30.11.12

Dear Kak Jumie Pengalaman Mak Saya yang Mempunyai Ibu Mertua Yang DOT DOT DOT

Salam,  
Kak Jumie,  saya nak share sikit dari artikel Luahan Menantu Terpinggir bleh tak?
Saya nak share apa yang dirasa oleh mak saya yang pernah menjadi menantu terpinggir.  
Mak saya pernah cerita bagaimana nenek saya perlakukan pelbagai cara untuk sakitkan hati mak sebab mak bukan menantu pilihan. Setiap hari ada saja kata umpatan, hinaan kat mak. Nenek akan bercerita kat jiran-jiran yang ayah saya cuma bagi duit belanja kat mak saja dan dia tak dapat apa-apa pun, padahal ayah bagi duit belanja sama rata antara isteri dan mak sendiri(dulu-dulu paham-paham jer la hidup susah)... benda ni bukan fitnah tapi mak saya sendiri dengar kata-kata tu dari mulut nenek masa nenek bercerita dan ada jugak yang menyampaikan..

DAN bila mak bercerita dekat ayah dan ayah tanya nenek, nenek menidakkan dan tuduh mak saja cari hal. Macam-macam cara yang nenek buat untuk lepaskan rasa tak puas hatinya sebab tak suka mak dan sampaikan cara nak picit/guna ubat gigi pun jadi isu....huhuhuhuhu....dan paling sedih bila mula-mula kawen, nenek dan orang kampung cakap mak dah ngandung bila ayah nak kawen dengan mak tapi bila 4 tahun kawen, mak tak beranak-anak lagi dan tak ngandung-ngandung, ada yang cakap mak mandul..

TAPI mak still sabar dan sabar dan pujuk ayah pindah rumah...lepas pindah pun jadi isu..nenek still cari masalah..dan sikap sabar mak dan ikutkan jer sikap nenek tu sebabkan nenek lama-lama mmg tak bleh kalau tak jumpa mak.  
Kalau mak tak datang rumah nenek, nenek akan kol dan cakap mak marah dia la, mak dah tak ingatkan dia lah dan klu nenek sakit, hanya mak yang dia nak suh jaga. JADI kt sini apa yang saya nak share hasil dari pengalamn mak saya kepada sape-sapa yang alami nasib sebegini, banyak-banyakkan bersabar sebab mak mentua itu juga adalah mak kita..macam mak saya cakap " Kalau takde nenek ko tu, tak kawen ler aku dengan ayah ko, dan korang (saya & adik-beradik) takde kat sini".....
Saya sayang nenek saya… 
GITUUU POSTER ORANG DULU DULU

Hello u olls,

Thanks for the wonderful story. Sepanjang membaca emel u olls, akak terus in character macam akak la mak u olls. Pakai baju kurung lusuh dan buat sanggul labuh ada bunga kat tepi kepala gitu…….suasana semua black and white gitu. Haa….feeling kan akak? Rasa macam akaklah mangsa ibu mertua yang DOT DOT DOT.

Apa pun, akak respect ketabahan mak u olls. Akak tak salahkan mak mentua u olls. Cuma sometime, orang orang tua zaman dulu kala, they have nothing to do. Depa hanya tau masak, kemas rumah dan pi kenduri kendara. Depa don’t social exposure macam kita dapat. Oleh itu, bila ada satu satu issue kat dalam rumah tangga depa, contohnya…..depa tak suka menantu depa…so depa mampu menghabiskan masa dan tenaga untuk sakitkan hati si menantu dalam apa juga cara.

Ibu ibu mertua zaman sekarang, jarangggggggggggggggggg jarang kita dengar kes macam ni. Sebab MIL zaman sekarang boleh kata ramai bekerjaya, ada business, masih kuat masuk office……….depa takdak masa nak kelumit benda benda yang meraplahkan diri sendiri.

Akhir kata, kita dah tua. Janganlah jadi orang tua yang bitter dan menyusahkan hidup orang lain. Biarlah kita tak begitu disayangi oleh anak-anak dan menantu pun , janji kita tak menyusahkan hidup sapa-sapa.

Love,
Jumie Samsudin

29.11.12

Resepi Mashed Potato by Jumie Samsudin

Hello u olls semua,

Hari ni saya nak share simple resepi untuk buat mashed potato.  Cubalah.

Ini gambar i buat.  Sos tu macam cayak sikit.  So ampa pandai pandaila alter :)

Bahan-bahan :

A
3 biji ubi kentang yang size besar
1 cawan Susu segar / fresh cream
Sedikit garam
Sedikit lada hitam (ditumbuk / grind)

B
1 ulas bawang putih cincang halus
1/2 ulas bawang merah cincang halus
3 camca makan butter (nak bubuh banyak pun takpa)
1 camca brown sauce
5 camca sos tiram
Sedikit garam

Sedikit lada hitam (ditumbuk / grind)

C
1 camca tepung jagung + gaul dengan sedikit butter sampai jadi gumpalan tepung

Cara-caranya  :

  1. Kupas kulit ubi kentang.  Potong dadu dan rebus.  Cara ini ubi lebih senang nak empuk.
  2. Dalam food processor / blender,  ampa blend ubi tadi dan semua bahan-bahan A.  Tapi untuk jumlah yang sikit,  akak cadangkan u olls lenyek guna tangan je.  Eksesais sikit u olls.  Tambahlah garam dan lada hitam secukup rasa.  Dan mashed potato dah siap.
  3. Untuk gravy / kuah,  panaskan butter dalam periuk kecik.  Jaga api jangan sampai butter tu jadi kuning sangat.  Kalau nak tambah minyak zaitun sikit pun boleh.  Its healthy.
  4. Tumis bawang putih dan bawang merah.  Kemudian,  masukkan brown sauce dan sos tiram. Kacau sampai sebati. Masukkan sedikit air untuk larutkan dua sos ni.
  5. Masukkan bahan C.  Tujuan bahan C adalah untuk memekatkan lagi sos kita. 
  6. Last masuk sedikit garam dan lada hitam.
  7. Makanlah dengan apa-apa western food ataupun makan saja-saja.
Selamat mencuba.

Footnote  :

Inilah contoh gambar brown sauce jenama HP :)


Dear Kak Jumie : Cinta Terpaksa

Salam kak, saya ada luahan hati nak cerita.  
Kesnya 2 tahun lepas saya putus tunang pada saat last minit (3 bulan sebelum majlis). Disebabkan ego dan nak menunjuk kononnye saya boleh cari pengganti, saya kahwin dengan kawan lama yang saya tak sayang langsung tak lama lepas tu.

Al-kisahnye, lepas 2 tahun kahwin, saya masih dibayangi tunang saya dulu. Saya asik terpikir alangkah bahagianya if saya dengan die. Saya tak happy dengan suami saya.

Suami tau saya tak sayang die tapi die still mencuba. Tapi saya macam idup dalam bayangan semalam. Dah mcm lagu Katy Perry, Thinking of You. Sumpah kak.. Selama dua tahun saya berpura-pura. Depan mak mertua saya buat bahagia, tapi kami tak pernah bahagia.

Saya pernah pikir pasal bercerai, tapi suami saya tak nak. Mak mertua sangat baik and saya tak tau macamane nak terus terang. Family saya tak tau hal ini. Lagipun hak cerai bukan ditangan saya.

Sampai bile saya nak idup macam ni? Saya nak bahagia macam orang lain yang nak balik rumah cepat, layan suami, layan anak-anak tapi saya tak mampu nak sayang die dan saya telah pun buat sembahyang dan bersoa tapi tak ada hasil.

Bila kat rumah saya jadi pendiam, saya selalu kerja sampai malam sebab nak buat-buat busy. Bila kami bersama, saya hanya pejamkan mata, diam tak bergerak dan kadang-kadang saya menangis dalam gelap sebab adalah sangat menyiksakan melakukan hubungan dengan seorang yang kite tak cinta.

Saya gak amik pil perancang sebab saya tak nak ada anak-anak dalam hubungan kami.

Kak, tolong la saya.. Masih adakah bahagia untuk saya

Nisa
Saja bubuh gambar ni.  Ada la kena mengena sikit dengan cara si heroin ni,  dah dapat suami macam AARON AZIZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ DUK BUAT KEKWAT PADIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA BODOPIANG!

Wasalam u olls,

Aiiiiyoooooooo story u olls ini sangat drama swasta. Tapi u olls, sekali akak baca emel hang ni, first sekali terlintas di kepala akak adalah “Ya Allah kesiannya suami hang dapat isteri yang very the KESSS,” Macam mana agaknya suami u olls menghadapi hari harinya, setiap pagi bangun untuk memikirkan yang dia mempunyai isteri yang tak cintai dia langsung.

Pastu, akak cuba untuk menyelami apa yang u olls sedang hadapi. Berkali kali akak cuba memikirkannya – in fact akak amik seminggu untuk fikir tentang keadaan u olls. Tapi, seikhlasnya……………..sekelumit pun akak tak rasa kesian kat u olls.



