14.11.12

Cerita Menyelamatkan Kucing

Hello good morning Malaysia,

Pagi ini telah berlaku satu peristiwa yang amat membuatkan akak bangga dengan diri akak sendiri.  Bukan sebab menang pertandingan apa-apa tapi peristiwa ini membuatkan akak rasa memang akaklah layak digelar ketwoman Melesia.

Pagi ni akak telah menjadi penyelamat kucing.  Ya allahh.  Ceritanya berlaku apabila akak dalam perjalanan ke tempat kerja.  Waktu pagi and of coz Jalan Green Lane ni memang sesak mesak u olls. 

Tiba-tiba,  bila akak sampai kat area jalan besar itu sebelum masuk ke terowong (untuk naik Jambatan Pulau Pinang dari arah Green Lane),  kat tengah jalan ada kucing kena langgar.  OMAIGODDDDDDDDDDD!!  Akak sebagai seorang pencinta kucing amatlah sesak nafas dan selalu akan kaget bila tengok ada mayat kucing tengah jalan.  Walaupun dah kena lenggek,  akak akan perlahan kereta dan membelok ke tepi.  Akak tak mau langgar walaupun bangkai kucing itu.

Tetapi,  apabila akak memperlahankan pemanduan akak dan mengelak bangkai kucing itu,  adalah amat terperanjatnya akak bila melihat actually kucing itu tidak mati!!  Kepala dia masih duk panggung ke atas seolah-olah berkata.........LANGGAR LA AKU.  AKU LEBIH RELA MATI DARIPADA MENANGGUNG DERITA INI.  

Akak menjerit dalam kereta.  Akak tak sanggup.  Tapi akak tak boleh berhenti di tengah jalan.  Nanti orang ingat akak road bully.  Lantas,  akak drive sepantas mungkin ke depan dan cuba mencari jalan untuk berpatah balik.

Tak jauh di depan sana (lebih kurang 20 meter) ada selekoh masuk ke kawasan perumahan yang membenarkan akak untuk kembali ke jalan yang ada kucing tadi.  And then,  bila akak sampai sama larat dengan kucing yang kena langgar tadi,  akak tengok kucing tu masih di posisi yang sama.  Tak mati lagi.  Kereta masih banyak,  tapi semua kereta hanya mampu mengelak,  tidak nampak yang dia masih hidup mungkin.

Apalagi,  dengan baju kurung wanita bercorak bunga besar warna biru muda dan juga kasut tinggi 4 inchi ini,  akak lintas parit besar dan masuk ke jalan besar.  Dengan POWER OF HAND akak ini,  akak ketwok ke tengah jalan dan akak arahkan semua kereta berhenti agar akak boleh selamatkan kucing itu.  YES!!!  Semua kereta berhenti!!!!  

Lebih kurang macam ni la akak pose.  Tapi akak pakai baju kurung modern and kasut tinggi la u olls.  

Akak pun angkat kucing itu dengan penuh hati-hati,  badan dia tidak ada kesan luka,  tetapi mulut dia berdarah.  Badan dia menggeletar,  dan apabila akak dukung dia sambil ketwok kembali ke tepi jalan,  kucing ini terkencing u olls.  Nasib baik tak kena badan akak.  Mungkin dia takut.

So akak pun bawa dia ke tepi kereta akak.  Akak periksa badan dia.  Bulu dia gebu.  Warna kelabu + oren.  I think dia kena langgar sipi sipi and sebab dia terkejut macam mana ka,  dia terus terduduk kat tengah jalan tu.  Tak mampu nak bergerak u olls.

Akak tak boleh bawa dia ke office.  Tapi entah macam mana,  masa kat bawah pokok tu,  tiba-tiba kucing-kucing liar lain (2 tiga ekor) datang mendekati si kucing mangsa langgar lari ini.  Depa semua mai cium cium dia.  And tiba-tiba dia pun berdiri dan berjalan sedikit.  Alhamdulillah,  selalunya kucing kalau dah boleh jalan tu....kira okaylah...nanti dia akan sembuh sendiri.

And akak pun terus cakap kat kucing-kucing lain tu semua "Aku dah lambat nak pi kerja.  Ampa tolong jaga dia okay.  Jangan duk main lintas lintas lagi,"  GITU!!  Yes,  akak selalu percaya yang kucing boleh faham kita cakap.  Kita cakap je.  Cuma depa tak boleh jawab balik.  Kalau depa jawab balik,  maknanya u over dose apa-apa tu.

