8.10.12

Bercuti di Cameron Highland part I : Perjalanan dan Smokehouse

Hello u olls,

Hari ini akak ingin berkongsi dengan u olls,  pengalaman manis serta informasi berguna sepanjang akak berada di Cameron Highlands last few weeks.  Walaupun last minit punya plan,  walaupun sangat short trip (2 hari 1 malam),  tapi sangat worth it dan kami tak sabar nak plan untuk next holiday.  Akak akan buat artikel banyak-banyak.  Kalau buat satu artikel dan compile semua rasanya macam tak puas nak bercerita u olls!!

Perjalanan
Bertolak dari Penang jam 6.50pagi.


Kami akan naik ke Cameron Highland dari exit tol PLUS Simpang Pulai.  Ini adalah kerana lebih dekat kalau datang dari Utara dan jalannya lebih luas dan lebih selesa.  Ramai pelancong dari Selatan pun sanggup drive naik ke Simpang Pulai sebab nak jalan yang lebih selesa.

Harga tol dari Juru ke Simpang Pulai RM18.60.

Masa nak naik kita akan jumpa banyak perkampungan orang Asli.  Sapa kat sini tau pasaipa kampung orang Asli dinamakan POS?  Sapa-sapa boleh share?  Pagi-pagi camtu,  boleh nampak ramai orang Asli yang dah keluar dan setting bukak tempat meniaga depa sepanjang jalan naik bukit.  Tiba-tiba kami nampak dari jauh,  satu aunty orang Asli ni,  dia pakai baju kurung (takdak kain) lusuh dan rambut dia gerbang-gerbang warna putih....WEHSS!!  Horrorrr!! Akak rasa macam jantung akak tekeluak.  Angker sangat u ollls.

Ramai orang Asli jual madu lebah dan juga hasil hutan.  Satu botol kecik (macam botoi kicap cap kipad udang yang kecik tu) RM30 untuk madu tualang yang warna itam.  Kalau botol besar RM50.

Bila masuk Kampung Raja,  dah boleh start rasa sejuk2 gitu.  So kami tutup aircond dan terus buka tingkap.  Pastu sua muka kot tingkap,  akan rasa macam sijuik sahaja.  

Kami tiba di Kuala Terla lebih kurang 9am.  Sangat terkejut dengan pembukaan tanah-tanah baru untuk penanam sayur.  Sangat berleluasa u olls.  Sejauh mata memandang,  sejauh itulah kita boleh nampak kebun-kebun semua bagai.

Kebun kebun kebun as far as the eyes can see.


I DONT KNOW WHAT TO SAY.  INI SEMUA GAMBAR MASA KAT KUALA TERLA.

Jalan raya sepanjang Kuala Terla sangat sibuk dengan lori bawak baja dan sayur mayur.  Jalan rayanya pun kotor dan berdebu u olls.

Akak sangat sedih sebab mengapa they olls bukak tanah untuk buat kebun ni banyak-banyak sangat? kerajaan kita luluskan semua ni ke?  Ataupun ada salah guna kuasa?

Tapi ada rasionalnya,  rakyat Malaysia semakin bertambah.  Permintaan bekalan sayuran tinggi.  So of coz kita kena tanam lebih banyak sayur.  Kalau tak cukup kena import pula.  Rakyat Malaysia makin ramai dan makin kaya sekarang.  Siang malam makan,  kenduri,  makan,  kenduri kan noks?  So haruslah kena tanam pokok banyak-banyak.

Ye Olde Smokehouse Cameron Highlands 
Kami tiba di Tanah Rata Cameron Highland lebih kurang 10am.  Ronda-ronda sampai atas.  Saja pusing-pusing dulu tengok jalan.  Pagi tu tak sesak lagi.  And we stopped at Ye Olde Smokehouse Cameron Highlands untuk nak tanya,  pukul berapa bilik kami boleh siap?  Di samping itu bolehla kami berenti kencing dan refresh diri.



