Jom Try Diameida Fabulous Mascara

12.10.12

Simpan Sedikit Untuk Diri Sendiri

Hello u olls,

Hari tu anak ayam akak sorang ni share something in my FB and ask for my opinion.  Dia suruh akak baca satu artikel daripada blog Cik Geli.  The artikel reads like this  :

Keluh Kesah Mengarut [Suami saya impikan wanita lain] 

Tadi tengah jalan jalan...baca blog blog femes sambil curi curi idea skit...rupanya takde idea.. tatau nak tulis ape..
Pegi blog walking rupanya apa yang dapat? SAKIT HATI je lebih!! sebab ape? terbaca ni

This evening,I received a very long message thru Facebook(he is not in my friendlist by the way).Tapi pelik,dalam facebook account dia ada few friends.Profile photo pun pakai picture 'Edward Cullen'.Under account 'Lovely Father'. 
''Assalammualaikum Puan Stephanie..Recently,I came across your Blog and FB.And I saw u once in KLCC with your lucky husband and hansome Ryan.What can I say is..'wow!All men are dying for u!Your face are beautiful,fashionable,voluptious body and sexy even dalam T-shirt!Okay,let me introduce myself.Im a married guy,ada anak...Actually saya dah lama memerhatikan awak since terjumpayour blog add dari blog isteri saya..I love reading your blogs,enjoy viewing at your photos..U really had a beautiful life..Jeles saya..Entah kenapa.Mungkin isteri saya tidak seperti awak.Dia biasa saja..Yelah,mungkin lelaki seperti saya memang tidak layak untuk memiliki isteri seperti awak.. 
Sejak melahirkan anak kami,dia berbadan agak gempal..perut memboyot.Tetapi apa kan daya,dia isteri saya kan.Cuma,saya sudah tidak berselera dengan dia..Setiap kali bersama,saya terbayangkan wanita lain.Sebab,kalau saya bersama denganya,saya rasa macam...lawak,mahu ketawa!Position agak susah sebab badan dia yang gempal,perut dia bergoyang-goyang,banyak sangat selulit,rupa dia macam kelakar..Tidak menaikkan nafsu saya langsung..Hanya sekadar untuk saya sebagai lelaki melepaskan nafsu..Apatah lagi bahagian bawah dia longgar .. 

Menurut pakar,wanita berbadan gempal bawah agak longgar berbanding wanita seperti awak..tidak gempal tidak kurus..Apatah lagi,when I met you in person,wajah awak yang cantik,bahagian dada dan punggung awak adalah penambah selera semua lelaki.Isteri saya?Apa saya perlu buat?Saya tiada selera langsung..Kadang kadang saya fikir,masturbate lebih memuaskan.Kalau saya tiada anak,pasti saya sudah menceraikannya..Kadang-kadang malu nak memperkenalkan dia sebagai isteri saya pada kawan-kawan.Apakan daya...Apa yang membuatkan saya lihat pada isteri saya,dia terlalu mengongkong saya,pemarah,tidak pandai bergaya,tidak expert bab-bab memuaskan nafsu saya sebagai suami dan tidak cantik.
 

Sebelum berkahwin dulu saya selalu mengimpikan wanita yang cantik,bergaya walau dah beranak dijadikan isteri.Tambahan pula,dia terlalu mengharapkan saya.Sekarang ni,saya seolah-olah berserah dan kesunyian.Kadang-kadang di ofis,saya selesa berborak dengan wanita yang cantik,bergaya,bijak dan bekerjaya seperti awak..Kadang-kadang juga saya terpaksa menipu isteri saya,meeting tetapi dating..Saya tahu saya berdosa tetapi..dia tidak menjaga nafsu saya..Selama ini saya cuma mendiamkan diri dan cakap macam-macam untuk menjaga hati dia.Takkanlah saya nak cakap dia buruk/kurang menarik?Tak cinta dia?Main tak sedap?Saya tertekan.Tolong jangan sebarkan mesej saya k.Ini hanya luahan hati saya.Thanks''
Ini entry dari blog yang ahkak baca..copy sat ye..memang tak dinafikan empunya blog itu adalah merupakan wanita dan seorang ibu yang HOT giler..Body cantik, muka cantik...suami pun bole tahan mewahkan dia.. 
sedihnya masyallah baca ni..Kenapa? Sebab yang menulis ni seorang lelaki, suami dan bapa...
Lantas terus ahkak sms abam geli 
"am i a gud wife?..adakah b or layanan b kat Yang penuhi expectation yu terhadap seorang isteri?"
tau ape dia jawab?
"takde mender kurang. Sumer excellente"
Itu je??? ITUUUU JEEE??
 
