2.10.12

Baby Shower Aishah Aljuned (Kawan Kembak Saya)

Hello u olls semua,

Just nak share dengan u olls sweet moments antara i olls dan kawan-kawan masa mengadakan majlis kesyukuran untuk Aishah yang akan melahirkan anak sulong beliau tidak lama lagi.  Sapa tak ingat Aishah Aljuned yang mana satu,  please read here  :  Majlis Pernikahan Aishah Aljuned Dan Edros Zubir

Alhamdulilah,  Aishah adalah yang pertama mengandung dalam geng kami semua.  And kami sangat-sangat happy kat dia.  Kalau boleh nak tolong amik sikit segala kesusahan pregnancy yang dia lalui dan tanggung sorang sikit.

Majlis kesyukuran ini diadakan di rumah adik kembar dia Asmaa Aljuned di Kota Damansara.  Makan semua disediakan oleh Asmaa dan rakan-rakan kami yang lain.  Akak feeling naik flight dari Penang turun on time bila start makan jer.  HAHAH Kekwat kan akak?  (Tapi sebab akak ada make up u olls,  so tak boleh datang KL awal).

Sat sahaja masa berlalu dan kami semua mendoakan agar Aishah selamat bersalin dengan jayanya dan dikurniakan kesihatan dan kekuatan dari Allah SWT.  Juga kami doakan agar baby 'girl' yang akan keluar ini akan keluar SIHAT,  comel dan penuh kecantikan (seperti Aunty Mak (Asmaa),  Mok (akak),  Aunty Non (Nonie),  Aunty Nadia,  Aunty Ezrin dan Aunty Syaz dan aunty-aunty nya yang lain).  Kami tak sabar nak tengok dia.

And of coz.....(alaa....satgi Edros bacia ni takdak nama dia kecik ati pulak),  selamat menjadi bapa.  Aku tau hang akan jadi seorang bapa yang COOL dan BEST.  Kami semua pun sayang hang jugak.

Love,

Mok

Jom tengok gambar (dari camera akak dan Instagram Edros)



Makanan yang sangat sedap-sedap.  We had BBQ.  Asmaa yang marinate segala mak nena ni semua.  Paling meletops is the kambing.  Asmaa marinate kambing dia 3 hari!!  Fuiiyooo.  Memang sedap gila.  Potato salad pun sangat sedap.  And ada macam-macam makanan lain yang dibawak oleh kawan-kawan semua.  Semua sedap.  

Kami pose sahaja kat sebelah tu.  Asmaa yang buat kerja kuat :)



Aunty Ezrin,  Aunty Syaz and Aunty Mak.

Anak Mardhiyah (cousin Aishah dan Asmaa)  sangat hemsem budak ini.  Tapi pipi dia kena gigit nyamuk.

Sessi bukak hadiah :)

Stocking comei dari Aunty Syaz.

Baju kimono baby daripada Aunty Mardhiah.

Aunty Mak and Uncle Kimi bagi baju banyak banyak.  Semua baju tangan panjang semua (Muslimah u olls)

Aunty Ezrin bagi cupcakes +wondermilk yang sangat sedap gila gila punya!  Akak boleh makan satu kotak ni kat akak sorang,  tapi akak tetamu yang beretika.

Edros dan perut.  

Aunty Nonie sedang memberikan hadiah kepada Aishah.  (Hadiah tu kami share dorang)  HADIAH KAMI PALING MELETOPS SEKALI.  INSAT AMPA TENGOK PADIA.

Aishah gelak teruih tengok hadiah kami bubuh dalam bunjut warna purple.  :)


Kami kata kat Aishah "Semua orang bagi hang hadiah baju kat baby ja.  Takdak sapa bagi kat hang.  So kami bagilah 'pantang surviving kit'.  Ada halia,  bawang putih,  lada sulah and ikan kering and ikan masing......."  Hehehe

Kami empat orang.  Nak bubuh gambar kami semua ramai-ramai peluk perut Aishah.  Tapi macam tak boleh sebab Aishah duduk tak elok.  


*Artikel ni ditulis pada kala senja,  Rabu,  26 September 2012.  Iman tak dilahirkan lagi.  Lagi 20 tahun,  kalau Iman baca ni,  dia akan senyum sorang-sorang.

4 comments:

  1. Puas baca+scroll....

    Aisyah da bersalin lom?? Hehe... Kalo dah, congrats :)

    ReplyDelete
  2. selamat melahirkan buat aisyah.. semoga ibu n baby dua2 selamat ;)

    ReplyDelete
  3. Padia rumah aku kota damansara? Gila aih deni silap. Lenkali mai lagi naa, aku bawak pi ikea.

    ReplyDelete
  4. mana gambaq coq jagong aku? hahaha tima kasih buat artikel ni. besok anak aku besaq aku suroh dia baca. hadiah hg dgn nonie meletops! bapak aku duk tanya bila nak masak tak brenti2. susah la bapak arab skema ni.. pantang pun tak tau apa (-_____-)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...