18.10.12

Pulau Pinang Negeri Pertama Yang Tidak Perlukan Kebenaran Isteri untuk Suami Berpoligami : Apa persediaan kita?

Petikan daripada Malaysian Digest, nak share dengan u olls semua.

 

Penang Men No Longer Need First Wife's Permission To Take On Second Wife

PrintE-mail
  
Wednesday, 17 October 2012 11:35
polygamyKUALA LUMPUR: Penang men no longer need to seek permission from their first wife in order to take on another bride. Instead, they now only need to get permission from the Syariah court to do so.
This was announced by Penang Islamic Religious Department director Datuk Sazali Hussein, who said the move can help curb the problem of unmarried women.
"For those who wish to practice polygamy, they only need to get approval from the syariah court to waive the need to present the first wife's approval to take on another wife.
"However, they need to provide solid reasons before it can be considered.
"Maybe if the reason given is solid and can bring benefits, the judge will grant the request," he was quoted as saying in Utusan Malaysia today.
Sazali was asked to comment on a suggestion by a reader in the newspaper's Forum column. The reader, identified as Syed Abdullah Syed Osman Jamalulail from Ampangan, Seremban, had suggested that polygamy conditions be eased to help women of an advanced age who are still unmarried.
Syed Abdullah had suggested that the authorities loosen the condition which stipulates that men who wish to marry women over 30-years-old need to obtain the consent of their first wife.
He had also suggested that another condition which should be relaxed was the requirement for the man to produce his salary slip or confirmation of wages from employers, as per normal procedure.
He believed that it was sufficient that the prospective newlyweds come to a mutual agreement on their union.
- mD





I read this artikel daripada wall FB Mama Regina.

Alasan yang digunakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk melakukan perkara baru ini adalah untuk mengurangkan jumlah wanita yang tidak berkahwin. (tiba-tiba melenggor lema h longlai rebah ke bibir sofa...alahai alasannn.....)

Pada pendapat akak, alasan ini langsung tidak munasabah. Kenapa nak longgarkan peraturan untuk memudahkan lelaki kahwin lebih daripada 1 sedangkan masalah utama mengapa perempuan zaman sekarang ramai yang tak kawen bukan hanya kerana jumlah lelaki lebih kurang daripada wanita, tetapi.................LELAKI ZAMAN SEKARANG DAH BANYAK TIDAK LAYAK UNTUK BERKAHWIN.

Tapi persoalaannya,  adakah ini caranya untuk menangani masalah jumlah perempuan yang tak kahwin?

Dulu bila tengok drama TV bersama Kak Edeh (my mother),  selalu depa akan buat drama lawak pasai macam mana suami akan curi-curi amik cop jari isteri untuk dapat kelulusan depa kawen lebih.  And i asked my mother masa tu  "Mak,  pasai pa lelaki nak kawen kena dapat kebenaran bini pertama?"

Mak I olls jawab "Mendapat kebenaran isteri pertama untuk kahwin lagi satu,  bukan hukum wajib dalam Islam.  Tapi undang-undang kat Malaysia buat macam tu untuk melindungi wanita juga.  Macam mana kalau lelaki tu tipu kat GF dia kata dia bujang lagi?  Kesian kan?"

So lebih kurang macam tu la yang i faham dan ingat apa yang mak I  cakap.  And I sangat setuju.  Bukan i ni sexist ataupun feminist ka apa.

Now,  I olls dah kahwin.  Ini pendapat i olls tentang perkara ini.  Pendapat ini berbentuk personal,  kalau terkena pada mana-mana pihak,  itu memang tidak dapat dielakkan dan akak mintak maaf.

Hidup bermadu bukannya senang.  Para isteri Rasulullah pun sama-sama cemburu.  Itu berkahwin dengan Rasulullah yang hatinya telah dicuci dengan air zam zam.

