Jom Try Diameida Fabulous Mascara

10.10.12

Bercuti di Cameron Highland part V : Mountain Strawberry Farm

Mountain Strawberry Farm
Tak sah kalau mai CH tapi tak masuk kebun stokeri.  Kan?  So akak dan En.  Khafi punya ronda punya ronda.  Dari Habu sampai ke Brinchang.  Masuk Kg Sedia,  Tanah Rata.  Semua stokeri farm ala-ala penuh dengan orang ramai.  Akak tak suka la masuk tempat orang ramai.  Rasa macam semak perut.  Lagipun sebagai seorang selebriti,  akak tak suka la bila duk jalan-jalan orang datang nak mintak sign bagai.  ARRRRHHH.....gitu.


Okay,  so masa kat Brinchang kami nampak satu sign board besar "Mountain Strawberry Farm- Pick your own strawberry".  Signboard tu juga menunjukkan arah yang sama ke Ladang Teh Sg Palas (Ombak Rindu).  So kami pun terus drive ke sana.

Jalan yang simpang siur.

Tapi perjalanan ke lokasi ini sangatlah AIIIYOOOO.  Jalan sempit.  Kiri kanan ada pokok teh.  Jalan cukup-cukup untuk satu kereta sahaja.  Kalau kat corner apa semua,  kita kena bagi hon.  Sapa yang duk buat macam Izzah bergaduh dengan En.  Haris bawak kereta laju-laju kat sini,  memang wajib kena eksiden.  Layak sangat.

Muka akak yang semakin tanned.

Akhirnya we olls pun sampailah kat Mountain Strawberry Park ni.  And yes!! Tak ramai orang!!!  Masa kami sampai ada satu family je tengah kutip-kutip stokeri gitu.

Kami disambut oleh seorang pekerja Bangladesh.  Dia bagi salam dan terus introduce pasai kebun ni semua.  Dia kata kalau nak petik buah RM40 untuk satu kilo.  And kami pun setuju.  And then abang Bangla itu terus bawak we olls pergi ke kebun yang spesyel sikit kat belakang sana sebab dia kata situ stroberi lagi gemok-gemok.  Wahh...gituuu!

Satu lagi yang best pasai Mountain Strawberry Farm ni ialah abang Bangla kat sini adalah sangat pandai amik gambar.  Dia tau je we olls ni tengah honeymoon (Dia ingat akak baru kawen sebab tangan akak merah berinai.  Sebenarnya akak feeling pakai inai sebab Cakcing kawen).  So,  abang Bangla itu pun dengan happynya suruh we olls posing bagai and dia pun amik gambar we olls guna camera akak yang comels itu.

U olls tengok hasilnya!! Meletops u olls!

Meletops tak u olls?  Honeymoon photography package u olls!  Abang tu suruh kami pose pastu dia gambar strawberry depan camera akak.  So nampak macam we olls pegang strawberry besar la u olls.  Funny kan?

Ini gambar we olls tengah petik-petik buah strawberry.  Jom tengok.

Inilah abang Bangla yang pandai mengambil hati kami.

Posing memetik stokeri bersama.  :)

I tell u the buah sangat besar-besar gondu u ollls!!  

Akak rambang mata tak tau nak petik mana.

Hasil petikan we olls!  Puas hati u olls!  And depa pun sangat generous.  Kalau sambil petik,  kita nak amik sebijik dua untuk kita rasa boleh lah.  Kalau nak makan banyak sampai tercirit,  depa tak bagi la u olls!
Ini satu contoh buah strawberry yang kami petik dan bawak balik.  Gila besar kan?   U olls kena faham,  tangan akak pun dah memang besar agam u olls.  

Ini gambar instagram bunga strawberry yang akak amik.  Dari bunga ni,  amik masa 1 setengah bulan untuk jadi buah.  Subhanallah.

Ini salah satu bunga yang tumbuh melata kat kebun ini.  Abang Bangla tu petik dan bagi kat akak.  Dia kata "Ini bunga tumbuh sendiri.  Kita tak tau apa punya.  Tapi dia macam lady shoes,"  gitu!!

Lepas petik strawberry,  kita boleh jalan-jalan tengok kebun sayur dan boleh beli juga ya.  

Bentuk badan akak pun dah macam strawberry kat sini.

Strawberry yang kita kutip akan dibersihkan dan dipack dalam plastik cantek macam ni.  Satu akak nak cakap kat u olls pasai beli strawberry ni.  Kalau boleh,  u olls belilah strawberry yang boleh petik sendiri macam ni.  Bukan sahaja fresh,  malah boleh tahan lama.  Kalau beli kat pasar malam,  chances are,  strawberry itu bukan from CH tapi diimport dari China dan sebagainya malah sudah lembik dan tak tahan lama.  

And of coz,  kena try strawberry milk shakes and vanilla ice cream with strawberry kat sini.  LEBIH SEDAP DARI KASIMANIS.  SIRIES BAK HANG!

For more info about Mountain Strawberry Farm  :


Contact: 05-4912035(Ms Sanda)
Website: http://Mountain.cameron.com.my
Email Address: mountain@cameron.com.my
Business Hours: 8am - 7pm

Location Map

Love,

Jumie Samsudin

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...