17.10.12

Membuat Rambut di Beyond the Fringe, BJ Complex

Hello u olls semua,

Pada minggu lagu (sebelum kenduri Cakcing) akak telah menggagahkan diri bersama En. Khafi untuk membuat rambut di salon milik sepupu akak dan partnernya yang bertajuk "Beyond the Fringe" di Tingkat 4,  Complex Bukit Jambul.  Dah lama rasanya akak tidak pergi membuat rambut.  Just before akak kawen dulu,   akak telah hitamkan rambut akak.  Dan sampai lani,  akak tak gunting rambut dan membuat apa-apa pembaharuan.


So,  selepas mendapat offer meletops daripada sepupu akak itu,  maka haruslah akak terjah.

Pemilik Butik - Syaz and Katy
Syaz is my cousin.  Katy pulak dah hampir 9 tahun berkecimpung dalam dunia buat rambut ni (dulu beliau bekerja dengan satu salon rambut terkenal di Penang).  And depa dua orang dah almost 9 tahun berkawan. Kira Syaz dah 9 tahun duk pi buat rambut kat Katy sahaja.  Persahabatan yang terjalin sekian lama telah membawa kepada satu usaha baru iaitu membuka salon sendiri.  Idea yang sangat bagus. Since Syaz duduk kat KL,  so salon ni diuruskan sepenuhnya oleh Katy sendiri.



How to go there?
Sapa orang Penang kalau taktau Bukit Jambul Complex,  sila telan racun sekarang.  Okay,  u go there.  Naik tingkat empat,  pi area paling hujung sekali.  And cari kedai nama Beyond the Fringe.  Dia punya banner warna grey.  And paling penting dalam tu ada gambar nenek we olls,  Audrey Hepburn.

Sejak bila dibuka?  
Walaupun masih belum ada official opening ceremony (sebab Syaz masih sibuk kat KL),  tapi BTF dah beroperasi lebih satu bulan (sebulan before raya).


Waktu perniagaan?
Salon di buka pada hari Selasa - Ahad jam12 tengahari sampai 9 malam.  Tapi Isnin pun depa bukak juga (KENA BUAT APPOINTMENT DULU).  Untuk temujanji u olls boleh hubungi Ms.  Katy Fazura di talian 017-4585268.

Services dan harga?
Selain memotong dan mencuci,  they olls ada semua service like rebonding,  relaxing,  hair treatment,  perming,  colouring dan segala maknena yang lain.  Insya allah in the future mereka akan buat service hair and make up untuk mereka yang nak pi dinner dan segala.   Kerlass!!

And not only Katy seorang pembuat rambut yang best (satgi baca kat bawah),  malah harga yang dikenakan kepada customer siriesly sangat berpatutan.  Orang KL sila makan hati ya,  we olls dapat colour rambut kat sini from RM80 ++ only.


My experience di BTF
Setibanya akak kat BTF,  akak disambut mesra oleh Katy (akak first time jumpa dia ) dan beberapa adik-adik Penang.  Oohhh sungguh meriah.  Rasa macam mai melepak kat rumah sendiri.  Hilal Yusof,  wedding planner adik i pun ada kat sini.  So we olls terus sembang-sembang berkenalan dan bincang nak buat apa.  Akak dan En.  Khafi dua dua nak colour rambut.

Akak nak colour yang akak tak pernah buat iaitu chestnut and En.  Khafi pilih warna merah.  Detu over!



Akak lupa nak tanya dan tengok apa jenama pewarna yang digunakan,  tapi tak busuk dan juga tak berapa nak gatai kat kepala.  I really like it.  And Ms.  Katy pun sangat teliti masa membubuh warna di rambut akak.  Takdak la over over sampai terkena kat telinga dan atas dahi.

After like 1 hour lebih,  dia pun basuh dan bubuh treatment semua kat akak.  Lepas tu dia pun blow rambut akak jadi cantek.

Apa yang akak suka ialah,  depa tak sibuk sibuk pun tanya "Nak shampoo mahai ke murah?"  Bagi akak tu semua trick nak caj lebih kat customer.  Dia buat saja yang mana dia rasa sesuai untuk rambut kita.

So inilah hasilnya,  akak bergambar ala-ala wanita regalia dengan Ms.  Katy.  Oh kecantikan akak tenggelam di sebelah wanita cantek ini.  Makan hati seketika.


Artist lain yang pernah mai sini....(OHH ARTIST LAIN....gituuuu)

Black Mentor datang Beyond The Fringe Hair Salon, Bukit Jambul for hair cut.

And in case u olls nak tau,   inilah sepupu i Nurul Syazwani one of the owner of Beyond the Fringe Salon.  Kot kot la ampa pi Salon nampak pompuan cantek ni,  tegur la dia.  Panggil dia Syaz. (Ya....memang beradik-beradik i olls semua memang penuh kecantikan). 

Baiklah,  untuk semua pembaca blog Jumie Samsudin,  Beyond the Fringe ada berikan tawaran istimewa untuk ampa semua.  What you need to do,  print this coupon and present this to Ms.  Katy.  Coupun discount ini valid untuk 50 orang pembaca yang pertama.  SO U OLLS KENA CEPAT-CEPAT PRINT DAN BUAT APPOINTMENT DENGAN MS.  KATY.  First come first serve basis.



For more info :  
Salon Adress :  No 3A-4-25,  4th Floor,  Bukit Jambul Complex,  Penang
Call Katy (+6017-4585268) for an appointment!

2 comments:

  1. Stress pulak baca promotion nie. Adoi dah 2 year x kaco rambut dengan alasan pakai tudung. Rambut pon dah macam besi karat dah. putuih2x...

    ReplyDelete
  2. menariknya promosi..lama tak ke saloon..tapi jauh di penang pulak..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...