banyak pun,  lemak dia pecah dengan cepat.

So,  disebabkan beliau dianugerahkan badan yang selim melim itu,  so beliau memang suka attack 'kecantikan' akak.

Paling ngeri sekali,  apabila secara tidak sengaja akak bertemu dengan beliau di depan pejabat Soc Sc. Waktu itu,  dia kena datang office kami untuk attend kursus apaka tak tau.  Akak pulakkkkkkkkkkkkkk dah terlambat nak sembunyiiii!!!!  SOOOOOOOOOOO TEPAKSA LA PI BUAT BUAT SALAM DENGAN DIA.......................tapi belum sempat akak nak kata apa .....nenjiaaaaaaaa

"Apa nak jadi kat U ni Jumizah?"  teruuuuuuuuuuuiihhhh dia fire akak seperti makcik-makcik firasyat.  Style mata tengok I atas bawah.  Tak sempat nak bagi Assalamualaikum pun.  Akak pun senyum termonyeh-monyeh dan berkata

"Hehehe....doktor sihat?"  tanya akak dengan penuh sopan sambil salam dengan beliau.

"Saya memang sihat.  Tengok saya ni macam mana?  Kamu tu.....awat makin besak lani. Banyak risiko penyakit semua.  Bila kamu nak kurus?"  kata Hamba Allah itu lagi.  Kalau lah orang itu setakat kakak-kakak taraf Mariamah Tijo pakai handbag Charles and Keith macam I,  haruslah i akan dia carut balik.  Tapi ini taraf mak-mak ayam besar taraf pakai beg LV bagai.  So haruslah akak menunduk layu tanda kalah u olls.

"Nak buat macam mana.....rezeki kerja USM,"  akak memberikan kata-kata nista.  Dalam hati akak membuak-buak panasnya hanya Allah yang tahu.

"Ni mesti BMI kamu more than 30?  Bila nak sign up kelab OBESITI"  Aiiiiyooooo dia caras akak lagi.

Akak pun senyum senyum simpul and kebetulan ada orang mai sembang kat tepi dia,  so akak terus angkat kaki dan belah.  Cepat-cepat akak on YM kat PC akak dan contact marhayam Azura Jaapar dan buat luahan hati!!!

Kepada kawan-kawan USM semua,  sapa yang baca cerita akak hari ni mesti u olls boleh agak siapa Hamba Allah itu.  Akak tak mau tulis dia siapa.  Sebab nanti akak kena saman dan dituduh sebagai publisiti murahan gitu.  Tapi siriesly,  akak sangat kecewa dengan ketiadaan etika profesionalisme dalam jiwa seorang pengamal perubatan seperti beliau.

Kalaupun memang betul niatnya menegur akak ke arah kebaikan,  tapi kalau teguran itu pun dah membuatkan orang rasa aib and marah,  so kot mana nak mai kebaikan?

Bayangkan dia boleh sound akak depan-depan macam ni,  macammana pulak kawan-kawan staf lain yang berbadan agam macam akak?  Adakah mereka terima nasib yang sama macam akak?  Ataupun akak sorang mangsa serangan peribadi begini?  Kalaulah ramai orang lain juga terima nasib macam akak,  then i understand kalau tak ramai orang nak join kelab ini!!!!

Because gemok is very personal u olls.  Yes,  kami suka makan dan kami tak berapa suka eksesais.  Tapi ampa kena faham,  ada juga orang yang jadi gemok sebab kesusahan yang berlaku dalam hidup dia.  Mungkin,  dia pernah lalui depression hebat dalam hidup dia sampai dia makan tak berhenti dan jadi gemok.  Ataupun,  memang keturunan dia semua gemok.  Bukan kami saja-saja makan bagi gemok untuk masuk pertandingan pecah rekod,  STAFF PALING GEMOK DI USM.  Haaaa!!  Yang tu bolehla u mai sound-sound tepek kat muka we olls kan?

Maybe that is the reason why KELAB OBESITI tidak begitu popular dengan staf USM yang mempunyai BMI 30 ke atas macam akak.  Nama kelab pun dah cukup stigma u olls.......OBESITI.  Gilaaaa memalukan u olls.