Sorry kalau akak cakap ya dek non, u olls adalah sangat PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
U kawen dengan suami sebab nak sakitkan hati orang. Nak buktikan u olls hebat dan mudah dapat pengganti. Tapi u lupakah….tapi perkahwinan itu sebenarnya melabur dalam kehidupan orang lain? So u duk pikiak diri u saja. Sebab tu u tak bahagia sekarang, sebab niat kawen u saja dah tak baik dan dirahmati tuhan.

Even lepas u kawen, u duk pikiak diri u sahaja. U pikiak nak cerai dan u hanya pikiak pasai ex BF u. Sampaikan u terpikir untuk bercerai walaupun suami u olls masih terus ingin mencuba. U focus pada masalah sahaja. U tak focus pada penyelesaian. Masalah is your ex boyfriend….tapi penyelesaian adalah suami u? Adak at fikir kat situ dek non?

Orang kata, bila kita ‘ADA’, kita lupa dan alpa. Bila kita dah “NAN HADO”, barulah kita nak buat muka empat belaih. Oleh itu, akak mencabar u olls untuk berpisah dengan suami u olls. Siapa kata hak penceraian ada di tangan suami? U pi kursus kawen duduk main handphone ka?

Dalam undang-undang syariah kan ada hak isteri untuk tuntut cerai. Kenapa pula kata hak penceraian itu ada di tangan suami sahaja. Kalu u betui betui tak mau, GO FOR IT. Naik turun mahkamah, tukar la sampai 10 lawyer. Puaskan hati u olls itu. Orang kata, nak menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. GITUUUU….tiba tiba nak seluk pekasam pula.

Tapi sebelum u olls betul-betul ambil keputusan apa-apa, just think balik. Takkan dalam 2 tahun perkahwinan ini, takdak langsung sekelumit rasa sayang dan cinta pada suami u olls. Takkan takdak saat-saat manis antara ampa berdua. Takkan semuanya semata-mata saat pedih ketika membuat seks? Cinta boleh lahir dalam macam-macam keadaan. Are u sure u really mencuba?

U kata u solat and doa banyak-banyak……tapi u makan pil perancang dan selalu pulang lewat dari kerja untuk elak bersama suami? Usaha apa itu? Cuba pikiak balik u olls.

Dulu, akak pun melunyai jugak lepas mula mula bercerai dengan En. Duda. Pastu akak jumpa En. Khafi, akak haram tak sayang and cinta dia. Just layan En. Khafi sebab dia kendu. Niat di hati nak buat anak ikan. GETTOOOOOOOOOO………….Tapi En. Khafi pulak feeling cintan dan ajak akak kawen semua. Sedangkan hati akak masa tu feeling-feeling ingat kat bekas laki akak jugak.

Tapi one thing for sure, akak terpikir ini “Sampai bila kita nak mendambakan cinta dari orang yang kita terlampau cintakan……………sedangkan si dia yang betul betul cintakan kita dan sanggup berikan hidup dia ada di depan mata kita,”

Di bawah ini akak typekan semula 12 Petua Mengukuhkan Kasih Sayang daripada Dato’ Dr. Fadzila Kamsah seperti mana yang tercatat dalam Astro View bulan Disember 2012. 
  • Bersyukur dikurniakan pasangan. Terima dan sayangi pasangan seadanya. 
  • Kekalkan sifat-sifat positif dan bentuk sifar-sifat baru yang disukai. Cinta yang murni seharusnya berteraskan iman dan taqwa. 
  • Jadikan pasangan kawan palin akrab. Pamerkan kasih saying melalui perkatan, perbuatan dan hadiah. Puji dan hargailah sekerap mungkin. 
  • Sentuhan dan belaian saying adalah kaedah asas yang penting. 
  • Rawat hati dan emosi dengan doa, kemaafan dan reda. Kebanyakan konflik rumah tangga tercetus akibat luka lama yang belum pulih sepenuhnya. 
  • Ambil berat tentang dirinya dengan kaedah sesuai /disukai pasangan. 
  • Bersangka baik, bermaaf-mafaan, belajar berbual dan mendengar. 
  • Hubungan seks yang sihat dan member kepuasan kedua dua pihak. 
  • Nyatakan kebenaran dengan hikmah. Ada perkara tak perlu diucapkan. 
  • Berubah secara positif agar pasangan teruja untuk sama-sama berubah. 
  • Lakukan kerja rumah tangga bersama-sama. 
  • Elak melakukan sebarang perkara yang menjadi kebencian pasangan. 

Sekian sahaja. Dunia bukan milik u olls seorang. Kadang-kadang kena ada pengorbanan untuk capai kebahagiaan.

Love,

Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

28.11.12

Dear Kak Jumie : Dillema Mempunyai Makcik Yang Kepo Habis

Hai Kak Jumie!! 
I olls ni ada la sorang mak cik.  I olls memang cannot go dengan dia. Sebab mulut dia very the hanyamm! Dia ni memang suka dok compare family i olls dengan family anak dia. 
Entah dia ni tak reti nak fikir kot, anak-anak dia dah bekerjaya.  Umoq sorang-sorang dah nak dekat 40 tahun.  Tapi i ols ni baru la nak cecah 23 taun.  Muda lagi haaa.

I olls baru lepas berenti keja sebab nak sambung study.  Balik kampung ja, tudiaa mak cik i olls dah siap-siap datang rumah. Dok tanya dekat 30 kali awat berenti keja. I olls cakap sebab nak sambung study. Boleh pulak dia jawab, pempuan ni belajaq la tinggi mana pon, dapoq jugak peginye. 
Dari hang dok pi sambung blajaq, baik hang blajaq masak. Hello??? Macam aku ni tak reti masak. geram! Rasa macam nak ganyang ja!! 
Lepaih tu, dia ni pulak dok complaint pasal adik i ols dok blajaq kat local u ja. Cucu dia sampai NY sana study. Dia boleh pulak tanya dengan kos hang amek (information security), keja apa jaa la hang dapat?? 
Kakak hang pon belajaq politik last-last keja jadi customer service kat Celcom. Aihhh macam cucu dia balik Malaysia dapat keja teruihh??

Kalau i ols dok cita pasai dia ni, memang boleh buat buku, Mak Cikku Hanyam.   Macam mana la Kak Jumie,  nak bagi mak cik i ols ni stop dok pandang rendah kat orang lain???  Kalau ikut hati i ols memang i ols semboq cukup-cukup.  Tapi bila pikiaq balik,  kalau balas apa dia cakap tu,  kita ni 2x5 ja la.  Tapi bila dok pendam2 nanti dah letops. haaa, perang dunia jawabnya. 
Yang benar,
Syarmina
Saja bubuh gambar ni.

Hello Syarmina,

MUJOKKKKKKKKK LAAAAAAAA MAKCIK HANG ADA ANAK MENAKAN FEELING WOMAN MACAM HANG.  DIA MAU DAPAT ANAK MENAKAN WANITA PONDAN MACAM I....BARU DIA TAU LANGIT BENTUK BULAT ATAU EMPAT SEGI.

Sebenarnya,  makcik-makcik macam ni akak simpulkan sebagai 'hidup segan mati tak mahu,".  Actually,  hidup depa boleh dipenuhkan dengan macam-macam activity yang berfaedah.  Tapi depa lebih suka buat benda benda buat masa dan mengganggu orang lain.  Tapi orang-orang macam ni,  insya allah panjang hayat depa u olls.  Makcik-makcik yang baik kita pulak....selalu meninggal awal.  BETUL TAK AKAK CAKAP?

Akak tak salahkan depa.  Mungkin depa dari awal dipenuhi dengan elemen-elemen negative dalam hidup.  Pastu pulak duduk rumah takdak kerja,  takdak agenda nak buat.  So agenda utama depa,  berkaknam di rumah orang la.  (kak nam bermaksud datang buat buat kepo la).

Nasihat akak kepada u olls,  u olls kenalah bersuara.  Bukan nak ajar u olls jadi kurang ajar.  Tapi u  olls kena berani bersuara hanya untuk membuktikan yang u bukan budak bodoh yang senang diperkotak-katikkan.  Apa guna u masuk keluar universiti,  u tak takdak skill public speaking untuk membalas hujah-hujah makcik ni?  (Haaa....akak pulak kak nam kan hang).

Bila makcik hanyam kau ni datang rumah,   kerap-kerap sangat......bagi la sedas dua das seperti "Makcik ni selalu datang rumah,  balik-balik la duduk rumah.  Mengaji ke.  Sembahyang sunnah ke.  Umur makcik pun dah ala-ala maghrib itu,   inilah masa nak hapuskan dosa,"  haaaaaa lebih kurang begitulah.   Biar dia tau yang kita tak selesa yang dia selalu datang rumah kita.  Ataupun paling-paling simple,  u olls cakap je "Ehk...makcik lagi...semalam dah datang...hari ni datang lagi.  Bagus la makcik ni,  very sillaturrahim,"

Selain itu,  apabila dia bertanya soalan-soalan poyo kepada u olls.  Dont be afraid to answer.  Tapi jangan menjawab secara kurang ajar.  Jawap dengan sopan tapi ada fakta.