Apa yang digambarkan oleh orang yang hidup berpoligami dalam media cetak dan media massa semuanya dah diedit oleh producer,  director dan editor.  HAKIKAT???  Hanya depa yang bermadu sahaja yang tau u olls.

I olls dah kawen,  suami I olls tengok perempuan gemok ketwok tepi jalan pun akak sentap seketika.  "HANG TENGOK POMPUAN GEMOK TADI KAN?"   (pastu En.  Khafi akan gelak santai).

Macam mana pulak perasaan u olls apabila u olls tau,  malam ini suami u olls sedang bersama dengan isteri pertama atau kedua (mungkin u olls isteri number 3).  Okay,  u nak kata....u tak kisah?  Okay takpa.  U can be defensive. U boleh tipu I. Tapi kalau u tipu diri sendiri,  I tak tanggung.

Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh wanita yang ingin bermadu.  Silap haribulan,  isteri semua kena sama-sama tanggung beban untuk maintainkan ekonomi keluarga.  Satu pengorbanan yang dijanjikan payung emas di syurga.  Takpa..........................................kalau u olls sanggup.  Pilihan di tangan U.

A friend of mine pernah cakap.  Dia seorang professor.  Dia dikurniakan rumah tangga yang bahagia.  Sekarang ni dia dah mencecah usia nak pencen.  Dia pernah share dengan I "Jumizah,  u tau tak?  Kawan i semua yang dah pencen pesan kat I.  Man............u kalau dah pencen nanti.  Jangan 'tambah cawangan',"  pesan kawan-kawan beliau.  Pastu dia gelak.

Katanya,  kawan-kawan dia semua habis hidup porak peranda lepas berpencen.  Dengan isteri baru,  dengan anak kecil.  Duit dan harta tergadai.  Hubungan dengan keluarga pertama pun dah tak berapa nak elok.  Yelah....time pencen ni kita nak relakskan otak dan bersama-sama harungi masa emas kita bersama orang (isteri) yang selama ini susah bersama kita untuk capai kejayaan ini.

"I rasa satu je Jumizah.  I lelaki,  i faham.  Lelaki bila sampai umur 40 an.  Kami ada satu perasaan yang ingin menguasai sesuatu ataupun rasa macam nak tengok sama ada dia ni masih ada 'kuasa'.  Inilah midlife crisis yang paling utama.  So,  kami akan rasa ingin ada pangkat,  kuasa,  duit,  atau apa-apa sahaja.  One of the way untuk tunjuk yang kita masih 'berkuasa' is bila kita boleh kahwin lagi satu.  Seperti kita boleh buktikan yang,  kita masih ada 'kuasa',"  jelas kawan I.

So,  berbalik pada topik asal kita.  Sekarang ni,  kita sebagai wanita apa yang harus kita buat?  Haruskah kita beremosi dan membuat rapat umum depan pejabat Perdana Menteri untuk hantar memorandum bagai (bagus juga idea ni...hahaha) kepada PM Najib untuk bantah perkara ini.

Ataupun,  kita kena pergiatkan kelas untuk memberi bimbingan kepada para wanita untuk melayan suami setaraf GRO (Sangat jijik usaha itu.  Semuanya semata-mata untuk serve jantan.  Kita?).

Tak kisah kita ni isteri pertama ataupun bakal isteri.................SO APA PERSEDIAAN KITA?

Sebagai isteri pertama.................apa nak jadi pada hidup kita lepas suami kita berkahwin lain? Apa nak jadi kat kita apabila duit bulan-bulan kita dapat (the only thing kita dapat from suami selama ini) akan dibahagi kepada dua?  Apa nak jadi kepada kita selepas ini apabila tiba-tiba suami macam duk nak duduk rumah bini nombor dua?  Apa nak jadi kalau tiba-tiba rumah kita duduk,  suami kita bawak bini nombor dua dia duduk sekali?  Apa nak jadi kalau tiba-tiba suami kata "U ni suka cari pasal nak gaduh dengan isteri kedua................I CERAI U TALAK 1,"  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa kan?

