18.10.12

"Apa Nak Jadi Kat U Jumizah?"

Hello u olls,

Hari ini akak nak buat luahan perasaan tentang satu tragedi yang berlaku tidak lama dulu di USM.  Walaupun tiada pertumpahan darah ataupun tanah runtuh,  tapi akak tetap nak panggil situasi ini sebagai tragedi.

Ianya tentang seorang Hamba Allah yang sama sama bekerja dengan I olls di USM ini.  I olls kenali dia sejak i olls mula-mula masuk kerja USM.  Dia pula ialah seorang staf yang agak senior dan amat disegani oleh sekelian alam.

The thing about this Hamba Allah ialah,  akak tak tau pasai pa,  dia amat kenallllllllll akak.  Kalau jumpa akak,  mesti dia nak tegur akak!!!  Kalau dengar suara dalam fon pun....dia dah boleh rekoknais akak "Ni Jumizah ka? Haaa....lani duk berisi lagi ka?  Bila nak join KELAB OBESITI?"

Haaaaaaa.....gituuu soalan dia.  Apatah lagi kalau jumpa di mana-mana majlis kenduri kendara dan lebih worse apabila jumpa dalam majlis-majlis formal di dalam USM.  Depan-depan khayalak ramai dia akan fire tentang ke-agam-an akak.

Pada awal kerjaya I olls di USM (masa kursus Induksi itu) akak tidak lah seberapa besar sizenya seperti mana i olls sekarang.  Dulu boleh feeling-feeling kebaya pendek lagi u olls.  Tapi takdaklah kuruih macam  Nora Danish apatah lagi Abu kumpulan Mamu Raja Lawak.  Kot mana pun,  akak memang agam.  Naturally volapsyes gitu.  Dan perlahan-perlahan,  badan pun makin lah agam sejak menjak duduk kat USM ni.  Apatah lagi selepas mengahwinkan diri.

Tapi nak bagitau teruih terang kat ampa,  walaupun akak ni kategori American Size.  Tapi akak bukanlah agam ala-ala Syani ataupun Enot pelakon drama TV tu.  Sapa pernah tengok akak live? Sila angkat tangan.  Bak kata Sha Fadil "Jumie hang taklah besak sangat......hang ni kategori agam yang kecik,"  GETOOOO! Sha mengaku sekarang.

Ermmmm!! Tak tau la macam mana nak cakap.  Akak tak tinggi sangat,  my height is only like 161.  And berat akak yes,  almost 90kg.  Tapi paling best badan akak ini ialah akak ada shape ya puan-puan semua.  Kalau pakai baju apa-apa ka,  tetap nampak meleps.  Cuma sekarang ni akak tak berapa feeling nak pakai baju-baju yang mencolok mata dan menunjukkan klivej ala-ala zaman muda remaja u olls.  Akak dah wanita sekarang.  Kenalah berpakaian mengikut usia dan status.

Okay,  berbalik kepada luahan perasaan tentang tragedi yang berlaku kepada akak dan juga staff USM yang akak maksudkan tadi.  Hamba Allah ini merupakan seorang yang blessed dengan bentuk badan yang kurus dan langsing sampai dia kertu.  Hasil daripada diet yang teratur,  rajin eksesais ataupun simply.........dia dinugerahkan oleh Allah dengan metabolisma yang super tinggi.  So macam mana dia makan banyak pun,  lemak dia pecah dengan cepat.

So,  disebabkan beliau dianugerahkan badan yang selim melim itu,  so beliau memang suka attack 'kecantikan' akak.

Paling ngeri sekali,  apabila secara tidak sengaja akak bertemu dengan beliau di depan pejabat Soc Sc. Waktu itu,  dia kena datang office kami untuk attend kursus apaka tak tau.  Akak pulakkkkkkkkkkkkkk dah terlambat nak sembunyiiii!!!!  SOOOOOOOOOOO TEPAKSA LA PI BUAT BUAT SALAM DENGAN DIA.......................tapi belum sempat akak nak kata apa .....nenjiaaaaaaaa

"Apa nak jadi kat U ni Jumizah?"  teruuuuuuuuuuuiihhhh dia fire akak seperti makcik-makcik firasyat.  Style mata tengok I atas bawah.  Tak sempat nak bagi Assalamualaikum pun.  Akak pun senyum termonyeh-monyeh dan berkata

"Hehehe....doktor sihat?"  tanya akak dengan penuh sopan sambil salam dengan beliau.