Adakah jawapan itu meyakinkan anda wahai puan puan? Adakah puan yakin dengan j awapan suami yang sebegini???
Sudah semestinya tidak!!! TIDAKKKK
 
Jiwa wanita sangat sensitif..perasaan ragu ragu, curiga kepada suami amatlah tinggi..kerana ape? kerana mereka terlalu cintakan suami...tapi kalau suami yang bertindak begini, memuji wanita lain yang terang terangan bukan ahli keluarga, apa yang tinggal kepada isteri? apa lagi nak puji pada tubuh badan isteri yang mana sepatutnya dipuji. 
Sekarang ni, kita sebagai isteri, adalah kita bersedia nak menghadapi kenyataan? Bahawa perut kita ni kelihatan macam pakai tali pinggang bawah baju kurung?  
Apa kita nak buat? Adakah semua suami puas dengan penampilan kita?
Apakah harapan seorang LELAKI terhadap WANITA yang bakal dikahwininya?
Apakah keinginan dan expectation suami terhadap ISTERINYA?
Adakah seorang lelaki masih inginkan isterinya untuk berpakaian sexy, cantik bergaya dan tetiap ari curlkan rambutnya? 
Usia mengajar kita supaya matang dan melihat perkara yang lepas sebagai panduan hidup hari yang mendatang. Kalau dulu kita pakai hot pant bebetol nampak lemak terkeluar, coin slot yang berdaki tu pun terkeluar, takkan sekarang dah jadi mak mak ni nak dressing macam tu jugak? kalu dulu rambut pun berkilau je beralun, takkan sekarang kalu rambut berkelumumur skit dan berbau skit sebab kita pakai tudung (itupun nak elak dia dari terus terusan berdosa) terus dia pandang jijik kepada kita? 
Eh sekarang nak cuci rambut sekali blow kemain mahal ko tau tak? Sekali cuci ngan blow RM25 hengget..Dan cuci, blow bagai, tetiba nak tutup ngan tudung pulak kan..ye lah, takkan ko dari masuk saloon pakai tudung, lepas blow rambut terus terbang tudung..? tak ke membazir? baiklah duit rm25 tu aku buat beli beras Jasmin gambar Jalaluddin Hassan tu..baru rm20.90.. 5 kilo lagi.. 
Better aku pegi mydin beli syempu RM4.90 syempu kat rumah kan? Tapi itupun lelaki tak penah nak pandang pengorbanan dan apa yang kita buat..tetaplah nak jeling perempuan lain yang rambut beralun, ada highlite skit skit, curl beso curl kecik tu.. 
Bila dah jadi ibu, adakah kita masih nak pegi clubbing clubbing, tonggek-tonggek bontot bagai? ko  nak? nak? aku tanak..sebab club malam tak bukak opis hour..bukak malam je..kalu bukak opis hour bole jugak aku tinggalkan Ottomen Kecik tu kat Mil..ni bukak malam..Ottomen kecik pulak kalu malam haruslah nak tetet mak..jadi tak boleh lah... 
Gini lah..Actually being a mother is a good thing..Masa tu la kita akan pandang masa silam kita, dan beberapa kesilapan yang kita pernah lakukan..Being a mother and a wife at the same time also perkara yang sangat sangat baik. Dalam menjalani kehidupan, kita akan struggle untuk memenangi hati suami kita , menjadi yang terbaik untuk suami kita, berikan dia cahaya mata sampai perut kita menggeleber dan peha berselulit.  
Terbaik tu merangkumi segala ciri..penjagaan rumahtanggan, penjagaan makan minum suami dan penjagaan pemakaian suami sampaikan kecantikan dirikita sendiri terabai.. Terabai kenapa? sebab kita ni bukan orang banyak duit, bukan kawen dengan jutawan..Kalu kawen dengan jutawan, of kos kita ada maid, bole bebila masa pegi spa, buang bulu bulu kat ketiap ngan ehem ehem..bole ejas muka jadi cantik..tapi tak..kita korbankan semuanya untuk kebahagiaan suami..tapi ada suami kita pikir perkara cenggitu? 
Dengan tapak kaki pecah ke hall, ke dapur, lap sana lap sini, naik tangga, turun tangga, potong bawang potong kayu api.. akhirnya? Suami balik lewat dengan alasan mesyuarat?
tau tak kenapa wanita atau suami tuan tuan suka membebel? merengus?? 
Kerana SUAMI.....
Kurangnya PERHATIAN anda sebagai suami... 
kami wanita bukannya nakkan emas permata sebagai tanda appreciation..tidak
kami wanita bukannya hadap sangat ngan duit ringgit suami, sebagai bukti, kami isteri tidak lokek untuk berkongsi duit gaji kami untuk perbelanjaan harian yang sepatutnya sepenuhnya menjadi tanggungjawab suami.
kami wanita bukannya heran kalu suami tak penah memberi nafkah uwang walaupun sebenarnya ianya wajib ke atas kami..
tapi tak..
balik berjimba dengan kawan, buat muka tak bersalah, amik remot, terus nonton tibi..sedangkan kita ni terkinja kinja jemur kain, mop lantai..??
sedih kan?

