1.10.12

Dear Jumie : Orang Minat Kat Kita

Hi Jumie,  
Boleh Jumie kupas, betul ke instinct wanita ini betul?
Lagi satu,  camana kita nak tahu yang seseorang tu ada minat kat kita diam-diam? (Kes  : dia tak pernah bagitahu, tapi instinct kita rasa dia ada minat atau suka pada kita. ^.^) 
Juliana Maisarah 


Helloo nyah,

Woww! Soalan hang feeling sangat!  Akak dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak feeling feeling fantasi dea lova macam.  Yelah,  akak pun dah kawen kawen semua kan.  Takkan la nak feeling orang minat kat akak lagi.  Berdosa u olls.  

Instinct Wanita
So,  secara ringkasnya.  BETUL KE INSTINCT WANITA ITU BETUL.  Tiada rujukan saintifik yang menyokong perkara ini.  Tapi akak percaya benda ini betul.  Sejak dulu lagi,  akak selalu percaya pada instict akak.  Contohnya : kalau first time akak jumpa satu orang ni,  akak rasa macam TAK SUKA LA KAT DIA.  Bukan sebab jealous (maybe dia pakai handbag hebat ka apa) no!  Tapi simply kita tak suka kat dia.  So,  esok-esok lusa,  bila dah lama kenal orang tu,  memang betul,  orang tu mesti something wrong macam ting tong ke,  suka fitnah ke,  suka menyampai cerita ke.  Haaa....So akak selalu percaya bahawa instinct wanita adalah sangat strong.  (Tapi jangan over over ya,  nanti jadi paranoid.  Baca sini  :  Jangan Menjadi Paranoid dengan Diri Sendiri)



Orang Minat Dalam Diam
U olls!  Akak bukanlah seorang yang pessimistic.  Dalam pelbagai aspek kehidupan akak,  akak sentiasa cuba untuk jadi seorang yang optimist (GITU).  Tetapi dalam hal ini,  akak kena bagi hang pikiak / consider risiko risiko untuk handle kes macam ni sebab akak pernah mengalaminya.

Kalau betul orang tu dalam diam menyukai kita,  tak semestinya apa yang kita rasa dari dia tu betul.  Kerana bila kita sendiri pun suka kat dia,  lagi la kita akan feeling fantasi macam-macam seolah-olah setiap benda dan tindak tanduk lelaki itu adalah kerana dia suka kat kita dalam diam,  sedangkan hakikatnya tidak.

Pada suatu ketika dahulu,  (zaman kat politeknik),  akak sangat feeling dengan seorang kawan ni.  Dia jurusan Diploma Seni Bina.  Akak sangat minat kat beliau.  Omaigod nak ingat benda ni balik amatlah memalukan ketiak akak.  Akak memang feeling suka kat dia.  Suka yang teramat suka (time tula).  Dia memang hemsem,  tinggi,  putih,  pandai,  and very gentleman (En.  Khafi jeles plaks akak puji lebih lebih ni).

So,  bila kita dah ada simpton suka pada seseorang itu maka secara automatik,  apa sahaja orang itu buat,  kita akan feeling bahawa "Ohhh mesti sebab dia syiok kat aku ni?"  Gitu.  In the end,  long story cut short,  depan mata akak,  jantan tu cakap dia sebenarnya anggap akak macam adik je.  OHHHH PUNAH HIDUP AKAK U OLLS!  Rasa macam gugur semua kecantikan akak di muka bumi ini.

Jadi sebelum u olls nak terus jump to the complusion bahawa jantan itu syiok dalam diam-diam kat u olls,  haruslah u olls tanya dalam diri u olls dahulu "Adakah aku suka dia?"  Kalau u tak suka dia,  its other story.  Kalau u suka dia,  so u kena hati hati takut perasaan u bercampur aduk antara realiti / lojik dan juga fantasi / angan-angan.

Just be cool and relaks.  Cuba tanya pendapat kawan-kawan rapat u olls yang turut mengenali lelaki itu.  Cerita kat depa pengalaman u dan apa yang lelaki tu buat yang mengatakan bahawa lelaki tu 'macam' syiok kat u.  Then,  minta pendapat kawan u,  mungkin perspektif dia berbeza.

"Takderlah noks,  mak tengok dia memang rapat dengan semua perempuan.  Last week dia update jalan-jalan peluk bahu dengan Izzah Restu,"  kata kawan u olls.  Haaaa...acaner?  Kisahnya lelaki tu memang jenis mesra alam dengan ramai wanita.  Kita pulak dah feeling-feeling dia suka kat dia sebab masa lepak ramai-ramai,  lelaki tu duduk sebelah kita dan feeling duduk rapat-rapat semua.



Eventually
At the end of the day,  kalau dah terlalu banyak sangat tindak tanduk dia yang menunjukkan bahawa dia suka kat u olls.  Tapi dia langsung tak cakap apa-apa,  beranikan diri u olls dan tanya kat lelaki tu.  WHY NOT?  Sebab kadang-kadang,  ada juga lelaki yang sangat pemalu dan tak yakin dengan diri sendiri untuk meluahkan apa yang dia rasa.  Apa salahnya kita wanita yang start dulu u olls.  Tapi bare in mind risiko - risiko realiti seperti yang pernah akak lalui.  GITU.

ps/  Antara gejala yang meyedihkan : SS (syiok sendiri)

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. Aaaaa... Aku adalah antara makhluk yang berani mati confess dengan org yg aku suka cakap aku suka gile2 minat berabes dengan dia...

    Alhamdulillah sebenarnye dier pon suke aku gak... Ehehehe...

    Bab instinct tak suka orang tu... Aku mmg caye je instinct sendiri... Feeling tak berkenan ngan seseorang... Makin lama kenal makin tak suka lah... Sudahnye... Hurmmm... Berbaloi la tak suka pun... Memang perangai hipokrit yg hamat...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...