"Saya memang sihat.  Tengok saya ni macam mana?  Kamu tu.....awat makin besak lani. Banyak risiko penyakit semua.  Bila kamu nak kurus?"  kata Hamba Allah itu lagi.  Kalau lah orang itu setakat kakak-kakak taraf Mariamah Tijo pakai handbag Charles and Keith macam I,  haruslah i akan dia carut balik.  Tapi ini taraf mak-mak ayam besar taraf pakai beg LV bagai.  So haruslah akak menunduk layu tanda kalah u olls.

"Nak buat macam mana.....rezeki kerja USM,"  akak memberikan kata-kata nista.  Dalam hati akak membuak-buak panasnya hanya Allah yang tahu.

"Ni mesti BMI kamu more than 30?  Bila nak sign up kelab OBESITI"  Aiiiiyooooo dia caras akak lagi.

Akak pun senyum senyum simpul and kebetulan ada orang mai sembang kat tepi dia,  so akak terus angkat kaki dan belah.  Cepat-cepat akak on YM kat PC akak dan contact marhayam Azura Jaapar dan buat luahan hati!!!

Kepada kawan-kawan USM semua,  sapa yang baca cerita akak hari ni mesti u olls boleh agak siapa Hamba Allah itu.  Akak tak mau tulis dia siapa.  Sebab nanti akak kena saman dan dituduh sebagai publisiti murahan gitu.  Tapi siriesly,  akak sangat kecewa dengan ketiadaan etika profesionalisme dalam jiwa seorang pengamal perubatan seperti beliau.

Kalaupun memang betul niatnya menegur akak ke arah kebaikan,  tapi kalau teguran itu pun dah membuatkan orang rasa aib and marah,  so kot mana nak mai kebaikan?

Bayangkan dia boleh sound akak depan-depan macam ni,  macammana pulak kawan-kawan staf lain yang berbadan agam macam akak?  Adakah mereka terima nasib yang sama macam akak?  Ataupun akak sorang mangsa serangan peribadi begini?  Kalaulah ramai orang lain juga terima nasib macam akak,  then i understand kalau tak ramai orang nak join kelab ini!!!!

Because gemok is very personal u olls.  Yes,  kami suka makan dan kami tak berapa suka eksesais.  Tapi ampa kena faham,  ada juga orang yang jadi gemok sebab kesusahan yang berlaku dalam hidup dia.  Mungkin,  dia pernah lalui depression hebat dalam hidup dia sampai dia makan tak berhenti dan jadi gemok.  Ataupun,  memang keturunan dia semua gemok.  Bukan kami saja-saja makan bagi gemok untuk masuk pertandingan pecah rekod,  STAFF PALING GEMOK DI USM.  Haaaa!!  Yang tu bolehla u mai sound-sound tepek kat muka we olls kan?

Maybe that is the reason why KELAB OBESITI tidak begitu popular dengan staf USM yang mempunyai BMI 30 ke atas macam akak.  Nama kelab pun dah cukup stigma u olls.......OBESITI.  Gilaaaa memalukan u olls.

"Hang masuk kelab apa wehs?"  "Aku masuk kelab Obesiti,"  Sama ada orang tu akan gelak kat kita,  ataupun orang tu akan buat analisa lagi pandai seperti "Buat apa masuk kelab Obesiti tu semua,  mai aku rekemen hang makan herbelaif,"  haaaaaaaaaaaaaa pulokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Tukar la nama Kelab Obesiti tu kepada nama lain yang lebih menyenangkan seperti  "Kelab I LOVE MY BODY" ataupun "Kelab Saya Sayang Badan Saya Yang Cantek" ataupun "Kelab Kurus Untuk Sihat"  ........haaaaaaaaaaaaaaa gitu!!!  So maybe,  orang tak berapa agam macam kami pun boleh masuk sebab depa akan belajar macam mana nak maintain the body!

Itu sahaja yang akak nak share dengan u olls.  I dont want to say,  "Oh...suami akak tak marah pun akak gemok...dia suka akak gemok,"  En.  Khafi hari hari perli akak gemok.  Tapi dia perli yang lawak-lawak la.  Akak tak terasa sangat,  sebab bagi akak dia tak hina akak.  Kalau dia over-over perli akak,  senang je.....HANTAR I BALIK TANGKAK?  (Ehkkk....Tangkak rumah siapa?)