Kalau Suami² kat luar tu rajin mengeluh kat pejabat, cakap sang isteri ni suka bebel, bila balik isteri membebel, meh ahkak nak bagi tips skit..
Sang SUAMI,
Apa salahnya, selang 2 hari, anda duduk sebelah isteri anda, gosok gosok isteri anda, cuba ckp macam ni
"bagus la SAYANG ni..memang supermom..dah la kerja, balik rumah bole setelkan rumah dengan baik..Abang bangga ngan Sayang"
Sambil tepuk tepuk sang isteri...Insyallah, kalu isteri tu setat nak bukak mulut nak membebel bila tengok stokin anda yang berlubang kat ibu jari sedangkan dia dah ada letakkan stokin yang elok kat laci nombor dua kabinet baju, mesti dia akan diam..kemain kembang lagi idung dia nanti..
Betol ni..Cuba la! 
Tapi tak...lelaki lebih selesa bersembang ngan kawan dia, kat kedai mamak, hu ha hu ha tapi bukan dengan kita, bini dia sendiri...
Ahkak ni bukan isteri yang terbaik..seriusli..bukan jenis mampu kemas rumah, lelebih lagi bila ada Attomen kecik ni..rumah masyallah punya bersepah..Cuma mengharapkan, sebagai isteri, kalau ada kekurangan, suami akan bgtau, dan bimbing ke arah yang lebiih baik..bukan hanya diam, dan tidak berkata apa apa...
Sedih seriusli baca entry blog tu..
Double sedih bila pegang perut, macam ada talipinggang beso kat bawah baju...uwaaaaa....
So,  anak ayam akak minta akak ulas tentang perkara ini.


Untuk CikGeli,  sebagai seorang isteri yang sudah menjadi ibu.  Kupasan yang Toh Puan buat adalah sangat bagus.  Saya berada di belakang Toh Puan sambil lompat bintang dan goncang pompom.

Untuk lelaki anonymous yang menulis emel dalam blog Cik Stephanie tu,  bagi akak, akak tak tau sapa laki tu. And taktau dia antar kat sapa "to blog stepahine...bkan miss geli kan?

Could be orang itu anonymously nak pekena dan nak kacau miss stephanie like all the other anonymous di blog-blog popular.  Akak memang tak suka anonymous. He/ she could be anyone yang mereka meraka benda untuk buat kita rasa teruja/provoke atau apa apa.

Apa pun, kita sebagai perempuan,  bila kita kawen,  kita kena always be wise and be strong.  Be wise paling utama.  Apa pun kita buat, letak diri kita yang number 1.

Jangan perjudikan hidup kita dan in the end apa ja yang suami kita buat, kita jadi pak turut.  Akak ada dengar beberapa kes benar di keliling hidup akak (ada yang akak kenal,  ada yang akak tak kenal),  perempuan always give depa punya segala-galanya.  Their time,  energy,  kudrat and even duit....everything untuk si suami sedangkan dalam rumah tangga semua itu harus dikongsi bersama.

Sebab itu bila apa-apa terjadi,  si isteri takut nak ANGKAT KAKI dan belah!!!  Depa duk rasa kalau depa belah depa dah takdak apa dah.  I dont blame the isteri,  i blame Mariah Carey yang duk nyanyi lalu "I give my all.....to haveee....just one more night with you...." damn u Kak Mariah.

Yes, kita kena hormati suami kita. Tapi depa pun kena hormati kita. Kita kena tau yang kita banyak buat pengorbanan, at the same time lelaki pun banyak buat pengorbanan dalam hidup kita.

Semunya kena jelas and balance. Insya allah, kita tak perlu takut dan rasa curiga teruk teruk. Akak bukanlah isteri yang terbaik untuk En Khafi, but i always try my best and tapi tak bagi my 100%. U faham tak.

Kita kena selalu ada tinggal a part of ourself. U faham tak?  Kalau tak faham,  kena pelan pelan pikiak apa yang akak cakap ni.

