9.10.12

Ulasan Fesyen Astro Blockbuster Awards 2012

Hello u olls,

Sabtu yang lepas maka berlangsunglah malam pesta Anugerah Astro Blockbuster Awards 2012 yang julung -julung kalinya dianjurkan kat Malaysia ni.  Effort yang sungguh bagus daripada Astro untuk menghargai kerja kuat artist sekalian di samping memberi peluang kepada rakyat Meleis untuk memilih artist kegemaran u olls semua.  Semoga effort ini akan menaik taraf mutu drama dan telefilem keluaran tempatan. (Ayat cliche ~ selagi duk kena sekat sana sini,  susah juga kita nak berkembang u olls)

Anyway,  tema kali ini adalah sangat interesting iaitu 'colour blocking'.  So u olls tau apa itu colour blocking?

Zaman dulu-dulu,  kalau kita tengok satu orang ni kunonnya paling fashionable,  kalau kata dia nak pakai hijau,  dari kepala sampai kaki semua hijau.  Semuaaaaaaaa hijau.  Tudung hijau,  baju hijau,  beg hijau,  kasut hijau!!

Tapi sekarang trend colour blocking ni lain!! Ianya menggunakan kombinasi warna yang totally bertentangan untuk menghasilkan karya seni fashion yang sangat berani dan menonjol.  Antara trend terkini yang tak semua orang berani nak ikut sebab sangat 'kenyataan fashion'.  Susah nak silap langkah sebab peraturannya sangat simple.  I will share with u olls.

Kalau u olls tengok trend adik-adik muda zaman sekarang,  legging warna oren.  Shirt warna pink.  Jacket warna biru turqoise macam mana ka.  Speck mana warna hijau pucuk pisang.  HAAA!! Gitu.  Tapi itu untuk u olls yang nak all out lah!!  Adik-adik yang berani buat macam tu.

Lagi satu,  kan lani u olls semua trend pakai tudung Fareeda!! Haaa....tudung Fareeda pun feeling guna trend colour blocking u olls.  Perasan tak?  Penggunaan warna dia sangat lain dari lain.  

Contoh penggunaan colour blocking dalam trend tudung Fareeda.

Untuk kakak-kakak yang ala-ala woman bersuami macam akak ni,  kita boleh buat colour blocking juga.  Tapi tak perlu all out u olls.  Tak perlu invest banyak-banyak untuk beli baju baru bagai.  Eksesori seperti subang,  tudung,  hembek dan kasut boleh bantu u olls untuk membuat colour blocking. 

Contoh paling simple ni akak buat,  pakai baju kurung modern ke office warna pink tapi subang warna turqoise macam mana ka.  Kan?  

Ehk?? Sapa ni?  Feelingnya?  

So u olls!  Berikut adalah simple tips untuk try buat colour blocking
  • Tak perlu invest dengan membeli baju-baju baru.  Invest dalam pembelian eksesori simple yang mempunyai warna-warna yang pop.  Gelang tangan adalah investment yang paling baik!
  • Kalau u olls seorang yang 'takut' untuk guna warna-warna pop,  u olls boleh pakai baju warna simple hitam/grey pastu padankan dengan kasut warna lemon yellow ataupun magenta pink.  GITU!
  • Jangan buat colour blocking dengan penggunaan baju-baju yang mempunyai corak/print kerana u olls akan nampak macam badut.  Gunakan kain yang polos.
Okay,  jom tengok apakah definasi colour blocking yang difahamkan oleh retist-retist kita.  Sapa yang made an effort?  Sapa yang cincai-bo?  Sapa yang lost in translation?

Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!  Paling sentap dengan baju beliau.  Simple hitam.  Terbelah hingga ke pangkal paha.  Kasut hijau!!  Clutch pink.  Eksesori popping turqoise.  Katanya Nabila Huda make up sendiri.  Salute!!!  Sapa-sapa kata baju ni tak sopan sebab nampak perut?  Persetan lah.  Dah nama artist.  Biaklah depa nak pakai macam mana pun.  