Tapi at the end of the day,  YES,  kita yang gemok ni kenalah jaga diri,  kalau tengok dah jalan pun dah lelah,  tengok-tengoklah apa yang kita makan.  Jangan main sentai saja satu hari 4 kali makan nasik kandar Deen.  Kalau ada peluang eksesais,  eksesaislah.  Jangan duk biar badan kita jadi gemok busuk dan suka pakai baju kecik-kecik membuatkan orang loya tengok kita.  Remember,  orang gemok macam kita,  kena always look presentable.

Orang kuruih pun,    belum tentu sihat walafiat u olls.  Kurus tapi kolesterol tinggi.  Tup tup esok lusa demam panaih,  sakaratulmaut mai cabut nyawa..........haaaa dia tak kira pun hang kuruih ka rendah.  Dia mai on time!!

Love,

Jumie Samsudin
Simbol Wanita Agam yang Sangat Confident dengan Diri Sendiri
dan
Lambang Wanita Kecantikan


Jom tengok gambar bentuk-bentuk badan akak yang berubah mengikut zaman (GITU!)

2009 - Rasanya,  inilah masa paling kuruih sekali.  Siap masuk majalah RAPI sebab berjaya kuruskan badan.  It took a lot of effort (selain sedang makan hati sebab baru putus cinta gila babi punya dengan En.  Duda)  i olls memang ada amik supplement bagi kurus badan,  makan nasik seminggu sekali and paling penting akak sangat sakan pergi gym (Fitness First masa ni).  

2009 - Zaman Kak Janz.  I tak kurus sangat dah.  Tapi cutting tetap meleps.  Kau mampu tengok paha akak? Beyonce putih sangat kan?
2010 - Time ni duk mai kembang dah.....hahahah...nohorommmmmmmmmmm!

2011 - Masa ni dah bertunang dengan En.  Khafi....kerlas kan akak?  

2012 -  Ini the latest picture la u olls.  Yes,  akak dah memang agam berbanding gambar-gambar akak sebelum ni.  HEHEHE.  Doktor suruh akak kuruskan badan lebih kurang 20% lagi untuk memudahkan akak mengandungkan diri.  Tapi nampaknya,  akak begitu malas untuk berusaha ke arah itu.  En.  Khafi pun kata nak sign up akak masuk gym balik....tak masuk-masuk lagi pun.  Maybe,  tunggu Aishah Aljuned lepas pantang.  Feeewwittt...boleh pi gym sama-sama.


ps/  Hey pompuan! DONT HATE ME COZ IM BEAUTIFUL

16 comments:

  1. kerlassss kak jumie!!
    saya suka entry ni..!

    walaupun saya bukanlah kategori agam, tapi kelorga saya banyak yang agam. especially mak ngan kak saya.
    And mak saya sangat tidak suka bila pi buat checkup saja, mesti orang duk kata BMI mak saya terlebih, atau senang cerita, obesiti.

    Mula la duk cerita pasai keburukan orang gemuk ni, sampai satu tahap, mak saya pi sign kompeni nak bagi kuruih, bayaq ribu-ribu, tapi lani malaih dah nak pi sebab orang kat sana semua pentipu.

    Walaupun mak saya wanita berbadan agam, tapi mak saya alhamdulillah, sehat wal'afiat. Takdak penyakit yang selalu dikaitkan dengan orang berbadan besaq ni.
    Bahkan, mak saya lebih sihat dari kawan-kawan dia hat kuruih keding tu.

    Saya paling suka dengan orang yang badan agam, and tahu jaga penampilan, macam kak Jumie, kak Adibah Noor, Oprah, Queen Latifah, dan idola saya, opkos la mak saya sendiri.
    sebab walaupun depa agam, tapi self konfiden depa sangat tinggi justeru itu teruih menampakkan kecantikan depa. gituu..

    Walaupun saya tak kenai sapa itu staff USM yang bermulut puaka itu, tapi percayalah, kalau saya di tempat jumie, memang saya akan layangkan sekeping email kepada dia, supaya dia tersedaq akan etika dia.
    Mungkin jugak dia perlu pi belajaq balik saikologi, lagu mana nak approach orang elok-elok.

    Panjang sudah celoteh saya, harap kak jumie tak marah.
    I lap u so strong lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih................................:) i lef u too.