Soalan Kak Nam  :  Ko ni belajar tinggi-tinggi nanti masuk dapur jugak.

Jawapan Kak Nam  :  Makcik ni,  tak ingat ke pesan Mantan Perdana Menteri kita Pak Lah,  dia nak naikkan taraf modal insan rakyat Malaysia.  Biarkan duduk dapur,  jadilah orang dapur yang terpelajar.  Bukan ibu-ibu zaman sebelum merdeka yang duduk dapur,  memasak....lepas tu bertenggek kat rumah orang lain.  Ajak mengumpat. Saya taknak jadi gitu.....

Soalan Kak Nam  : Kenapa la adik ko masuk local uni? Tengok tu cucu i masuk NYU.

Jawapan Kak Nam  :  Makcik tau tak,  universiti kat Malaysia ni antara yang terbagus kat rantau Asia.  Ramai orang Islam dari tanah Arab,  Africa,  Thai,  Filipina and Indonesia berebut-rebut nak datang belajar kat IPTA kita.  Bukan je sebab yuran dan kos hidup murah,  malah program yang ditawarkan pun diiktiraf oleh badan-badan dunia.  Marah Khaled Nordin kalau dengar kata-kata makcik tu.  Makcik kenal ke sapa Khaled Nordin.....

Itulah antara contoh yang akak boleh berikan.  Apa pun,  u olls kena BERSUARA.  Bila kita bersuara,  maknanya kita ni bukan budak-budak lagi dan kita ada ilmu dan pendirian sendiri.  Bila orang nampak kita ni ada pendirian,  orang akan respect kita.

Jangan duk feeling woman,  tak mau jawab tohmahan orang,  pastu makan hati,  pastu emel kat JUMIE SAMSUDIN.  Biar orang respect kita,  jangan bagi peluang orang perlekehkan kita.  Walaupun usaha kita tak seberapa berbanding orang lain,  tapi hanya Allah tau kemampuan kita takat mana u olls.  And yang penting,  kita usaha.

Tapi kalau lepas bersuara pun,  makcik hang masih nak kak nam sana sini.  Maknanya,  something wrong dengan makcik hang tu.  So u dont have to do anything.  Just berdoalah,  agar bila dia meninggal dunia nanti senang orang nak tanam.....HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....

Sekian,  kuatkan semangat.

ps/  Sapa berani kata kat Jumie Samsudin?  Akak tak belajar Universiti pun.  Tapi sapa berani kata kat I tu,  adalah orang yang tak kenal i siapa.  Itu tahap confident i.

Love,
Jumie Samsudin

Resepi Pad Kaprao oleh Kak Asmaa

Hello semua,

Jom try resepi ringkas dari Kak Asmaa yang bertajuk Padkaprao.  Ianya adalah sejenis masakan Thai yang Kak Asmaa amat gemari.  Masa kami holiday kat Phuket pun,  dia sibuk nak order benda ni.  And yes,  very sedap.....(walaupun tempat makan yang kitorang pi tu biasa biasa je).

Anyway,  baru baru ini Kak Asmaa telah mendapatkan resepi ini khas daripada sedaranya dari Kelantan yang memiliki restoren tomyam di Kelantan.  Sooo....harusnya resepinya meletops u olls. Dia share dengan kami semua resepi ni.  Very simple and mudah.  ANDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD sangat sedap dan kena dengan tekak akak.

So akak nak share resepi ni dengan ampa semua.


Bahan-bahannya  :

  • 300-500 gram daging cincang (ayam pon boleh, sotong+udang pon boleh, tapi aku paling suka daging)
  • Bawang putih 8 ulas
  • Cili padi 10-15 batang
  • Jus limau nipis
  • Sos ikan / nampla
  • Kicap manis sikit
  • Daun selasih

Cara-caranya  :

  1. Tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat. Tapi jangan sampai haluih.
  2. Tumis bawang putih dan cili padi yang ditumbuk tadi sehingga garing/naik bau wangi. Should be about 4mins.
  3. Masukkan daging, goreng sampai masak.
  4. Boh sos ikan dalam 4 sudu besaq.
  5. Kicap manis dalam 2 sudu  (pandai2 la edjas sendiri)
  6. Perah limai nipis
  7. Tambah gula sikitttt, kalau rasa macam pedas sangat
  8. Bila dah nak dekat masak,  masukkan daun selasih segenggam.
  9. Tutup api.


Cadangan hidangan  :  Makan ngan nasik putih panas dan teloq mata.. layannnnnnn gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

27.11.12

Pecal Lele Sunny Point Sudah Kembali ; Di Lokasi Baru

Hai u olls semua,

Kepada orang orang Penang yang merupakan pencinta PECAL LELE...u olls semua mesti ingat kali pertama akak tulis tentang pecal lele dalam artikel-artikel akak yang dulu dulu.  Antaranya  :

Pecal Lele written on 11.11.08

Outlet baru Pecal Lele - lebih besar!! written on 4.2.09

Memang sejak tahun 2008,  ramai orang USM dan orang Penang sekitar barat daya amatlah jatuh hati dengan keenakan dan ke-authentic-kan masakan ibu dari Indonesia ini.  Tahun lepas (2011),  katanya ibu tutup gerai pecal lele yang kami selalu lawati kat Sunny Point.

And tahun ini,  dia telah kembali ke Malaysia dan buka kedai baru di Relau.  Jom terjah beberapa gambar akak ambil masa bermakan-makan di sana.  Masa ni kedai Ibu baru dibuka lebih kurang 10 hari.  Dahsat hidung kami yang dapat hidung dulu.

So untuk semua pencinta pencinta Pecal Lele Ibu,  jom tengok gambar kami tengah lepak-lepak kat sini melepaskan rindu dengan masakan ibu.

Inilah kedai pecal lele terbaru oleh ibu.  Katakanlah kita dari arah Relau/Sungai Ara,  pastu kita masuk kanan (depan Public Bank Relau) and then kita korner kiri dan terus ke belakang sampai kita jumpa flat nama Sri Aman (di kiri kita).  So kedai pecal lele ni berhadapan dengan flat Sri Aman.

Ibu memberikan pose yang vogidevas.


Depa dua ni la yang cium makanan ibu dulu....and then bawak kami mai makan sini.

The same classic set up......rasa macam "IM BACK" sangat.  
Menu kudapan sebelum makanan order kita tiba.
Menu ni macam sama ja kat Sunny Point dulu.



Check it out the Google Maps akak buat kat link ni  :  Pecal Lele Ibu Sunny Point

Dear Jumie : Saya Ingin Menjalinkan Hubungan dengan Seorang Bisexual

Salam Jumie,
Saya terjumpa blog Jumie pasal Surat Hijrah dari PLU tu.  Serious saya cakap saya tak kenal Jumie,  tapi saya tahu ramai yang baca blog Jumie ni.  First of all, saya Fira.  Saya ada suka sorang guy ni.  Saya tahu dia biseksual.   
Long story short,  he likes me too.  Dia ada cakap yang dia nak berubah tapi tak tahu macam mana.  Sekarang ni kitorang boleh kata rapat lah as a sahabat.  Tetapi,  mungkin satu hari nanti kami mahu jadi lebih dari sahabat . 
Macam mana saya nak tolong dia ?
Terima kasih banyak banyak.
Yang benar,
Fira

Dear u olls,

Dear Fira,

Saya pun tak tau la sama ada nasihat dan pendapat yang saya bagi ni adalah yang terbaik. Tepuk dada tanya selera.

Alhamdulillah, sahabat u ada keinginan untuk berubah. Kerana walaupun saya tak pernah pandang rendah pada golongan LGBT tapi perbuatan seks songsang adalah berdosa di sisi agama (regardless agama apa pun).  Tapi,  kita ni manusia yang lemah u olls.  Dah kalau nama pun nafsu,  semua benda pun jadi OKAY!

Dia kata dia nak berubah, tapi tak tau macam mana? Fitrah Allah bagi kat dia (menyukai lelaki lain) adalah satu dugaan yang besar. Dia kena berusaha untuk tolak dan lawan fitrah itu. Sebab walaupun fitrah itu dikurniakan oleh Allah tapi fitrah itu juga adalah berdosa di sisi Nya.

Kalau betul dia nak series dalam hubungan dengan U, dia kena betul2 komited. Hubungan suami isteri (what u are looking for) adalah satu komitmen. Tak kisahlah dia heteroseksual, homoseksual ataupun bisexual, tapi kalau dia dah menikahi seseorang adalah tanggungjawab dia untuk jujur dan sentiasa bertanggungjawab terhadap pasangannya.