And kalau lelaki yang tulis emel kat Puan Stephanie tu betul orangnya dan apa yang dia rasa dan tanggung tu adalah betul,  akak nak cakap satu ja kat dia "Sesungguhnya hang bodo piang dan hidup dalam kerugian.  Sex is all in your mind.  I guess you will never get it.  And semoga hang tak akan dapat tu,"

Yang benar,
Jumie Samsudin
Berpengalaman 1 tahun menjadi isteri

10 comments:

  1. hai jumie,
    thanks link kan blog saya kat entry ni.. tapi kan.. saya heran..nape awak link kan saya jadi puan stephanie..saya bukan stephanie pun?? saya cuma buat entry tu sbb entry kak geli geli tu jugak..

    ke saya yang konpius..??

    tak..saya tak marah..cuma konpius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEhehe mana i tau...i pun copy paste daripada blog CikGeli. Sorry ya :)

      Delete
    2. eh takpe..saya takde marah ke apa ke..in fact..saya pulak yang terima kasih..tetiba je trafik blog mencanak naik kan.. hahaha..thanks ok..

      Delete
    3. HAHAH i baru pasan.................i silap link!! HAHAH nasib baik Haris Zuhaina betulkan. Malurnya.

      Delete
  2. hi jumie...
    risau bila baca entri kali ni...hehehheheh...
    sy blm kawen lg...insyaAllah next year...
    betul, jgn bagi semuanya even pd suami kita kan...
    mesti tinggalkan sedikit utk diri kita...
    kebanyakan perempuan mmg akan give everything to get everything from her husband...
    but, will them give everything to his wife?

    ReplyDelete
  3. Terbaik la jumie. Kite kn awak makeup arituh kat kedai Jalinan kasih. Memang risau jugak hubby kite tgk org lain tp dok PJJ nie boleh percaya jerla kalau bukan 100% pon. Tapi nk tak nk kena percaya la kn? Dah tentu tempat keja memang ramai pompuan. Student jambu air lagi kn. Takpe la percaya jerla dia tak macam gitu kn? Di samping tuh kena jaga la jugak utk ikat husband tak tgk org len kn? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam Jumie n others.. Aku kenai Stephanie (http://ryanraffael.blogspot.com/) melali kawan aku.. Memang dari satu sudut Steph memang bertuah. Tp jgn kita lupa, kita memasing ada tujuan hidup... Kemana kita nak tuju... Steph adalah anak Sabah. Dia sorang model yg ada agensi peragaan sendiri. Maintenance dia mmg tgi.. Nak keta-LASER, Mampukan suami yg komplen tuh buat cam tuh kat bini dia.. Tp sayang, cantik2 Steph, dia bercerai jugak.. laki ada pompuan len, dia ada jantan len (ntah kawin/ntah tidak)
      Mahukah kita membesarkan anak2 kita dalam keadaan Rayyan (anak Steph) Bagi aku, Remy (x-hubby Steph) tak berjaya membawa Steph kepada Islam sebenar.. Ingatkan dia cari bakal isteri lebih baik, tapi still sama jg mcm Steph..
      Bg Isteri dan bakal ISteri, jaga dari awal.. bkn RM yg menentukan ketat/longgaq.. yg penting rajin.. Cuba baca blog Pn. Nani....(http://nanirostam.blogspot.com/)
      En Suami, nak isteri hebat, dia tuh sebagai pemimpin MESTI lah hebat..
      Mahukan seorang suami, Isteri dia ditelanjangkan oleh lelaki lain? Apa perasaan Suami klu Isteri dia bernafsu cam dia.. Apa akan jadi ngan ank2 n rumahtangga...? Jumie, apa blog JANTAn tuh ? jom kita ramai2 tazkirah,nak.. geram plk aku nih...

      Delete
  4. Thanks semua. Salam perkenalan. I should write more about woman empowerment. Ampa tunggu sat :)

    ReplyDelete
  5. Hai.. Tah mcm mana boleh sampai blog ni tp i suka baca!!! Xsangka ada lelaki segersang dan sebangang tu. kalau nak bini macam supermodel, kena la keluar modal lebih. Belikan isteri girdle ke, sign up kat london weight ke, hantar bini pegi salon... Ni kedekut nak bagi duit beli spenda lacey pun xmampu agaknya. Haktui!

    ReplyDelete
  6. tq sis Jumie

    saya setuju dengan Haris Zuhaina..

    semua bergantung kepada suami..
    kita ni hidup sebagai isteri di bawah pimpinan suami..


    Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang beriman dan tau menilai...aminn


    tetiba aku datang bersyarah kat belog ko kan..?


    hahahahah

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...