9.10.12

Bercuti di Cameron Highland part III : Makan Makan

Steamboat Nyonya Ferm,  Tanah Rata
Nak mai Cameron Highlands,  semua orang suruh try steamboat.  And bila akak dah sampai CH memang seriously pi mana-mana pun ada steamboat.  Orang CH memang hidup dengan steamboat.  Tak kata depa la.  Tempat depa cuaca sejuk.  Steamboatlah yang sesuai untuk menghangatkan diri depa.  Ada banyak nama kedai yang disajes oleh kawan-kawan akak.  Tapi sebab dah terlalu eksaited kami pun rambang mata nak pi mana satu.

And finally kami pi kat restoren Steamboat Nyonya Ferm di Tanah Rata.  Ada certificate halal.  Owner Chinese.  Pekerja dia multiracial (ada Melayu,  Cina,  Nepal dan Bangla).  Pelanggan yang mai..........semua race ada.  Melayu + Cina + India.  Sangat 1Malaysia u olls.

And siriesly sangat murah!!! 1 kepala RM17 sahaja untuk steamboat yang ada sayur,  ikan,  ayam,  udang and etc.  Pastu kami tambah side order nasi goreng ikan masin.  WEHSSSSSSSSSSSSSSSSSS nasi goreng ikan masin dia adalah nasi goreng ikan masin yang paling sedap di dunia ni yang pernah akak rasa.  Kami sampai bungkus bawak balik!!

Sapa-sapa pi CH,  harus mai cuba makan kat sini.  But please mai awai (like us 8pm dah ada kat situ!!) sebab lepas kami duduk ja nenjia orang mai ramai!

Ini ada gambar alamat kat resit dia. 

Kami amik sup tomyam.

Nasi goreng ikan masin yang ada nenas (ni spesyel untuk akak) yang paling sedap di dunia ini.

Akak muka lapar dan tahan sejuk.

Pi makan kat mana-mana pun di CH.  Please order teh o ais.  Siriesly sangat sedap.

Lepas makan steamboat,  muka akak pun jadi kembang.  Gitu!!

Ini gambar depan kedai steamboat ini.  U olls harus datang.



Full English Breakfast
Pagi di Smokehouse amatlah mendamaikan.  Akak tidok dengan tenang sepanjang malam.  Dan rasa macam dah bangun pukul 8am pun rasa macam dah tidur 6 hari.  Punya freshlah nak kata.  Siap siap semua,  kami pun pergilah breakfast di Smokehouse terrace.

Masa kami sampai,  kami disuruh tunggu kat lobby dulu sebab depa nak set meja.  Kerlasss....so kami pun tunggulah.  Pastu depa bagi kami duduk kat terrace tu ala-ala dalam sangkar burung gitu.  Sangat terang dan rasa macam kat France macam mana ka.

Bila kata English breakfast ni.  So u olls akan diserve macam wanita-wanita bangsawan British la u olls.  Takdak buffet apa semua bagai.  Dia akan bagi u duduk,  pastu abang waiter tu akan bagi u olls menu.  Tapi kat menu tu dia tulis details untuk light breakfast and full breakfast sahaja.  So haruslah akak dan En.  Khafi pilih full breakfast u olls.

Full English breakfast.  Dia akan serve tea / coffee,  jus buah (pilih la nak buah apa).  Akak amik jus tomato and En.  Khafi amik jus oren.  Pastu dia bagi roti, muffin and croissant (bunyi dia kroson).  Oat porridge.  And last sekali baru dia buk mai telur,  hash brown and red beans.  

Walau macam mana meletops pun......................................................tak boleh lawan nasik kandar Kg Melayu with telur rebus and daging.  HEAVENNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!  Dengan teh tarik.

Pose ayu.

"Some people like crazy and shit.  Play with food.  Like fool" - En.  Khafi speaking English.

Tadi sini penuh.  Dah takdak orang,  baru akak amik gambar.

En.  Khafi pose manja untuk ampa.

Sekian,  nantikan artikel yang lain-lain.  Love u olls.

1 comment:

  1. lupa g tau kak jumie... kat CH ada kedai nama orange.. dia punya chicken chop and steak haven.. sgtttttttt the best...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...