Sahabat baik saya, pernah couple dengan seorang gay yang ingin meninggalkan dunia gay dan berkahwin dengan perempuan. Kawan saya perempuan. Tapi sampai lagi 6 bulan nak kawen, kami dapat tahu yang lelaki gay itu masih tidak dapat melupakan boifren dia. And boifren dia siap mai serang kawan I dan kata "Dia kawen u sebab nak tutup mulut keluarga and dia janji dengan I sampai bila2 dia tak akan tinggalkan I.  U tau tak kami dah kapel 7 tahun"  HAAAAAAAAAAAAAAAAA...tak tergamam kawan saya mendengar kata-kata ini?

Kawan I (perempuan tu) minta lelaki gay itu buat pilihan. Sebab kawan saya tak kisah silam dia, kalau kawen nanti dia tak mau berkongsi kasih dengan lelaki lain. So in the end, depa putus and tak jadi kawen.

Kat sini,  memang i respect my kawan perempuan sebab dia very very strong!  Dia tak kisahlah hang gay ka apa ka apa ka,  dia respect hang sebagai seorang manusia.  And dia berani called off the wedding sebab dia tau harga diri dia,  dia tak rela dijadikan pilihan untuk menutup maruah orang lain.  And paling penting sekali,  dia tak desperate nak kawen!!!

So pendapat I adalah, tak kisah u siapapun, but bila u kawen u have to stop everything (kisah lama) dan buka lembaran hidup bersama.

Saya dan suami......kami dulu sangatlah sosial. I pun banyak BF (tapi I straight laaa....). And my husband pun kaki clubbing (dia dulu bouncer kelab malam) so memang banyak perempuan semua.......tapi bila kami kawen....we stopped everything.  And that is the basic rule in life.  Kalau u dah komited dalam perkahwinan bermakna u komited untuk kongsi hidup dengan orang lain.

Bukan hanya alasan u adalah bisexual u ada lesen untuk ada dua pasangan.  Satu pukis,  dan satu dubus.  Kan????  Jangan harukan benda ni dengan poligami pulak.  Agama kita buat poligami bukan untuk nafsu,  tapi untuk tanggungjawab.

I hope u faham apa I nak kata. Tepuk dada tanya selera......

Saya doakan yang terbaik. Perkahwinan bukan jawapan yang menjaminkan kebahagiaan.  Perkahwinan adalah suatu yang amat berbeza...only do it when u are veryveryvery ready. Fikirkan semua risiko yang ada. Dunia ni luas untuk kita explore.  

I harap u bagi your boyfriend to read this "Abang,  jangan buat naya anak dara orang na.....tu jaa kakak nak cakap,"

Yang benar,
Jumie Samsudin

26.11.12

Kecewa Bila Mamu Tak Dapat Masuk Maharajalawak Mega

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sapa kat sini suka menonton Maharajalawak Mega?  Akak memang suka tengok sebab akak suka gelak.  So long story cut short,  akak nak buat luahan perasaan apabila team MAMU telah pun gagal untuk melayakkan diri untuk pertandingan hot seat tiga penjuru kelayakan menjadi finalist Maharajalawak Mega.


Lepas depa berhempas pulas and mintak semua orang vote dalam portal video website Astro,  so Kecik,  Mamu dan Balas berentap.  Depa kena buat dua persembahan dan mereka dinilai oleh para juri.

Kecik
Pada malam pertandingan tu,  Kecik memang jauh kena tinggal lah.  Depa punya lawak,  masih lagi guna style punch line ala-ala majalah Ujang.  Contohnya  :"Kenapa kaki kau sakit..."  "Sebab kaki aku bangku," .  Maknanya semua lawak dia ada soalan dan jawapan.  Ada yang lawak.  Tapi overall persembahan very 'kejong'.  Kejong bermaksud 'tak berapa nak jadi la'.  Selalu merujuk kepada gubahan bunga...kalau gubahan tu macam tak berapa nak elok kami panggil 'kejong'.

Balas
Well......Balas lebih dikenali sebagai gang makcik karipap.  Dulu depa dua orang.  Lani depa dah 3 orang.  Mula-mula show akak dah tak berapa nak suka.  1.  Depa guna lakonan pondan.  Siriesly,  apa pun lawak murahan kat Malaysia (juga merujuk kepada semua pelawak-pelawak Malaysia yang menggunakan modal 'pakai perempuan' untuk meraih gelak tawa orang).  Bukannya akak tak suka (Mama Regina tentang gila gila idea ni).  Kami panggil lawak pondan sebagai lawak murahan kerana,  mana-mana lelaki pun kalau dia pakai macam perempuan and dia berlakon perempuan akan kelihatan lawak!!  Siapa-siapa buat pun kita akan gelak.  Tak kira lawak tu memang betul betul LAWAK ataupun lawak itu totally BODOH.  Kenapa kami (selaku wanita-wanita TS) sangat marah dengan lawak-lawak pondan ini?  Well just fikirkan,  bila real wanita pondan/ bapuk / mak nyah / TS muncul di kaca TV sebagai penari latar dalam rancangan TV terus kena banned.  Apatah lagi berlakon dan sebagainya (boleh kena komen dalam lain-lain).  TAPI PELAKON PELAKON LELAKI...........................BERLAKON JADI PONDAN DAN JADI TONTONAN KETAWA ORANG RAMAI.....BOLEH PULA?  Ini bukan soal adil atau tak adil,  cuma harap u olls semua pikirkan sendiri di mana pendirian kita sebenarnya?

So,  ramai yang tak puas hati bila Balas dapat pi final.  Sebab depa semua pakai lawak double meaning.   Lawak lucah.  Betul.....tapi bagi saya.....lawak pondan itu adalah lebih celaka dan BORING.


Mamu
Saya pernah kerja bersama Mamu dan saya pernah tengok macam mana Mamu kerja.  Depa dua orang ini adalah sangat serius.  Depa cari rezeki dalam seni bukan sebab popular dan duit (semata-mata...memang orang nak duit),  tapi depa memang 'anak seni'.  Sapa kaki teater kat Penang mesti tau hasil-hasil kerja depa kat USM.  One of the best (yang akak sempat tengok) adalah Kelab Kelahi.  Lawak depa bermesej!!!!  Bukan lawak ting tong tiang and pakai pakai pondan.  And kalau tak silap akak,  selama depa lawan untuk Raja Lawak dulu pun depa tak pernah pakai pondan.  Kalau ada pun,  please betulkan saya.

Masa malam Hot Seat,  depa buat dua lawak.  Dua dua bawak mesej yang simple,  pertama pasai orang malas pi kerja dan kedua pasai telatah orang pi belajar memandu.  Lawak very simple,  tapi depa made an effort untuk buat prop semua yang lain dari yang lain.  Ilmu yang dipraktikkan kerana mereka berdua adalah degree holder di Pusat Pengajian Seni,  USM.  So bukan semata-mata lawak biasa.  DEPA BELAJAR SENI YA.

Keputusan Berpihak Kepada Balas
Akak tak tengok pada malam keputusan.  So,  akak BBM kat Azerul.  Akak tekejut dia tak dapat.  And bila akak kata "Its okay babe...ampa tak popular.  Ampa tak berlakon TV...sebab tu ampa tak dapat,"  and Azerul terus balas "NO NO NO....TAK OKAY,"  Azerul ni lawak.  Tapi bila dalam percakapan biasa,  dia seorang yang serius.  Bila dia kata A,  A la.....kalau dia kata B,  B laa....

Ini adalah apa yang tercatat di Facebook Azerul.


Petikan dari blog orang lain (yang rata rata kecewa)  :  Kecewa bila peserta hotseat yang diharapkan iaitu kumpulan Mamu ‘Mesti Mari’ tidak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya. Dalam pertarungan 3 penjuru antara Mamu, Kecik dan Balas keputusan memihak kepada Balas. Secara peribadi, saya merasakan Mamu lebih layak kerana idea kreatif tapi dah pengadil lebih minat idea Balas.. Saya rasa kalau Mamu melangkah ke peringkat seterusnya pasti idea baru akan diberikan oleh pasangan ini. Tak mustahil mereka mampu ke peringkat final kalau berada di sana. - Zool dari Ligakampung.com

Ampa pi tengok sendiri video kat Youtube.  Ampa bandingkan sendiri.  Yes,  akak kecewa apabila Mamu tak dapat beraksi di pentas final.  Sebab akak percaya,  otak depa ni boleh sumbang macam-macam dalam platform lawak negara kita dengan bakat dan ilmu yang depa ada.  (CEWAH...semangat la pulak aku).  Tapi bak kata semua pengikut dan peminat Mamu,  rezeki u olls bukan di sini.  Teruskan usaha dan please please please please jangan give up.

Love,
Penggelak Yang Kuat Walaupun Depan Mak Mentua
Jumie Samsudin

Dear Kak Jumie : Dillema Saya sebagai Gay


Puan Jumie..
 
