19.10.12

Notis Larangan Masturbasi dari USM di Blog Beautifulnara - Publisiti Murahan Semata-Mata

Hello u olls,

Akak sangat sentap hari ini.  Akak dapat emel daripada seorang bekas pelajar Kerja Sosial PP Sains Kemasyarakatan.  Dia kata

"Salam jumie...

Saya xstdent USM budak kerja sosial.
Saya ada satu kemusykilan nak bertanya pada jumie mengenai satu email yang saya perolehi mengenai satu notice yang dikeluarkan oleh pihak usm...
Kwan2 yg duk forward email tu duduk tanya kami yg xusm sama ada betul ke ada notice sedemikian rupa..sni, saya tunjukkn notice tu..
Maaf bertanya ye."

So akak sepantas kilat membuka attachment yang dia bagi.  Akak baca sekali ja akak dah boleh pastikan bahawa perkara ini adalah satu gurauan yang melampau.  Menggunakan simbol dan logo rasmi USM?

So saya respons emel tersebut  :

Wasalam,

Terima kasih sebab share.  Saya pasti USM tidak akan keluarkan kenyataan sedemikian.  Perkara ini mungkin direkacipta oleh pelajar.  

I will forward this matter to Pihak PRO USM untuk soal siasat.

Terima kasih kerana masih prihatin dengan kesejahteraan USM.

Kemudian, saya pun panjangkan emel tersebut dengan pihak PRO USM dalam emel seperti berikut  :

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pihak PRO USM,

Saya terima emel ini daripada seorang bekas pelajar Kerja Sosial,  PP Sains Kemasyarakatan.  Beliau dipanjangkan emel daripada rakan-rakan yang bertanyakan sama ada pihak USM pernah mengeluarkan kenyataan rasmi sedemikian.

Mohon pihak tuan/puan siasat perkara ini kerana saya khuatir tentang penyalahgunaan imej dan logo Universiti.

Harap maklum.

Jumizah
ext 3361

Tidak lama selepas itu, saya dapat Facebook Message daripada seorang bekas pelajar Sains Kemasyarakatan lagi :

Puan Jumizah,  please read this  :  http://amazingnara.com/notis-larangan-bermasturbasi-di-usm

Lantas, saya pun membuka blog tersebut.


Notis Larangan Bermasturbasi Di USM


Wow. Ini pertama kali Abang Nara tengok notis sebegini. Nak tergelak pun ada. Apa nak jadi dengan student USM. Tahap kronik betul tahapnya sampai kena keluar notis.
XXXXX
Diharap pihak USM boleh sponsor studentnya kahwin supaya tiada lagi masalah sebegini. Kesahihan notis ini tidak dapat disahkan. Kemungkinan besar adalah hasil kerja Adobe.


Oh Beautifulnara.  Dia ni memang suka publisiti murahan.  Sapa tak kenalkan blogger gosip-gosip artist ni.  Yes,  akak pun baca blog dia (SEKALIIIIIIIIIIIIII SEKALAAAAAAAAAA) untuk tahu jugak perkembangan artis Malaysia yang nan hado ni.  Dulu akak suka membacanya blog beliau sebab dulu akak takdak kerja dan rasa macam suka baca gosip retis retis ni semua.  Nowadays,  tak berapa nak suka membaca sebab retis yang duk keluar semua pun muka tak berapa nak dikenali dan akak muak sebab hari hari cerita Rita Rudaini dan bergaduh dengan suami dan ipar duai dan artist mana-mana semua.  Tapi tak bercerai-cerai pun.  Tak paham aku!

Yang Beautifulnara pulak,  as a blogger gossip ni,  la aloorrr...sangatlah pretencious.  Suka sangat nak bagi nasihat tah apa-apa kat artist apa bagai.  Lagha ja semua ni.   Kalau rasa nak tulis benda benda ilmiah ni semua,  TAK PAYAH BUAT BLOG GOSSIP.  Baik buat blog pasai keindahan Islam.  Contoh paling ser,  dia suka amik gambar artist nampak klivej atau puting tetek,  letak dalam blog dia,  lepas kata "Semoga artist sekian-sekian berubah untuk memberikan imej yang baik kepada para peminat semua,"

HELLO PEOPLE wake up la!!  Artis tu nama dia manusia.  Kalau dia nak buat benda baik Muslimah bagai,  maybe dia tak jadi artist.  Dia jadi cikgu ataupun ustaz.  Kalau sampai masa dia nak insaf nanti,  dia insaflah.  Takpayahlah nak judge artist tu dalam bahasa berbentuk nasihat.  Sangat fake.  Hang nak kata artist tu jahat tunjuk tetek dia semua,  HANG PI LETAK GAMBAR DEPA SEMUA KAT BLOG HANG DAN DAPAT DUIT RIBU RIBU DARI BLOG GOSSIP HANG TU?  MACAM MANA PULA?

Yang penting kita semua sebagai pembaca,  peminat ataupun sekadar pengikut kegiatan seni,  kena pandailah buat pilihan.  kENA JADI MATANG DAN BIJAK.  Yang mana elok,  kita ikut.  Yang mana tak elok.  Kita tak payah ikut.  TU SAJA.

Dalam kes Rita Rudaini,  tak habis habis sampai lani.  Orang ni nasihat orang tu,  orang tu kutuk orang ni,  yang blogger pun hari hari duk cerita pasai depa.  Apa kawan tu post kat Twitter dia,  yang blogger pun ligat pi tayang!!  And depa pun makin berapi lagi bergaduh sampai tak sudah.  Kalau betul Beautifulnara nak buat kebaikan dalam bergosip.................TAK PAYAH NAK PAPAR STATEMENT-STAMENT ORANG YANG TERLIBAT DALAM KES RITA RUDAINI NI SEMUA.  Ampa sendiri yang jadi batu api secara tak langsung u olls. Kan akak pernah tulis dalam blog akak : Nakharamjadahsiyetakdaklife

And hari ini,  Beutifulnara pi post pasai benda ni pulak kat blog dia.  632454564 peratus publisiti murahan.

I hope pihak USM akan saman Beautifulnara for this.

Sekian,  bye semua.

* sorry i dont post gambar Notis Larangan Masturbasi sebab amat memalukan.  Ampa nak pi cari and baca tempat lain.  Sapa yang dah post kat twitter and Facebook sendiri.  Please delete it.

Thank you so much.

Jumizah Samsudin
Staf Pentadbiran
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia

2 comments:

  1. Kak Jumie, ni prank saja ni.
    Ada dulu penah baca, Universiti mana tah kat obersea wat notice ni.
    kira orang hat buat notice ni tiru sebijik-sebijik notis tu, tukaq logo pakai logo USM saja.

    mangkaq sungguh la sapa hat duk pi buat lagu tu.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...