"Hang masuk kelab apa wehs?"  "Aku masuk kelab Obesiti,"  Sama ada orang tu akan gelak kat kita,  ataupun orang tu akan buat analisa lagi pandai seperti "Buat apa masuk kelab Obesiti tu semua,  mai aku rekemen hang makan herbelaif,"  haaaaaaaaaaaaaa pulokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Tukar la nama Kelab Obesiti tu kepada nama lain yang lebih menyenangkan seperti  "Kelab I LOVE MY BODY" ataupun "Kelab Saya Sayang Badan Saya Yang Cantek" ataupun "Kelab Kurus Untuk Sihat"  ........haaaaaaaaaaaaaaa gitu!!!  So maybe,  orang tak berapa agam macam kami pun boleh masuk sebab depa akan belajar macam mana nak maintain the body!

Itu sahaja yang akak nak share dengan u olls.  I dont want to say,  "Oh...suami akak tak marah pun akak gemok...dia suka akak gemok,"  En.  Khafi hari hari perli akak gemok.  Tapi dia perli yang lawak-lawak la.  Akak tak terasa sangat,  sebab bagi akak dia tak hina akak.  Kalau dia over-over perli akak,  senang je.....HANTAR I BALIK TANGKAK?  (Ehkkk....Tangkak rumah siapa?)

Tapi at the end of the day,  YES,  kita yang gemok ni kenalah jaga diri,  kalau tengok dah jalan pun dah lelah,  tengok-tengoklah apa yang kita makan.  Jangan main sentai saja satu hari 4 kali makan nasik kandar Deen.  Kalau ada peluang eksesais,  eksesaislah.  Jangan duk biar badan kita jadi gemok busuk dan suka pakai baju kecik-kecik membuatkan orang loya tengok kita.  Remember,  orang gemok macam kita,  kena always look presentable.

Orang kuruih pun,    belum tentu sihat walafiat u olls.  Kurus tapi kolesterol tinggi.  Tup tup esok lusa demam panaih,  sakaratulmaut mai cabut nyawa..........haaaa dia tak kira pun hang kuruih ka rendah.  Dia mai on time!!

Love,

Jumie Samsudin
Simbol Wanita Agam yang Sangat Confident dengan Diri Sendiri
dan
Lambang Wanita Kecantikan


Jom tengok gambar bentuk-bentuk badan akak yang berubah mengikut zaman (GITU!)

2009 - Rasanya,  inilah masa paling kuruih sekali.  Siap masuk majalah RAPI sebab berjaya kuruskan badan.  It took a lot of effort (selain sedang makan hati sebab baru putus cinta gila babi punya dengan En.  Duda)  i olls memang ada amik supplement bagi kurus badan,  makan nasik seminggu sekali and paling penting akak sangat sakan pergi gym (Fitness First masa ni).  

2009 - Zaman Kak Janz.  I tak kurus sangat dah.  Tapi cutting tetap meleps.  Kau mampu tengok paha akak? Beyonce putih sangat kan?
2010 - Time ni duk mai kembang dah.....hahahah...nohorommmmmmmmmmm!

2011 - Masa ni dah bertunang dengan En.  Khafi....kerlas kan akak?  

2012 -  Ini the latest picture la u olls.  Yes,  akak dah memang agam berbanding gambar-gambar akak sebelum ni.  HEHEHE.  Doktor suruh akak kuruskan badan lebih kurang 20% lagi untuk memudahkan akak mengandungkan diri.  Tapi nampaknya,  akak begitu malas untuk berusaha ke arah itu.  En.  Khafi pun kata nak sign up akak masuk gym balik....tak masuk-masuk lagi pun.  Maybe,  tunggu Aishah Aljuned lepas pantang.  Feeewwittt...boleh pi gym sama-sama.


ps/  Hey pompuan! DONT HATE ME COZ IM BEAUTIFUL

Pulau Pinang Negeri Pertama Yang Tidak Perlukan Kebenaran Isteri untuk Suami Berpoligami : Apa persediaan kita?

Petikan daripada Malaysian Digest, nak share dengan u olls semua.

 

Penang Men No Longer Need First Wife's Permission To Take On Second Wife

PrintE-mail
  
Wednesday, 17 October 2012 11:35
polygamyKUALA LUMPUR: Penang men no longer need to seek permission from their first wife in order to take on another bride. Instead, they now only need to get permission from the Syariah court to do so.
This was announced by Penang Islamic Religious Department director Datuk Sazali Hussein, who said the move can help curb the problem of unmarried women.
"For those who wish to practice polygamy, they only need to get approval from the syariah court to waive the need to present the first wife's approval to take on another wife.
"However, they need to provide solid reasons before it can be considered.
"Maybe if the reason given is solid and can bring benefits, the judge will grant the request," he was quoted as saying in Utusan Malaysia today.
Sazali was asked to comment on a suggestion by a reader in the newspaper's Forum column. The reader, identified as Syed Abdullah Syed Osman Jamalulail from Ampangan, Seremban, had suggested that polygamy conditions be eased to help women of an advanced age who are still unmarried.
Syed Abdullah had suggested that the authorities loosen the condition which stipulates that men who wish to marry women over 30-years-old need to obtain the consent of their first wife.
He had also suggested that another condition which should be relaxed was the requirement for the man to produce his salary slip or confirmation of wages from employers, as per normal procedure.
He believed that it was sufficient that the prospective newlyweds come to a mutual agreement on their union.
- mD





I read this artikel daripada wall FB Mama Regina.