Hi hi hi…  I love your blog..  first and foremost saya kenalkan diri saya sebagai Eric. Email saya ini is more to share my story n there will be few Qs untuk Puan Jumie..  to be honest, Eric seorang PLU Puan Jumie. Eric dah lama dalam dunia ni. Since Eric sekolah rendah lagi. I don’t want to talk more detail on that. Bila dah jadi PLU ni faham-faham la. Semua yang haram saya halalkan. Semua yang tak boleh ,saya bolehkan.  Life is full of colours that time.. I feel  love.. pain.. sensation.. satisfaction. . sadness so on and on. But recently, one of my junior start contacting me. I’m so surprise. Dia mengaku dia PLU.  Dia muda setahun dari Eric. Dia cakap dia lembut, so dia kena la jadi PLU.  Eric sangatlah terkejut. Eric tahu dia lembut, but he is such a nice boy.  Baik, taat n sopan santun. Entah syaitonirajim mana PLUkan dia. 
Dia masih baru, dia bermula di usia awal 20-an. Dengan keadaan duniawi sekarang, Eric lihat dia sangatlah desperate. Bila difikir balik, Eric pun dulu macam dia juga. Tak penah cukup satu. Keadaan dia sekarang membuka mata Eric. Kalau la Eric still macam dia sekarang, entah bila Eric akan berhenti.I am almost 30,if I don’t stop now, bila lagi..soalan tu selalu bermain di minda. I did read your blog, surat hijrah seorang PLU dan then baru-baru ni Puan Jumie ada post tentang one blog, blog Encik Naj Mi.. both are an eye opener for me.. Since that, I think n think. I have to stop. But from your advice, saya takkan buang kawan-kawan PLU saya. 
I think mereka adalah manusia-manusia cekal yang sangat kuat berperang dengan nafsu. Banyak manusia yang tak tahu bahawa being a gay is not an option.. kalau ada option, kami pun tak mahu. Tak semua orang tahu yang menjadi PLU is easy. Pergi ke blog Naj Mi. Ada kisah suami yang sudah berkahwin dan cuba menjadi str8. Mereka mencuba. They should get credit because of the effort.  I talked to one of my PLU friend. Dia cakap dia support, but then dia tanya, ‘then kita dah tak boleh sembang la like before’. I can’t answer the question.. Eric tak tahu nak jawab apa. Puan Jumie, yang dah berkahwin pun sukar nak berhijrah, yang macam Eric ini bimbang nanti akan putus asa. Will my friends leave me? Eric tak mahu berubah secara drastik, risau nanti terkejut and out of sudden my life become worse. This email is more like to share because I know you will listen to my problem without prejudice n stigma. Sebab my friend cakap Puan Jumie adalah Marhayam yang memahami.  
Yang serba salah, 
Eric Lim Abdullah

Hello Eric,

Wow……macam nama orang yang duk hias hias rumah orang tu pastu kata “SEEPPPRAIIISSS”.  Kerlas nama ini.  Siapalah kawan u olls yang memberikan testimony bahawa I adalah seorang marhayam yang memahami.  Terima kasih kepada orang itu.  Orang selalu anggap “MAK AYAM / MARHAYAM” adalah seseorang yang memperdagangkan manusia lain untuk kerja kerja seks.  Itu adalah tanggapan orang. 

panggilan mak ayam pada TS TS veteran ini bukanlah bermaksud mereka menjual badan anak-anak ayam mereka…ianya sudah jadi terbiasa, kalau orang biasa dengar pasti mereka terkejut kerana makayam adalah panggilan yang hanya di gunakan pada ibu ibu ayam di tempat pelacuran di lorong… makayam di kalangan TS TS adalah pembimbing…dalam apa-apa hal. makeup, pakaian, kehidupan dan tempat mengadu….itu sebenarnya terma makayam…”  taken from rough draft Suatu Perjalanan by Regina Ibrahim.

I am very flattered bila orang panggil I mak ayam.  Dan sebagai seorang wanita,  gelaran ini teramat istimewa sekali. 

Berbalik kepada pengkisahan u olls ini,  so apa yang akak faham adalah apabila u nampak ‘adik-adik’ yang baru gigih nak naik ni u rasa takut untuk mereka kerana mereka terjebak dengan pelbagai risiko.  And at the same time,  u rasa bersyukur sebab pada usia 30an ini u rasa lebih yakin dengan diri sendiri dan tak perlukan lelaki lain untuk merasakan u olls istimewa.  Dan akhir sekali,  u ingin berubah menjadi straight….tapi u tak tau what is the best way?  Harap-harap betullah apa yang akak faham ini.

  1.  Adik adik yang baru nak naik

    Adik-adik yang baru mengenal dunia PLU ni akak gelarkan mereka sebagai “baru nak naik”.  Mereka memang gigih mencari jantan dan memuaskan nafsu serakah mereka untuk membuktikan kepada dunia yang mereka lebih laku daripada rakan PLU yang lain.  Setiap malam,  mereka sanggup aturkan sampai 3 game dengan lelaki yang berlainan pada masa yang berlainan atau pada masa yang sama.  HAAAAAAAAAAAAA……kiranya sangat hebatlah u olls.  Bila kita tegur,  depa defensive.  Like you said,  hidup masa tu tengah penuh dengan warna warni ken?????  Citrawarnala sangat.

    Tapi ingatlah Eric,
      seseorang yang sangat ‘cantek’ sampai berderet jantan boleh mau kat dia adalah jauh berbeza dengan seseorang yang sangat ‘kuat menyerah’.  
    Tapi tak semua adik-adik macam tu.
      Pernah seorang adik-adik yang baru nak naik,  very young and masih virgin (katanya).  Dia memang tak ready nak buat seks lagi.  Tapi kawan-kawan mendesak dan kata,  sebagai PLU dia kena buat seks dengan seorang lelaki lain. GITU!!!   Apatah lagi kalau seorang lelaki itu sanggup datang dari jauh dan belikan macam-macam hadiah.  Aiyooooooooooooooooo!  Nasib baik dia mai sembah ratu kat I dulu,  mula mula I sembang dengan dia pasai bahaya seks bebas.  Then I cakap tentang virginity and nafsu and last sekali I cakap dengan dia tentang agama (he is a Muslim).  Akak harap dia tetapkan semangat dan tidak mudah kecundang dengan perang nafsu.  Sebagai seorang gay macam adik ni pun susah jugak,  sebab dia nak mencari seorang kawan gay lain yang sudi menjadi seorang kawan,  yang sudi luangkan masa untuk berkongsi cerita duka dan gembira,  tapi setiap kali berkenalan dengan lelaki gay lain……..SEKS ADALAH AGENDA UTAMA.  Sungguh mencabar dunia gay.
    Kepada semua adik-adik di luar sana yang masih gigih mencari pengiktirafan hebat………………akak harap depa cepat-cepat mendapat hidayah dari Allah.
  1. Confident Gay You

    Akak happy pada usia menjelang 30an ni,  u olls telah memperoleh keyakinan diri.  Yes,  tak perlu main seks selalu untuk tingkatkan keyakinan diri.  Bersyukurlah,  kerana ada antara kawan kawan kita,  sampai dah keluar masuk hospital pun,  duk lagu tu jugak.

    So,
      kalau ada peluang,  jangan berat mulut untuk kongsi pengalaman dan nasihat kepada adik-adik lain.  Bila kita duk ingatkan orang,  sama macam kita duk ingatkan diri sendiri.  Insya Allah.  I am so happy for u.
  1. Refinding Yourself

    Sehubungan itu,  sekarang u rasa u nak berubah.  Tapi I tak jelas,  u nak berubah macam mana.  U nak berubah menjadi straight?  Ataupun u nak insaf dan ingin pohon ampun kepada Allah dan cuba melawan nafsu haram itu sekuat mungkin tanpa perlu bernikah ataupun menjadi straight hanya untuk buktikan u lelaki?  Ataupun semuanya yang saya sebut di atas sekaligus?

    Apa pun tepuk dada tanya selera.  Macam yang saya selalu cakap.  Be nice and be one.  Jadilah orang yang baik,  dan jadilah manusia yang tidak mengukur manusia lain mengikut darjat,  pangkat harta,  agama,  kaum dan kasta (be one) kita semua sama.  Semua ni terlalu complicated untuk akak jelaskan dalam sebuah artikel (Mama Regina lagi laaaaaaaaaa malas terus nak bercakap tentang benda ni),  walau bagaimanapun,  perjalanan hidup kena diteruskan. 

    Tapi kalau betul u nak berubah jadi straight,  dan ada niat nak kahwin seorang perempuan.  WELLLLL..........pikiak betui betui.  Be prepared betul betul.  JANGAN BUAT NAYA ANAK DARA ORANG.