SAJA LA NAK MENUNJUK KAT AMPA KAN!!! BAJU NI ADIK AYAM AKAKYANG BUAT IAITU SHANNEL HARUN!!  Shannel Harun!  U did a good job.  Tidak memaksa dan nampak mahal.


Elfira Loy ni selalu pakai macam orang tua.  Ampa tengok dressing Kak Ziana Zain kat bawah.  Elfira nampak macam nak setanding dengan mak-mak ayam tahap Ziana Zain.  

SIMPLE!! Dress warna polos (turqoise paling light) pastu kasut and clutch warna pink.  Gila letosan.


Macam pernah tengok dress ni.  Macam recycle daripada konsert akhir Mentor je.


Play safe sanagt. Tapi kalau tengok whole dress baru kita paham!! 

Siries suka depa dua ni.  Kuning tu sangat cantek.  Tak salah i olls itulah mustard yellow!!! And depa dua dua sedondon dengan paduan warna pink.  Sangat suka!!  And Kak Zahida Rafik,  adakah dress u olls itu daripada Versace?  I like your shoes sangat seksi!!  And baju Datin Umi Aida............i like detailing warna biru di tengah.  Sangat classic!

Tasha Shila,  dress ini agak carca marba.  Details tu terlalu crowded.  Tak sesuai dengan concept  colour blocking.  Shahrizal Jasle....ammm.....next!

Hilal Azmi!! Percubaan yang sangat simple dan tetap maskulin.  Meletops.


OmaiEnglish pandai memilih warna.  Warna cabai boh ini sangat sesuai untuk orang kulit putih macam beliau.

Natasha Hudson.  Minimalist.  NEXT.

Erm....tak tau la nak komen apa.  Nak kata jadi,  tapi tak jadi,  macam suka tapi tak suka.  NEXT!

Where is the colour blocking?

Akak amat faham kalau depa dua ni tak paham apa itu colour blocking.  Next.

Kalau Marsha tak duduk kat belakang tabir tu,  so tak jadi lah colour blocking.

Cantek dan banyak detailing. Good effort.

Erra Pazira : dah komen kat atas.
Kak Engku :  Apakah????  Dalam majalah Astro boleh ja pakai baju semua meleps?
Datin Zilla Jalil :  Simple tapi kerlas.  

Padanan WONDERWOMAN.  I like so cute.

Siapa wanita yang pakai cardigan hijau itu sangat meletops!!  Baju oren...tiada colour blocking berlaku.

Less is more darling. 

Dina  :  Siriesly....sangat polish and meletops.  Tops dia warna hijau lumut yang sangat deep dengan shocking pink.  Sapa buat dress u olls ini.  Sangat cantek.

Sembah ratu 48 step zapin.  


Sam  :  TIDAK MENCUBA LANGSUNG.
Intan Ladyana  :  Amm.....amm......amm..........tiada colour blocking berlaku pada pandangan akak.  

Ni silap majlis ka apa ni?

Abang Aaron yang meletops.  Percubaan colour blocking yang langsung tidak membuatkan beliau nampak PLU.
Isteri beliau,  nice and very mahal.

Abang sebelah Elfira....amboi....terangnya fondesyen.

Amy Search rock meletops!!!! Respek sungguh beliau memberikan effort.

I dont think Awal ada masalah dengan tema ini sebab dia dari dulu memang dah start trend colour blocking.

Amm.....................next.

Kombinasi yang meletops tapi simple.  Oren and jacket printing motif Versace gitu.

Meletops Datin peluk Channel! Kau ada?

Adik Rambut Biru,  kalau nak all out macam Katy Perry,  sila buat make up yang all out juga agar nampak balance dengan gaya.

Elaine Daly.  Contoh yang sangat simple.

Okay,  gambar kat bawah-bawah ni....semuanya macam tak berapa da effort.  

Natasha Hudson photobomb di sini.

Motif?

Ehkkk???Tiba tiba Dato Siti perform. 

3 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...