Alasan yang digunakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk melakukan perkara baru ini adalah untuk mengurangkan jumlah wanita yang tidak berkahwin. (tiba-tiba melenggor lema h longlai rebah ke bibir sofa...alahai alasannn.....)

Pada pendapat akak, alasan ini langsung tidak munasabah. Kenapa nak longgarkan peraturan untuk memudahkan lelaki kahwin lebih daripada 1 sedangkan masalah utama mengapa perempuan zaman sekarang ramai yang tak kawen bukan hanya kerana jumlah lelaki lebih kurang daripada wanita, tetapi.................LELAKI ZAMAN SEKARANG DAH BANYAK TIDAK LAYAK UNTUK BERKAHWIN.

Tapi persoalaannya,  adakah ini caranya untuk menangani masalah jumlah perempuan yang tak kahwin?

Dulu bila tengok drama TV bersama Kak Edeh (my mother),  selalu depa akan buat drama lawak pasai macam mana suami akan curi-curi amik cop jari isteri untuk dapat kelulusan depa kawen lebih.  And i asked my mother masa tu  "Mak,  pasai pa lelaki nak kawen kena dapat kebenaran bini pertama?"

Mak I olls jawab "Mendapat kebenaran isteri pertama untuk kahwin lagi satu,  bukan hukum wajib dalam Islam.  Tapi undang-undang kat Malaysia buat macam tu untuk melindungi wanita juga.  Macam mana kalau lelaki tu tipu kat GF dia kata dia bujang lagi?  Kesian kan?"

So lebih kurang macam tu la yang i faham dan ingat apa yang mak I  cakap.  And I sangat setuju.  Bukan i ni sexist ataupun feminist ka apa.

Now,  I olls dah kahwin.  Ini pendapat i olls tentang perkara ini.  Pendapat ini berbentuk personal,  kalau terkena pada mana-mana pihak,  itu memang tidak dapat dielakkan dan akak mintak maaf.

Hidup bermadu bukannya senang.  Para isteri Rasulullah pun sama-sama cemburu.  Itu berkahwin dengan Rasulullah yang hatinya telah dicuci dengan air zam zam.

Apa yang digambarkan oleh orang yang hidup berpoligami dalam media cetak dan media massa semuanya dah diedit oleh producer,  director dan editor.  HAKIKAT???  Hanya depa yang bermadu sahaja yang tau u olls.

I olls dah kawen,  suami I olls tengok perempuan gemok ketwok tepi jalan pun akak sentap seketika.  "HANG TENGOK POMPUAN GEMOK TADI KAN?"   (pastu En.  Khafi akan gelak santai).

Macam mana pulak perasaan u olls apabila u olls tau,  malam ini suami u olls sedang bersama dengan isteri pertama atau kedua (mungkin u olls isteri number 3).  Okay,  u nak kata....u tak kisah?  Okay takpa.  U can be defensive. U boleh tipu I. Tapi kalau u tipu diri sendiri,  I tak tanggung.

Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh wanita yang ingin bermadu.  Silap haribulan,  isteri semua kena sama-sama tanggung beban untuk maintainkan ekonomi keluarga.  Satu pengorbanan yang dijanjikan payung emas di syurga.  Takpa..........................................kalau u olls sanggup.  Pilihan di tangan U.

A friend of mine pernah cakap.  Dia seorang professor.  Dia dikurniakan rumah tangga yang bahagia.  Sekarang ni dia dah mencecah usia nak pencen.  Dia pernah share dengan I "Jumizah,  u tau tak?  Kawan i semua yang dah pencen pesan kat I.  Man............u kalau dah pencen nanti.  Jangan 'tambah cawangan',"  pesan kawan-kawan beliau.  Pastu dia gelak.