    But if u jadi feeling lelaki straight tapi perangai u kekwat dan feeling berhala dengan kawan-kawan PLU u?  Awat golongan PLU tak layak dapat penghormatan dari u ka?  Ataupun u takut nanti u terjebak lagi……………………buat apa nak takut?  Nanti jadi macam orang Melayu yang anggap semua benda bentuk segi tiga kat dunia ini adalah lambang iluminati.  KAN!!!!!!!!!!!!!!
Akhir kata,  cubalah dulu.  Jangan takut dan nampak benda negative sahaja.   Bila saya susah dan sangat down,  saya selalu percaya ALLAH ADA DENGAN KITA.

Love u,
Marhayam yang sentiasa cuba untuk memahami,
Jumie Samsudin

23.11.12

Dear Kak Jumie : Im Not Gay but My Boyfriend Is


Dear Kak Jumie, 

Im not a Muslim and I nak share my problem with u.  I telah berkenalan dengan steady boyfriend selama 2 tahun.  We were deeply in love (i think).  Until his bestfriend told me that he is gay! I confronted him.  And he admitted it.  Tetapi he said he love me so much.  Dan he baru recover that feeling for about 1 year.  That means for 1 year he has been cheating on me.  Pada mulanya memang i tersangat marah .  But then i memang love him so much that i fikir yang bagus juga at least he will not look at other girl.  So far he memang tiada masalah untuk perform (u know what i mean).  But in future i don’t know….. memang saya adalah 'perempuan' yang paling dicintainya, tetapi bukan 'orang' yang paling dicintainya!  What should i do. 

Truly,Rosa


Dear Rosa,

Pertama sekali akak nak bagitau kat u olls adalah,  boyfriend u olls bukan gay.  Dia bisexual.  Sebab dia mula mula bernafsu dengan jantina berlainan,  and setahun yang lalu dia baru discover yang dia ada nafsu dengan insan dari jantan yang sama.  At the same time,  dia masih boleh ‘parkon’ u.  Kan????? Perkataan baru dalam blog Jumie Samsudin.  Parkon = senggama.
So u olls semua kena faham betul betul LGBT ni.  Bukan semua lelaki lembut is gay,  bukan semua lelaki maskulin is jantan,  bukan semua lelaki yang suka lelaki lain is gay,  mungkin dia bisexual.  
Tak kisahlah dia gay,  straight or bisexual,  the main point here….HE CHEATED ON YOU.  I sangat terkejut bila u boleh kata “i fikir yang bagus juga at least he will not look at other girl”  

HEYY U OLLSS!  Meroyan apakah u olls ini?  So u saying,  hang tak kisah dia ada hubungan dengan lelaki lain Cuma jangan ada hubungan dengan perempuan lain?  So kalau dia ada hubungan dengan perempuan lain ,  u tak okay la?  

Dalam Islam ada poligami,  dan sebagai seorang Muslim,  I akur dan patuh dengan apa yang diajar dalam Al Quran.  Tapi I juga seorang manusia yang sangat lemah.  Kalaupun dalam Islam,  membenarkan suami I kawen 4 tapi u rasaaaaaaaaaaaa I niiiiiiiiiiiiii nak bagi ka suami I kawen sampai 4 orang?????? Mesti I akan menjerit jerit ala-ala Jothika dalam filem Chandramukhi “Kalauuuuuuuuuuuu hang nak kawen lagi satu…..ceraikan aku….”  GITUU!!!!

So memang lumrah seorang wanita,  dia tak akan dan tak rela dimadukan.  Isteri Prophet Muhammad pun cemburu dengan isteri-isteri Baginda yang lain.  I harap u okay sebab I ceritakan sedikit sebanyak tentang poligami dalam agama kami.  Kalau u ada masa,  please read and learn about our believe in poligami.  Ianya bukan nafsu semata-mata,  tapi tanggungjawab.
Cuma I nak u understand,  I share pasai poligami ni dengan u adalah nak bagi u realize yang kita tak boleh nak terlalu cinta kat seseorang sampai kita sanggup korbankan diri sendiri.  I selalu ingatkan benda ni kepada semua orang dalam blog I.  Kita hanya boleh love sesuatu yang terlalu kuat………………………….hanya kepada Tuhan.

I tak suka bila u kata,  u terlalu cintakan your boifren sampai u tak kisah dia ada BF lain.  Janji dia tak tengok perempuan lain.  

Cinta adalah kuasa yang paling besar di dunia ini.  Dari rasa cinta ini juga lahir pelbagai perasaan lain yang teramat indah kat dunia ni.  Cemburu,  benci,  sakit hati,  dengki,  kasih dan macam-macam lagi.  Oleh itu,  hanya kerana cinta,  kita tak boleh ambil kesempatan kepada orang lain apatah lagi kepada diri sendiri.

So boifren u kata,  dia terlalu cinta u.  Tapi dia kena ada BF lain sebab dia ada nafsu pada lubang dubur.  And u merelakannya.  Cinta datang dengan tanggungjawab.  Kalau betul dia seorang yang bertanggungjawab,  dia tak sepatutnya cheat on you on the first place….NOT ABOUT BEING BISEXUAL.

Akhir kata dari saya,  tepuk dada tanya selera.  Yes,  ada ramai wanita di luar sana yang merelakan suami/boifren mereka mempunyai BF lain.  Itu hak masing-masing.  Cuma bersama-sama dengan kerelaan itu datang pula pengorbanan dan pelbagai risiko lain.  Bersedialah untuk makan hati dan bersedialah kalau tiba-tiba boyfriend u olls ada BF kedua pula.  HAAAAAAAAAAAA…..sebab akak selalu percaya,  lelaki yang pernah cheat once…..dia akan ada tendency untuk cheat lagi.  

ps/ Be strong………………..kalau dia mau u.  Dia juga kena belajar berkorban.

Love,
Jumie Samsudin

22.11.12

Ulasan Fesyen AIM 2012


Hello  u olls.

Sorrylah artikel ini terkeluar lambat.  Akak takdak internet kat rumah katanya dah dua bulan tak bayar bil internet.  Biarlah dulu.  Awal tahun nanti akak bayar.  Lagipun,  akak agak busy minggu ni.  So my plan sekarang adalah,  akak tulis blog semua dalam file WORDS dan bila akak mai office akak akan copy paste all my artikel dalam my blog post and scheduled to be published.  Kerlas kan akak?

So marilah kita membaca ulasan fesyen akak untuk red carpet AIM 2012.  Rasanya red carpet AIM 2012 adalah lebih ‘senonoh’ daripada ASK 2012.  Tanpa sebarang tema khas (that’s what ive been told) so,  all the artist yang mempunyai IQ yang tinggi dalam pengetahuan style dan fesyen secara langsung terus memakai something yang kerlas,  glamour tapi tetap formal.  Takdak la over over pakai tema tah apa-apa.

Adakah ini Awal dan Scha?  Pasai pa  Scha nampak lain?  Sapa-sapa please bagi komen sat.  Anyway,  Awal …..amboii tak habis habis lagi ka tema fairy tale ni semua.  And gadis yang berada di sisi beliau….sangat sopan dan elegen.  I suka.

 
Miss Nina memang meletops.  Sangat simple dan tapi tetap vass.  And I like your kasut.  Sangat fesyen stetment.  Tapi kasut tu memang style dia kena pakai kecik sikit ka?

  Adira.  Dress ni sesuatu.  Cantek dan very Hollywood.  Tapi I don’t like your make up.  TOOOOO DULL u olls.  And rambut u olls sangat takdak effort.  Sedihlah…

Ni kumpulan Shades ka?  Tak ingat la nama group ni.  Kerlas depa buat come back.  I suka.  And akak suka dressing depa semua walaupun tiba tiba yang hujung tu berleather jacket macam musim luruh pula.  

  
Hafiz.  Nothing that I can carut.  Smart.  Next.

Wow Hang Tuah Mat Saleh celup kita.  Kerlas sebab sudi mai AIM.  Of course meletops.  Jacket double breasted dengan kain ala-ala glimmering. 

 
Siapa depa dua ni??  Wanita itu sangat meletops.  Tapi nampak macam korset itu terlalu ketat dan dia nampak macam tersentot kat dalam dress korset itu.  But I like her make up and hair do.  Lelaki itu pula,  bow itu terlalu besar.  NEXT.

APAKAHHHHHHHHHHHHHHHH YANG KAU PAKAI NI KAKAK?  Macam seluak orang maknya maknya pi market ja.  NEXT TIME SILA TEMPAH BAJU DENGAN CHANNEL HARUN.  NEXT.

Meletops Kila Fairi.  Akak suka.  Dress yang sangat vogue siap dengan belahan belahan semua.  I suka.  Make very the nude tapi tak nampak pale.  I suka.

Samurai drag.  Tapi nampak macam burung kena panah petir pun ada jugak.  Kerlassssssssssssssssssssss……….

Ampa dua ni couple ka?  Walaupun adik adik tapi akak suka.  Sebab ampa tak pakai kerongsang or apa-apa eksesori yang very the Jaafar Onn.

