5.11.12

Belasungkawa : Tok Yunus and Tok Gayah

Hai u olls semua,

Cinta Tok Unok dan Tok Som

Masa tulis ni,  i olls sangat sedih.  Last week,  i lost my tok saudara.  Tok Unok a.k.a Pakcik Yunus (orang Gelugor panggil dia Yunus Boyan).  He was my only tok belah Abang Manap.  Dia dah tua,  tapi masih kuat.  Boleh jalan dan drive ke sana sini.  Cuma agak slow dan kadang-kadang dia suka lupa-lupa.  The last time akak jumpa dia adalah masa kenduri adik I olls iaitu Surianie Samsudin.  Dia  dah tak berapa nak kenal orang,  tapi bila dia nampak akak yang jelita dengan dress hitam dan turqoise terus dia kata "Jumie....ni tok ni,"  Walaupun perawakan akak persis Kim Kardashian,  dia masih boleh ingat akak.  Bila ingat balik,  akak hiba.  Akak sempat jumpa dia.

Bila akak dengar dia meninggal dunia,  akak terus tinggalkan kerja di office dan terus pergi melawat jenazah di rumah pakcik akak di Gelugor.  Masa tu orang tak ramai lagi.  Akak bacakan Alfatihah dan akak buka kain putih yang menutupi muka Tok Unok.  Ya Allah maha besar,  muka Tok Unok sangat bersih,  lawa dan tertutup rapat mata dan mulutnya.  Akak terus sebak dan menitiskan air mata.  Tapi akak tak mau menangis lama-lama.  Tak baik meratapi orang yang telah pergi.

Tapi akak cakap kat Kak Ita (my elder sister), "Muka Tok Unok emsem macam zaman arwah Tok Som ada lagi,"  Kak Ita setuju dengan apa i olls kata.  Mungkin ketika ini,  Tok Unok dah jumpa balik dengan the love of his life.  Arwah Tok Som telah pergi dua tahun yang lalu.  Mungkin,  sebab tu,  muka dia berseri-seri.  Wallahualam.

Ingin akak kongsikan kisah cinta kuat antara Tok Unok dan Tok Som.  Dulu Tok Unok pernah bertunang dengan seorang perempuan Boyan (atas pilihan keluarga).  Orang Boyan dulu-dulu kalau boleh,  kena kawen orang Boyan sahaja.  Kalau kawen orang Melayu pun duk kena kutuk,  apatah lagi kalau tiba-tiba ambil keputusan untuk putuskan ikatan pertunangan dengan gadis Boyan itu untuk bernikah dengan seorang wanita Cina Siam iaitu Tok Som kami.

Pilihan Tok Unok mendapat tentangan hebat dari keluarga.  And finally,  Tok Unok nekad.  Dia kata "Kalau ampa tak bagi aku kawen dengan perempuan Siam ini (Tok Som) aku masuk askar,"  masa tu orang sangat takut kalau anak-anak masuk askar kerana kalau jadi askar kena posting jauh jauh.  Nanti tak dapat jumpa keluarga.

Akhirnya Tok Unok dan Tok Som bernikah.  And depa memang sangat gembira dan hidup bahagia sampai ke akhir hayat.  Depa sangat loving couple.  Kalau pi rumah depa beraya,  depa suka tunjuk kat akak gambar depa pi mandi laut zaman muda muda.  MELETOPS U OLLLS!  Zaman dulu-dulu,  Tok Unok ada camera.  Dulu,  tak semua orang mampu pakai camera.  So dia ada banyak gambar zaman depa muda-muda.  Depa mandi laut seksi seksi u olls.  Meletops sangat.  Siap ada bikini tu off shoulder macam mana ka.  Zaman tu Tok Som dah pakai.  Lani baru Kak Beyons nak pakai buat cover album.


Gambar lama Tok Yunus and Tok Som masa muda muda.  Thanks to Syaz and Fatin kerana susah susah cari picture ini untuk blog saya.

Dua tahun lalu (before akak bertunang dengan En.  Khafi),  Tok Som meninggal dunia (sakit tua).  Pemergiaan Tok Som seperti tidak direlakan oleh Tok Unok.  Dia sangat sedih masa hari itu.  Dan sejak daripada ketiadaan Tok Som,  Tok Unok macam hilang arah.  Dia tak macam dulu,  very vocal,  very strong  and very steady!!  Sejak Tok Som takdak,  dia nampak sangat lemah dan hilang semangat.  Memang betul orang kata,  kalau old couple,  kalau lelaki pergi dahulu,  yang perempuan lebih kuat untuk harungi hidup seorang diri.  Tapi kalau perempuan pergi dahulu,  yang lelaki memang tak cukup kuat untuk harunginya.

Itulah kisah Tok Unok dan Tok Som.

Pesan Tok Gayah

Pada hari Selasa yang lalu,  akak keluar dinner bersama Asmaa dan Aishah.  Teman Aishah dinner Seoul Garden buat kali terakhir sebelum dia berpantang selama 3 bulan.  At 8.30pm,  husband akak SMS kat Asmaa (sebab fon akak rosak).  Dia kata "Tok Gayah dah tadak.  Mak Juma called Maghrib tadi,"

Akak pun terus rasa bersalah dan suruh En.  Khafi amik akak balik lani.  Malam tu kami called Mak Juma dan Abah Omar.  Berkali-kali Mak Juma duk kata "Korang tak payah balik.  Semuanya okay kat sini,"

Masalahnya bukan soal nak balik ke apa.  Hari tu,  bila kami dengar Tok Gayah keluar dari hospital Mak Juma kata  Tok Gayah dah okay dan dah boleh bercakap.  Demam Tok Gayah dah kebah katanya.

Akak sayu lagi.  En.  Khafi jangan cakaplah.  Dulu masa arwah Tok Hamid (suami Tok Gayah) pergi,  En.  Khafi di Penang juga.  Masa tu kami tak kawen lagi.  Sebab kesempitan wang,  En.  Khafi tak boleh balik.

Kami last jumpa Tok Gayah masa hari raya hari tu.  Orang tua tu terlantar sebab demam panas.  Dia boleh cakap.  Dia tak kenal akak.

Akak ingat lagi pertama kali akak jumpa Tok Gayah masa mula-mula balik Tangkak dulu (diperkenalkan kepada keluarga En.  Khafi.  Tok Gayah pesan kat akak "Kamu janganlah letak hantaran tinggi-tinggi.  Apis bukannya kerja besar.  Keluarga kami pun bukan orang senang,"

Alhamdulillah,  akak ikut apa yang Tok Gayah nasihatkan.  Kenduri berjalan lancar.  Dia siap turun ke Penang dan menepung tawar akak dan En.  Khafi pada malam berinai.  Masa kenduri di Johor,  dia gagah buat telur pindang untuk kami.


Akak dah cakap dengan Mak Juma "Lain kali kalau sapa sapa pun sakit kat sana,  mak jangan tipu tipu kami lagi,"  rintihan akak,  menantu yang jauh di Penang.

Semoga roh Tok Gayah tenang di sana.

ps/  Alfatihah

Love
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...