Katanya,  kawan-kawan dia semua habis hidup porak peranda lepas berpencen.  Dengan isteri baru,  dengan anak kecil.  Duit dan harta tergadai.  Hubungan dengan keluarga pertama pun dah tak berapa nak elok.  Yelah....time pencen ni kita nak relakskan otak dan bersama-sama harungi masa emas kita bersama orang (isteri) yang selama ini susah bersama kita untuk capai kejayaan ini.

"I rasa satu je Jumizah.  I lelaki,  i faham.  Lelaki bila sampai umur 40 an.  Kami ada satu perasaan yang ingin menguasai sesuatu ataupun rasa macam nak tengok sama ada dia ni masih ada 'kuasa'.  Inilah midlife crisis yang paling utama.  So,  kami akan rasa ingin ada pangkat,  kuasa,  duit,  atau apa-apa sahaja.  One of the way untuk tunjuk yang kita masih 'berkuasa' is bila kita boleh kahwin lagi satu.  Seperti kita boleh buktikan yang,  kita masih ada 'kuasa',"  jelas kawan I.

So,  berbalik pada topik asal kita.  Sekarang ni,  kita sebagai wanita apa yang harus kita buat?  Haruskah kita beremosi dan membuat rapat umum depan pejabat Perdana Menteri untuk hantar memorandum bagai (bagus juga idea ni...hahaha) kepada PM Najib untuk bantah perkara ini.

Ataupun,  kita kena pergiatkan kelas untuk memberi bimbingan kepada para wanita untuk melayan suami setaraf GRO (Sangat jijik usaha itu.  Semuanya semata-mata untuk serve jantan.  Kita?).

Tak kisah kita ni isteri pertama ataupun bakal isteri.................SO APA PERSEDIAAN KITA?

Sebagai isteri pertama.................apa nak jadi pada hidup kita lepas suami kita berkahwin lain? Apa nak jadi kat kita apabila duit bulan-bulan kita dapat (the only thing kita dapat from suami selama ini) akan dibahagi kepada dua?  Apa nak jadi kepada kita selepas ini apabila tiba-tiba suami macam duk nak duduk rumah bini nombor dua?  Apa nak jadi kalau tiba-tiba rumah kita duduk,  suami kita bawak bini nombor dua dia duduk sekali?  Apa nak jadi kalau tiba-tiba suami kata "U ni suka cari pasal nak gaduh dengan isteri kedua................I CERAI U TALAK 1,"  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa kan?

And sebagai bakal isteri..........perlukah u olls kawen dengan suami orang?  Perlukah u olls menjadi desperate untuk menumpang kasih?  U olls tau ka selama ini bakal suami u ni adalah suami orang beranak 3?  U olls tau ka berapa hutang yang ditanggung oleh suami dan isteri pertamanya?  U olls terpikir tak mungkin hutang piutang itu semua akan jadi sebahagian daripada bebanan hidup u?  U olls tau tak yang bila u dah jadi isteri orang,  tiba-tiba life u terbatas,  u nak sambung belajar pun u nak kena pikir and rancang sama-sama dengan suami? Macam mana pula kalau u nak discus benda benda macam ni dengan suami yang ada dua isteri? U olls rasa kasih sayang dari Allah hanya boleh sampai daripada seorang suami sahaja?  Macam mana pula kalau u olls amik anak angkat?  Ataupun,  u olls rasa u olls tak cukup happy ka untuk jadi wanita single,  bekerjaya,  berduit dan mampu pusing dunia!!!!

Fikirkanlah,  biak pi la lelaki nak buat apa pun.  Yang penting,  kita persiapkan diri sendiri dulu.

Akhir kata,  terimalah gambar sepupu I dengan pose KEKWAT sambil berkata "Who run the world? GIRLS!!"



Love u olls semua,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan.

17.10.12

Membuat Rambut di Beyond the Fringe, BJ Complex

Hello u olls semua,

Pada minggu lagu (sebelum kenduri Cakcing) akak telah menggagahkan diri bersama En. Khafi untuk membuat rambut di salon milik sepupu akak dan partnernya yang bertajuk "Beyond the Fringe" di Tingkat 4,  Complex Bukit Jambul.  Dah lama rasanya akak tidak pergi membuat rambut.  Just before akak kawen dulu,   akak telah hitamkan rambut akak.  Dan sampai lani,  akak tak gunting rambut dan membuat apa-apa pembaharuan.


So,  selepas mendapat offer meletops daripada sepupu akak itu,  maka haruslah akak terjah.