Kisahnya,  bilik kami memang dah ready dan pihak hotel pun tak kisah nak bagi kami check in awal.  So happpy!!  

Harga stay satu malam di Smokehouse,  Cameron Highland adalah lebih kurang RM400++ termasuk full English breakfast for two.  Kalau amik pakej honeymoon 3hari 2malam,  harga dia RM1800++.  Apa -apa ampa boleh terus buka website dia dan call the hotel untuk more information  :  http://www.facebook.com/smokehousehotel

Bilik kami.  Tak besar sangat.


Terrace depan bilik kami. Best woo lepak malam-malam depan ni.  Sejuk gila.  Pekena teh panaih.

Us.

Kami dua ni first honeymoon,  kami pun feeling nak duduk hotel yang betul betul meletops,  bersih dan selesa.  Takpalah kalau nak keluar duit lebih sikit pun.  Bak kata En.  Khafi "Ini atas nama honeymoon.  Lepas ni,  semua perbelanjaan digunakan atas nama percutian,"  Haaa...gitu kan?

Actually akak memang feeling nak mai CH sejak before akak kawen lagi u ollls.  Akak memang duk sebut kat En.  Khafi.  And akak kata,  kalau first honeymoon akak feeling nak duduk banglo hotel ala-ala English style ni.  Lepas pada ni...takdak dah laa.....JANJI TEMPAT TU BOLEH TIDOK :)
Note : Masa cerita ni kat Mama Zarina I,  En.  Khafi kata yang dia amik hotel mahal ni hanya sebab ini first honeymoon.  After this no more suite and all.  Mama Zarina terus jadi tengok dengan muka firasyat ke arah Khafi dan berkata "What do you mean?"  Hahaha
Kat CH banglo yang berkonsepkan ala-ala English garden ni semua ada 3 yang utama.  Smokehouse,  Lakehouse dan Bala Challete.  Akak check it out 3 - 3 tempat.

Lakehouse,  sangat sangat sangat jauh!!  Kalau kita naik CH dari Tapah,  kita akan jumpa Lake House dulu.  Dari Lakehouse nak ke Tanah Rata pun lebih kurang 10km u olls!  Tapi hotel ini memang paling mahal antara 3 banglo hotel ni dan antara partnership depa ialah Hardrock Hotel.  So memang pasti service meletops.  Tapi pikiak jauh sangat u ollls!

Bala Chalette pulak,  paling murah antara depa 3 tempat.  Tapi murah pun nak dekat RM300 juga la.  Tapi bila baca hotel review,  banyak guest yang bagi bad review kat hotel ni.  Dan ada yang share gambar2 yang tak menyeronokkan.

Kami pilih Smokehouse sebab dia kat tengah-tengah,  mudah untuk ke sana ke mari especially tempat makan (Tanah Rata).  That's why kami pilih sikit.  Alhamdulillah memang puas hati,  cuma (kekwatkan akak...tetap ada cumaa...cumaa),  alangkah lebih meletops kalau kat dalam bilik ada bunga fresh ka apa semua.  Baru rasa macam meletops sikit.

Suami akak yang dipaksa berposing di bawah bunga.  Kat sini ja banyak gambar.  Nanti kat tempat lain semua penuh gambar akak je dalam alebem.

Akak tak tau pasaipa akak buat mulut macam tu.  Macam ser.

Gambar-gambar bunga yang cantek-cantek.

Pastu taman kat keliling Smokehouse memang sangat meletops u olls.  Cantek semuanya berbunga banyak-banyak.  Akak tanya kat pakcik kebun,  "Saya boleh petik ka?"  Dia kata "Cium boleh...petik tak boleh,"  Alaaa....pakcik ni tak supporting.

Come see the whole photo albums  :  Cameron Highland Trip September 2012

Sekian sahaja.  nanti akak cerita part-part yang lain!

Love u olls,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com