12.10.12

Penulisan Akak Sudah Tidak Cukup Pondan, Tapi Akak Ikhlas Menulis

Hai u olls,

Sebagai seorang blogger,  kami kena sentiasa keluarkan idea untuk menulis agar u olls semua rasa terhibur.  Akak selalu dapat galakkan dari u olls semua diluar sana yang selalu emel,  FB and Twitter akak bagi macam-macam idea,  bahan penulisan dan macam-macam lagi.

Tapi akak sikit pun tak rasa tertekan sebab akak memang enjois menulis blog kerana bagi akak,  blogging is like bercerita.  Kalau sapa kenal akak personally,  akak suka mendengar,  menge-share dan bercerita.  So,  blogging ni ialah media harian akak untuk men'dengar',  menge-share dan bercerita kepada u olls semua.  Sekelumit pun tiada rasa seperti terasa.

Tetapi u olls semua kena tau,  manusia berubah.  Kita tak boleh sama sahaja sampai bila-bila.  Memang ini fitrah kita.  Sama ada berubah menjadi baik atau jahat adalah pilihan kita.  Apa pun,  akak terus usaha untuk jadi yang terbaik.

Dulu akak lain.  Wanita sundalina,  suka memaki hamun orang,  suka mencerca tak tentu pasal dan hidup akak very the pondan meriah yang tidak takut dengan hari yang mendatang.

But now,  akak dah woman yang ada laki u olls.  Of coz akak kena slow down dan cara hidup akak secara of course sedikit sebanyak telah influence cara penulisan blog akak.  U like it or not,  this is me and i like and very comfortable with what im doing.

Kalau u olls rasa blog akak tak cukup pondan,  its okay,  sila baca blog pondan lain.  Jangan suruh akak berubah just untuk suits apa yang menyedapkan hati u olls seorang,  sedangkan ramai adik-adik di luar sana yang suka dengan apa yang akak share.  Kan?

Lagipun u olls,  hidup seorang pondan tak semestinya kena mencarut,  mencerca dan menghina orang sahaja 24 jam. Apa?  Kalau macam tu baru meriah?  Sebab tula orang pandang hina kat golongan kita.  Yes,  akak akui memang ramai adik-adik yang suka feeling meriah macam tu.  Just sebab kita ni macam ni,  so kena bawak diri semeriah itu sehingga kadang-kadang memalukan dan membuatkan orang pandang rendah kat kita.

Pada akak,  lebih baik u olls baca blog akak yang daripada baca blog wanita-wanita Meleis kerja kerajaan,  pakai tudung,  ayat semua guna bahasa nok-nok tapi hakikat depa bukan menyelami dan memahami kita yang berjiwa PLU ni.  Siries u olls.  Akak tak berapa selesa membaca blog wanita hetero yang memakai tudung bagai,  tapi ayat tak tumpah pondan sejati.  SANGAT PELASTIK.

Sekian,  yes,  penulisan akak sudah tidak cukup pondan lagi, tapi akak ikhlas menulis.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan.


Thanks Pojie Mok Mok Omey.  :)

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...