Pemilik Butik - Syaz and Katy
Syaz is my cousin.  Katy pulak dah hampir 9 tahun berkecimpung dalam dunia buat rambut ni (dulu beliau bekerja dengan satu salon rambut terkenal di Penang).  And depa dua orang dah almost 9 tahun berkawan. Kira Syaz dah 9 tahun duk pi buat rambut kat Katy sahaja.  Persahabatan yang terjalin sekian lama telah membawa kepada satu usaha baru iaitu membuka salon sendiri.  Idea yang sangat bagus. Since Syaz duduk kat KL,  so salon ni diuruskan sepenuhnya oleh Katy sendiri.



How to go there?
Sapa orang Penang kalau taktau Bukit Jambul Complex,  sila telan racun sekarang.  Okay,  u go there.  Naik tingkat empat,  pi area paling hujung sekali.  And cari kedai nama Beyond the Fringe.  Dia punya banner warna grey.  And paling penting dalam tu ada gambar nenek we olls,  Audrey Hepburn.

Sejak bila dibuka?  
Walaupun masih belum ada official opening ceremony (sebab Syaz masih sibuk kat KL),  tapi BTF dah beroperasi lebih satu bulan (sebulan before raya).


Waktu perniagaan?
Salon di buka pada hari Selasa - Ahad jam12 tengahari sampai 9 malam.  Tapi Isnin pun depa bukak juga (KENA BUAT APPOINTMENT DULU).  Untuk temujanji u olls boleh hubungi Ms.  Katy Fazura di talian 017-4585268.

Services dan harga?
Selain memotong dan mencuci,  they olls ada semua service like rebonding,  relaxing,  hair treatment,  perming,  colouring dan segala maknena yang lain.  Insya allah in the future mereka akan buat service hair and make up untuk mereka yang nak pi dinner dan segala.   Kerlass!!

And not only Katy seorang pembuat rambut yang best (satgi baca kat bawah),  malah harga yang dikenakan kepada customer siriesly sangat berpatutan.  Orang KL sila makan hati ya,  we olls dapat colour rambut kat sini from RM80 ++ only.


My experience di BTF
Setibanya akak kat BTF,  akak disambut mesra oleh Katy (akak first time jumpa dia ) dan beberapa adik-adik Penang.  Oohhh sungguh meriah.  Rasa macam mai melepak kat rumah sendiri.  Hilal Yusof,  wedding planner adik i pun ada kat sini.  So we olls terus sembang-sembang berkenalan dan bincang nak buat apa.  Akak dan En.  Khafi dua dua nak colour rambut.

Akak nak colour yang akak tak pernah buat iaitu chestnut and En.  Khafi pilih warna merah.  Detu over!



Akak lupa nak tanya dan tengok apa jenama pewarna yang digunakan,  tapi tak busuk dan juga tak berapa nak gatai kat kepala.  I really like it.  And Ms.  Katy pun sangat teliti masa membubuh warna di rambut akak.  Takdak la over over sampai terkena kat telinga dan atas dahi.

After like 1 hour lebih,  dia pun basuh dan bubuh treatment semua kat akak.  Lepas tu dia pun blow rambut akak jadi cantek.

Apa yang akak suka ialah,  depa tak sibuk sibuk pun tanya "Nak shampoo mahai ke murah?"  Bagi akak tu semua trick nak caj lebih kat customer.  Dia buat saja yang mana dia rasa sesuai untuk rambut kita.

So inilah hasilnya,  akak bergambar ala-ala wanita regalia dengan Ms.  Katy.  Oh kecantikan akak tenggelam di sebelah wanita cantek ini.  Makan hati seketika.


Artist lain yang pernah mai sini....(OHH ARTIST LAIN....gituuuu)

Black Mentor datang Beyond The Fringe Hair Salon, Bukit Jambul for hair cut.

And in case u olls nak tau,   inilah sepupu i Nurul Syazwani one of the owner of Beyond the Fringe Salon.  Kot kot la ampa pi Salon nampak pompuan cantek ni,  tegur la dia.  Panggil dia Syaz. (Ya....memang beradik-beradik i olls semua memang penuh kecantikan). 

Baiklah,  untuk semua pembaca blog Jumie Samsudin,  Beyond the Fringe ada berikan tawaran istimewa untuk ampa semua.  What you need to do,  print this coupon and present this to Ms.  Katy.  Coupun discount ini valid untuk 50 orang pembaca yang pertama.  SO U OLLS KENA CEPAT-CEPAT PRINT DAN BUAT APPOINTMENT DENGAN MS.  KATY.  First come first serve basis.



For more info :  
Salon Adress :  No 3A-4-25,  4th Floor,  Bukit Jambul Complex,  Penang
Call Katy (+6017-4585268) for an appointment!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE