9.11.12

Blog Best - Hidup Mesti Diteruskan

Hello u olls semua,

Dah lama akak ingin mengupas satu issue yang amat taboo dalam masyarakat kita.  Iaitu topik kegiatan seks bebas dalam kalangan adik-adik PLU.  Akak tau,  blog akak ramai pembaca dari golongan PLU.  Tapi,  akak tau tau apakah motif yang paling sesuai untuk akak mencaras u olls semua.

Hinggalah,  seorang anak ayam akak yang memperkenalkan blog ini kepada akak.  Dan bila akak membaca blog ini,  terus luluh segala jantung dan ulu hati.  Meremang bulu roma akak u olls.  Selalunya kalau baca blog blog PLU,  semuanya gah menceritakan kemeriahan hidup mereka yang sungguh 'laku' dan mereka tidak segan silu memaparkan gambar koleksi anak-anak ikan dan jantan-jantan yang telah menjadi hasil 'tangkapan' mereka.  Tapi blog ini berbeza.

Kepada para PLU sekalian,  hari ini akak akan memperkenalkan sebuah blog amat bagus untuk dijadikan bacaan harian u olls.  Ini bukan blog fashion dan gossip.  Ini bukan blog cara-cara mencandat jantan.  Ini bulan blog koleksi jantan-jantan Cherita Aziz.

Blog ini adalah blog tentang seorang penghidap virus HIV.  Penulis yang dikenali dengan nama pena Naj Mi merupakan seorang lelaki gay yang pernah melalui kehidupan seks yang penuh warna warni.  Malang tidak berbau,  akhirnya Naj Mi disahkan mengidap HIV.

Sejak dari itu,  dia pernah jatuh sakit teruk.  Dan kehidupan dia mulai down.  Tapi,  Allah kurniakan dia kecerahan hati agar dia menulis.  And terhasillah blog ini.

Blog Hidup Mesti Diteruskan ini dengan id link yang sangat meletops "http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/"


Blog ini tidak memaparkan gambar-gambar lucah untuk kepuasan nafsu.  Tetapi,  blog ini menunjukkan gambar-gambar pesakit STD lengkap dengan segala informasi bagai.  Blog ini juga membincangkan isu-isu dalam PLU dan LGBT.  Blog ini juga membincangkan hal-hal serius seperti agama dan undang-undang.  Blog ini secara keseluruhannya adalah sebuah perkongsian antara Naj Mi dengan pembacanya tentang pelbagai informasi yang seringkali menjadi taboo dalam kehidupan kita.

Sebagai anak Malaysia yang tidak mendapat pendidikan seks yang jelas.  Kita selalu bermain-main dengan mitos.  Perbincangan tentang seks,  pembiakan,  STD,  HIV dan AIDS antara kawan-kawan sekelas (peer) adalah berpandukan kepada 'aku dengar kan nokss.....".  Bukan melalui kelas,  kuliah,  seminar atau bacaan.  In the end,  anak-anak Malaysia sekarang buta tuli dalam seks dan hal-hal penyakit yang berkaitan dengannya.

Akak bukanlah nak kata bahawa,  "Inilah blog terbaik yang u olls harus baca dan segala maknena yang dicatatkan dalam blog ini adalah 100% betul dan u olls haruskan jadikan kitab rujukan utama,"  TAK BEGITU.  I olls nak u olls buka hati dan jadikan blog ini sebagai bacaan.  Ajak kawan-kawan juga membaca blog ini.  Jangan asyik dengan keindahan dunia.

Akak tau,  ramai adik-adik yang nak tau banyak benda tentang benda ni.  Ada yang takut nak berbincang tentang benda benda ni.  Akhirnya,  in the end,  u olls menyisihkan diri.  Dan mungkin, u olls menyisihkan kawan-kawan u olls yang ada HIV atau AIDS.  Aiiiiyooo.....HIV dan AIDS tak boleh berjangkit dengan pelukan dan gesel-gesel pipi noks.  U olls masih boleh makan bersama dengan kawan-kawan kita yang ada HIV.

Akak tau,  ramai adik-adik (di USM terutamanya) amatlah aktif dalam aktiviti cek enduk dan pengumpulan abang-abang askoke.  Bila dinasihat,  u olls akan bertindak kekwat dan u olls akan kata "Kakak sentap sebab kakak dah berlaki.  So tak boleh cek endut macam we olls,"

Noooo its not like that.  Jumlah jantan yang u olls berjaya tiduri dalam satu minggu bukanlah batu pengukur yang layak untuk tengok sapa cantek sapa tak.  Kecantikan dan kerelaan adalah dua benda yang berbeza.  And like i always pesan tu adik-adik PLU yang rapat dengan akak dan u olls masih virgin,   "If u are not ready,  please dont do it,".

Antara artikel best kat blog ni  :


PELAJAR GAY HIV CEMERLANG GELAP MASA DEPAN






Dan kepada wanita-wanita heteroseksual yang telah bersuami dan ingin bersuami suatu hari nanti,  its a good read for you too dengan syarat bukalah hati dan minda.

Sekian dahulu,  jemput baca blog ini dan tell me what do you think.

Love,
Jumie Samsudin
Marhayam USM (GITU)

5 comments:

  1. Bila buka dashboard tadi saya hanya nampak,

    "Hello u olls semua, Dah lama akak ingin mengupas satu issue yang amat taboo dalam masyarakat kita. Iaitu topik kegiatan seks bebas dalam kalangan adik-adik PLU. Akak tau, blog akak ramai pembaca dari golongan PLU."

    saya tak nampak title entry Jumie ni so dlm hari rasa tentu ada sesuatu yang boleh saya sarekan dlm blog saya nanti... sebab line slow susah nak baca kat dashboard tadi...

    bila datang sini rupanya tentang blog Hidup Mesti Diteruskan... alhamdulillah semoga apa yang baik kita jadikan pengajaran yang buruk kita buat teladan... betol tak...

    Saya ada menerima email beberapa kisah benar wanita terutamanya yang berkaitan HIV, rogol dan sebagainya dari lelaki pun ada yang dipaksa melakukan pekara yang meraka tak sanggup buat... sayang mereka tak bersedia nak kongsikan dlm blog buat masa ini...

    insyaallah kalau satu hari mereka sudi saya akan share lagi. Dan jangan lupa baca kisah ADIK MS keranan kisah tu baru aje terjadi sesuatu yang perlu kita semua jadikan pengajaran. Saya sangat terkesan tentang Adik MS hingga hari ini....walau tak pernah berjumpa tapi terasa dekat dg nya...:(

    Maaf Jumie keranan ambil banyak ruang dlm komen ni... thanks...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najmi... hye.. i bumped onto your blog.. then cepat2 bgtau kak jumie.. it is awesome naj mi.. paling menyentuh hati kisah adik MS tu.. gud job najmi.. walau satu patah perkataan,kalau ia bermanfaat, ia adalah ilmu yang akan membantu kita kelak...

      Delete
  2. ezal ezham azami

    terima kasih...ezal ezham azami... ya saya pun masih terkesan dg citer tu...sudah lah disisih mak nya sehingga disumpah supaya mati cepat... saya dengar lepas mati pun dia disisihkan....:(

    ReplyDelete
  3. Wow thanks Jumie for sharing. And Naj Mi thanks too for creating such a good blog to read and diambil iktibar..

    ReplyDelete
  4. Jumie, membaca blog Najmi buat pertama kali, insaf saya, bukan mudah nak melalui dan menentang naluri sendiri tapi itulah NAJ MI....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...