 
Mama Regina kalau tengok ni,  mesti secaar automatic beliau akan memulakan syarahan tentang etika dan tips yang perlu diambil berat dalam fesyen muslimah.  Kak Ani memang suka memakai dress ketat sejak dulu kata lagi.  Tapi apabila badan tidak sekecik dulu,  maka fesyen ketat yang ingin kita kenakan haruslah kena pada gaya.  Apa yang I olls nampak adalah kesalahan bentuk dress atas perut ini amatlah membuatkan perut Kak Ani nampak buncit.  Or maybe,  patut bahagian bawah dress ini harus dihitamkan.

 
Simple and elegen.  Tak boleh carut apa.  Sangat elok.   Kalau I mempunyai tubuh badan yang ideal (SEKARANG NI TERLALU IDEAL U OLLS),  akak pasti akan pilih gaya begini.

  
Adik Shasha Elite,  deni kita pakai jacket kulit macam gaya ni ja.  Haritu merah.  And awat jacket ni macam besak.  U olls nampak macam polis Amerika.  

Nabila Huda,  sila buang jacket putih itu.  Mencatatkan.  

Hazama,  akak tak ingat nama dia.  Okay…..meletops.  Akak suka.  Classic.  

Siapakah budak dressing rempit yang berdiri disebelah dua diva ini?  Alaaa……..kacau jahh.
Diva tengah :  Dress ni cantek meletops.  Tapi u olls nampak kertu dalam dress lace ini.  But yes,  dress ini cantek tapi u olls nampak tua.
Diva hujung,  simpleee……….NEXT.

 
Sharnaaz pakai suit ala-ala P Ramlee.  Pilihan yang berani tapi meletops.  Shila Amzah,  dah kalau bertudung tu……..(U OLLS PAHAM LA KAN….AKAK MALAS NAK MENCARUT KAT SINI.  TAK BAIK U OLLS.  DIRI AKAK SENDIRI PUN BUKANNYA BETUL).  So paham pahamlaaa yaa…

 
Dafi apakah jacket yang u olls pakai itu?  Mehrapu la u olls.  U pun bukan muka budak dah.  Duk kawan dengan mak ayam ker….so muka u olls pun dah dapat kerr dah sekarang.  Untuk majlis glamorous tapi santai ni,  bakai la tuxedo to blazer betui betui u olls.
Kak Ta,  siriesly….dress ini sangat 2008.  Walaupun ada sentuhan peplum tapi still bagi saya dress ini tidak fashion trendy.  And rambut akak itu  akak lebih sesuai rambut kapok-kepok ataupun buat sanggul behive ala-ala wanita regalia.  Tapi apa pun,  salute Kak Ta,  dalam orang duk kata belakang yang Kak Ta suka anak-anak ikan.  Nenjiaaa....Kak Ta bawak depan depan terus.  WHY NOT!

Abang Jamal yang tetap maintain berkaca mata hitam.  Kerlassss.

Nora Danish,  dress ini nampak terlalu longgar untuk dia.  So she looked very the gemok sikit.  Kaki u olls memang putisss?  Or u pakai stocking ala-ala Kate Middleton.  Kalau u olls pakai stockings very the tak kena sebab dress ini ala-ala summer dress yang santai.  And kalau mat salleh mesti depa tak pakai tube kat dalam tu u olls.  Actually,  tanpa rambut kapok dan make up yang meletops ,  Nora Danish boleh pakai dress ini untuk pi shopping kat Giant.  

Siriesly Dato Siti telah kurus banyak sejak dia nak buat show konsert kat Kuantan tu.  And siriesly,  akak sangat suka dress ini.  Sopan tapi very the elegen.  Garisan gold di tengah itu amatlah membuatkan badan Dato Siti yang voluptuous ini sangat menonjol.

 
Jarang jarang tengok Dato Siti pakai baju warna hijau gelap macam ni.  Tapi siriesly sangat cantek.  Akak suka.  Detailing pada labuhan skirt dress ini walaupun ala-ala perhiasan pohon krismes tapi tetap cantek.  (AHA LA U OLLS….NAMPAK MACAM POKOK KRISMES KENA SALJI U OLLS)…..HEHEHE tapi tetap meletops.

Dress dari Hatta Dolmat ini memang terbaik!!! The best dress untuk AIM19.  Siriesly.

Abang Yantzen.............................duk lagu jugak.  Tak berubah pun na...

Dina,  yes kita agam.  Kalau kita nak pakai baju takdak sleeve.......just go ahead.  Pakai with attitude.  Jangan duk feeling tambah sleeve panjang macam ni. Nampak serabai la u olls.  

Playsafe..........

Sapa artist badan agam ni tapi voluptous nih.  Nama tak hingat.  Tapi perasan tak kain dress dia ni macam diperbuat daripada kain tudung dulu dulu yang tok tok kita duk buat selendang.

Stacy - Dress ini dari Shanel Harun.  Very well tailored dressed pendek yang kena dengan badan Stacy yang montok kecik ini.  Tapi rasanya cheongsam neck tu membuatkan ianya nampak tersentot la.  Itu sahaja.  

NOHOROMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM  ni binatang mana pulak mai ni.  HAHAHAHHAHAHA aku kalau jumpa depa ni aku sembah ratu 47 step flaminco.  HAHAH


Gambar credit Beautifunara.Com dan Rotikaya.com

20.11.12

Dear Kak Jumie : Luahan Menantu yang Terpinggir

Salam Kak Jumie, 
Saya ni dah tekanan sangat dengan mertua.  Saya tak nak burukkan sesiapa. Tapi saya mengalami tekanan sangat dan tak tau nak luah pada sapa.Takde intro terus masuk isi, takpe ye. Saya tak tau la saya ni menantu yg dia suka atau tak sebab semua serba tak kena kat mata MiL. Walaupun dah kawin 2 setengah tahun, MiL tak henti2 kontrol itu ini. Rajin bertanya saya ni masak apa untuk anak dia. Kalau tahu suami saya bawa saya makan luar mula lah kena berleter makan kat luar tu tak elok la apa la. Pendek kata kalau call suami saya dan saya ada luar g jalan2 memang akan kena la. Adik2 ipar pun selalu la perli saya kaki berjalan dan tak suka masak. Saya duduk berdua je dengan suami masa tu memang la jarang masak. Tapi takdela sampai dalam seminggu saya tak masak langsung. Saya ni tak suka makan laksa tapi saya belajar masak laksa sebab tu favourite suami. Saya rasa macam kena kontrol je. Saya kena jaga suami saya dengan cara MiL saya jaga anaknya dulu. Malahan cara masak pun serba tak kena. Memangla ada beza kot cara masak negeri lain2.. Takpela bab tu saya boleh bertoleransi lg. Dan salah ke kalau suami saya nak bawa saya isterinya jalan2? 
Yang saya tak tahannya bila saya dah mula pregnant. Saya mengalami alahan yg teruk. Masa tu pula adik ipar tumpang duduk rumah siap pinjam kereta saya hang out sana sini sbb saya cuti panjang masa tu. Adik ipar keluar jalan2 blk tengah2 malam takpe je. Kalau saya ni keluar kejap pun dah kena. Dahla kalau pinjam kereta ya main amik je. Pernah saya bangun dah siap2 nak keluar ke kedai bila keluar cari kunci takde jenguk luar kereta pun takde. Bukan nak minta izin dulu kot saya nak pakai kereta ke tak. Saya ni masa pregnant nak bangun pun rasa seksa sangat. Tapi saya kena bangun juga untuk masak dekat adik ipar. Sebab mertua pun pernah bunyi suruh masak. Kang beli kat luar report mak dia pula. Dengan seksa nak termuntah tu saya gagahkan diri memasak. Sebulan jugala saya lalui. Malahan bila MiL dtg rumah bedesyum2 la saya kena toilet tak bersih la, itu la ini la. Kenapa dia tak boleh faham saya ni pregnant dan tengah mabuk teruk. Macam mana la saya nak kemas hebat2. Kenapa dia tak bising pada anak dia minta tolong saya dalam keadaan saya macam ni. Sedih sangat hokay. Malahan pernah saya tak masak masa diaorang datang umah dan saya cakap elok2 tak sempat nak masak. Suami pun dah plan nak bawa diaorang makan luar tapi MiL tak nak dan muka pun dah lain. Sampaikan dia buat ayat nak makan je tomyam semalam yang masih berbaki. Takkan la saya nak biar tetamu makan lauk semalam kan. Saya pun bangun dan masaklah dengan keadaan tak larat tu. Sedih lagi..