And sebagai bakal isteri..........perlukah u olls kawen dengan suami orang?  Perlukah u olls menjadi desperate untuk menumpang kasih?  U olls tau ka selama ini bakal suami u ni adalah suami orang beranak 3?  U olls tau ka berapa hutang yang ditanggung oleh suami dan isteri pertamanya?  U olls terpikir tak mungkin hutang piutang itu semua akan jadi sebahagian daripada bebanan hidup u?  U olls tau tak yang bila u dah jadi isteri orang,  tiba-tiba life u terbatas,  u nak sambung belajar pun u nak kena pikir and rancang sama-sama dengan suami? Macam mana pula kalau u nak discus benda benda macam ni dengan suami yang ada dua isteri? U olls rasa kasih sayang dari Allah hanya boleh sampai daripada seorang suami sahaja?  Macam mana pula kalau u olls amik anak angkat?  Ataupun,  u olls rasa u olls tak cukup happy ka untuk jadi wanita single,  bekerjaya,  berduit dan mampu pusing dunia!!!!

Fikirkanlah,  biak pi la lelaki nak buat apa pun.  Yang penting,  kita persiapkan diri sendiri dulu.

Akhir kata,  terimalah gambar sepupu I dengan pose KEKWAT sambil berkata "Who run the world? GIRLS!!"



Love u olls semua,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan.

4 comments:

  1. love this...lelaki pun kena be prepared jugak..some of the guys, they did give too0o much to someone, at the end bila wife dia tinggalkan dia, boleh mampus gak. tak semua lelaki boleh survive and ade skill of survival.. both sexes kene prepared in case of divorcement2 neh.

    ReplyDelete
  2. ada lojiknya sebab lelaki dibenarkan poligami adalah utk melindungi wanita,- berkahwin dengan janda, dengan wanita berusia, wanita kurang upaya etc. TETAPI. ada ke lelaki zaman skrg yg kawen sebab nak tolong melindungi wanita berusia dan janda miskin anak 9???

    takdenye. asal kawin lagi satu,- bini muda.. kannn?
    jadi, bila sebab menikah lagi satu tu pon dah lain, cerita pon jadi lain ler..

    tujuan mendapatkan tandatangan isteri pertama, walaupon tak tertulis dalam syarak, adalah patut, sebab at least, husband kena berunding dgn isteri pertama.. kalau takde part tu, maka mungkin akan terjadi kes "kawen dulu, lain hal belakang kira".. lepas tu, rumahtangga retak kerana kecuaian suami tersebut..

    this is my point, WANITA CEMUH POLIGAMI BUKAN KERANA KONSEP POLIGAMI, TAPI MENCEMUH CARA PARA SUAMI ZAMAN SEKARANG MENGAMALKAN POLIGAMI..

    ReplyDelete
  3. Kak Jumie.saya bersetuju dengan pendapat akak. Poligami bukan satu kewajipan cuma pilihan dan ianya tidak berdosa untuk dilakukan malah tidak juga berdosa jika tidak dilaksanakan. Pokok pangkalnya ramai yang ingin berpoligami bukan kerana ingin mengikut syariat agama tetapi untuk menghalalkan yang haram tanpa berfikir kesan jangka panjang. Saya tidak membantah poligami kerana ianya memang termaktub dalam alquran dan ianya dibenarkan. Tetapi sebagai suami dan bapa, tolong fikirkan perasaan isteri dan anak2 serta kesan emosi yang bakal terjadi kepada ahli keluarga dan kepada diri anda sendiri apabila tua.

    ReplyDelete
  4. kita kena tahu apa tujuan dicipta. mengapa tujuan dicipta. apa tugas lelaki. apa tugas perempuan.
    ayat yg paling best dan sangat betul dan perlu... kita kena pergiatkan kelas untuk memberi bimbingan kepada para wanita untuk melayan suami setaraf GRO... keyword dia *layanan*

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...