3.10.12

Kad OKU

Hello u olls,

Akak kan kerja menjaga para student di PP Sains Kemasyarakatan yang fana ini.  Kami di PPSK (khasnya) sering menerima pelajar-pelajar OKU dengan pelbagai keupayaan.  Ada yang OKU penglihatan (buta atau low vision),  ada yang paraplegic (lumpuh),  ada yang CP (macam Baby Chin yang meletops itu) dan macam-macam lagi.



Depa semua pandai-pandai dan selalunya depa ni lah yang top scorer gila-gila!!!  And depa sangat baik-baik dan berbudi bahasa berbanding dengan student-student lain yang so-called 'normal' ni.

Tapi satu saja yang tak berapa suka pasai pelajar OKU iaitu apabila akak mintak kad OKU daripada (untuk tujuan data dan rekod),  depa akan kata :

"Akak,  saya takdak kad OKU sebab saya tak pernah apply.  Keluarga saya tak pernah anggap saya OKU dan saya pun tak pernah anggap saya OKU.  So saya tak pernah apply kad tu,"

Gituuuu!!  Tapi pasaipa hang nak mintak lebih masa dalam exam?  Pasai pa hang nak universiti macam-macam untuk keselesaan dan kemudahan sepanjang di USM?

Akak jawab senang je kat pelajar ni :

"Adik,  minta maaf kalau apa yang akak cakap ni salah.  Tapi,  tujuan kad OKU ni bukan untuk downgrade diri awak.  Kad OKU ni bukan nak menghina awak atas kelemahan diri sendiri.  BUKAN!  Kerajaan suruh kamu daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dapatkan kad OKU ni untuk data pihak kerajaan.  So,  kerajaan tahu....kat kawasan sekian-sekian....ada berapa orang OKU?  Umur berapa?  Depa OKU macam mana?  So dari data itulah kerajaan akan salurkan apa-apa jenis bantuan.  And kalau ada pembangunan nak kena buat,  kerajaan akan alert banyak pihak untuk sediakan tempat yang mesra OKU.  Itulah tujuan Kad OKU.  Bukan nak merendah-rendahkan mana-mana pihak.  Kalau macam tu,  macam mana negara kita nak maju dari segi insfrastruktur OKU macam negara Jepun.  Sebab orang OKU sendiri pun tak mau bagi kerjasama,"

Gitulah kata akak.  Budak itu pun tersipu-sipu malu dengan akak.  Akak tau,  dia tak salah.  Bukan dia yang berpendapat macam tu.  Tetapi keluarga dia dah didik dia macam tu.  Untuk jadi seorang yang bertanggungjawab dan berdikari.

Tapi benda ni tak jadi kat semua student USM la.  Dua tiga orang je yang akak jumpa macam ni.

Ampa tak percaya bukak website JKM :  Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Objektif Pendaftaran OKU
  • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan. 
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU. 
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.
Sekian,  itu sahaja pendapat akak.  Hope kepada u olls yang ada saudara,  jiran,  adik atau siapa-siapa yang OKU,  mintalah berdaftar dengan Jabatan Jabatan Kebajikan dan Masyarakat.  Banyak manfaatnya.  Bukan untuk diri sendiri sahaja,  tetapi untuk masyarakat amnya dan generasi OKU yang akan datang.

ps/  By right,  semua orang ialah OKU - Orang Kelainan Upaya.

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...