Sekarang ni baby pun dah lahir. Pun kena kontrol teruk. Cara saya mandikan baby,  pakaikan baju apa semua tak kena. Saya bagi baby mandi pakai sabun pun kena marah. Alasan sabun tu chemical. Baju apa saya pilih semua katanya panas, ketat, tak elok. Nak kena ikut taste MiL je. Baby tu anak saya ke anak dia. Saya bolehla nak ikut nasihat yang relevan. Sampai nak kontrol cara saya jaga anak agak rimas juga. Tapi saya cuba ikut demi menjaga hati. Bayangkan saya bagi baby pakai sarung tangan dia kata kesian cucu nek dan dia terus buka tak pedulikan saya. Bila saya pakaikan jeans utk baby dikatanya ketat. Baby terseksa. Takkan la saya nak beli seluar ketat utk baby saya. Saya dah pilih saiz elok dah. Dan yang paling buat saya sakit jiwa bila saya nak fully breastfeed baby saya. Berjuta kali la dibangkangya sebab katanya baby lapar kalau bg susu je. Dia nak bagi baby makan juga. Baby below 6 month tak boleh makan. P la tanya doktor kalau tak percaya. Tapi MiL saya ni jenis tak percaya cakap doktor. Kerap disuapnya baby saya makan makanan kita. Baru je saya cerita keburukan bagi baby makan awal. 10 minit lepas tu selamba je dia suap tak pedulikan saya. Sapa tak sakit hati. 
Tak cukup kat situ, siap call lagi suami saya pesan suruh bagi makan. Memang la kami tak ikut bila ada di rumah tapi tetap rimas. Bila depan MiL saya merelakan dengan terpaksa demi menjaga hati. Sampaikan suami saya bawa saya dan baby keluar pun kadang dipersoal. Pernah MiL call masa saya dan suami ada di luar. Then bila jumpa saya siap tanya keluar buat apa, p mana. Tak boleh langsung ke saya ni nak pegi mana2 dgn suami. Dari zaman berdua sampai dah ada anak pun macam tu juga. Kalau boleh dia nak tengok saya duduk rumah je masak, kemas umah, basuh baju. Helloooo!! Belum lagi bab belanja harian. Pernah la keluar shopping bawa MiL. Masa tu saya berkenan satu baju ni. Dah pegang dan sama2 belek dgn suami tiba2 mertua mai kata lain kali je beli sambil dia amik baju tu balik. Sapa tak sakit hati?? Apa dia ingat saya nak beli guna duit anak dia kot. Ingat saya takde duit sendiri ke? Kalau betul pun anak dia nak belikan kat saya, salah ke saya ni isteri dia? Sedih lagi dan lagi.. 
Saya dah serabut pikir semua ni. Rasa macam saya ni bukan menantu pilihan kot. Demi sayangkan suami saya bersabar je la. Tapi saya geram dengan diri sendiri sebab saya sentiasa ikut walau saya tak suka especially bab anak saya. Macam mana saya nak buat? Tulis ni pun dah rasa sedih teramat.
Ps: sory kak jumie kalau panjang sangat dan tq so much sbb sudi baca sampai habis

Yg benar
Menantu yang terpinggir
Saja bubuh gambar poster lakonan sepupu akak,  JLO.  

Wasalam u olls,

Aiiyoooo!  Akak yang membaca emel u olls ini pun terus rasa sangat-sangat stress.  Untuk u olls yang membaca blog akak hari ini,  akak just nak tambah informasi di sini bahawa Miss Menantu yang Terpinggir ini tidak tinggal sekali dengan mak mentua beliau ya.  Dia tinggal dengan suami di KL manakala mak mentua tinggal jauh di Pantai Timur Malaysia.  Dia juga kata yang suami dia amatlah memahami keadaan dia dan dah banyak kali si suami beliau menasihati ibunya sendiri,  tapi takdak perubahan pun u olls.  Aiyooo apalah nasib mu.

Sehubungan itu,  akak telah meminta bantuan sahabat akak yang mempunyai masalah yang lebih kurang sama dengan u olls.  Akak sangat respect dengan beliau sebab walaupun dia seorang yang panas baran dan sangat suka marah orang,  tapi apabila menghadapi ibu mertua beliau,  dia always tangani dengan cara yang baik (walaupun adakalanya dia terpaksa menangis.  Hati manusia ada hadnya).

Bacalah coretan daripada kawan akak ini untuk panduan kita bersama.  Akak sangat sokong 100% apa yang dia cadangkan.

Dear Ms.  Menantu Terpinggir,
Sakit hati gila aku baca emel hang ini.  Apa punya babi la mak mertua macam tu.  Benda ni kena ikut suami,  kalau suami memang very supportive and tak kisah makan luar etc- takpa.  Cuma kena pekakkan telinga.  Tapi mak mertua pompuan ni memang macam dajal syaitonirrojim.  Nampak sangat dia DENGKI dan JELES kat bini anak dia.
Kes tak puas hati,  kalau ikuntukan hati, patutnya gi cakap je depan2 APE MASALAH KAU HAAA?  Tapi sebab dia mak mertua, dia adalah sejenis liability yang tak boleh nak amik tindakan sesuka hati.  Again, ikut suami lah.  Kalau memang suami ni dia no problem dan tak kisah, then go on with your life and just go along pretending.. jangan suami ikut cakap mak sudahhhh..
Aku yang suka masak pon malas masak sebab
1) malas kadang-kadang
2) masak untuk 2 org lagi mahal
3) masak kat rumah kena masak banyak,  malas membazir leftover,  kalau suami I perabih nanti dia komplen aku bagi dia gemok
4) kadang2 hang nak makan luaq sebab hang teringin nak makan luaq. contoh. aku nak makan korean beef bulgogi dan nasi kandaque deens. mampu aku buat kat rumah? gila padiaaa??? kalau teringin tutifruti? chatime? nak suruh aku giling sagu buat pearl?
So,  let it be lah apa mak mertua dia nak kata.  Hang tau hang tak buat salah.  Suami hang tak bengkek (lama tak guna perkataan ni), then WHATEVES.
Okay ni nasihat aku,
1st)  Chill.  Jangan kasi isu ni masuk otak pon.  Letak tepi,  kuis ngan kaki je.  Rugi je fikir dan sakit hati.
2nd) Teruskan lakonan.
3rd) Senyum je bila mak mertua tegur ape ape. Dan cakap ok. Dan angguk tanda setuju; (hati lain kira)
4th) BELI HADIAH KAT MAK MERTUA, DUIT KE GELANG EMAS KE. APE APE LAH.   Sumpah aku tak tipu, ni ja aku rasa ubat yang paling berkesan kalau mai bab bab mak mertua.  Simpan duit sikit untuk beli hadiah tu,  its not pengorbanan- its investment.   Mungkin tak immediate effect,  tapi mesti ade effect punyalah.  Tak caya, cuba try bagi gelang emas satu.  Kalau tak jadi,  malam satgi pi curi balik. HAHAHAHA.  Tapi wa cakap lu,  mesti jadi punye.   Aku dok simpan duit ni wehhhhh.  Cayarahhh.
Yang penting.  Kita jangan sama naik.  Jangan sekali kali kita rasa kita ni dok berlumba dgn mak mertua.  Sumpah demi Allah, tak kemana dan hanya akan memburukkan keadaan.   See her as the mother of your husband,  u have nothing to lose but the world to gain when u get her respect.  So tak rugi langsung kalau nak amik hati mak mertua,  kalau kita see that as a challenge worth taking up, memang kita tak kan rasa rugi berusaha keras untuk bagi mak mertua suka.  Tapi kalau kita rasa benda tu membebankan dan menyakitkan hati, lagi hati kita akan keras dan nak lawan.
Pikiaq-pikiaq balik.  Mak mertua tu, IBU suami kita.  Kalau kita tadah tangan mintak doa kat Allah untuk suami kita, dan dia tadah tangan mintak doa untuk anak dia.  Rasa-rasa doa sapa lagi mustajab?? AAAaaaaaaaa~
Banyak sabaq.  Its not going to take 1-2 years. Rata2 org yang aku tanya,  ada la dalam 10 tahun depa try.  But series, tak rugi, dapat pahala lagi berkat.  Makcik aku tu,  mak mertua dia benci gilaaa kat dia. Tapi masa dia dah tua dan sakit nak mati, dia nak makcik aku yang jaga dia.
So for u girl, please keep a chin up.  See everything in a positive light.  I know its difficult,  but Allah is there.  Isteri-isteri yang solehah,  tempat mereka di jannah. Insya-Allah. cewwah.. cam ustazah plak..
Sekian, terima kasih.

Begitulah jawapan daripada kawan akak. Yes,  dia mempunyai banyak rintangan dengan ibu mertua dia.  Tapi satu akak respect pasai dia adalah,  walaupun macam mana mak mentua dia duk buat dia terasa,  tapi setiap tak pernah give up untuk pi melayan mak mentua dia sebaiknya.  So apa yang dia tulis kat atas ni,  bukan KATA KATA KOSONG.

Akak pasti,  kita semua dapat belajar banyak benda daripada apa yang beliau perincikan. Apa pun,  bersabarlah dan teruskan usaha.  Akak tak tau macam mana nak cakap lebih lebih sebab akak tidak mempunyai pengalaman sebegini.  Apapun,  marilah kita semua bersama-sama doakan agar Menantu Terpinggir ini akan terus berbahagia di sisi suami tercinta dan rumahtangga u olls sentiasa dirahmati Allah.

Yang benar,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE