4.10.12

Pompang, Menunjuk dan Hakikatnya

Hello u olls,

Hari tu akak berkaknam dengan rakan-rakan kecantikan akak.  And kami bercakap -cakap tentang perihal manusia-manusia yang suka berlagak dan menunjuk best.  Orang-orang pompang begini ada dua kategori.  Ada yang pompang tin kosong,  ada yang pompang berisi.

Pompang tin kosong ialah orang-orang yang cakap besar semua,  tapi hakikat NAN HADO.

Orang macam ni kita jangan layan.  Buang masa u olls.  Tak payah nak amik hati apa bagai dengan dia.  Kita tak perlukan drama-drama tak penting dalam hidup kita.

Ada juga orang pompang,  tapi hakikatnya memang hidupnya penuh dengan kejayaan.  So orang-orang ini haruslah kita akan sentap seketika apabila mereka mampu menayang koleksi beg-beg Hermes mereka di depan kita hasil titik peluh dan kejayaan mereka.



Tapi kena kawal sentap itu kerana kalau terlebih sentap,  nanti kita akan iri hati dan datanglah hasat dengki.  Sebagai wanita-wanita kecantikan yang mulia.  Tidak harus kita mencacatkan kecantikan kita dengan perasaan sedemikian.

Tapi macam mana dia berjaya pun dalam hidup,  tak bagus juga sebab dia pompang noks.  Bak kata pepatah melayu,  ikutlah resmi padi,  lagu tunduk lagi berisi.

Dalam Islam pun,  kalau kita nak pi sembahyang masjid sebab nak tunjuk kat orang kampung yang kita ni alim.  Haram tak dapat pahala apa dia pun.

Kata-kata kawan akak iaitu Kak Asmaa yang bijaksana sangat meaningful dan akak nak share dengan u olls

"Kita semua pun ada kejayaan hidup masing-masing.  Kejayaan adalah subjektif.  Tak boleh diukur hanya dengan wang ringgit dan harta benda.  Aishah sekarang dah survive mengandung 9 bulan tunggu masa nak beranak pun dah dikira kejayaan.  And dia patut berbangga dengan kejayaan itu.  Dan dia mengandung dan jaga diri dan kandungannya itu sebab dia sayang dan kasih pada diri dia,  anak dan suami.  BUKAN UNTUK ORANG LAIN.  So,  depa-depa yang mengejar kejayaan dalam hidup,  tapi berpaksi kepada approval dan pujian dari orang lain,  itu semua adalah rugi semata-mata.  Sebab macam mana dia berjaya pun,  dia usaha tu semua untuk orang lain.  Bukan untuk diri dia sendiri,"

Getu!!!!!

ps/  Marilah menuju kejayaan

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...