11.10.12

Imaan binti Edros (10 Oktober 2012)

Hai u olls semua,

Alhamdulillah my best friend Aishah Aljuned telah selamat melahirkan anak perempuan yang sihat dan sangat comels pada hari Rabu,  10 Oktober 2012 jam 5.30 petang di Hospital Pantai Pulau Pinang.  Lahir secara normal dengan berat 3kilo.  Akak tidak berada di hospital ketika Imaan dilahirkan.

At Maghrib,  Asmaa mai amik akak kat rumah and kami terus ke rumah parents depa kat Minden untuk membasuh uri Imaan.  WOWWW.............akak tidak pernah membasuh uri walaupun wajah dan susuk sanggul akak persis seorang mak bidan.  Asmaa pun tak pernah membasuh uri.

Akak called my elder sister,  dia boleh bantu,  tapi dia cakap tak elok kalau usung uri tu ke sana ke mari (sebab kami plan nak basuh di rumah dia di Jelutong).  So kami nekad basuh sendiri di Minden.

Ikut kepercayaan dan amalan orang Melayu,  uri kena dibasuh,  tabur garam kasar dan asam jawa.  Balut dengan kain putih dan di letak dalam periuk belanga dan ditanam dalam tanah di kawasan yang baik (bawah pokok redup / kawasan masjid / kawasan kubur Islam).  Ada yang kata,  kalau anak tu sakit-sakit kulit (suka naik kudis buta) adalah sebab dulu bapak depa tanam uri kat kawasan sampah.  Ada juga orang Melayu yang tanam uri bersama-sama dengan pensel dan set alat tulis,  dengan harapan anak itu nanti bila besar akan jadi seorang yang suka membaca dan mencari ilmu.  GITU.  Macam-macam u olls.

Kami tak buat tu semua.  Dua orang kami,  basuh uri tu sampai bersih (takdak darah melekat dan meleleh) and kami basuh dengan lemon dan kami tanam di belakang rumah Minden (taman kecil di belakang rumah).  Nasib baik,  mak tiri Asmaa Aishah dah bantu kami gali lubang cukup dalam (lebih kurang 11/2 kaki dalamnya) so,  selepas Asmaa masukkan uri ke dalam lubang itu,  akak yang cangkul tanah perlahan-lahan untuk timbus uri itu.  Sambil Asmaa duk membaca surah An-Nas (kata Asmaa, surah tu baik untuk elak dari gangguan jin dan syaitan).

Tapi masa akak duk mencangkul tu,  dengan kedengaran sayup sayup Asmaa membaca ayat ayat suci Al Quran,  akak tak berani nak kaleh belakang tengok kat dia.  Akak duk rasa macam aktiviti angker pulak.  Mana tau,  sekali kaleh belakang,  Asmaa punya rambut dah gerbang dan muka dia dah jadi warna hijau lumut.  Haaa!!  Tapi itu imiginasi akak sahaja.  Akak memang dasar penakut dan fantasi kisah hantu Tamar Jalis.  Semuanya berjalan lancar.

*Hari ini bila cerita to my sister,  dia macam kecewa sebab i olls tak buat macam yang di ajar dalam telefon. Tapi bila kami rujuk balik kat Internet,  i found something yang mendamaikan hati i olls : 
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Selesai menanam uri,  kami kembali ke hospital dan buat pertama kali,  akak jumpa dengan Imaan.  U OLLLSSS!!!!!!!!!!!!!!!  Imaan sangatlah bijak subhanallah.  Dia tak macam baby baru keluar 3 jam.  Dia macam baby dah seminggu.  Mata kelip kelip duk tengok kat kami dan masa akak dukung dia,  akak duk sembang dengan dia (Feeling macam dia dengar) mata dia duk tengok kat akak.  Tapi paling epic sekali akak kata "Hang ni baby dragon ka?  Mulut hang boleh keluar api ka?  Nanti kalau mommy marah,  Imaan bukak mulut bok keluak api naa,"  Pastuuuuuuuuuuuuuuu Imaan buat bunyi macam marah "HEK!!"  wehssss!! Itulah first time akak bercakap dengan Imaan.  OHH!!  Dia tidak akan sembur mak dia dengan api.  Alhamdulillah.  Dia tidak menunjukkan tanda tanda anak durhaka.  Akak sujud syukur.

Tapi lagi serr makcik dia Asmaa,   masa dia dukung Imaan dia nyanyi "Whooo...its the girl i seee....standing straight....right at me...."  Tiba tiba nyanyi lagu MULAN!!  Mentang mentang Imaan muka macam anak Cina.

Kami semua amat happy.  Orang paling happy ialah EDROS!!  Sapa lagi...............!!!!  Ini ada beberapa gambar yang boleh akak share dengan u olls.

My beautiful (not so) chocolate baby. - Edros Zubir

My jepun lil girl finally make her debut yesterday, alhamdullillah. thank u dear family n friends who has always been there for support..thank u everyone for the well wishes, du'a and kind words. :) - Aishah Aljuned, 10 Oktober

It's like forever waiting for u to arrive.U made your mommy puke her head off for 9 long months,n countless of sleepless nights.U made ur mommy so tired,I can't even take her out for dinner.U made ur mommy cry in pain so many times n made her unreasonably snap at me.U made ur mommy so sick, I had to run to be with her.U made ur mommy crunch my hand so hard when u wanted to come out(OUCH).But I love u, for making your mommy the happiest person in the world.And I love her more than ever. - Asmaa Aljuned

She made my day - Jumie Samsudin

Doakan semuanya berjalan lancar dan semoga Aishah dapat harungi pantang dengan jayanya.

Love,
Jumie Samsudin
Aunty Mok

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...