Sekian sahaja cerita akak.

Yang benar,
Jumie Samsudin
Pencinta Kucing Yang Teramat

16 comments:

  1. jumie...
    im proud of u!!!
    leh bayangkan cmne jumie katwok & stop kan kete2 tu..bukan senang nk stop kn kete2 tu...sangat2 berani... ^_^

    ReplyDelete
  2. terbaikk hakak!! i love cats jugakk.. =))

    ReplyDelete
  3. salam jumie
    teruja baca...tergelak kecil tengok pic model tu...terus ter imagine u :)
    congrats! proud of u! tak semua orang berani dan sanggup buat macam tu...berbunga hati baca :)

    ReplyDelete
  4. proud jumie. kakmona rs nak nangih tapi tak jadi nangih pasai hang dok buat ayat bagi aku gelak. Cit! :P tahniah jumie. kakmona sayang jumie. baguih adik aku nih! :)

    ReplyDelete
  5. Moga syurga untukmu Jumie. Tidak mustahil haiwan-haiwan ini akan datang menyelamatkan kita di Padang Mahsyar nanti (berdasarkan kisah yang aku baca dan dengan izinNYA) Amin!

    ReplyDelete
  6. im proud of u jumie... :) mmg hang ketwomen meleysia wei...

    ReplyDelete
  7. hari ni tak rasa nak gelak tapi kami rasa nak teriak baca entry ni. kalau kami jadi kucin tu mesti kami terharu. semoga kak jumie diberikan rahmat yang melimpah ruah kerana telah menyelamatkan kucin tu.

    ReplyDelete
  8. tahniah kak..MG pon pncnta kcing gak :)

    ReplyDelete
  9. hadoi...sakit perut aku dok gelak kat hang jumie..anyway...usaha anda patut dicontohi! i vangga okey! :-)

    ReplyDelete
  10. Akhirnya aku bleh komen... Haha... Hang la ketwoman penang!! Terbaeklahh... Btw pukul brapa time tu?? Sbb aku pon cam lalu situ gak rasanya... Hurmmm... Cuma aku dari gelugoq laa...

    ReplyDelete
  11. Bangga dengan Jumie! Tak sangka kucing tu bole berjalan kembali. Kuasa Allah dengan pertolongan Jumie..

    Blog Qashmere
    Style Me Gorgeous By Qashmere for Plus Size Fashion

    ReplyDelete
  12. Cerita dah sedih meruntun kalbu tapi awat hg serrrr sgt letak gambak model tu. Kakakakaakkakakakakaka

    ReplyDelete
  13. lalink..i salute u ols lah! bangga gila kwn aku sanggup sedemikian rupa pnya kekwalk binti kekwat nk p selamat kcing. sbgai pencinta dan pemilik kucing di penang yakni kariah greenlane jgk..rasa syukur sgt uols bt bnda tu. tiba2 rsa nk nyanyi lagu anita swak yg bertajuk seksis tu. caya jumie. i lep u dem much. **aku still qengggah gelak baca karangan hg tu ..

    ReplyDelete
  14. Salam sis jumie . entri ni sgt lawak , series . dr sy duk sedih tetibe tergelak sorang2 dgn aksi sis pose mse nk stopkan krete tu . well. pg ni , sy ade selamatkan ank kucing , die jtuh dlm longkang . mak aihhh.. longkang punyer lah byk beno air busuknyeeee . k bai . well sy enjoy ngn entri ni

    ReplyDelete
  15. Hehu... Ari tu pon akma kene buat mcm ni. Tp ms smpi kat kucing tu, dia dah mati. Dan mgkn sbb sakit sgt azab kematian tu, kucing tu smpi terberak....
    Walau dah mati, akma xsggup dia hancur kene lenyek so akma buh kucing tu ke tepi...
    Bila agkt anak kucing tu, akma perasan mak kucing tu tgk dr seberang jln.. Masuk keta ja teruih teriak. Kesian sgt kat mak kucing tu sbb nmpk dia pg cium2 anak dia.. Wuuuu... Sedih.....

    ReplyDelete
  16. sama!aku pun percaya kucing faham bila aku cakap...
    jumieee!!
    ang mmg terbaik~

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...