10.10.12

Bercuti di Cameron Highland part VI : Sungai Palas Boh Plantation

Sungai Palas Boh Plantation
Hello u olls.  Ini adalah catatan terakhir pasai CH.  So destinasi terakhir yang akak nak review adalah Sungai Palas Boh Plantation.  Boh merupakan syarikat pengeluar teh hitam terbesar di Malaysia dan memulakan business pada tahun 1929.  Nama dia J.A. Russell.  Tapi akak mai sini bukan sebab teh Boh,  scone ataupun J.A Russel.  Akak mai sini sebab akak nak feeling Ombak Rindu.  Sapa-sapa nak mai sini,  tempat ini dibuka dari Selasa sampai Ahad jam 9.00am - 4.30pm.  MONDAY - Closed (except Public Holiday & school term holiday).




Dari pasar kat Brinchang,  u akan nampak satu big sign board yang tulis menuju ke Gunung Brinchang bagai.  So naik kat situ.  Pastu drive up to 2 kilometres.  Macam pergi Mountain Strawberry Park,  u kena naik turun macam orang gila.  I really hated it.  Tapi takpa,  it the end u akan jumpa perkampungan pekerja ladang teh and dari kejauhan u dah boleh nampak terrace dia.

Dari jauh dah boleh nampak dah.  Feeling u olls!

Actually kat atas pun boleh parking,  tapi we olls parking kat bawah and jalan kaki naik atas.  Hiking u olls.

Pose lubang hidung.  En.  Khafi duk buat strecing pinggang kat belakang.

Akak posing aunty-aunty kat sini.

Walaupun akak datang jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh and expected macam tak ramai orang akan mai sini sebab jauh,  tapi nohorommmmmmmmmmmmmmmm punya ramai orang.  Cina,  India,  orang puteh,  Melayu,  Banjar semua ada!!

So akak feeling amik gambar ni la.  Takdak mood nak posing u olls.  Ramai orang. 

Ni dah macam kantin asrama kan?

And because of ramai orang.  Meja semua pun tak berapa nak bersih.  Orang yang jual ayak teh bagai kat counter pun layan kita nan hado sebab they olls nak cepat.  We olls nak order teh o ais,  tapi katanya AIS DAH HABIS.  Gitu. So akak pun beli la teh Gold Blend and scone bagai.  Harga mahal juga ya.  Feeling Starbucks u olls.  Scone and teh yes,  sangat sedap and fresh.  Tapi still rasa macam makan kat kantin sekolah.


And disebabkan oleh banyak orang,  banyak dari pose akak jadi macam ni.  Akak tak boleh focus masa amik gambar sebab setiap kali ada pelancong lain pakai pelik-pelik terus muka akak akan menjadi pelik and kata "Awat detu pakai macam tu?"  Haaaa...begitulah Jumie Samsudin tak sedar diri.

Dekat Sungai Palas Tea Centre ni ada macam-macam benda yang u olls boleh buat.  Selain beli teh (kedai dia),  kita boleh baca macam-macam dia tulis kat pameran.  Boleh pi factory tour (FREE!).  Kita boleh masuk bilik tayangan (depa tunjuk pasai sejarah BOH semua) ataupun jalan-jalan kat ladang.



On our way back.  Akak capture banyak pemandangan yang cantek.  Pokok ini sedang dikeringkan dan dibajakan.  Nak bagi pucuk baru naik. 

Kan best kalau tingkap office akak nampak ni?

Haruslah pose begini.

Sekian sahaja 6 laporan dari akak untuk u olls.  Perjalanan 2 hari 1 malam yang sangat worth it dan detoxifying.  Akak dan En.  Khafi looking forward for our next trip.  Insya allah!!

Love u olls,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...