      Delete
  2. hahahahaha..meletop kak jumie..kih3..suka baca..duk gelak sorang2...sebenarnya kevin zahri cakap BMI tu bukan ukuran sebenar la...kita kena tgk genetik,rangka...ada la baca dulu..huhu..ape2 just be confident with urself right..hehehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam. Nasib baik lah yg kena tuh Jumizah.. Klu Zuhaina ka.. tak aku kira lah hang tuh doktot ka apa.. klu dah mentaliti cam noharom, tak dak maknanya,.. Kami masuk herja 40, lah nih dah mencecah 70.. ada juga mulut2 aser cam tuh.. tp mmg aku balaih pedas2.. so, bila jumpa mmg dia dah tak berani nak laser2 dah. fedulik apa ku hg opangkat tinggi tapt tak reti dak beradap.. U tau apa yg kami balih kat dia?? Kami kata lah -dak gemuk ka,nak kuruih ka, aku yg pilih cara hidup aku.. walupun aku gemuks, yg penting aku bahagia dan menikmati makanan aku.. apa guna cantik, nikmat makan hilang, kuruih-tp still laki curang... Cam akami, bersenam jugak 2 kali seminggu, tp mmg tak kuruih lah, klu dah makan ja kherjanya.. nasi 1x ja sehari, tp dlm 1senduk ja.. selainnya kami makan oat ganti nasi.. tp mai tang makanan len, mmg kami bujur lalu melintang patah..
      bila dah fire dia lagu tuh, baru dia tau langit tuh tinggi ka rendah. Aku memang KERAni n dia Tu ada Phd.. tp memang dia sentap lah masa tuh.. nak2 plk aku boh masa dok dalam auditorium.. sblm ni dokdgr ja crita... tp memg kena buku nruas lah.. mati esok, kuruih ka gemok ka, khubuq juga perginya..
      kami siap tambah, apa guna kuruih kerin, klu pahala gemuks.. asal cakap bukak mulut-nyakit hati org ja.. teruih dia banun meninggalkan auditorium.. baru ada akai ckit..
      tuh thn lepas pya crita lah.. so, org cam ni sesekali mmg kena taram ckit.. br berakai..

      Delete
  3. tiba-tiba bagi semangat kat saya nak kuruih semula.. hehehe.. last sekali jumpa akak masa pengiraan pilihan raya kampus kat DUP, akak laaaa Pengerusi Meja yang paling gojes sekali.. btw sapa dia setaf tu, teringin gak nak tau. haha. dia kerja jabatan mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Syahmi...tula....dengan sanggul ala-ala Kim K kan? HAHAHA. Anyway.....u pikir sat kat i. Kat USM ni, sapa yang duk handle Kelab Obesiti semua? HIHI

      Delete
    2. Hahaha, nasib meja Kak Jumie xdak problems time tu. Kami pening ngan bnyk Pengerusi Meja. Eh, jap, ni yg nak mensetolk nih. kelab Obesiti ni, bawah Pusat Sejahtera ka? Gila wujud rupanya kelab nama lgu tuh.. gila tak kemersial.. hahhaha

      Delete
  4. mmg tak sayang mulut betoi...agak2 la kan kalau nk tegur org tu...
    tp mmg ada pesen org gini...
    dia lum jumpa buku n ruas lg jumie...
    sabaq naaaa...pada masa dia dh jmpe ruas tu...baru la dia tau langit tu tinggi ka rendah...
    but take care of ur health...ramai kot y sayang kat hang jumie...
    ce try buat contest sapa sayang jumie... ;)

    ReplyDelete
  5. kluar jugak dlm blog cite ni ehhhh???!!! hehehhehe... i kenal sgt la itu hamba Allah... tp i setuju la dgn mentaliti u, walopun berbadan agam (bahasa halus dan manisnye) ataupun gemok (bahasa durjana) tapi otak dan penampilan kita yg membezakan kita dgn yg kuruih.. kalau bdn kuruih tp otak x guna untuk mencantikkan penampilan diri dan budi bahasa - xdak guna jugak..

    i xmo nak ulas panjang2 dh.. sbb kita pun dh ulas benda ni panjang2 dh kan.. tp satu je nak bg contoh, masa i ngandungkan baby Amanda last yr, berat i mencecah 92kg.. x tipu.. Doktor kat klinik tu asyik dok suruh i buat test tu la.. test ni la takut kene darah tinggi ngan kencin maneh.. tp apa yg menakjubkan, Alhamdulillah Syukur, walopun obes tp kesihatan dari awal kehamilan smpi la melahirkan adalah tahap perfect!! Alhamdulillah xdak sakit apa pun. test tu test ni semua elok... Alhamdulillah sgt.. syukur.. kesimpulannya, org yg gemuk ni mmg berpotensi sbg pengundang penyakit.. tp x semestinya sakit... dan yg kuruih pun x semestinya sehat.. bagaimana keadaan body kita, hanya kita yg tentukan.. kalau nak biaq body gemok camtu ja, kompom la penyakit hinggap... tp kalau pandai kontrol - insyaallah, kesihatan milik kita..

    p/s: i ollss gemok pun sbb terlalu obses nak kuruih.. dulu body mcm ziana zain saja.. tp besa la dh kuruih tp x sedaq diri.. dok kata gemok lg.. dok mkn mcm2 la supplement dan ubat kuruih nak bg lg kuruih.. last2 kene admit hospital sbb ubat2 tu semua dh memberi kesan.. mmg sgt kuruih, tp lepas tu begini la hasilnya - bambammey... smpi la ni, kalau try ja amik apa2 produk menguruskan badan mmg end up akan masuk spital sbb darah x stabil.. jadinya enjoy ur food and ur life but not too cruel to ur body.. sederhana sudah.. janji happy kompom sehat..

    ReplyDelete
  6. hai chumie.. wai yu so fetttt?

    *laaaaaaaaaaaaaaaariiiiiiiiiiiiey*

    ReplyDelete
  7. Sejak dari ayat hang "Dr Sihat?" Truih aku kenai dah dia nie, dia memang seorang yang baik, caring bagai, tapi sampai tahap annoying tak boleh jugak kan. Aku kena dengan dia "jangan sampai awak membesar sampai nak lalu pintu pon tak lepas" Kelasss. Anyway terpulang pada diri kita sebenarnya, asal kita ok dah confident dengan badan kita tak payah la ubah apa-apa, tapi kalu tahap boleh menurunkan semangat kita untuk berjumpa orang ramai, ubah la mana yang patut dan ape yang penting, kesihatan tu kene jaga, tak semestinya pada badan, ikut pilihan makanan yang kita amik jugak kan. Cam hang cakap tak semestinya kurus itu sihat, dan tak semestinya gemuk itu tak sihat.

    ReplyDelete
  8. i tak berniat nak bagi moral support kat u...sbb i tau u memang sangat confident dengan diri sendiri...tapi i still nak share...i think our bmi almost the same...tinggi dengan berat kita tak jauh beza pon...cuma i bertuah sikit sebab takde berhampiran dengan hamba Allah seperti itu...i nikah lewat sket dari u...tapi rezeki i, i telah mengandungkan diri i 2 bln lepas nikah...now dah more than 6 months pregnant and so far everything was good and under control...bukan nak cakap besar, tp setakat ni takde diabetes or high blood pressure, hemoglobin pon bagus, calcium pun cukup...my baby pun so far so good, everything developed in normal rate...takde plak doctor cakap baby i terover load macam mak dia ni...doctor siap pesan kalo boleh menten gini sampai la deliver nanti...my point is, walaupun kita ni obes, tak semestinya kita duk simpan semua penyakit dan akan mati awal dari org yang kurus...pandai-pandai la jaga kesihatan diri...takde sapa pun duk lahir-lahir mintak jadi gemuk...ye tak? pasal baby, i percaya tuhan kasi rezeki kat kita pada masa yg terbaik... maybe its just not your time yet...pape pun, perjalanan kita sama-sama masih jauh...doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan org sekeliling...

    ReplyDelete
  9. I like your baju 2011 tu Jumie, cantik sangat!

    ReplyDelete
  10. Saya ada ramai kawan yang agam2 belaka. Saya selesa berkawan dengan diorg sebabkan ketulusan dan kerendahan hati mereka. Saya kureng kawan yang berpenampilan ala-ala artis, kurus selim sexy mexy. Kalau kawan2 kurus pun kebanyakannya yg low profile, penampilan ala kadar aje. Jangan kuruskan badan kerana nak puaskan hati orang. Apa yg penting, jaga kesihatan, jaga sikap dan berpakaian sesuai. Bila presentable, orang akan senang dengan kita, berbanding org2 kurus yang berlagak diva tu :)
    Suka baca entry u ni.

    ReplyDelete
  11. halah halah halah Dr ni... bercakap tak pandang kiri kanan... akak.. kes2 camni, akak call je ahli2 persatuan yg lain... dengan 1 panggilan... lunyai la Dr itew... badan leh kurus... tapi kalau muka sadis cam Dr apa pun tak bley Dr... ( walaupun tak tahu upe Dr itew kan... ade aku kesah?? hahaha!)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...